Followers

Monday, May 30, 2011

Monday Eve Fever..


Selamat petang muggles!

Tambah lagi satu alasan untuk jadi budak malas..AKU DEMAM! Petang semlam elok je..Mungkin air-cond kat train semalam sejuk tahap beku lalu menyebabkan virus demam menjerit keriangan..

Arghh, suaraku yang comei sudah berubah menjadi seperti chipmunk yang baru sahaja pecah suaranya. Aishh, kene perli seharian..

Jom Google "Cara2 Mengubati Demam"

1. Minum banyak air
2. Elakan bersenam (sebab aktiviti lasak akan menaikan suhu badan)
3. Sejukan badan dengan mengurangkan penggunaan selimut
4. Mintak MC.. klau x dapat, beli!

Cepatla pukul 5, boleh balik tido...zzzz

The best medicine for a slight fever is to get enough rest

ADIOSAMIGOS!!!

Sembang2 bersama Mat Salleh

Morning muggles!

Hari yang paling aku x suka muncul lagi.. sungguh berat untuk daku membuka mataku ini. Ape korang buat hujung minggu lepas? Didcha have fun?

Jumaat lepas aku balik ke melaka. Hari ahad, Mak Cik aku buat kenduri doa selamat sebab Pakcik aku dah sihat. alhamdulillah. Lepas habis kenduri, aku pon dengan x sabar2 lagi suroh akak aku hantar g Melaka Sentral.

Perghhh, tension... seat macam dah penuh. Aku pon belasah je duduk sebelah sorang orang putih ni.. Encik Pakcik ni macam ngantok je aku tengok. Aku pon malas nak masuk campur hal orang lain. So aku pon layan dengar lagu korea seround. Memandangkan bateri hp aku dah tinggal 2 baris aku pon mula la pandang sana sini.

*PC= Pakcik, A=Aku

PC: Are you a student?
A: Yes.. (dengan penuh bangga!).. oh my, i forgot.. i just graduated a few months ago (tipu!)
PC: So are you working?
A: Yes (jawab sikit je sebab malas nak fikir ayat omputih)
PC: You look so young.. what field are you working in?
A: I'm working as an assistant engineer for a plantation company.
PC: Chemical Engineer?
A: Nope, Mechanical (sumpah muka pakcik tu terkaget cam x percaya)
PC: What a coincidence! I'ma mechanical engineer. I was invited to give a speech at UM... so, when you're in college.. are there a lot of women in your faculty.
A: the ratio is a round 1:10..
PC: Well, i guess it's normal even in my country. I'm Aley (a-Li) from Australia.
A: I'm hamiza..
PC: I never heard that name before.. what does it means?
A: I'm not sure but i googgled my name a few months ago and found that it means brilliant or bright.
PC: Its kinda similar to Hamizan..
A: Maybe they (my parents) cut out the N to make it more suitable for a girl
PC: but still, it's a nice name (perhhh, kembang hidung jap)

Kemudian kami mula bercerita tentang cabaran kerja sebabagi seorang engineer wanita. Lepas beberapa minit, Aley tukar topik..

PC: This is my forth time visiting malaysia..
A: Really?
PC: I've been here with my wife 3 years ago. I like your country.. it's beautiful
A: thanks
PC: Can i asked you somethin?
A: *Nod
PC: Are you forced to wear Hijab?
A: No, it's my own decision..
PC: i thought muslims here are forced to wear hijab..
A: nope, it's our personal preference.. we don't have the right to force anyone..
PC: Actually, i'm a muslim..
A: i thought you're a christian, that's why i don't greet you with salam
PC:*laugh

Rupanya Aley ni orang iran yang membesar di australia. Dia ade dua orang anak, Ali dan Leila. Ali sorang Lawyer dan Leila plak sorang usahawan cosmetic. Anak2 dia tinggal di bandar yang sama. Ali banyak menghabiskan masa bersama aweknya, Leila pulak seorang perfectionist terlampau.

PC: Are you married?
A: I'm not.. but i have a bf
PC: I tried to talk to Ali about marriage but he seemed offended. As a parents, i really hope Ali can get married the soonest. They (Ali dan aweknye) have been together for years. His GF is a very nice girl
A: Maybe he's not ready wet.. you don't have to worry.. Just watch and pray.
PC: You're such a good listener..
A: it's nice to have someone to talk to during a long ride.. what makes u think i can speak English?
PC: there (tunjuk kat beg aku).. that magazine
A: ooo (rupanya Aley perasan dalam beg aku ade majalah Cleo)
PC: What's your BF name..
A: Izzuddin
PC: I know what izzudin means. he must be a nice man..
A: He's great for my standard..
PC: Wow, you reminds me of my daughter.. she love this "BF standard thing"
A:*gelak2 comel

Sebenarnya banyak lagi yang ktorang borak tapi malas nak tulis..Seronok jugak berborak dengan Mat salleh ni, banyak bagi nasihat..Sebelum turun bas, Aku bagi salam kat Aley. Die pon tersenyum jawab salam aku..

PC: say hello to izzuddin.. tell him that he's lucky to have a nice girlfriend
A: I will, say hello to your wife and leila..
PC: Sure, i'll tell her about this young lady i met in a bus..
A: just say good things about me..
PC: Which means i have to tell them everything..I will pray for you happiness, insyaallah..
A: Insyaallah, thanks again.. bye
PC: Bye..

Kesimpulannya, Jika kita baik dengan orang tua.. insyaallah tuhan memberkati usaha kita. terima Kasih kepada Mr.Aley kerana sudi mendoakan kebahagiaan aku.

Semoga Doa beliau dimakbulkan.. Amin


Friday, May 27, 2011

Update: Semuanya adalah benar...

Wedding Bells are Ringing?? Biar betol..

Morning Muggles!

Cuti sekolah hampir tiba.. (jumpojump!).Tetap gumbira walaupun aku dah lame x sekolah. Maka banyak la jemputan kawen yang sampai. Semalam, perkataan yang paling banyak aku dengar ialah tunang & Kawen. Mushkil gak aku.

Rasa macam baru semlam kau sibuk ikut mak aku gi kenduri kawen sebab nak dapat telur rebus. X sangka cepat masa berlalu...

X sangka En. Azharol nak kawen dah. Teringat time aku attached jap kat kilang die... slalu die kene buli ngan aku.. hahah. Disebabkan rumah dia jauh sangat, xdapat la nak singgah makan nasik minyak.

Mianhe la ye En. Azharol.. Saya ngan Tqa hantar hadiah je... Ikhlas dari Jusco Sunway Pyramid.

Ni ade lagi satu citer hangat. Semalam, masa aku tengah sibok update exec punye file.. tipon merah aku berbunyik. Sape pulak msg aku tetengah hari buta ni? Dino?

Oh, Cik Mah (bukan nama sebenar)

OMEGODDDDD! YA ALLAH! CIK MAH NAK TUNANG!!!!..ok..calm down Miza. Sambung baca lagi


AHAD NI!!!!! pftttt

Adakah ini salah satu trick untuk mengexploitasi otak aku yang sebesar cengkerang kura2 bersaiz L ni?


Ish, xkan la Cik Mah nak buat lawak serious cenggini...

tapi, tu la kelebihan Cik Mah.. kelentong besar ke, kecik ke...mesti aku terkena gak T_T

Aku ni bukan la jeles ke ape.. tapi aku terkaget je. Xde angin, xde ribut,xde banjir tetiba nak tunang plak. Untuk mengesahkan berita hangit ni, aku pon korek2 dari sumber yang boleh dipercayai. Tiqa JJong ngan Dell pon dapat msg yang sama..

Argg, x ske la saspen2 camni!

sampai hati Cik Mah x ajak kami shopping baju bertunang die...huhu

Aku plak dah wat plan nak balik kampung sampai hari ahad. X boleh la nak celebrate sekali.

I really hope that this is not a lame joke. .. really2 hope.

Kepada sahabat saya Cik Mah,

Saya sangat berbangga kerana anda mengambil keputusan untuk bertunang dengan pilihan hati anda. Kami pon rase anda sudah cukup sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Anda kan kakak kami.. anda kena la jadi pioneer. Pasni Eli plak boleh join geng bertunang sekali. Sorry la Cik Mah, saya mmg x dapat nak singgah sebab aku dah janji dengan mummy nak balik miggu ni. Saya doakan majlis anda berjalan dengan lancar. Kirim salam kat mak anda ye.. rindu kat die

P/S: Jika anda didapati cuba wat lawak serious, Saya dengan ini memberi kebenaran kepada Tqa JJong dan Eli-gun untuk bershopping menggunakan duit anda. Harap maklum..ngenge

Kalau betul la Cik Mah nak kawen.. Kena la aku g booking lagi sepasang gajah. Maklumla, aku dah janji dengan Eli nak sponsor gajah kalau Eli kawen. X adil la pulak kalau Cik Mah x dapat.

Kalau Tqa yang kawen..?

Aku sewa bulldozer.. (tqa kan ketua majong clan!)

CHUKAHAEYO CIK MAH!!!!!

Next issue, aku sebenarnya agak binggung kerana semenjak dua menjak ni saham aku x naik2 kat opis baru ni. Aku ingatkan sebab aku ni style kampung. Rupanye ade udang sebalik me ni..

Masa aku tengah tunggu Tqa kat lobby, Kak Tuti tanye aku.."cuti hari tu bertunang ye?". Errr, saye ke?

"xde la, mane akak dapat citer ni?". (garu2 kepala sikit)
"bulan lepas ade cuti 2 hari kan? Kapan cakap Mza bertunang" pfttt, rupanya Si Kapan ni culprit yang dicari2. Penat la pagi2 ni aku nak basuh si Kapan. nak buat lawak pon agak2 la. patut la sume orang layan aku semacam lepas aku balik cuti.

Grrr, kemarahan membara..

In a nut shell, hal kawen-mengawin dan tunang2 ni bukan hal main2.

ADIOSAMIGOS!!!


Thursday, May 26, 2011

Motivational Books on Relationship? Forget it..

Selamat berdangdut di ofis hari ni Muggles,

Nampaknya boss tidak kelihatan. Cuti ke boss? Hari ni masih diselubungi kekechiwaan hamba gara2 x dapat parking allowance. Sangat Bengang.. OK, whatever!

Semalam kami pulang ke penthouse yang indah agak lambat sebab Tiqa ade project besar dengan En.J. Masa ngah lenggang2 nak g tempat parking, ade la plak satu minah endon ni bawak Anjing jalan2. Siap block ktorang lagi. Aku pon gelabah la. Teringat time aku eksiden ngan anjing kat Teluk Intan dulu.

Anjing tu yang gilo.. die yang langgar aku.

Pas sampai umah, cepat2 on TV. Masa untuk menjadi Fangirl! Giler comey Pachik Aaron Ajis sental periuk pkai baju melayu. Class gitu. Habis part-time job sbg Fangirl baru la dapat pergi dinner. Cam biase, nasi goreng kampung je.

Sejak akhir2 ni Orang Disana cam busy je. Musim audit kot. Balik pon slalu lewat. Pergi kerja pon pagi2 buta. Kesimpulannye, kurang masa berbual = Banyak masa cari pasal. Bila dah mula tanda2 gunung berapi nak meletup, aku pon mula la cari buku. Maklumla, Puan Penasihat xde kat umah.

Beberapa bulan lepas aku beli satu buku ni. Dah lama dah aim, tapi xbeli2 jugak. Buku tu pasal lelaki dari Marikh, pompuan dari venus.

Menurut Pakchik yang menulis buku tersebut, mahluk asing dari marikh ni kalau mase hangin perlulah diberikan masa. Kira bagi retention time untuk mereka berfikir. Tapi nampaknya, teori ni not applicable to all living organism. Some needed comfort and consolation.

Theory ke-2 Encik Pakcik tersebut ialah pompuan bila marah mesti la dipujuk. Aku x tau la pompuan lain. Tapi aku lebih suka dok sorang2, nanges seround pastu tido. Kalau orang pujuk, aku takut angin aku ni makin menjadi2. Rase macam pakai fan 10 juta HP...

Pokoknya: If you are facing difficulties in maintaining a relationship, the best way is to seek advice from your family and friends. Kadang2 kita tak nampak silap sendiri dan kadang2 kita asyik menyalahkan diri sendiri.

Ish, pagi2 dah emo kat opis. Muka je ganas, tapi dalam hati ade ladang.. huhuh

Dah2, lupekan drama sebabak semalam. Anggap je macam x pernah berlaku. Yang penting, besok nak balik rumah, jumpe Mak!

Mak, Akak nak balik!

Adios Amigos!

Wednesday, May 25, 2011

Cerita Hari Gaji..

Eve muggles..!

Hari ni adalah hari yang dinanti2kan oleh kebanyakan insan bergelar Coolie atau dalam bahasa yang x berapa bersopan "KULI". Disebabkan hari ni busy planning untuk training bulan depan, x sempat nak bukak BankHarimau2U.

Xkire la ade duit ke pokai, makan tu satu kemestian. Hari ni makan sepesel sikit..Meat Ball Subway..ODW balik lunch, singgah sebentar kat kandang Pakcik Rimau . Tersenyum riang jap tengok bank slip.

Ehhh,jap.. cam terkurang 90. Tiqa cakap maybe aku dah terguna duit tu..

kamon la, aku ni kalau bab duit-menduit ni kira dah tahap advanced leaner. Teramat super pasti... Mane x nye, kalau aku kuar duit mesti gandaan 50.. Kalau missing 100 tu logic la jugak..

Perghh, panas hati...

Confirm, Dorang x include parking Allowance ni..

Memandangkan dah bengang, aku pon mula la ber-email dengan orang XXC (orang IT). Passworh payslip xde, kena la request. Banyak cekadak la pulak.. aku dah email, cakap P&C.. suroh aku call. Call pon belum tentub orang yang betul. Silap2 penipu jugak..grr

Biler dah x dapat, aku pon mula la menunjukkan muka x puas hati..

La, aku ingat aku je x puas hati.. Si Kapan pon sama jugak..

Dia lagi best, dapat lebih 3000.. kat payslip tunjuk overtime & Working on restday. Biler mase plak si kapan ni berovertime? slalu die yang cabut awal..Biler contact IT, dorang cakap xtau camne nak setel. siap bagi tau anggap gaji bualn depan. Abistu bulan depan xde gaji la mangkuk ni. Kalau dahxde gaji, duit kete (deduct by company sebab beli kereta company) skip sebulan la.. Pergh, ni memang besar punya hal.. camne la boleh terlebih bayar..

Esok kene la call orang IT lagi. Bukan la berkira.. tapi parking kat KL ni mahal berapi. 90 hengget tu laku 10 hari je tau..

Sudah la tu Miza, Esok2 je la sambung complaint..

Adios Amigos..

A/N: Besok boss ade tapi Filing x siap lagi! Boss, Gomenasai!

Monday, May 23, 2011

Time to party!!! Contract dah habis!

Yes, masa yang dinanti akan tiba! Kepada rakan-rakan seperjuangan dari SDPA yang telah mula berkhidmat sbg Assistant Manager since 14 Jun 2010, Selamat menyambut hari bebas anda..

Jadi lepas ni kalau nak resign, xpayah takut mak bapak anda kena bayar pampasan..

LOL, daku terlalu gumbira sampai nak nages ni..

Huhu...

So, aku ingin menginvite AE2 yang terlibat untuk hadir ke Party bersopan kami...

Sukakannya? Raikannya!





Aku Gemuk????

Beberapa malam yang lepas, seseorang bergelar Aliya Nabila terlah mengeluarkan kenyataan pedas berbunyi:

KO DAH GEMUK!!!!

yep, ko diatas ditujukan kepada saya yang masih mampu memakai jeans saiz 27 (kalau tarik nafas, 26 pon muat lagi). Sungguh terkesima daku dibuatnya...

Mungkin Doa spesis Dino terkesan..perghhh, masin giler mulut pakwe aku ni..

setelah berkira2, baru aku perasan yang 1 hari aku boleh consume up to 2500 kcal (tidak termasuk mentos, ceklat dan jajan2 opis yang lain). Sila note yang ideal calorie untuk perempuan is around 1940.

Tapi kalau aku dah gemuk... knape aku still boleh pakai baju saiz xs lagi?

Theory 1: semua lemak naik ke atas dan berkumpul di pipi aku yang dah macam pau ayam ni..

Theory 2: Lemak2 pakat ramai2 bermastautin kat mata aku dan menjadi penyebab pembentukan eye-dumpling

theory ke 3: kengkawan aku jeles tengok aku makan tanpa rasa bersalah.

Hmmm, penat nak fikir...

Bercakap pasal fikir, mulai hari ini saya berjanji untuk membuat latihan minda secara intensive. Mungkin korang susah nak percaya tapi suatu ketika dulu, aku boleh tau content buku yang setebal kamus dewan tanpa perlu menghafal.. Tapi disebabkan aku ni terleka jap ngan hiburan duniawi, super power aku dah hilang.. mungkin Sylar yang tapow kot.

Penyakit pelupa aku telah menyebabkan Spesis Dino selalu naik api (sebab die xleh naik angin). .. mana xnye, sampai aku kene buat journal untuk tulis semua benda.. kira tahap dasyat la ni.

Bukan setakat tu je, aku ni ade perangai berfikir outside the room which means overly beyond the box.Kira dah sampai tahap boleh geng dengan Pakcik Sheldon Bazinga (kalau x tau, sila google..).. Xpasal2 kene fire ngan spesis Dino.. terbakar dah rambut aku.

Aktiviti warm-up otak hari ni ialah cubaan menghafal nama sume exec upstream company aku. Bayangkan sebuah bilik besar dikelilingi file berwarna putih. Mungkin experimen ni cam mengarut tapi x rugi pon cube..hehe.. Spirit went wild!

Dah la, file putih dah memangil.. baik aku utilize hari boss xde dengan membuat kerja2 remeh kat opis ni!

Adios Amigos..

A/N: taubat jap dengar ceramah ustazah pasal amalan anak yang soleh time kelas tahfiz tadi.. giler sentap!

Friday, May 20, 2011

Mesin Masa

Kalau kerajaan bagi insentif untuk berfikir pasal masa depan, sure2 la aku menang. Dah 2-3 hari ni susah nak tido. Bila tido jer, otak aku yang dah separa berkarat ni mula la nak start engine.

Ape yang kamu nak sebenarnye, Miza?

Ntah la..

Aku ngan merancang2 nak buat degree tahun depan memandangkan tahun ni aku busy sebab kene secondment kat department lain. Nak pilih degree ape pon aku xtau. Pertama kali ni! selalunye aku senang nak buat decision.. dah makin matang kot?

Nampaknye aku dah jauh menyimpang dari ape yang aku nak sebenarnye. Kalau aku amek Chemical Engineering, susah pulak sebab aku pon dah lupe ape yang aku blajar (skrang dok goyang kaki kat opis HR). Nak amek Mechy, taubat seh...

Option lain, amek degree OSH.. so my style..

Disebabkan excited sangat2, aku pon ushar website NIOSH. Ade certificate program for Osh officer la, 4 ribu je.. kelas hujung minggu plak. kalau nak amek test pon baru 100. Aku rase test dia xde la sesusah Steam Cert. Dan lebih practical untuk gadis yang muda belia macam saya..

Tapi nanti aku x dapat degree. Kalau nak buat degree, kena pergi UPM..habiskan beribu2 lemon selama beberapa tahun.. Well, i don't think it's the best opstion?

Kalau fikir untuk lagi sepoloh dua poloh tahun lagi, larat ke aku nak jadi OSH officer. It's a promising career but i can't see myself walking around heavy machines anymore.. which lead me to think----"what should i do when i'm getting older?".

Well, aku rasa aku dah ade sikit2 jawapan...

Cikgu sekolah tadika pon best jugak..heheh.. Kiddies, let's conquer the world with aegyo!

Sudah la.. aku susah2 hati pon xde gunanye kn? Baik aku sambung buat establishment list.. dari semalam x siap2..huhu

PS: x sangka aku kene involve ngan portal company.. bangga siot!

Thursday, May 19, 2011

KPOP in a Pot - May 19

Welcome to the adulthood!

First and foremost me wanna wish my fav dongsaengs a warm welcome to the adulthood...

I can't believe i used to babysit them (in my dream)..

Back to the real business, the Beast is back. When i say Beast, I mean BEAST. Not that jaw- dropping 2PM. We can never get sick of AJ's aegyo.. I hate KBS for ending 100 out of 100. What a waste.



And the soon to be Uncle-idol is stimulating a wave of nose-bleed virus by releasing their Japanese version of Bonamana. And if you think this is not enough, try get a glimpse of The leader's solo project "Ice-Cream". What a great project name for such a sweet eye-candy.


And again, Heechul is posing like he's the director of the photoshoot..^_^.. Me lovin it!


Let's switch to a more girlicious news where i finally reunited with my fav fashionista..


Yeay, the oh-so-cutey YEH is back with another romance drama which now airing on SBS. For those who don't have access to SBS network, we can just rely on magic thing called internet.

I wonder how she maintained her fairskin? (maybe she glued snowflakes on her face..hehe)

and to wrapped up, let's have The boss's Love Bingo as our dessert!


Wednesday, May 18, 2011

Renjis2 Bunga Rampai



Selamat Pengantin baru kepada Sunbaenim saya, En. Azharol Amir..


Sempena perkahwinan beliau, saya yang baik ini berjani tidak akan berkasar dengan beliau lagi.

Tahniah!!!!

Saengilchukahamnida!

Aku, Sunway dan TTB

Selamat kembali ke tempat kerje Muggles!

pagi ni mesti korang pon macam aku. Rasa macam nak seret badan bangun pagi. Tepat pukul 5.50 pagi, aku menjalankan tugas harian sebagai Jam loceng kepada Spesis Dinasor. Ish, susah pulak pak cik ni nak bangun. 5 kali call pon x bangun. Letih sangat kot? Semalam pukul 11 baru balik dari kerja.

Memandangkan sekarang aku dah bermaharajalela kat HQ, boleh la amik public holiday. Cuti umum mestilah digunakan sebaik-baiknya untuk menggalakan pertumbuhan otot2 badan. Cara yang paling praktikal adalah dengan berguling2 sehingga xlarat nak tutup mata lagi. Hehe, anak dara ape la ko ni..

Tengah hari, aku keluar melawat tapak kat Sunway Pyramid. Rasa macam dah xde ape yang best kat sunway ni. Aku ngan Tiqa pon dok melepak kat food court Jusco. Kuey Teow kat situ serious x sedap. Sangat Kechiwa... nak bagi sedap, aku pon beli la ayam kat Jusco.

Ni nak pesan sikit:

Express Counter at Jusco is available for customers with 8 items to be purchased only.. Not 9.. not 10..

Memang terbakar aku tengok uncle tu. Siap nak gaduh2 ngan cashier sebab barang die 10. Sampai kat meja, Tiqa dah habis belasah nasik goreng die. lepas dah makan, aku pon sambung berguling2 lagi.

Tetibe aku ternampak si Tiqa berchit-chat ngan Aliya

"Aliya nak jumpe" kabo si Tiqa.

"Kol 7 confirm la x bleh.."

"weh, kol 7 kami nak g dating" Tiqa cakap kat Aliya.

"ko nak dating ngan sape?" Aliya wat muke terkejut (aku x nampak...)

"Aaron aziz"

"Chesss.." Aliya bengang.

Sorry la Aliya, ktorang x bleh nak skip tengok citer pak cik ensem tu. Pukul 8 baru la ktorg g jumpe Aliya.Semestinye kat Sunway Pyramid. Kitorang main game "Sape Jumpe Aliya Dulu Die Menang".. Sekodeng punye sekodeng..

Aliya yang jumpe ktong dulu. Cam biase, Aliya bawak sekali adik ipar ktorg Si Apis. Cemburu siot tengok Aliya dah kurus sikit. Dah x berlemak sangat. Memandangkan petang aku dah makan makaroni, aku just order Fries kat MCD.

Dah lama x jumpe, banyak la yang dikarutkan. Topic terhangat mesti la pasal KPI and bonus. X sabar nak bonus. Dulu kalau jumpe mesti cerita pasal nak enjoy. Sekarang, citer hal keje. Aku memang bangga giler at Aliya yang sekarang dah jadi AE yang hebat. Dah pandai hayun senduk pukul bola pulak tu..hebat..hebat

Time ni aku still kurus lagi..heheh

Aku x tahu ape akan jadi 4-5 tahun lagi. Bulan 7 ni genap 4 tahun aku kenal geng-geng TTB. Aku plak x pernah berenggang dengan Tiqa. Mesti boring giler kalau dorang xde.

Prediction aku untuk geng TTB (dalam 7-8 tahun lagi)

Aliya: Mungkin dah jadi manager perempuan pertama kat Mill. mesti steam cert dah bersusun kat rumah die. Mungkin jugak die keje ngan abah die sebagai manager restoran. Boleh la aku makan free. Petang2 mesti sibuk ajar anak main golf.

Eli: Mesti anak die dah bersusun. Anak die plak mesti gangster cam mak die. Time tu, mesti anak die ngan anak Aliya bergaduh kat sekolah tadika. (Battle sape lagi pandai..)

Atiqa: Tiqa akan stay cool menjaga tanah jajahan die. Aku plak akan jadi sidekick yang setia. Tiqa, sila berusaha untuk menakluki alam semesta! Silap hari bulan, Tiqa dah jadi Vice President, siap bawak backhoe masuk kilang (aku plak tolong bentang red carpet)

Zemah: Anak die mesti dah masuk sekolah rendah. Confirm budak tu jaguh pidato or syarahan kat sekolah. Like mother like son la... Zemah plak mesti time tu sibuk mengaudit kilang2 diseluruh negara sambil mengaudit keje sekolah nak die.

Farah: Mungkin dah jadi wartawan Kpop separuh masa. Siang hari plak sibuk jaga Heavy machine.

Aku: Ntah... mungkin baru habis degree time tu. Insyaallah kalau ade rezeki, boleh jadi Osh Officer. dapat la kumpul duit untuk bukak tadika sendiri. Mesti best jadi Sensei sekolah tadika.

Semoga masa depan aku secerah lampu LED kat I-city. Amin




Monday, May 16, 2011

Knape Hari Ni Kena Kerja!

Selamat hari Mengantok di Opis!


Giler mengantok hari ni. Mana x, semalam dekat 5 kali aku g toilet. langsung x lena T_T..


Pagi ni, jalan KL ni aku yang punye. mesti ramai amek cuti hari ni kan? Aku plak kene keje..huhuhu..Bile la boleh cuti ni?

Jumaat lepas aku g tengok wayang kat sunway dengan kekasih jiwaku Cik Atiqa Majong & Cik Eli. Perghh, terleleh jap air mata tengok harga ticket wayang. 14 hengget tu.. dah macam harge couple seat! lepas beli tiket, balik rumah sebab nak mandi dulu.. pastu, layan Show FBI sambil makan bubur MCD. Kenapa la Si Sam tu kena muncul dikala aku tengah makan.. terus x lalu nak makan sebab kenyang tengok muka die.hehe.. burrrp.


Pukul sembilan baru keluar rumah. Sampai kat dalam pangung... ade orang kat seat ktorng. Apekehei ni? Maka kami pon buat drama sebabak...


Kami: Cik, ni seat ktorg.. (sambil tunjuk tiket)
Awek: Tapi seat ni ktorg punye..tengok ni.. 9tunjuk tiket jugak)
Kami: Jom g tanye orang kat luar.

jalan-jalan-jalan-jalan


Kami: Akak, tiket ni double la..
Akak jaga kauter 3D: G tanye kat depan (sambil wat muka seposen)



Jalan-jalan-jalan-jalan



Kami: Bang, tiket ni double la..

Abg Kaunter: Tiket ni pukul 11.30..(tunjuk kat tiket awek tu)



Maka, awek tu pon surrender balik seat ktorg. Kesian gak tengok dorg dah siap beli popcorn.. Miza, jangan asyik kesian kat orang. kebenaran harus ditegakkan! Lu langsi, lu mati!


Yes, dapat tengok muka Sam lagi. Aku rase pereka costume dorang ni mmg nak kene turun pangkat. Kenapa bagi Sam yang comel tu pakai skirt? Jalan citer plak cam xde hala tuju, ending plak mmg cam kelakar x jadi.. Nampak sangat aku tertipu dengan trailer cam gempak... Argghh, baik tgk Adnan Sempit.

Pas dah habis wayang, balik umah terus tido. Kena la tido awal sebab hari sabtu ade driving class. Time2 aku drive la bus, budak sekolah yang bercuti, makcik kaki gosip dan uncle2 yang lesen memandu maybe dah kena suspend lalu-lintas kat depan aku. kalau boleh nak jerit:


"Pemandu baru yang gelabah nak lalu.. Kalau nak selamat, jangan lintas!"


Sabtu petang dihabiskan dengan berguling2 macam anak memerang kepanasan. Pukul 10 lebih dah tarik bantal. Ingat nak layan cerekarama, tapi mata x bleh nak bukak plak.


Sebagai seorang gadis yang baik, Ahad kena la bangun pagi sebab nak pergi date ngan abang Donghae.. huhu, sangat teruja


Bro, jangan la goda saya yang innocent ni... Tergamak u senyum camtu!




Perghh, romantic giler time si Donghae ni propose kat Bongi. Touching giler. Rase cam diri sendiri plak yang di-propose<-- Ayat cam desperate jer.




Memandangkan level kepemalasan dah sampai ke level extreme, breakfast aku combile skali dengan dengan lunch and tea. kat depan umah ade orang jual cempedak..nyum2.. Tapi hampagas betul, cempedak die tawar..huh..kechiwa.




Xde mood nak keje hari ni (bila mase plak ko ade mood nak g keje, miza oiii) tapi ku gagahkan jugak. Dalam otak asyik fikir "Biler la nak pukul 7.oo ni?". Giler x sabar.. last week terskip tengok citer Nora Elena.




Seth, tunggu daku!!




A/N: Biler la nak gaji??




Thursday, May 12, 2011

SP

Balik opis semalam kami telah bermurah hati untuk turun padang bagi menjayakan aktiviti karaoke. Ni salah satu cara untuk menggalakan para remaja me'nyumbang'kan bakat mereka..
Awal2 lh dah pecah tekak nyanyi lagu feberet Tiqa Majong. Kalau ella dengar tiqa nyanyi lagu baldu biru, konfem retire terus. Macam biase, aku la awie..
Pasti blasaj nyanyi lagu diambang wati,janji manismu, teratai layu ditasik madu, syurga di hati kita dan lain2 lagu yg boleh kasi tegang pembuluh darah yg longgar.
Memang puas giler karaoke smlm walaupon kene marah..hehe
trimas kengkawan for fullfilling my karaoke craving..^_^

Wednesday, May 11, 2011

Lotus Note = Lots of Nonsense

Heloooo,

Pagi tadi, aku terkaget tengok pipi aku yang cam burger McD dah bertanda. Sape pulak kiss aku malam tadi? Xkan Peah kot? Nak kate Charlie, Xpernah plak aku tengok Charlie berleluasa kat area rumah aku.. pelik..pelik


Ni la Charlie

ish, hilang kehenseman aku pagi pagi2 ni. Nasib baik ade orang sejukkan hati aku yang membara2 ni dengan senyuman semanis gummy bear. Well, i guess it's true.. a big smile will change your day!

Arghh, ada lagi halangan di pagi2 hari ni. iNotes aku xboleh bukak. lepas dah try macam2 cara still keluar Error 500. Bengong betol la. Tanpa membuang masa aku pon turun ke server room. En.lan ngah sibuk repair lappy ade sorang akak ni.

Aku: cik Lan, inotes x bleh bukak la..
Lan: ko lagi..meh sini aku tengok.. Ko pakai server brape ni?
Aku: Server 10 kot (tetap sebut kot walaupun yakin giler)
Lan: ish, biler masa ade server 10 ni..

maka, En.Lan pon g la telefon support center. Terbukti ada server 10..

Aku: kan tadi saye cakap server 10, cik lan x caye..
cik lan: bukan x caye, xde orang inform kat saya ade server 10.. tapi nama ko kat server 9 la, server 10 ni support je..

ooo, mane la saya tau cik lan oii.. selepas berhempas-pulas tekan sana-sini, still xdapat nak fix. last option, guna PC si Kapan. Nak lagi sakit hati, x boleh jugak..

tension betul. dah try banyak suggestion yang user lain bagi, still x berjaya.

Summary: Lotus Note= Lots of Nonsense

harap2 esok Lotus Notes function macam biase. Susah woo xleh bukak e-mail.

Esok kene pergi Pulau Carey pagi2 sebab ade traaining. Manager yang training, aku plak yang kene pergi. Kesian kat Eli kene hantar aku pagi2 buta ni.

Miza, sila berusaha beli kereta!


Tuesday, May 10, 2011

Drama Nora Elina cambest...

Selamat tak-berapa-tengah-hari muggles,

Hari ni, opis yang indah ni aku yang punya..huahuahua. Sebagai seorang employee yang baik, aku akan tetap menghadap lappy walaupon bos xde..

Balik koje semalam, kitorang pergi melepak2 di kedai makan yang bajet macam bistro. Disebabkan Tiqa Majong ngan Eli puase, kena la makan kat tempat yang cam hebat. Balik rumah dah dekat pukul 7.

Maka, terlepas la peluang nak tengok episod pertama drama Nora Elina. Dah sampai mane la agaknye drama ni. Rasanye baru sampai kat scene Nora terlanggar Seth kot..hehe..



Perlukah Aaron Aziz menjadi Seth sebab aku terbayang seth tu kurus dan tinggi. Beliau pula terlalu macho untuk jadi Seth. Heroin? ntah, aku x pernah tengok awek tu berlakon, so no komen.

Mana la novel tu tercampak? adakah nasib novel Kasih Yang Suci sama seperti novel Bicara Hati yang sudah hancus sebab terlebih baca.. balik nanti tanye mak je la. Mak kan detective berjaya.

Petang ni bertekad nak tengok jugak drama ni walaupun waktu siaran sama dengan "smile Donghae". Aku x kesah sangat sebab SD marathon hari ahad.

Hoho, sungguh teruja...

Monday, May 9, 2011

Hidung Berhingus..

Annyeong chingus!

Mesti korang tau apa yang boleh buat hidung aku yang innocent ni berdarah...

Tak lain dan X bukan.. Kpop fever.

Sesejak dah melangkahkan diri kat opis berhawa dingin ni, aku dah jarang layan2 gosip (cubaan menjadi pekerja contoh) tetapi Tiqa majong telah membawa perkabaran yang mengejutkan!

Berita ini telah menyebabkan hidung aku berhingus 7 hari-7malam tanpa henti.. bak kata mak aku, 24/7

Malaysia nak buat group ala-KPOP?

Aku pun telah meng-google search kumpulan ini...




Pergh, Choco bar telah berubah menjadi papan lapis! (aku malas nak letak gambar banyak2..nanti loya pulak). Kulit plak cam ayam kicap je (sun-tan kat mane bang?)

Apakah??? Perlu ke nak buat kumpulan ala k-pop.. Malaysia Pop OK ape (teringat zaman kumpulan Cool dan rakan2nya)

Aku ni masih berjiwa kemelayuan..layan jugak lagu melayu. Aku rase x payah la nak tiru halyu-style. Kalau lagu bombastik, pakai capal pon orang suka..

tengok contoh T-pop (thai Pop). Aku rase kalau letak artis K-pop sebelah T-pop, aku still boleh bezakan dorang ni. Sebab? Style dorang lain..(mungkin sebab dorang x makan kimchi..)


K-otic (T-pop), walaupon ade sorang mamat korea, tapi still ade feeling tom yam gung..


Kalau compare dengan J-pop pon, still kelainan yang menunjukkan dorang ni Ojisama bukan hwangteja..


Aku kipas-susah-mati Hikaru yang cambest...

Pokoknya, Xpayah la cuba menpergunakan demam K-pop untuk meminta perhatian kami..

Baik aku layan lagu KRU.. (dorang pon boleh menari2 n tayang body jugak)

Kepada Kibummie Unnie, please dun google-image this 24/7 group coz it'll be nauseating...

Yeah, Lagi 6 minit nak balik. Aku pon nak packing barang, kalau lambat karang kene marah ngan majong plak..

Adios...

P/s: majulah M-pop untuk negara..!







The Return of Hottest Leadja!




Abang leader sengal ayam sudah kembali...

Dah lama rasenye x dengar khabar Leader paling hot di alam maya ini..or should i say EX leader?

Last year Jay Park (a.k.a Jaebommie) buat cover lagu "nothing on you" dengan penuh bergaya, kali ni Abang leader cuba mencabar kepopularan kumpulan 2Petang dengan mengeluarkan album yang mampu membuat gadis2 hidung berdarah..
Tajuk Album pon dah buat hidung berdarah...


TAKE A DEEPER LOOK??? Adakah beliau menggalakan kami merenung beliau.. sorry, I'm only interested on Dinosaur species...

Minggu lepas baru tengok performance Jay Park nyanyi lagu Abandoned. Kalau nak compare dengan 2Petang, Suara Kim Bo Peep Oppa lagi power..

Junsu's Adorable cat dance (Pic from: fuckyeahjun2dakay's tumblr)

Tapi kalau nak judge siapa yang boleh buat hidung berdarah tahap gaban, Jay Park kalah lagi sebab Junho lagi Comel...

Junho rain-look-alike Killer-smile


Apa2 pon, mari kita layan MV Abandoned... (sekali tengok style Jay dah macam style Taeyang)




Kisah Hujung Minggu

Selamat berhari Isnin everyone!

hujung minggu ni mmg xberapa menasyikkan sebab asyik sakit perot and kepala je. Sabtu lepas pergi kelas memandu. Nampaknya cikgu sangat berdendam dengan aku sebab xdatang kelas 2 minggu. Memang dera habis la.. sampai keluar peluh kambing aku. Siap suruk aku drive dari Subang smpai la umah aku. Giler jauh. Dah la kat jambatan Pulau Pinang tu bnyk kereta, asyik kena hon je..hoho

26hb ni aku test JPJ, wish me luck OK? Aku tension betol kalau engine mati tengah jalan..grrr.

Malam sabtu malas nak tengok TV sebab confirm AF membosankan. Ingat nak baca Fanfic L.Joe, tapi x jumpe pulak. Berjam2 try bongkar External, akhirnya jumpe jugak. Kusyuk sangat membaca sampai tertido. Bukak mata..



Siot, Puntianak bermata merah (hitam sebenarnya!)

Pusing sebelah kanan, nampak Kak Dell sedang berguling-guling. Fuh semangat! Apehai la Kak Dell bukak cerita hantu malam2 ni. Saspen betol.

Hari ahad menjelma. Disebabkan terlebih tido, sakit kepala menyerang. tapi x peduli, nak g jalan2 jugak. Lepas mewangikan diri dengan sabun dettol, aku pon g Sunway Pyramid.

Dah seminggu mengidam nak makan kek coklat. Sampai kat Secret Recipe, awek yang amek order tu wat lawak cipan dengan aku..

Aku: Grill blackpepper chicken 1, Choco strawberry 1..
Awek tu: Adik boleh tengok kek kat sana.. (tangan die tunjuk kat kaunter)

Apehal plak awek ni.. aku cakap aku nak Chocostrawberry,bukan tanye kek ape ada. dari jauh pon aku dah nampak satu bijik kek strawberry kat fridge kedai tu. Aku pun tunggu dan tunggu dan tunggu, xmenjelma jugak kek aku..

Aku pon malas la nak layan, aku terus mintak bill. Ewah2, aku xmakan kek tapi dah masuk dalam bill. Aku pon panggil kawan awek tu.

Aku: Why should i pay for this.. (tunjuk bil). I dun even get the cake..
Kawan awek: Cik x dapat lagi kek ke? (sambil jenguk kat meja aku, cari piring kek)
Aku: x, dari tadi saya tunggu..
Kawan awek: sorry ye cik.. nanti saya bungkuskan..

Lepas dah dapat kek tu, aku pon jalan2 seround kat Parkson. Ingat nak carikan Purse baru untuk Mak, tapi design yang mak suka xde pulak. Bulan depan je la beli. Masa lalu kat kedai barang jepun, ternampak plak set untuk buat sulam..

Jeng! (Mentol Menyala)

Project bulan ini: Berusaha buat bullion rose.



Bullion rose ni teknik sulam yang biasa orang buat kat tudung..femes gak benda ni. Nampak macam senang je.

Berjaya atau tidak, korang tunggu je la. Bersemangat nak cuba, nanti boleh jahit kat baju mak..heheh




Friday, May 6, 2011

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa..

Eve everyone,

pagi ni dapat bangun lamabat sebab kene pergi Opis Besar 1 kat Subang. Sebagai budak yang baik, hari ni pakai baju kurung.. (hehe, hari tu pakai baju kurung hari selasa kena perli dengan En. Misai "kenapa pakai baju kurung hari selasa?")..



Ternyata aku mmg dah membulat..

Sampai kat tempat meeting, terjumpa plak sorang awek yang aku kenal mase COB dulu. Nasib baik ade geng. Meeting hari ni pasal enterprise portal. Kenapa aku dipilih? maybe sebab aku asyik menghadap lappy xhenti2 (i miss my lappy).

Chairman dia sorang pompuan yang giler tinggi, aku rase naim dengan Acap kalau berdiri sebelah pompuan ni mesti nanges. En.Emcee yang slalu kat event2 pon ade jugak. Aku xpaham sangat ape yang dorng megarut dalam meeting tu sebab aku ni kan blur semangkuk.

Pas abes meeting, Minah yang comel tu ajak aku naik kete dia (planning awal nak naik bus je).. turun kat lobi, nampak bos tiqa majong yang tinggi lagi "bersinar".

"ooo, kamu g subang parade ehh.." JFK tanya aku.

"xla tuan, saya g meeting" aku jawab (cover muka bersalah sbb memang nak g pon)

pastu die hilang. aku pon kluar dari opis tu. Eheh, JapreyG pon ade la.

"hah kau, kau buat ape kat sini!" JG tanye dengan nada gangster cam selalu.

"Meeting tuan, saya nak balik dah ni" aku pon angkat tangan cam nak melambai kat die.

OMG..Bapak kepada Bapak Aku ngan Cik Fariha la... Cover muka sikit. kantoi sudah

Pak Ajam ni bos kepada bos aku yang dulu.

Nama glemer: Pak Ajam (bukan nama sebenar)

Hobi: Kunyah mentos dengan muka yang comel

Ayat Feveret: dari workers sampai assistant sampai la ke manager, sume suke menipu

Ayat yang paling aku bengang: I hope u can serve this mill for a long time (time dia bagitau aku xpat transfer)


hoho, die bagi senyuman killer kat aku.

Tibe2 teringat mase dia call aku sebelum asisstant seminar. dah la call macam call awek..

tutt..tutt..telefon berbunyi

aku:hello
x: hello, hamiza ke ni
aku: ye saya
x: Ajam ni
aku: Ajam mane ni
x: Ajam la
aku: yang mane eh?
X: Boss beasr la


oooo, bos besar..

ade sekali tu die cuba tipu aku. ade ke patut dia cakap ular boleh cium bau busuk kaki assistant. pastu Tuan TJS kantoikan penipuan die..hehehe, ular mane bleh kenal bau.. Pak Ajam pon tipu rupenye.. (kami ikut perangai orang atas)

rindu la kat pak Ajam.. tapi x rindu kat DADDY

kepada Pak Ajam, sorry sebab ugut nak resign dulu..

sorry..sorry..sorry..sorry (sila nyanyi cam lagu super junior)

dah nak waktu balik ni.. chow sin chi dulu la...

Adios... YEAH, Esok cuti!

Will I ever be Strong?

The pressure is on. I know from the very beginning that having a long-distance relationship will be hard. But still, it's worth trying.

When thing gets hard,only the toughest will survive. Am i strong enough to handle another rejection? I guess i'm not..

I have the urge to cry out loud now. If only i can pretend that everything's fine...

I know nothing about affection. Plus, i'm not a pro in sweet-talking.. I'm not the girl-next-door.

If the only way to make that person happy is for me to step back, I'll do it..

I don't want to scare him anymore.

I guess there will never be a happy-ever-after ending for a monster.

I just wish that person will smile brightly forevermore...



Thursday, May 5, 2011

Selamat Jalan Bebudak SDPA...

Semenjak dua menjak ni asyik dengar pasal new batch dah nak kene posting. Nad pon dah berkali call aku..

"kak, Nad dapat mane?"

Jawapannye, daku x tau..huhuhu

Akhirnye terkeluar juga list posting... 4 orang kena East Malaysia. Kira OK la tu, batch ktorang separuh pergi East (termasuk Dino..huhuh)

X sangka dah dekat setahun aku keje kat company ni. Kalau include skali waktu belajar kat SDPA, dah dua tahun.. kalau ade anak, dah berguling2 dah anak aku.

Dulu masa aku kat Mill, siap rancang nak hantar resign letter.. skrang dah x mau dah..

ingat senang ke nak dapat kerja sekarang ni? Aku sebenarnye nak sangat sambung study tapi kena la kerja dulu, kumpul duit. Ingat nak ambik OSH sebab aku xlarat nak blajar mechy lagi.

Kepada Kawan2 SDPA yang akan berlepas ke East Malaysia Esok (kalau x silap la..), take care. Sabah ngan Sarawak x sejauh liberia or indon..

Fighting!

Wednesday, May 4, 2011

Novel Review: Prince Charming

Slamat Petang..

Rase ngantok yang teramat sangat kat ofis ni. Proposal pulak tak siap lagi sebab xde idea.

Ni aku nak kongsi novel yang aku pernah baca kat Penulisan2u.Baru2 ni publish jadi novel...

Prince charming. Rasanya dengar tajuk pun dah dapat agak yang buku ni buku cintan-cintun... jadi kepada mereka yang berhati simen, xpayah la baca. Pada yang dalam hati ada taman, pergi kedai dan beli sebab berbaloi...

Buku ni pasal Nurul yang anti tahap cipan dengan Carta Prince Charming. Lepas si Nurul ni koyakkan Carta tu, dia hampir2 nak ter-eksiden. Nasib baik ade mamat yang pakai baju rasmi pasukan bola sepak selamatkan die (part ni macam Richie selamatkan Shao Bei dalam drama magician of love)..

Pastu Nurul terjebak pulak dengan pasukan bola sekolah dia sebab Sofia register nama dia untuk jadi pengurus (macam Xiao Yue DBU la..). Kerje utama Nurul ialah untuk mengejutkan mamat kaki tido, Nazrul. Nazrul ni macam Hua Ze Lei F4 sebab kalau satu hari x tido memang x sah..

Novel ni diserikan lagi dengan watak2 berperangai yang cam pelik..hahaha, yang paling xbleh tahan ada mamat alergik dgn surat cinta sampai pengsan..hoho

memang banyak part yang expected from the very beginning. Tapi yang bestnye, ayat2 dia xsusah nak digest dalam otak. Rasanya backgroung budak sekolah macam x brapa sesuai sangat sebab jalan crita macam budak u (berdasarkan pengalaman sendiri). This novel deserved extra points for having a paranormal twist in the middle of the story. Kinda remind me of Mr. Hyde..

Masa book fest hari tu aku ade beli novel dari writer yang sama tapi x baca lagi..

overall rating: 3


P/s: Belilah buku untuk kurangkan cukai pendapatan..hehehe

Lappy Rosak.. minda corrupted


morning2 everyone!

Weekend lepas memang syok giler sebab dapat balik rumah.. masa on the way balik, sempat live stream abang aku si Will tu kawin. Aku bukan la excited nak tengok dorang tie the knot tapi excited nak tengok dress cik Kate. I was expecting Alexander McQueen, betul pulak tu. The dress was so-so and kinda reminds me of the ever so grace - Grace Kelly.

Sampai rumah, Mak..Cik Timah ngan Kak Eton tengah layan kopek bawang. Giler kentang pedih. sambal udang faberet! sepinggan aku belasah. Pas dah memgembungkan perut, kene la guling2 macam tapir.

Teringat plak yang aku x layan Facebook hari tu. Bila nak on lappy, xnyala pulak. OTOKE!

I already updated the display driver but nothing show up on the screen T_T

The next day, i went to pasar borong with my mummy. Then layan shopping tudung kat Melaka Sentral. Lepas freeze kan otak guna 7E's Slurpie, ktorg g Nagoya Textile sebab nak cari baju raya.

Who said it's to early! setiap bulan mak jahit sepasang. By the time bak raya dah siap la baju untuk the whole family.

Petang pulak pergi Iman Seafood kat Muara Lereh (x ingat pulak >o<) sebab nak tolong prepare for A.Ben's Wedding. it's the first time in my family to have a seaside wedding. Dalam pukul 2 pagi, baru masuk tido.

Yeah, i love wedding coz i love free food! Pukul 11 lebih baru pergi wedding (sebab tak tau nak buat ape).. Giler kentang best sebab ade seafood bakar and ulam2. Memang lain dari yang lain..

Yang lagi best, pengantin berarak nak bot di air yang surut. Pelamin plak made of bamboo...Nanti aku upload gambar kat next post (camera tertinggal..heheh)

Malam tu, cubaan nak on lappy x menjadi lagi. Rasa cam nak nages sepuas hati..hukhuks

Esoknya (monday), family buat kenduri Naik Nisan untuk arwah nenek dan Mak Long, semua orang ada. yang sangat meng-annoying-kan diriku bila ade orang yang dressing cam nak pergi jalan2 (hoho, aku pakai T ngan jeans je sebab nak buat kerja)..,siap rambut kaler2 lagi. Aku bukan la anti hair-colour ke api tapi agak2 la sikit...

Macam2 kuih aku belasah, yang paling best kuih apam pelangi yang Mak Lang bagi.. sedap giler and cute. Sebelum balik, try lagi on lappy, tapi x berjaya.

Akhirnya aku pon tinggalkan lappy kat umah. Mintak2 la abang boleh repair..

terpaksa la aku guna Lappy adik aku yang speed cam sesipot ni..

skrin kecik, sakit mata wooo..

K la, nak g makan.. rasa cam nak makan Meat Ball kat Subway! Grrr, perot bunyi..

Adios...