Followers

Thursday, February 16, 2012

Whitney Houston Lesbian???

Mengejutkan... sangat terkaget dan terkesima aku membaca artikel Daily Mail UK hari ni. Semestinya pasal Whitney Huouston (WH) lagi.


Salah seorang kawan WH yang merupakan aktivis pembela hak2 mereka yang GAY membuat kenyataan yang  marriage WH dengan Bobby Brown hanya sebuah drama cover line. Semuanya bertujuan untuk menghentikan, rupa gossip yang WH is an ultimate lesbian.


Nak lagi best, awek berhubungan sulit dengan WH ialah bekas pembantu beliau yang bernama Robyn Crawford.


Si pembela gay tersebut turut mengatakan yang WH sangat gembira bila berhubung dengan perempuan. Beliau juga menyokong kenyataan yang WH mengunakan dadah sbg medium untuk release tension sebab penat berpura2 perempuan straight.


Yang pasti, mesti anak die tertekan... Dah la mak RIP, bapak plak addict... pastu dapat tau yang mak die MAYBE gay (aku lebih suka guna gay berbanding LesB).


Yang kanan tu la Robyn (gambar dari Daily Mail UK)

Aku x pasti macam mana hollywood nak memperbesarkan lagi issue ni. Mungkin jugak peminat2 WH di Hollywood akan menganggap berita ini sebagai berita sampingan. Maklumlah, gay kan perkara biasa bagi dorang.

Dah, tutup cerita WH. 2 hari lepas kami borak2 dengan bos pasal nak amik orang baru. Aku cakap hire lelaki la, boleh cuci mata. Reply bos memang lawak:

"Pengkid yang ade ni pon x larat aku nak tengok, nak tambah lagi lelaki dalam opis ni. X mao" (sambil gelak2)

Sape lagi yang dorang nak label pengkid, confirm la aku! Boss, saya ni staright la....

Wednesday, February 15, 2012

EP 9 Vanila Coklat Yang Mengecehiwakan

Amir oh Amir... Seperti biasa aku akan terkena serangan sawan tikus pada setiap hari selasa. Nak kerja x focus, nak makan x selera. Tengok Buletin Utama pon rasa cam nak forward je. Expectation aku untuk EP 9 Vanila Coklat sangat tinggi tapi akhirnya aku yang hampa.


Blur-kan muka Kamal yang x menarik tu..


Kenapa?


1. Scene ep 9 dimulakan dengan aksi Amir mengemop lantai dengan wajah yang riang gumbira. Kami para peminat yang super excited ini tak mengharapkan scene guling2 atas katil. Cukuplah kalau Tuan Muda Amir buat muka riang sambil buat/beli breakfast untuk bini beliau. Nak lagi best kalau Amir buat mukia blushing sambil buat breakfast.


2. Auntie Anne diketepikan selepas berjaya menjadi orang tengah antara Amir ngan Zara. Mak Bapak Zaramir syok sendiri gelak2... X cakap Tengkiu mahupon Tingkayu. Paling x pon jemput la Auntie Anne masa party tu.


3. Zaramir bermesra2, cium tangan bagai kat college tanpa disergah paparazi. Status FB Amir dorang nampak plak. Agak Tiada logika di sini.


4. Zaramir accident kat area college tapi si Bimbo dan Kamal Si Tukang Kebun langsung x tahu. Amir kan mamat popular, wajib la berita kecik pon boleh jadi besar.


5. Parents orang berada tapi buat majlis lagi kecik dari birthday party anak sedara aku. Mak die siap kecoh2 kat maid, suroh pakai glamer2 tapi majlis pakai kerusi plastik. Tetamu plak kawan2 Zaramir. Anak dah la sorang je, buat majlis macam buat potluck. Jimat duit?


6. Tukang Kebun a.k.a Kamal pakai selendang (???? mafler) padahal bukan winter pon. Geli-geleman aku.


7. Amir duduk berdua2an dengan bimboo tanpa rasa bersalah dengan Zara. Kalau ye pon nak privasi, pergi la taman ke, dapor ke... Sayang Zara konon!


8. Ubat yang Bimbo bagi tu teramat hebat kuasanya. Mengalahkan guna gas beracun (yang orang guna kalau nak menculik). Ni baru minum 2-3 saat terus pening. Aku pon pernah gak makan ubat tido tapi effect die xde la cepat camtu. Kalau nak logik sket, buat Amir pengsan masa si Bimbo tu pergi tandas... Sangat lame la ini trick


9. Rumah parents Zaramir besar mengalahkan Istana Negara. (sentap)Berjam2 si Zara cari laki beliau tapi x jumpe. 


10. Parents yang sangat dumb. Masa anak tak nak kawen, sibuk suruk kawin. Bila dah kawen, sibuk suruh bermesra. Baru kena uji sikit dah kemaruk. Bapak si Zara kan doktor (???? kalau x silap), x kan x boleh check si Bimbo tu.. ni sibuk nak pisahkan anak. Dah macam citer Asmara la plak.


Kesimpulan: EP 9 memang sangat menepati expectation kami (SENTAP!!!). Nasib baik ade scene betulkan Tie tu.


Rating: Boleh kasi bakar!


Harapan aku, pihak penerbitan dapat me-review balik scene2 yang aku bebelkan ini. Aku merancang nak skip EP 10. Malas nak tengok family drama. Patutkah aku tweet Untie Anne dan mintak die datang balik untuk mengejar parents Zaramir yang dramatic itu????


Akhir kata, apa kata korang tengok video Mat Luthfi yang pasal drama scene tu. Sangat logik dan menyentap (boleh cari kat youtube)