Ni Hao Ma??? Bajet bergaya je cakap mandarin bagai...
Anyway, back to the land of nasi lemak and tosai after a few days of sweating like a stewed chicken. Just landed on Monday and now back to my office mode. Sungguh bosan.
Gambar2 berjimba akan di upload kemudian sebab masib bersama Tqa. So, hari ni nak cerita pasal barang2 yang wajib dibawa untuk bercuti ke Hong Kong, Shen Zhen dan sewaktu dengannya..hek..hek
1. Botol Kosong - Ni memang essential for gadis2 yang ayu sebab kat toilet dorang ni xde pipe untuk pembersihan. Terkejut woooo. Kalau nak buat pelaburan kecil 2 botol dah cukup tapi kalau nak buat investment bersaiz gergasi, sila bawak botol besar.
2. Tumbler - Ni untuk refill air minum korang. Jangan habiskan duit beli air mineral. Buat perabih duit je.
3. Wet wipes - guna bila dah gi tandas. Sesuai jugak buat penyegar badan bile dah peluh2.
4. Megi Cup perasa curry & Bubur segera - OMG, bahan yang paling berguna yang pernah diciptakan oleh human being. Lepas makan, sila cuci bersih2 cup dengan sudu/garpu. Boleh guna balik bila terdesak.
5. Shawl - Buat tutup muka bila nak tidor, buat alas pengganti sejadah, buat tudung express bila nak gi reception. macam2 boleh.
6. Payung - Boleh guna bila hari panas ataupon hujan.
7. Pen dan buku nota - untuk melukis or amek nombor telefon lengchai tourguide
8. Ketupat segera - Sesuai bagi orang yang suka makan nasik tapi ragu2 nak makan nasik kat sana.
9. Kasut yang selesa - x payah la pakai slipper fliper tu. buat sakit kaki je
10. Bawak bersabar - Pergi negara orang ni banyak rintangan i.e makan, solat, bahasa... so, kena la bersabar.
Q&A about CHINA/HONGKONG
Perlukah visa untuk ke China?
Ya... Klaau malas cari la agen untuk buatkan.
Sama x matawang HongKong & China?
X... Sila tukar siap sebab dorang x terima matawang negeri lain (walaupon dua2 china)
Susah x nak cari makanan Halal?
Benda yang haram senang nak cari. Sila bawak stock maggi banyak2.
Orang China pandai cakap english x?
Sila download translator dalam android anda. Mereka lebih faham bahasa mandrin kapuk (macam yang aku cakap) berbanding english terutamanya kat Main Land.
Senang x nak cari surau/masjid?
Solat la di mana yang anda mampu...dan rajin2kan mulut bertanya.
Besar x bajet nak bercuti ke China/Hong Kong?
Terpulang kepada niat anda nak bercuti tu. Aku bawak RM 1000 pon x habes sebab aku beli perfume je. Baju2 x beli.
Toilet dorang camne?
Kalau anda jenis melayu typical, sila bawak botol kosong. Bersedia juga untuk melihat roti kering terpakai di tandas.
Kalau nak jalan, naik apa paling senang?
Tempat yang dekat2 boleh jalan kaki. Teksi mahal, pemandu bas xleh cakap english... Train mengelirukan. Hahaha
Hotel Mahal x?
Terpulang pada bajet anda. Haritu kami bayar 1000 untuk transportation (Kereta, bas, train...) , meal dan hotel 3 bintang untuk 3 malam. Hotel 3 bintang dorang sangat selesa. Tapi, sila siapkan duit deposit kalau sewa bilik kat Hong Kong. Polisi katanya (tourguide ktorang, Frank yang cakap)
Ramai x orang melayu kat sama (soalan bajet cam nak gi UK)
X.... dorang akan tenung anda cam korang ni mahluk asing yang bercakap bahasa luar bandar.
Makanan Hotel halal x?
Masa kat Hong Kong, Kami x was2 nak makan salad dan buah-buahan. Tapi masa kat Shen Zhen, kami langsung x makan. Kalau was2, jangan makan.
Adakah penduduk setempat ramah-tamah?
Hmmm... Macam x. Yang ramah selalunya orang indonesia yang berhijrah di sana.
Berbaloi x nak shopping kat sana?
Perfume murah... That's it
Soalan yang lain akan diterangkan dalam pos yang akan datang....
Adios ^_^