Followers

Friday, March 30, 2012

Kerete Tebakar???



(Kete warna hitam tu kete Tiqa, yang putih tu kereta dell)

Petang semalam aku gi makan ngan tiqa. Bila balik, ktorang terkejut sebab asap banyak. terbakar ke???

Owh, fogging rupenye.

Disebabkan asap banyak, ktorg tunggu kat bawah. Tetiba, datang satu idea kejam nak pedajal dell

Tqa pon wassup si Dell, bgtau yang kete die(Tiqa) berasap

Kesian Dell, takut benar si utih yang kat sebelah tu terkena asap.

hahaa, jangan tiru perkara x bermoral ni.

Monday, March 26, 2012

More Work, Less Post

Aku busy... this time tahap serius kambing punya busy.
Last week aku spend masa berjam2 drive balik kampung sebab ade kenduri. Hari ni pulak buat briefing flexben. Penat nak cover muka mengantuk.

Tak banyak yang aku boleh kongsikan dengan korang sebab aku sangat busy. Tambahan plak, Dingdong dah nak balik rabu ni. Hopefully he'll arrive safely and healthily. Beberapa hari lepas die ade call, cuaca kat mekah agak sejuk tapi kering. Biasa la, orang kulit sensetip ni leceh sikit nak berjalan2 kat tempat yang cuaca camtu.

Next week aku akan post dengan tahap kelajuan roket apollo.

Till then....

Thursday, March 22, 2012

Rambut Pelik dalam Kpop & KDrama

Post pasal Kpop lagi... Sila salahkan kebosanan tahap cipan dalam office ni. Anyway, hari ni nak aku nak cerita pasal fesyen rambut pelik dalam dunia kpop. Ya, aku seorang fan yang masih lagi fan tetapi berperangai seperti anti-fan. Apekah???


1. Fesyen Kerang


Oh minho....Dinda tahu kanda x salah. Yang salah ialah Coodi-noona kanda yang tak mahu kanda digoda oleh gadis2 yang pervert. OMG, fesyen rambut yang paling aku benchi dalam ini donia. Aku rase rambut nenas DMS dalam Meteor Garden (T) pon lagi cun.

2. Fesyen Terumbu karang @ Coral pelbagai perisa

Aku rasa fesyen rambut ni memang femes di penghujung era yang lalu. Bukan SHINHWA je, HOT pon buat jugak rambut cenggini. Aku paling suka rambut Andy yang kaler oren gemilang tu. Sungguh jambu. Point rambut ni ialah nak highlight kulit yang putih gebu dengan menggunakan warna2 yang ceria.

3. Fesyen Sanggul Lintang Mak Jemah


Rambut yang muncul pada awal kemunculan 2pm sekitar tahun 2008. Kemudian diremake oleh Teen Top. Adekah kerana mereka gemar menonton drama bergenre sejarah @ Kepahlawanan? Who know....Rambut ni sesuai diaplikasikan ketika nak makan megi ataupon baru habis bersalin.

4. Rambut Makcik

Adik kepada rambut AWAN NANO, pemilik rambut ini mestilah mempunyai bibir yang sexy. Kalau x sexy, rambut tu consider rambut AWAN NANO.

5. Fesyen Aku-X-Habis Bayar-bil-Letrik


Rambut ni terbentuk bila dorang x bayar bil letrik. Sempat cukur sebelah je. Ade kemungkinan jugak rambut dorang tumbuh secara x sekata menyebabkan sebahagian rambut tumbuh delam gerak perlahan (Slow-mo).

6. Fesyen Langsir


Yang ni aku suka. Fesyen yang sesuai untuk menyembunyikan kekurangan dimuka. Kalau ade jerawat kat pipi kiri, panjangkan belah kiri... Kalau rase jarak antara mata besar sangat, panjangkan sampai hidung. Sesuai jugak kalau mata anda bengkak lepas skodeng anak dara orang.

7. Fesyen Crayon Sinchan


Anda bosan berambut blonde ataupon merah? Boleh cuba pewarna rambut kaler biru dan hot  pink. Aku rasa 2-3 bulan lagi dorang release  kaler fluorescent Yellow dan jugak hijau petronas.  Tapi pastikan korang x lalu kandang lembu, kang x pasal2 pulak kene kejar. Kalau aku, aku suka yang Glow-In-Dark.

8. Fesyen Akak-aku-tolong-sikatkan


Fesyen rambut ini tak berapa terkenal kerana ramai yang kena cantas selepas menggayakan rambut ini. Hanya mereka yang berwajah ayu boleh menggayakan rambut ini. Sesuai untuk mereka yang ingin berdating denagn awek tanpa kantoi dengan rakan serumah anda. Lebih sesuai untuk lelaki yang ingin berdating dengan kekasih separuh masa tanpa perlu takut ditangkap oleh isteri. Cool Rite???

BONUS: Rambut mangkuk meggi


BONUS Ke-2: Fesyen Nasik campur a.k.a campurkan semua fesyen yang aku terangkan tadi


Tolong jangan buat rambut macam ni melainkan anda mempunyai muka yang comel macam Taemin. Fullstop!

Okeylah, next time aku aku akan post Konsep album/persembahan/dance  Kpop yang aku x berapa gemar. Aku nak kena buat kajian mendalam dulu.

Bubye.





Wednesday, March 21, 2012

Nonsense English In Korean Songs

Kpop... Budak2 zaman sekarang dah mula gila kpop. Oppa sana, oppas sini. Aku sebagai Fan yang separa matang hanya mampu tersenyum bagaikan pedo-noona melihat kehenseman adik2 Kpop....ngeee...


Selepas membuat kajian selama hampir 6 tahun bergelumang dalam dunia Kpop (trimas kepada SHINHWA), aku mendapati Artis2 kpop suka menyelitkan perkataan yang agak kurang kewarasan dalam lagu dorang.


1. SHinee - Ring Ding Dong, Lucifer, Stand By Me


 So fantastic, fantastic, fantastic, elastic, elastic....
Roboholic, robotronic,
Together make it Love


Fantastic tu aku faham la... Maybe awek tu da bomb. Tapi part Elastic tu memang x masuk akal. Adakah awek tersebut pakai seluat berpinggang elastic? ataupon gadis tu gemar makan getah oren yang bulat. Hmmm..... Ade ke perkataan roboholic dalam kamus??? X sabar nak kaji lirik dalam album baru dorang.

2. SNSD - Gee

Gee, gee, gee, gee, baby, baby


adakah mereka hanya belajar huruf G masa sekolah tadika???

3. TVXQ - Purple Line

Really wanna touch myself


Pengakuan berani mati seorang lelaki dalam sebuah lagu. I don't want to know if you are desperate enough to touch your own thing. Ewwww!

4. Beast - Bad Girl, Beautiful
Please my hate girl
Make a love baby, Just make a love

X faham. Kalau translate bahasa melayu pun x logik (Tolong saya benci perempuan ataupon puaskan kebencian saya perempuan????). Dan sekali lagi, x perlu la mengajak awek anda bercengkerama di dalam lagu. Sangat perverted.

5. Rainbow - Gossip Girl

I wanna gosship (Bunyi cam ghostship) girl.. I wanna ghosship girl...Sexhy Maskara.. Lip Gerloshh

Seluruh lagu berbunyi seperti menyanyi sambil makan. belum ditambah dengan perkataan2 yang x perlu dinyanyikan dalam bahasa inggeris.Total disaster.

6. Rain - Rainism

........ Magic stick

Tongkat magik? Semenjak bila Rain belajar buat magic. Adakah beliau sekrang bercuti untuk belajar di Hogwart??

7. KARA - Preety Girl

If you wanna pretty, every wanna pretty

Yeah, I know you want to be pretty... but the lyric is far from preety. It's pretty BAD!

8. F(X) - Pinocchio

I'm in ddddd-danger, Pinocchio, remember me

Yeah, kalau anda dalam bahaya sila jangan call wondepet. call Pinocchio dan beliau akan selamatkan anda guna hidung kayu yang panjang

9. Teen Top - Clap

I'm so Cra-cra-cra-zy, Crab..crab..crab..crab (100 kali) mad man

Lagu yang sesuai untuk lelaki yang gila makan ketam. Puahhahahaha

10. ZEA : Mazeltov

Latin Girl, Meshikan girl, Latin girl, Japan Girl
Mandey, tuesdey, wenesday, thersday, friday, saterday, sunday

Owh, dorang ajar geografi ngan pengajian am. Bagus jugak dorang ni. Lepas ni boleh buat lagu Calender. Nak lagi best buat lagu sifir lapan duet ngan Siti Sifir.

Bonus - Yang paling latest: B1A4

Baby I'm sorry, We got the better


Omg, music dah cun tapi lirik hancus... grrr, patut ke aku hantar buku english 1119 pada mereka?

Dah... berhenti meroyan!

Fuhhh, banyak pulak aku membebel. Jam pun dah dekat 5.30. Aku mintak diri dulu... Bubbye




Tuesday, March 20, 2012

Movie Review: White - The Melody of Curse

Hari ni x de idea nak bercerita tapi tangan ni menggedik nak post. Jadi, buat la movie review.

Movie Pilihan..... Jeng..jeng...jeng

WHITE: The Melody Of Curse 
(WARNING: SPOILER AHEAD)

The Unpredictable Side of Life

Sabtu lepas aku tak balik kampung... Alasan? Sebab minggu ni aku nak balik. Kalau balik tetiap minggu kering la poket aku.

Hari ahad, aku rancang nak sambung tidur sampai tengah hari. Sedang aku lena diulit intan, Along aku telefon. Aku ingat die saja je nak kejut aku bangun pagi. Rupenye ada sesuatu yang tak kena.

"Kakak (ye, kakak aku panggil aku kakak), Call Rena. Kalau die ade kat melaka aku datang ambik kat hostel"

"Nape" aku jawab sambil gosok2 air-liur kering

"Pak Ncik Meninggal la"

"Ya Allah! Den balik sekarang..." Aku terus bangun, tukar baju pastu start enjin COCO. Masa aku sampai, jenazah dah pon dikafankan. Aku rasa Mak Ncik dan anak2 dah redha sebab arwah dah lama sakit.

Aku teringat dulu masa aku form 1, Pak Ncik yang amek dan hantar aku pergi sekolah. Masa tu die sihat lagi. Sedih betul dengar berita arwah dah xde.

Patutlah dah berapa malam aku mimpi menangis-nagis.Aku ingat umur aku yang pendek  Rupenya ada orang yang meninggal.

Petang ahad aku terima panggilan yang mengejutkan. Dingdong rupenye. Kekasih hatiku sudah sampai di tanah suci mekah. Alhamdulillah. Aku tanya kenapa call sedangkan sepatutnya beliau focus dengan Umrah? Risau kalau2 aku risau pasal die. Sayang jugak die kat aku.

Ngeee, hentikan memblog aksi mushy2 kamu. Sangat geli geleman.

Friday, March 16, 2012

Remaja dan Fair & Lovely

Dari kecil, remaja di Malaysia telah di brainwash dengan ideology yang lebih putih, lebih cantik. Bergitu jugak dengan aku. Ade jugak yang percaya, kalau ko anak kacukan ko confirm lawa. Ape kentang?


15 Tahun lalu - Bila aku pergi jalan2 dengan kakak aku

Anonymous: You punye jiran ke?
Along: Xla, adik saya
Anonymous: Muka x sama... kulit pun gelap
Aku: Sigh.....



8 Tahun lepas - Bila Abang aku hantar gi kelas naik motor

Anonymous: Pakwe ke?
Aku: Abang kandung
Anonymous: Eyhhhh????



3 Tahun Lepas - Bila aku pergi orang kawen sedara yang bau2 durian

Anonymous: Anak ni anak sape
Aku: Anak Jenon... Anak Mat Esah... Cucu Pak Bab
Anonymous: Lain yer dari Along dengan Bob.
Aku: SIgh


THIS IS UNBEARABLE!!!!

Dari kecik lagi aku dah sedar yang aku memang lain dari adik2 aku. Muka aku gelap, ditambah pulak dengan perangai angin satu badan.. lagi la orang susah nak percaya yang aku ni adik kandung kakak dengan abang aku. Dorang memang muka satu patern: Muka atuk aku yang berketurunan Cina. Aku pulak muka cam anak tauke kedai mamak.


Aku yang berbaju biru




Bila aku sekolah, aku mula berjinak2 dengan Fair & Lovely dengan harapan dapat muka yang putih ala2 Hilary Duff.


 Dari satu tiub ke tiub yang lain. Hampas... aku x putih2. Akhirnya, aku surrender. Lantaklah orang nak kata aku ni anak kutip ke.. anak tauke news stand ke.. aku x kisah.


Tapi, semalam aku gumbira sikit. Sebab akhirnya ade jugak orang yang kata muka aku ade iras akak aku. Rasa cam nak menari sorry2 sambil makan aiskrim..hehe



Bob (Yellow), 2nd Sister (pink) and Big Sis (baju kurung coklat)



Mungkin aku x putih cam Diana Daniel... ataupon berkulit glowing cam Beyonce tapi aku bersyukur sebab aku mempunya muka yang lengkap. X lupa juga mata yang besar seperti Pup dalam SEEFOOD. Chet, perasan...

Jadi adik2, jangan la risau kalau kulit anda x putih gebu. X payah nak bazir2 duit beli F&L. Pakai moisturiser biasa dah cukup.

Ps: Iklan F&L pakai muka orang yang mmg dah putih... serius x logik.

Pentingnya English Edukesen....

Hari ni aku nak cerita satu tragedi yang aku lihat pagi tadi...


Aku sekarang dah mula pakai baju kurung balik sebab nak cover body yang mengembang ala kuih pau. Yang lecehnye pakai baju kurung ni, kena la iron bersungguh2. Nak dipendekkan cerita, aku bertolak lambat ke opis...


Sedang aku sibuk melayan lawak Johara, tetiba kelihatan satu kelibat motor... Penunggangnya, lelaki berumur lebih kurang 40 an. Pakcik2 rasanya.


Beliau segak bergaya memakai sweater. Sejuk... Semalamkan hujan.


Bila aku nampak tulisan kat blakang pakcik tu, terkejut aku






ALMIGHTY D*CK

Adoiiiayyy, adakah aku yang berfikiran lucah dipagi2 atau sweater itu memang bersifat 18 tahun ke atas.


Jadi kepada kawan2, sila2 perhatikan tulisan pada t-shirt anda sebelum anda mencetuskan idea kuning dalam otak aku ni.


Bye!

Thursday, March 15, 2012

I'm Single......???

Yep, starting from tomorrow.... I'm single


Encik Dindong akan bersiar2 di Tanah Suci bersama family beliau (envy T_T). Sebagai seorang awek yang jual-ikan, aku xdapat nak hantar sebab berkerja. Lagipon aku segan la nak hantar die sebab I'm not IN the family circle yet.


Dalam masa 2 minggu ni xdapat la nak gaduh2 dan cari pasal malam2. Mesti beliau lega dapat lari dari jadi punching bag aku. Hah, tunggu la bila balik nanti!



Tuan Dindong,

Sebelum kamu pergi biarlah beta mintak ampun dan maaf. Faham2 je la, kamu kan selalu je kena laser beam dengan beta.

Beta ingat lagi ape kamu cakap bila beta bagitau beta nak gi holiday seberang laut: 

Pergi Umrah lagi baik~~~~

Tahniah... Doa Tuan termakbul

Sampai sana nanti jangan lupe doa2 yang beta kirim tu ye. Unta pon jangan lupa beli.


Jangan risau pasal beta kat sini. Kota Damansara ada MCD, beta xkan kebulur. Drive tru je...


Jangan lupe pakai sunblock.... Anda tu dah la putera lilin.


Anyeong, Nae Namchin!


PS: Balik nanti kite gi shopping ye???? U bayar!

Wednesday, March 14, 2012

Mimpi Ngeri

Post Terakhir hari ni... Mode Serius


Semalam aku mimpi... Normal la kan.


Aku mimpi sesuatu yang sepatutnya buat aku happy in reality. Tapi dalam mimpi tu aku sedih sangat2. Aku xnak bagitahu ape yang berlaku in details. 


Contoh yang terdekat:


Aku dapat tawaran keje yang aku suka sangat2... tapi aku menangis meraung2


dah 2 hari aku mimpi benda yang sama. Mimpi semalam macam sambungan mimpi tempoh hari. Rasanya semalam aku basuh kaki sebelum tidor.


Apakah makna semua ni.... Harapnya sesuatu yang baik

Things that I hate: Income Tax

I'm still busy.... Awesomely busy, not in a good way. Feels trying to park a trailer at kelisa-sized parking lot. I just wish I'm invisible...for now.


Anyway, It's time to curse again as I saw 2 piece of paper on my desk. I received approximately 5 envelopes a day but whenever I saw grey abnormal envelope I know it will give me hell. That 2 piece of hell is absolutely my worst enemy. 


INCOME TAX  






I worked hard for the past two years and worth every cents of my salary. I hate it when some one asked me more than i could offer. Not sure the correct amount of tax I need to pay... Maybe around 20% of my total income.


Last year I was exempted because I worked for less than a year. Man, I have no where to run anymore.


Google: Pengecualian cukai
Found: Cara dapat pengecualian cukai.


I have discovered a few easy ways to reduce my income tax:


- Buy books
- Subscribe to broadband plan
- Purchase a computer


Done all 3 but the receipts are gone. What the fish!!!!


Guess like I have to pay it all.... Sincere Thanks Kerajaan 1 Malaysia.

Wordless Wed: Berpantang Maut Sebelum Ajal

Tuhan yang menentukan ajal seseorang.... In this case seekor Racoon


Untuk berita penuh tentang racoon yang nearly meninggal ini, sila tekan sini

Tuesday, March 13, 2012

Must Watch: Rant on Popularity by MatLuthfi

Aku busy.... (sambil kunyah epal)


Ehhhh.... Rumah aku mane ade epal? Anyway, aku memang teramat busy sebab keje opis melambak. Rasa macam nak resign je. Tapi kalau fikir balik, ade ke keje yang boleh duduk relax je??? Ade kot... kalau aku jadi designer tilam.


Dalam pada komplen2 xde masa nak lepak, aku sempat lagi merayap2 di youtube. Biasa la, cari lagu kpop terbaru nak buat ringtone. Lagu Bad Boy cam sedap gak walaupon suara GD agak annoying tahap chimp. He's singing like a freakin lazy flatfish. Grrrr...


Maybe I should stick to TOP..rite???


The sexiest Blue-haired boy

TOP says Love Yaaaaa

Sebenarnya hari ni aku bukan nak cerita pasal TOP sebab kalau aku cerita pasal TOP sampai kering hidung aku berdarah pon xkan habis. Sambung balik pasal aku rayap2 kat youtube, aku nampak video MatLuthfi90 kat list aku. Owhhhh, video baru... Yang terakhir aku skodeng ialah Lalang. X ingat sangat the content but something about politic..

Kali ni Cik Mat buat video Rant on Popularity. Motifnya, membincangkan perihal hidup beliau yang dah makin popular. Sesemenjak dah jadin star kat tiubkamu ni, banyak pulak orang yang nak ambik gambar. Tu tak termasuk yang mengaku Cik Mat ni Boyfie (geli aku!) dan x lupa jugak yang cakap CIk Mat macam Eunhyuk... Oppa...Oppa..




Oppa...Oppa...Kopangg karang...hehe (lebih kurang la).

Agak pelik jugak bila ade orang cakap muka ML90 macam Eunhyuk padahal mungkin bentuk muka je yang sama. I'm not saying this because I am EH's Fan tapi itulah kenyataannya. Aku rasa muka ML cam muka Keladi... Eli, betul x? Mungkin sebab die sengal macam keladi...

Perlu ke letak gambar EH yangbajet comel

Walaupon aku rindu kawan die yang chubby tu.. yang ni pon acceptable
Tapi aku lagi rindu member rebonding die tu..

Popularity is something you need to pay for. Bukan bayar duit tapi bayar dalam bentuk lain. Contohnya bila dah jadi artis yang femes, nak kluar makan kat kedai mamak pon segan. That type of payment la...

Kata busy tapi buat post mengalahkan kuthbah solat jumaat. Anyway, Dino is coming back to Putrajaya...yeah. Beliau nak pergi umrah. Let's pray for his safety, Insyaallah.







Wednesday, March 7, 2012

Blog Reviewing By Haruno Hana

Tadaaaaa! Tora kembali lagi mengepos tanpa menghiraukan dashboard korang penuh...hoho...

Maklumlah semenjak kengkawan busy oustesen dan prepare nak kawen, aku asyik menghadap blog ni je la (50% masa lapang diluangkan bersama COCO tersayang). Arghhh, bosan...

Jadi, aku pon berusaha mengembangkan linkaran sosial alu dengan mencari aktiviti yang boleh menambah masa blogging aku:

Join contest: Dah...
Join chat : Dah
Join mengomen: Dah Jugak...
Join segmen: Belum


Apa tunggu lagi...... Sila Kelik gambar untuk Join

Mengetag:



Lepas dah join boleh la skodeng2 novel Haruno Hana. Bulan depan kot sebab bukan ni kouta beli buku dah lebih limit. Ade sesiapa yang nak sedekah coupon buku satu malaysia kat aku????


Roadshow Yayasan Sime Darby

Ini bukan satu Iklan Berbayar, hanya khidmat masayarakat

Yayasan Sime Darby akan mengadakan Roadshow buat pertama kalinya bagi kemasukan sesi 2012.


Date: 8th March (Esok)
Venue: Dewan Antares, Kolej Matrikulasi Selangor, Kementerian Pelajaran Malaysia, Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Masa: 10 pagi sampai 4 Petang

YSD akan menawarkan biasiswa kepada lebih 200 orang pemohon. Sila mohon jika:

1. Mempunyai pencapaian akademik yang memberansangkan dan mempunyai leadership skills.
2. Pelajar jurusan vokasional yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Jentera Berat (heavy equipment) dan juga healthcare
3. Pendapatan isi rumah kurang dari RM 2500 atau golongan Orang Berlainan Keupayaan

Jangan lupa bawa sijil2 yang berkenaan.

P/S: Aku bekas scholar SD yang xsedar diri dan suka membazir duit biasiswa. Sila jangan tiru perangai huduh aku.

(gambar hiasan - Saje je nak letak muka)


~INI ADALAH BENAR DAN BUKAN LAWAK BULAN APRIL~

Tips Mudah Menjadi Remaja Paling Cool Di Malaysia

Sejak akhir2 ni aku dilanda krisis pertengahan umur. Datang office pagi2 wajib nak skodeng kalendar.. Dengar pulak kawan2 dah nak kawen bagai... lagi la aku rasa tua.


Aku perhatikan perangai remaja zaman sekarang ni semakin mengarut-tercarut-ko-memang the bomb compared tu zaman aku dulu. Masa zaman aku high school pon aku dah rasa tersiksa nak resist keseronokkan dunia, zaman sekarang lagik mencabar.


So, hari ni aku nak kongsi Resepi menjadi remaja cool lagi popular di abad ini.


1. Sila sediakan seorang lengchai atau chikaro untuk menjadi bahan anda tayang di sidebar blog walaupon lengchai/chikaro tu duit belanja sekolah pon mak tolong bayarkan. Aku ade jugak sekodeng2 wall kawan2 adik aku (aku stalker adik sendiri...he..hek). Terkaget aku sebab dulu kalau aku minat kat sorang mamat ni aku main tinggal note kat bawah meja. Sekarang terus tulis font 48 kaler merah siap bold "Awak cayunk caye x...".  Ape diatas betul. Aku pon kekadang ade jugak buat ayat cintan-citon-mee-cintan.



Muka aku bila tengok statement super  mushy

2. Sila tayang body anda dengan memakai pakaian yang boleh consider underware - Aku bukan la alim bebenor nak nasihatkan orang suroh tutup aurat betol2. Bebudak zaman sekarang ni minat benor makai baju dalam ngan hot pants walaopun ketiak itam. Ngeri betul.. Sila jangan tunjuk aset yang seberapa tu sebab aku dah puas tengok kat tv.

Bikini hanya  acceptable kat pantai je.

3. Sila ambik gambar berposing mencurigakan bersama prop yang kontroversi. Nak lagi advance, letak caption yang serius LOL.


Aku translate caption gambar di atas supaya senang faham

Aku underage drunktard, tapi aku masih suci murni. Aku dok dalam bilik bersama jantan2 ni sebab dorang ni dah dikembirikan dan xde napesu dengan perempuan. Sila fikir positif.

4. Sila tunjukkan anda paling advance dengan barangan canggih macam lowyat - Aku memang dengki sangat dengan bebudak yang slalu menggantung DESELAR mereka di leher sambil amek gambar macam PATI kat tepi jalan. Teringin nak join tapi x de yang jemput. Aku kan dah tua.. dah nak basi pon.

5. Sila maki orang yang tegur anda...WAJIB ni. Xkira la mak ke...abah ke.. adik ke.. Beberapa purnama lepas aku ade sekodeng blog sorang remaja ni. Bercinta dengan pengkid pastu kantai ngan parents. Budak tu tulis "I x peduli ape yang orang lain cakap. Kalau boleh I nak gi oversea... Boleh la i jadi wifey"... Perghhhh, berfikiran universal sungguh.

Aku risau dengan perangai dorang sebab aku ade sorang adik yang sedang membesar dan mula terikut2 trend terkini. Aku faham sangat perasaan tension sebab x fit dalam  golongan remaja cool. Ye la, zaman sekolah dulu aku ni xpopular... kalau popolar pon sebab pinjam buku library xreti nak pulang.



Monday, March 5, 2012

Berpindah, Belajar, Bertunang???

Minggu yang busy dah berakhir. Akhirnya boleh menarik nafas lega dan kembali focus pada kerja yang berlambak macam timbunan batu-bata kat construction site.


We officially moved out from our beloved penthouse (awhhhh). Sangat berat hati kerana penthouse banyak meninggalkan kenangan manis selama setahun aku dok Selangor ni. Disebabkan aku kerja, terpaksalah angkat barang tengah2 malam. Macam buat jahat plak. Nasib baik ade Pakcik si Eli dan Bapak Tiqa JJong tolong mengangkut barang. Kalau x terpakse la buat 2-3 trip dari Sunway ke rumah baru.


Packing in-progress

Dah settle pindah barang, kena focus study pulak. Arghhh, badan aku penat dan otak aku memang x boleh nak digest ape yang aku nak bace. Lagipon aku amek MUET, mana la nak ade spot question bagai. Akhirnya, aku tido sambil layan cerita Castaway To The Moon.

Sebelum pergi Sekolah kat Subang tu, aku sempat jugak kemas barang sikit2 sebab lepas habis exam aku nak balik Melaka. Camne dengan exam? Ke-longkang! Aku xpasti ape yang aku carutkan. Main belasah je bila buat essay. Handwritting jangan cakap la.... cakar kuching pon lagi cun.

Lepas dah habis mengarut, aku gi ke Giant Shah Alam sebab nak jemput Lil-cous Rena. Drive dengan sepantas kereta api peluru sebab takut x sempat nak sampai ke majlis bertunang kakak aku. Alhamdulillah, managed to reach on time.

Sila abaikan muka x semenggah itu kerana aku sangat penat



She was adopted by my Aunt (right) but still close to us.

She's the only one who looks like my mom

Despite growing up separately, we are still like normal sisters. Cemburu giler sebab muka die lebih kurang mak aku. Muka aku memang langsung xsama macam mak ngan ayah aku sebab orang cakap muka aku ni kacukan muka makcik2 aku. Errr, conpius disini.

It's the biggest news for our family since we hold the record for being in the top 10 - unmarried adult (3rd generation) termasuklah aku. Lepas ni harap2 xde orang akan tanye mak aku bila die nak bermenantu. The theme is pink and it's make me wonder why pink is soooo Innn lately. Hmmm? Zemah dulu pink jugak.

Pagi ni ingat nak mulakan hari dengan bersemangat tapi x sangka pulak nak demam. Level kerajinan  dah kembali merundum. Ntah hape2 ntah aku ni... xpernah nak rajin.

Tatattatat


Thursday, March 1, 2012

200 Post, 20 Followers... Trimas Everyone



Hari ni hari yang sangat best kerana post hari ni ialah post ke-200 bagi blog aku yang hidup-segan-mati-x-ready lagi ni... Clap...clap



To celebrate, let me give u a big kisss! Lolll...Loll


This blog is my only reason to subsribe to abroadband plan. Yet, I nearly flushed it down the toilet bowl a few years back but I didn't. I love it sooo much that I keep on posting even though I only have less than 100 followers.

This blog is actually a jounal for the future me...I dunno what will happen to me in the future. Even when I become nenek, I will be able to track back old memories through this blog. Deep down, I wish there's something in my blog that help others too. Insyaallah, I'll stop cursing in this blog. Dah tua dah pon.

THANKS EVERYONE!!!!!!

Last but not least... the news that I already said a thousand times.


Yep, We're moving Tonight....Tonight..Tonight..
(sila nyanyi macam chorus lagu Big Bang)