Followers

Wednesday, February 29, 2012

Lines of Love

Just wanna share wise quotes I heard today:


For Man


Say words that women understand


For Woman


Say words that Men know


Loud and clear, isn't it, I think the main issue that bugged my stone-age relationship is communication. I always use words that Dino din't know:


I wanna buy some Blusher, 
Craving for Macaroon, 
Gonna wax my misai ...bla...bla...bla


While he keeps on using words/sentences that i don't understand:


I want u to dress-up but i hate to see u with make-up


You look shabby with tudung bawal but please don't wear shawl..


Crazy...rite?


I guess, we really are match made from mars. 





Wordless Wed: When I say I'm on Diet.. I really mean it


As usual, please ignore my bare face T_T

Tuesday, February 28, 2012

Stalking is BAD!

Morning rakyat jelata. This messy writer is  kinda busy arranging my stuff (liar!) before moving out from our beloved penthouse...sob...sob. Plus, I have to seat for MUET this weekend. Not to forget that my beloved sister is getting engaged in a few days. In a pea size, I'm freaking out!


Ada sesiapa yang x tahu langsung pasal stalker yang jadi fanboy doppelgänger si Diana Danielle? Boleh la google pasal lelaki itu sekarang. Aku malas nak copy-paste-credit ayat surat khabar. Apa yang penting, aku rasa hadiah ayam tu memang brilliant. Aku harap yang ayam tu dah disembelih dan bukan dikejangkan menggunakan tenaga elekrik. Haram!


(click gambar utuk tips menghalau stalker)




Hari ni aku nak cerita kisah stalker. Walaupon orang kata muka aku ni macam shopping centre yang belum di cat mahupon macam maid indon, aku pernah juga berhadapan dengan stalker. Kejadian tersebut berlaku lebih kurang 2 tahun yang lalu. Masa tu aku baru mula berkerja.


Sebagai seorang pembantu jurutera (ayat skema), aku adalah satu2nya ezekutip perempuan berada di kilang tersebut. Wajib la terpaksa mengurangkan sikap ramah mesra sebab nak elakkan fitnah. Malah, awal2 lagi aku dah dinasihatkan untuk low-profile sepanjang waktu berkerja.


Pada satu hari, aku dapat sms dari orang yang aku x save nombornya. Masa tu aku pakai henpon cap  ayam, xboleh nak block2 orang. Aku ingatkan sms tu datang dari kawan2 UiTM yang mungkin rindu pada aku sebab aku dah lama x melawat UiTM. Aku memang x layan.


Aku perasan yang penghantar sms tu adalah salah seorang pekerja kilang bila mamat tu hantar msg ni beberapa minit lepas aku start engine motor


"Lampu belakang x menyala"


Kompem orang kilang. 


Sebab:


1. Budak UiTM x tahu waktu kerja aku dan dorang jugak x tahu yang aku ni reti bawak motor
2. Masa tu aku busy buat report... Yang ada kat kilang ialah Pak Guard, Supervisor, dan jugak pekerja shift malam.
3. X mungkin Assistant lain yang hantar sebab selalunya dorang akan cakap direct je dengan aku


Mamat tu siap tahu lagi aku outstation pergi mana. Isi minyak kat petrol pump mana. Giler kentang betul.


Aku bagitahu assistant lain, dorang cakap ignore je sms (memang aku ignore pon). Lepas dah sms, lelaki tu mula main miscall pulak. Tapi bagus jugak mamat ni tukar taktik. Sebab lepas 2-3 hari aku dapat tahu siapa. Mamat ni akan buat misscall bila aku lalu satu area ni. Maknanya, vision die terhad. Akhirnya, aku dapat tahu mangkuk hayun mana yang dok kacau aku hari.


Lama2, die jadi bengang dan cakap aku ni berlagak da perasan bagus. Aku diam lagi. Lepas tu cakap plak yang ade ubi ada batas... Aku lagi la hangin. Aku terus sound direct. Aku cakap yang aku datang kat kilang tu nak cari rezeki. Kebetulan pulak aku dapat arahan nak pindah HQ.... Terus aku attack (guna telepon) kaw2. Aku cakap la yang aku ni x minat nak jadi teman tapi mesra mamat tu dan aku dah ade kayu balak.


Lepas aku duduk KL, dah tak dengar lagi pasal mamat tu. Kalau ade pon bile kawan2 kat kilang lama buat lawak pasal aku kena stalk.


Motif aku nak cerita hal ni bukan sebab aku nak perasan hot ataupon brag pasal aku ade stalker. Aku just nak berpesan pada mereka2 yang di-stalk, minta bantuan kawan2 anda terutamanya kalau anda ni perempuan yang lemau macam aku.

Pesanan buat stalker2 di luar sana: Cari la hobby lain....





Monday, February 27, 2012

Bawa Ku Pergi (KAKA Feat Zizan) - Lagu remaja lari rumah

Semenjak akhir2 ni Malaysia ni dah dilanda demam lirik lagu macam hampagas. So, jangan nak kondem aku sebab x habis2 dengat lagu zaman tok kaduk. Secara seriusanya, aku kadang2 rase cam nak hempas radio bila dengar lagu pelik2 ni. Kalau lagu tu cam lagu Aku Maafkan Kamu tu aku faham la jugak maksud tersiratnya.  Kalau lagu Cinta Fesbuk, aku memang xnak faham.


Semalam masa ODW balik dari Shah Alam (amik Mai yg sibuk nak sleepover), aku terdengar lagu Bawaku Pergi nyanyian KAKA dan jugak Zizan. Man, sekali dengar cam lagi Graduation - Vitamen C. 2 kali dengar cam lagu orang nak Lari. Bagi yang x percaya, meh aku buat analisis...




Lirik Lagu Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan


Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali



HUH???? Nak lari dari realiti adalah satu petunjuk yang penyanyi (or whoever wrote this lines) telah tersasar dari rasional hidup. Siap cakap x perlu kembali... Adakah terlalu banyak pengalaman ngeri di tempat beliau berada sekarang sehiggakan beliau ingin pergi x kembali? Mungkin juga lagu ini ditujukan kepada partner-in-crime yang boleh membawa beliau lari. Hmmmmm....

Tengah malam nanti 
tolong jangan lupa
jangan munkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa


Beliau sudah berjanji dengan si X (partner) untuk ke suatu tempat pabila malam tiba. Katanya, hidup ini sunyi semenjak kali terakhir si X menghantar beliau pulang. Siap bagi warning jangan bagi tahu sesiapa. Biasanya, kalau takat nak lepak kat Starbucks, McD boleh je nak bagitahu mak, bapak ataupon sesapa yang rapat. Nampak sangat ade plan jahat ni...

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh


Buku Merah???? Passport antarabangsa? Adakah mereka nak pergi bercuti di Lombok. Kenapa nak pergi bercuti x bagi tahu parent??? Sangat mushkil la ini part....

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali



Malas nak rebiu...

Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
hero sudah sampai, cepat terjun dari oteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyetaan, mula kisah dongeng



Obviously nak pergi sempadan sebab si partner mengajak aweknye terjun tingkap. Jantan kabaret, sungguh tergamak ko suroh awek ko terjun? Lari dari kewajiban sebagai seorang anak yang taat dengan harapan nak mulakan hidup baru yang indah... Nonsense!

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggal kemewahan cuba cara hidup urba
lari lari baling bola salji depan ga
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga



Memang dah hilang kewarasan sungguh... siap nak main salji bersama Yeti. Geli-geleman aku

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama


Tengah angau sakan...... Baru2 sanggup la nak rentas highway, hidup cara purba. Bila anak lima, nanges mintak hantar balik rumah mak. Memang nak kena cepuk..

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Credit:  http://www.liriklagumuzika.com/2011/12/lirik-lagu-bawaku-pergi-kaka-ft-zizan.html#ixzz1nZ0wH5Y9



Aku x pasti..mungkin aku tengah mengalami delusi tahap gaban jet potong dua sehingga tersalah tafsir lirik lagu yang super naif ini. Huhu... yang pasti aku xkan masukkan lagu ni dalam Samsung aku. Karang xpasal2 aku ajak Dino kawen lari pulak.



Wednesday, February 22, 2012

Penyelamat Kucing

Semalam, Puan Kembali Berkerja a.k.a Eli telah dikerah menjadi pemandu COCO. Aku bukan ape, kalau aku bawak, ntah pukul brape nak sampai. Kesian plak kat Dell, duduk rumah sorang2.


Sampai kat tempat parking, aku nampak sekor kucing melintas kat blakang Coco.


Aku: Teanjat Boboi...kucing rupenye
Eli: Mak kucing tu, aku nampak anak tadi...


Pada asalnya, kami nak terus chow...tetiba ternampak pulak mahluk kecil berbulu oren keperangan. Kitten yang comel duduk bersantai di tayar kete sebelah. Main sorok2 gamaknya. Beberapa minit kemudian, owner kereta tersebut pon datang dan start enjin.


Kami pon cuak lantas buat aksi jerit2 tunjuk ke arah kucing tersebut. Owner tu ketuk2 tayar dengan harapan kucing tu kecut perut. Xde maknyenye.....chet. Kucing tu masih lagi bertafakur dengan tenang. Pakcik tu acah2 lagi... x gerak. Kami saspek pakcik tu geli dengan binatang, sebab die asyik buat muka segan2 nak pegang. Hampeh..


Akhirnya, Eli yang mesra haiwan datang menyelamatkan nak kucing yang terjerit2 tu. Pastu kecing yang malang tu berlari2 menyelamatkan diri. X kenang budi punye kucing... x bagi kiss pon...T_T.


Aku sedih betul tengok anak kucing yang digelek di tengah jalan. Tapi x boleh nak salahkan pemandu jugak. Beberapa tahun lepas kami nyaris eksiden sebab nak elak kucing.... Nasib baik x de yang cedera.


Jon layan aksi2 kucing yang comel ni... Teringat kat YeYeah (kucing mak aku).


Ammagetcha !!!

Roly-Poley.....Roley-roley-poley!

I am watching Puss in Boots... Back off!

Are you dead????

Ps: Aku lagi sanggup digigit kucing dari di kejar anjing... trauma!




Tuesday, February 21, 2012

Review: Garnier Oil Control Whitening Cream

Aku memang dilahirkan dengan kulit yang x berapa nak cerah. Disebabkan aku dibesarkan dengan metaliti yang lebih putih itu lebih cun, maka aku sedari usia belasan tahun dah mula berusaha memutihkan kulit. Kebanyakan produk x berjaya nak putihkan kulit aku. At one point, i just wannna give up..


But when my love one said that I am to tanned compared to him, hati ini kembali berkobar2 nak putihkan diri. 


Hari ni, aku nak review satu product ni: Garnier Oil Control Whitening Cream. Aku beli secara kecemasan sebab aku nak balik kampung. Cari Tea Trea Lotion Aiken tapi x jumpe. Harga RM 9.90.



Camni la rupe container die, tube type yang kecik dan mudah dibawa ke mana2.

Janji Pengeluar:

1. Mencerahkan Kulit
2. Memudarkan kesan jerawat
3. 8 jam bebas kilau

Komen Pengguna yang banyak songeh

1. Aku xsuka langsung texture die... agak berat dan susah nak sapu. Kalau nak kasi die senang lekat, kena pakai toner. Aku try pakai lepas aku guna Hada Labo, baru OK sikit.


2. X sesuai untuk pakai dengan BB cream sebab x blend dengan baik. Kalau pair dengan compact powder pon nampak x kemas.
3. Bau die cam lemon sikit... what to expect? Dah tentu2 la ade lemon extract
4. Memberi hasil bebas kilau yang bersifat sementara. 3 jam lepas pakai, dah mula berminyak sakan.
5. Dah pakai 4 hari tapi langsung x rase semakin hebat mahupon cun  Putih berseri..grrrr

Akhir Kata: 3 bintang.... aku akan pakai sampai habis sebab x elok membazir. Mungkin aku lebih sesuai pakai product yang berubat dan sesuai untuk kulit sensitive. Sorry Garnier, you will be out of my list!

Ps: Aku dah try pakai eye-roller brand yang sama dan mata aku masih seperti panda. Yang boleh diharap hanya milky lotion Garnier yang wangi..huhu


Tips Menghadapi MUET

Akhirnya selesai juga Speaking Test MUET semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupon individual presentation aku sangat disaster. Salah sendiri...

Anyway, hari ni aku nak share sikit tips mengahadapi Speaking Test MUET.

1. Vocab - Rajin-rajin la belek thesaurus untuk cari perkataan yang sama maksud supaya nanti x la korang guna perkataan yang sama.

2. Clear - Pastikan suara korang jelas. X terlalu kuat ataupon terlalu perlahan. Pastikan korang menyebut setiap perkataan dengan penuh berhemah. Jangan cakap laju sangat sebab takut examiner ingat korang datang nak audition jadi rapper.

3. Understand - Baca task yang diberi dengan teliti. Takut tersalah point nanti...

4. Sensible - Pastikan korang bertimbang-rasa dengan candidate yang satu kumpulan dengan korang. Korang kene jugak tolong candidate lain terutamanya candidate yang passive. Jangan cakap lebih masa group discussion.

5. Greet - Jangan lupa buat introduction sikit masa exam tu. Xpayah la bagi tahu nama, just cakap Good Morning kat Examiner.

6. Dress to impress - Pakai la sopan2 masa exam... Sejuk sikit hati orang memandang.

7. Example - Pastikan point korang ada contoh yang bersesuaian. contohnya kalau topik korang pasal kesan buruk internet dan point yang korang dapat ialah melalaikan pengguna, korang boleh ambik contoh pelajar yang asyik main game sampai lupe buat homework.

8. Just Do It - Cakap je la ape yang termampu... yang penting, tunjukkan yang korang boleh speaking lendu pada tahap yang boleh tahan. Bagi aku, dapat band 3 pon dah OK.

Aku masih lagi ade 3 test untuk diselesaikan. Aku x risau pasal reading sebab ade multiple choice questions. Aku lagi saspen nak jawab exam writing dan jugak listening. Harap2 semuanya OK. Insyaallah...

Sunday, February 19, 2012

MUET Yang Buat Aku Mute

Entri pendek hari ni... OMG... AKU TERSILAP TARIKH EXAM MUET... I seriously thought that I`ll be in tuesday... Sekali tengok slip tulis esok. Tahniah miza...

Friday, February 17, 2012

Contest Ungkapan Romantis by Syira & Eiya

Aku masuk contest???? Biar Betul... Yep, akhirnya aku join contest. Nak support kawan baik aku ni, Cik Eyot dan kawan beliau, Syira. Seriously, aku masih suka memanggil beliau Eyot. Jahat betul.




Anyway, sila la kawan2 melihat link ini untuk mengetahui syarat2 penyertaan. Hadiahnya sangat menarik. Disebabkan aku sangat super busy akhir bulan ni, with MUET, pindah rumah and engagement akak aku maka aku nak jadi peserta pertama (lol...lol).


Let's GO!


My dearest Dino, I just wish that u can say this:


Honeybun, you are the cookie to me cream... Jom makan Ice-cream.


Hahahahhahah, aku masih bengang sebab x dapat makan ice-cream cookie masa dating haritu. Tido malam pon terbayang nak makan. Unfortunately, Dino x suka perasa ni....sob...sob. Beliau kan Dinasor, mana la suka makan biskut.


and now for the pic... 


Our first picture together... as scandal?

Gambar masa lepas mill visit. Busuk2 pon sempat lagi amek gambar. Sila abaikan posing cik Dino yang agak extereme dan juga eyebag aku yang macam kuih bom tu.

And for the song.... The most adorable love song sang by my fav rapper, Kyung.





If I have you, I’ll try to be strong
If you’ll stay by my side, I can be strong
I’ll protect you every day, you’re gonna be strong
It’s not gonna be wrong, we’re gonna be strong
I say Oh Oh Oh Oh (I make you happy)
Oh Oh Oh Oh (You can be ma lady)
Oh Oh Oh Oh (Baby we can make it)
Oh Oh Oh Oh

 P.O. 
I still remember the first time I saw you
Were you wearing sneakers? or a cardigan?
A girlish smile, even eye smiles
How pretty you were, we were even the same age
I wasn’t able to approach you easily
I stood and watched you from afar
My constellation is by your side
I’m a manito that stands behind you 
No matter what anyone says, you’re an angel
An angel that has hidden your wings somewhere
There’s an entrance to you, but no exit
I just can’t bring myself away from you


Park Kyung
I’ll try to be strong when I stand by you
This fresh new feeling, it’s not dejavu
I can only think about you all day long
(do you love her?) Yes, I do
In this dark night, I’m alone in my room
I turn the music on and close my eyes next
I draw a picture in my head of two people
An imagination all my own, but who cares as long as I’m happy
You’re by my side, of course, and we’re holding hands
My awkward gag and aegyo pinches
Everything is joy, you are my world baby
This song is the beautiful story of you and I

I can do x8 (I can do)   X2
I love you (I love  you)  X2


Thursday, February 16, 2012

Office, Selipar jepun dan Kemeja Kotak

Dress for Success. Jika ditanya pada kawan2 aku yang berkerja sebagai engineer kilang, quality exec mahupon  engineer mill operation, pasti dorang akan menjawab:


T Shirt lusuh + Jaket company + Seluar banyak poket + boot 


Itulah jugak yang aku pakai satu ketika dulu. Mengenang kembali kehidupan aku semenjak jadi engineer pencen a.k.a minah office, aku rasa aku memang x dilahirkan sebagai gadis office yang perfecto.



Aku hanya sempat menghadap kilang selama 8 bulan sebelum tranfer ke office. Tapi aku masih belum dapat nak menyesuaikan diri dengan trend wanita office. Bagi aku, pergi ke office hanya perlu

Kemeja kotak2 sale beli buy 1 free 1 + Seluar slack + shawl xpayah iron + Selipar Jepun

Yep, aku masih berani pakai selipar ke office. Ade alasan, boleh la buat muka kering hati. Kuku aku sudah mula tercabut sikit2. Aku masih masih menanti kuku baru untuk tumbuh. Kalau aku pakai kasut, kaki aku akan berpeluh dan menyebabkan kuku aku yang luka tu berbau kepam (ehhhw). Ada jugak kelebihan sakit kaki. Aku simpan 1 wedges spare kat bawah meja. Just in case ade pelawat masuk.

Kemeja plak, aku memang selesa pakai kemeja kotak2 berbanding yang plain. setakat ni aku dah ade 8 pasang, yang aku slalu pakai 5 je. Kemeja kotak2 bukan saja boleh pakai gi ofis, boleh jugak dipakai masa gi dating. Multi-purpose sungguh.

Kadang2 aku jeles tengok orang pakai baju kurung sebab bila aku pakai mesti bertambah x cun. Kalau aku pakai baju kurung hari jumaat, mesti ade yang cakap aku ni demam. tu belum lagi aku pakai baju kurung pastu match dengan tudung sarung *yang ade awning. Wajib kena panggil cik bedah. Mungkin orang office aku pon dah biase tengok aku pakai kemeja.

Kenapa x pakai macam gadis offfoce yang lain?

Aku seorang manusia yang x berapa sanggup nak habiskan duit beli baju. Aku lebih suka habiskan duit pada makanan. Lagipon, yang penting ialah OTAK. Steve Job pakai jeans je kot.... Boleh je berjaya.

Kalau korang rajin layan cerita taiwan, mesti pernah dengar fashion quotes ni

Kasut yang cantik akan bawa korang ke tempat yang cantik - Tin Tang Jing (Meteor Garden)

Beliau sangat comel dalam Meteor Garden

Sangat setuju sebab kasut boot wajib la nak dipakai kalau keje kat kilang. Xkan nak pakai heels pergi effluent plant.

Setiap perempuan perlukan designer's bag - Chuman (Material Queen)

Cerita yang sangat menginsafkan orang yang mata duitan

Xsetuju langsung. Kalau pakai beg Hermes tapi account kosong, baik xpayah. Buat malu je....

Akhir kata, fesyen itu sangat subjective. Yang penting, don't poke my eyes (SENTAP!)

Sila jangan pakai camni ke office...

Whitney Houston Lesbian???

Mengejutkan... sangat terkaget dan terkesima aku membaca artikel Daily Mail UK hari ni. Semestinya pasal Whitney Huouston (WH) lagi.


Salah seorang kawan WH yang merupakan aktivis pembela hak2 mereka yang GAY membuat kenyataan yang  marriage WH dengan Bobby Brown hanya sebuah drama cover line. Semuanya bertujuan untuk menghentikan, rupa gossip yang WH is an ultimate lesbian.


Nak lagi best, awek berhubungan sulit dengan WH ialah bekas pembantu beliau yang bernama Robyn Crawford.


Si pembela gay tersebut turut mengatakan yang WH sangat gembira bila berhubung dengan perempuan. Beliau juga menyokong kenyataan yang WH mengunakan dadah sbg medium untuk release tension sebab penat berpura2 perempuan straight.


Yang pasti, mesti anak die tertekan... Dah la mak RIP, bapak plak addict... pastu dapat tau yang mak die MAYBE gay (aku lebih suka guna gay berbanding LesB).


Yang kanan tu la Robyn (gambar dari Daily Mail UK)

Aku x pasti macam mana hollywood nak memperbesarkan lagi issue ni. Mungkin jugak peminat2 WH di Hollywood akan menganggap berita ini sebagai berita sampingan. Maklumlah, gay kan perkara biasa bagi dorang.

Dah, tutup cerita WH. 2 hari lepas kami borak2 dengan bos pasal nak amik orang baru. Aku cakap hire lelaki la, boleh cuci mata. Reply bos memang lawak:

"Pengkid yang ade ni pon x larat aku nak tengok, nak tambah lagi lelaki dalam opis ni. X mao" (sambil gelak2)

Sape lagi yang dorang nak label pengkid, confirm la aku! Boss, saya ni staright la....

Wednesday, February 15, 2012

EP 9 Vanila Coklat Yang Mengecehiwakan

Amir oh Amir... Seperti biasa aku akan terkena serangan sawan tikus pada setiap hari selasa. Nak kerja x focus, nak makan x selera. Tengok Buletin Utama pon rasa cam nak forward je. Expectation aku untuk EP 9 Vanila Coklat sangat tinggi tapi akhirnya aku yang hampa.


Blur-kan muka Kamal yang x menarik tu..


Kenapa?


1. Scene ep 9 dimulakan dengan aksi Amir mengemop lantai dengan wajah yang riang gumbira. Kami para peminat yang super excited ini tak mengharapkan scene guling2 atas katil. Cukuplah kalau Tuan Muda Amir buat muka riang sambil buat/beli breakfast untuk bini beliau. Nak lagi best kalau Amir buat mukia blushing sambil buat breakfast.


2. Auntie Anne diketepikan selepas berjaya menjadi orang tengah antara Amir ngan Zara. Mak Bapak Zaramir syok sendiri gelak2... X cakap Tengkiu mahupon Tingkayu. Paling x pon jemput la Auntie Anne masa party tu.


3. Zaramir bermesra2, cium tangan bagai kat college tanpa disergah paparazi. Status FB Amir dorang nampak plak. Agak Tiada logika di sini.


4. Zaramir accident kat area college tapi si Bimbo dan Kamal Si Tukang Kebun langsung x tahu. Amir kan mamat popular, wajib la berita kecik pon boleh jadi besar.


5. Parents orang berada tapi buat majlis lagi kecik dari birthday party anak sedara aku. Mak die siap kecoh2 kat maid, suroh pakai glamer2 tapi majlis pakai kerusi plastik. Tetamu plak kawan2 Zaramir. Anak dah la sorang je, buat majlis macam buat potluck. Jimat duit?


6. Tukang Kebun a.k.a Kamal pakai selendang (???? mafler) padahal bukan winter pon. Geli-geleman aku.


7. Amir duduk berdua2an dengan bimboo tanpa rasa bersalah dengan Zara. Kalau ye pon nak privasi, pergi la taman ke, dapor ke... Sayang Zara konon!


8. Ubat yang Bimbo bagi tu teramat hebat kuasanya. Mengalahkan guna gas beracun (yang orang guna kalau nak menculik). Ni baru minum 2-3 saat terus pening. Aku pon pernah gak makan ubat tido tapi effect die xde la cepat camtu. Kalau nak logik sket, buat Amir pengsan masa si Bimbo tu pergi tandas... Sangat lame la ini trick


9. Rumah parents Zaramir besar mengalahkan Istana Negara. (sentap)Berjam2 si Zara cari laki beliau tapi x jumpe. 


10. Parents yang sangat dumb. Masa anak tak nak kawen, sibuk suruk kawin. Bila dah kawen, sibuk suruh bermesra. Baru kena uji sikit dah kemaruk. Bapak si Zara kan doktor (???? kalau x silap), x kan x boleh check si Bimbo tu.. ni sibuk nak pisahkan anak. Dah macam citer Asmara la plak.


Kesimpulan: EP 9 memang sangat menepati expectation kami (SENTAP!!!). Nasib baik ade scene betulkan Tie tu.


Rating: Boleh kasi bakar!


Harapan aku, pihak penerbitan dapat me-review balik scene2 yang aku bebelkan ini. Aku merancang nak skip EP 10. Malas nak tengok family drama. Patutkah aku tweet Untie Anne dan mintak die datang balik untuk mengejar parents Zaramir yang dramatic itu????


Akhir kata, apa kata korang tengok video Mat Luthfi yang pasal drama scene tu. Sangat logik dan menyentap (boleh cari kat youtube)

Tuesday, February 14, 2012

Tips Buat Pemandu Baru

Seram sejuk, gelabah, berpeluk dan rasa nak terkucil bila memegang stering? Confirm korang berpenyakit takut nak memandu. Aku menghidap phobia nak memandu selepas abang aku yang super duper bajet hebat melanggar tiang gate rumah yang diperbuat dari batu bata di depan mata aku.


Dalam takut2, dapat jugak aku lesen selepas fail sekali. 6 bulan lesen tu aku buat perhiasan. Kalau bawak pon masa kat kampung je. Takut sangat dengan Jam. Semenjak 2 minggu lepas, aku dah mula memandu di KL walaupon skill aku agak teruk.Terpaksa sebab kawan2 asyik outstation memanjang. So, hari ni aku nak kongsi tips bagi mereka2 yang baru mula memandu macam aku.


1. Jangan pinjam kereta orang yang bukan keluarga anda - Masa aku bawak kereta sekolah memandu, aku lebih gelabah. Sekarang bila dah bawak kereta sendiri, aku rasa lebih berani. Sebab? Bila hampir nak tereksiden, aku mesti cakap "puhh, nasib baik ni kete aku. Kalau kereta kawan, habis la ..."


Jangan pinjam kereta adik anda..kang nanges plak budak tu

2. Tampal P - Buat apa nak malu? Aku rasa orang yang bawak cam hampas tapi tak tampal pelekat P lagi teruk. Lagipon, aku rasa pemandu lain lebih berhati2 bila ternampak kereta yang ade pelekat P. Siape tak sayang kereta???


P is for Pro????


3. Step By Step - Aku selalu terlupa nak bukak lampu bila bawak waktu malam. Jadi, aku terpaksa la buat checklist (dalam otak je la)... Mula2 start engine, tengok semua cermin yang ada, tengok minyak dan air dan bila rasa dah okey baru jalan.


4. Music - Kalau Korang rasa tertekan bila dengar DJ Hot FM membebel, apa kata korang layan lagu yang korang minat. Kalau aku wajib la nak dengar lagu 2PM sambil menari Hands Up dalam kereta. Bila dah dengar lagu, kurang la rase tertekan.






5. Guna Line Tengah - Aku ulang-alik ke office menggunakan LDP dan Sprint yang wajib sesak setiap pagi. Disebabkan kawalan stering aku agak Lembu, aku terpaksa menggunakan line tengah. Kalau bawak macam siput, jangan masuk line kanan. Kalau degil, wajib kena carut.


6. Jangan Jawab Telefon - Terutamanya untuk orang yang cepat gelabah bila Handphone berdering. Biasanya, aku akan tunggu sampai sampai kat Traffic Light baru aku SMS caller tadi. Rasanya dorang akan faham yang x elok jawab telefon masa memandu.


7. Jangan Pecut - Pesanan mak aku setiap kali nampak aku pegang kunci kereta. Aku pon memang penakut. Paling berani pon 100 Km/h. Kalau kat higway tu lain cerite la.


Beri laluan pada insan yang kurang upaya


8. Jaga Jarak - Pastikan korang x tercium kereta orang lain sebab karang x pasal2 kena bayar. Lagipon tak elok kalau korang ikut terlalu rapat. Takut orang depan ingat korang stalker.


9. Jangan Berlagak Pro - Jangan duduk macam nak baring or buat drift kat selekoh melainkan korang ni memang dah layak nak masuk F1


10. Bace Doa - Ni yang paling penting. Kalau dah gelabah sangat sampai dah lupa Doa Naik Kenderaan, baca je doa2 yang korang tahu. Insyaallah, berkesan.


Akhir kata, Kalau dah terdesak... semua boleh buat. X payah nak takut2 sangat...hehhe

Menukar Nama Blog

Banyak betul event yang berlaku bulan ni (garu kepala) sampai aku rasa macam nak muntah. Dan aku rasa dah tiba masanya aku mengubah nama blog aku yang super susah nak diingat. Patutla reader aku cenonet aje.

Dari mana asalnya nama blog aku yang sangat irrational lagi meloyakan ini?

BUBBLE + DINO + CLUMSINESS = BUBBLEDEANSANGTAE

Perghhh, nampaknya bipolar disorder aku sangat mempengaruhi pemilihan nama blog. Aku ingat nak simplify Sket supaya senang sket nak promo.

 Kimchi VS Belacan - Peminat Kpop tegar yang tak suka kimchi tapi ketagih belacan

Amacam????

Kalau x OK nanti aku tukar lagi. Blog aku kan... ske hati aku la...lalalla

Monday, February 13, 2012

Dilema Orang Bujang: Pindah Lagi

Salam,


Pagi ni nak buat official announcement kat blog kesayangan ku ini. We are moving again. Genap setahun duduk Selangor, kena pindah lagi. We'll leave our beloved penthouse for something that is more compatible(???) for orang bujang.


Hari sabtu lepas, kami gi househunting lagi. Kali ni aim rumah kat Subang. Sayang sekali rumah tu dah kena book. Mula la sorang2 buat muka devastated. Pastu, kami buat appointment dengan sorang brader ni. Janji nak tengok rumah pukul 2. Kami bertekad, kalau rumah tu okey, terus bayar deposit.


Pukul 2.30 petang barulah brader tu muncul di Kota Damansara. Rumah tu tingkat 4. Kelihatan kelibat ketua suite yang ramah mesra tengah sibuk bersembang dengan belia2. Jual tupperwear gamaknye. Walaupon royal presidential suite ni agak kecik compare ngan penthouse yang ade, kira ok la. Yang nak tinggal pon 3 orang je. Aku delete Eli siap2 sebab beliau kan nak kawen. Seperti biasa, aku chop ruang tamu sebab bebas sket nak guling2.


Lepas tinjau2 rumah, terus cakap mahu. Owner tu terkaget sebab die kate ade sorang pakcik ni pon nak datang tengok rumah in a few minutes. Kami pon buat muka penat, kechiwa, terkesima. Owner tu pon cakap OK. Tak sampai setegah jam, pakchik tersebut tiba bersama anak beliau yang kelihatan agak errrr..bergaya? kelihatan seperti sarawakian. Agak saspen betul sebab anak beliau memandang kami seperti ayam golek yang baru masak.


Lepas dah setuju, kami sign agreement.  The house is now ours. Yahhhoooooo, x payah nak carik2 rumah lagi.


Dan semestinya, siapalah TTB tanpa makan besar? Lepas dah penat meronda2, kami gi Seoul Garden


Tiqa naik pangkat jadi Bendahari Rumah

Orang Diet kena makan.... DAGING!!

Dell berlatih masak... nak jadi contoh yang baik pada Eli

Seri pengantin????

Muka orang diet yang lansung xde selera makan..

Want some????

Introducing, Queen of Chopstick

It'll be the busiest (???) month ever since i have to pack and move my stuff to my new suite. Plus, I have to sit for MUET. Fattah siad that MUET is freaking easy... tapi tu bagi Fattah. Bagi orang yang cakap melayu pon hancus, exam English umpama menabur garam ke luka. Oucchhh..

Till then, bubye!









Friday, February 10, 2012

COCO Goes to KL

Morning muggles!

Pagi yang indah untuk bekerja selepas seharian meronda tapak. Serius mengantok. I just wanna smash my beloved S2 for being noisy..grrrr.

Hari ni nak cerita pengalaman aku memandu COCO semenjak 2 minggu lalu. Ye, akhirnya selepas 6 bulan COCO berjaya menjejak KL. Baru 6 bulan tapi dah calar-balar, telinga tercabut (tampal guna gam gajah).

Memang x dinafikan aku memang pengecut nak mampos. Nasib baik Dindong teman dari melaka sampai Putrajaya. Lepas aku hantar die balik, aku drive sorang2 balik Sunway. Habis satu Putrajaya aku pusing. Akhirnya sampai dengan selamat. Alhamdulillah.

Hari Rabu lepas first time aku drive gi office. Aku memang kecut perut sebab aku kena lalu LDP dan jugak Sprint. Lepas subuh aku dah gerak gi opis. Selalunya pukul 6.40 baru nak bangun. Sampai ofis 6.45 am. Parking pon gelap lagi. Balik ke rumah xde problem sangat walaupon jam. Cuma penat sebab nak kena jaga break memanjang.

Minggu depan nak try bawak COCO lepas pukul 7. Bajet hebat nak drive masa peak hours.

Bila dah terdesak... semua boleh!




Wednesday, February 8, 2012

Littlest Things Can Make Me Smile

How To Satisfy Your Geeky Girlfriend

1. Buy a book (books are highly recommended) by her favourite writer/s


2. Make sure there's no sharp edges.... We dun want any paper-cut


3. Write a  love note (with typo error) and hide it...

Censored due to extreme level of cheesyness


4. Give her a pink hippo instead of Grizzly or big head Dino


He used to annoy me the point where I want to pinch his dimples but for NOW, he's sweeter than  STICKY candy.

PS: Sila bertahan... aku masih lagi bajet romantic sebab terlebey menghayati drama Vanila Cekelat. Ngenngeeee..