Followers

Friday, February 10, 2012

COCO Goes to KL

Morning muggles!

Pagi yang indah untuk bekerja selepas seharian meronda tapak. Serius mengantok. I just wanna smash my beloved S2 for being noisy..grrrr.

Hari ni nak cerita pengalaman aku memandu COCO semenjak 2 minggu lalu. Ye, akhirnya selepas 6 bulan COCO berjaya menjejak KL. Baru 6 bulan tapi dah calar-balar, telinga tercabut (tampal guna gam gajah).

Memang x dinafikan aku memang pengecut nak mampos. Nasib baik Dindong teman dari melaka sampai Putrajaya. Lepas aku hantar die balik, aku drive sorang2 balik Sunway. Habis satu Putrajaya aku pusing. Akhirnya sampai dengan selamat. Alhamdulillah.

Hari Rabu lepas first time aku drive gi office. Aku memang kecut perut sebab aku kena lalu LDP dan jugak Sprint. Lepas subuh aku dah gerak gi opis. Selalunya pukul 6.40 baru nak bangun. Sampai ofis 6.45 am. Parking pon gelap lagi. Balik ke rumah xde problem sangat walaupon jam. Cuma penat sebab nak kena jaga break memanjang.

Minggu depan nak try bawak COCO lepas pukul 7. Bajet hebat nak drive masa peak hours.

Bila dah terdesak... semua boleh!




0 Fireback!:

Post a Comment