Dalam takut2, dapat jugak aku lesen selepas fail sekali. 6 bulan lesen tu aku buat perhiasan. Kalau bawak pon masa kat kampung je. Takut sangat dengan Jam. Semenjak 2 minggu lepas, aku dah mula memandu di KL walaupon skill aku agak teruk.Terpaksa sebab kawan2 asyik outstation memanjang. So, hari ni aku nak kongsi tips bagi mereka2 yang baru mula memandu macam aku.
1. Jangan pinjam kereta orang yang bukan keluarga anda - Masa aku bawak kereta sekolah memandu, aku lebih gelabah. Sekarang bila dah bawak kereta sendiri, aku rasa lebih berani. Sebab? Bila hampir nak tereksiden, aku mesti cakap "puhh, nasib baik ni kete aku. Kalau kereta kawan, habis la ..."
Jangan pinjam kereta adik anda..kang nanges plak budak tu
P is for Pro????
3. Step By Step - Aku selalu terlupa nak bukak lampu bila bawak waktu malam. Jadi, aku terpaksa la buat checklist (dalam otak je la)... Mula2 start engine, tengok semua cermin yang ada, tengok minyak dan air dan bila rasa dah okey baru jalan.
4. Music - Kalau Korang rasa tertekan bila dengar DJ Hot FM membebel, apa kata korang layan lagu yang korang minat. Kalau aku wajib la nak dengar lagu 2PM sambil menari Hands Up dalam kereta. Bila dah dengar lagu, kurang la rase tertekan.
5. Guna Line Tengah - Aku ulang-alik ke office menggunakan LDP dan Sprint yang wajib sesak setiap pagi. Disebabkan kawalan stering aku agak Lembu, aku terpaksa menggunakan line tengah. Kalau bawak macam siput, jangan masuk line kanan. Kalau degil, wajib kena carut.
6. Jangan Jawab Telefon - Terutamanya untuk orang yang cepat gelabah bila Handphone berdering. Biasanya, aku akan tunggu sampai sampai kat Traffic Light baru aku SMS caller tadi. Rasanya dorang akan faham yang x elok jawab telefon masa memandu.
7. Jangan Pecut - Pesanan mak aku setiap kali nampak aku pegang kunci kereta. Aku pon memang penakut. Paling berani pon 100 Km/h. Kalau kat higway tu lain cerite la.
Beri laluan pada insan yang kurang upaya
8. Jaga Jarak - Pastikan korang x tercium kereta orang lain sebab karang x pasal2 kena bayar. Lagipon tak elok kalau korang ikut terlalu rapat. Takut orang depan ingat korang stalker.
9. Jangan Berlagak Pro - Jangan duduk macam nak baring or buat drift kat selekoh melainkan korang ni memang dah layak nak masuk F1
10. Bace Doa - Ni yang paling penting. Kalau dah gelabah sangat sampai dah lupa Doa Naik Kenderaan, baca je doa2 yang korang tahu. Insyaallah, berkesan.
Akhir kata, Kalau dah terdesak... semua boleh buat. X payah nak takut2 sangat...hehhe
good info....
ReplyDeletepernah accident sekali langgar keta pensyarah
http://direktoribloggermalaysia.blogspot.com/
http://alziyadnews.com/
Saya agak fobia nak drive kat bulatan. boleh bagi panduan tak? klu nak p pukul 12, kena guna lorong kiri atau kanan? kompius sikit pasal tu....huhuhu
ReplyDeleteTQ sbb tulis psl ni sbb sy br nk mula drive esok lepas accident 6thn lepas..ni pn sbb tdesak dh xde sapa nk tlg drive..semoga dipermudahkanNya..Amin..
ReplyDelete