Followers

Thursday, February 16, 2012

Office, Selipar jepun dan Kemeja Kotak

Dress for Success. Jika ditanya pada kawan2 aku yang berkerja sebagai engineer kilang, quality exec mahupon  engineer mill operation, pasti dorang akan menjawab:


T Shirt lusuh + Jaket company + Seluar banyak poket + boot 


Itulah jugak yang aku pakai satu ketika dulu. Mengenang kembali kehidupan aku semenjak jadi engineer pencen a.k.a minah office, aku rasa aku memang x dilahirkan sebagai gadis office yang perfecto.



Aku hanya sempat menghadap kilang selama 8 bulan sebelum tranfer ke office. Tapi aku masih belum dapat nak menyesuaikan diri dengan trend wanita office. Bagi aku, pergi ke office hanya perlu

Kemeja kotak2 sale beli buy 1 free 1 + Seluar slack + shawl xpayah iron + Selipar Jepun

Yep, aku masih berani pakai selipar ke office. Ade alasan, boleh la buat muka kering hati. Kuku aku sudah mula tercabut sikit2. Aku masih masih menanti kuku baru untuk tumbuh. Kalau aku pakai kasut, kaki aku akan berpeluh dan menyebabkan kuku aku yang luka tu berbau kepam (ehhhw). Ada jugak kelebihan sakit kaki. Aku simpan 1 wedges spare kat bawah meja. Just in case ade pelawat masuk.

Kemeja plak, aku memang selesa pakai kemeja kotak2 berbanding yang plain. setakat ni aku dah ade 8 pasang, yang aku slalu pakai 5 je. Kemeja kotak2 bukan saja boleh pakai gi ofis, boleh jugak dipakai masa gi dating. Multi-purpose sungguh.

Kadang2 aku jeles tengok orang pakai baju kurung sebab bila aku pakai mesti bertambah x cun. Kalau aku pakai baju kurung hari jumaat, mesti ade yang cakap aku ni demam. tu belum lagi aku pakai baju kurung pastu match dengan tudung sarung *yang ade awning. Wajib kena panggil cik bedah. Mungkin orang office aku pon dah biase tengok aku pakai kemeja.

Kenapa x pakai macam gadis offfoce yang lain?

Aku seorang manusia yang x berapa sanggup nak habiskan duit beli baju. Aku lebih suka habiskan duit pada makanan. Lagipon, yang penting ialah OTAK. Steve Job pakai jeans je kot.... Boleh je berjaya.

Kalau korang rajin layan cerita taiwan, mesti pernah dengar fashion quotes ni

Kasut yang cantik akan bawa korang ke tempat yang cantik - Tin Tang Jing (Meteor Garden)

Beliau sangat comel dalam Meteor Garden

Sangat setuju sebab kasut boot wajib la nak dipakai kalau keje kat kilang. Xkan nak pakai heels pergi effluent plant.

Setiap perempuan perlukan designer's bag - Chuman (Material Queen)

Cerita yang sangat menginsafkan orang yang mata duitan

Xsetuju langsung. Kalau pakai beg Hermes tapi account kosong, baik xpayah. Buat malu je....

Akhir kata, fesyen itu sangat subjective. Yang penting, don't poke my eyes (SENTAP!)

Sila jangan pakai camni ke office...

0 Fireback!:

Post a Comment