Followers

Wednesday, February 8, 2012

Random Wednesday: House Hunting, Love and Books

Back to office selepas 4 hari berguling di rumah. Tahniah kepada aku yang berjaya memandu COCO pada hari ni (bunga terbang2 di angin). Pukul 6.40 aku dah terpacak kat opis. Dasyat. Sepatutnya hari ni sume blogger akan menge-post gambar tanpa kata atau dalam bahasa ilmiahnya "Wordless Wednesday". Aku ni kan suka membebel, maka aku tetap akan mengepos seperti biasanya.

Akhir2 ni aku agak sibuk. Mana x nye, sibuk cari rumah sewa baru, sibuk berdating, sibuk berlatih memandu (perlu ke kantoikan diri sendiri?), sibuk tengok Amir dalam Vanila Cekelat. Sabtu lepas aku attend majlis nikah kawan Eli, acquaintance kitorang masa kat Penang dulu. It was simple dan sangat pantas, xde bace sumpah taat setia bagai. Then, we off to Ara Damansara for house hunting... Semestinya setelah lunch T_T. Rumah pertama sedang di renovate. Agak kecik tapi kira OK la sebab yang nak duduk ni pon orang bujang.

Pastu, pergi plak Damansara untuk tengok rumah no.2. Rumah ni agak dekat dengan office ktorg sekarang. Masalahnya, sewa bulanan x seperti dalam iklan. Walaupon kami agak puas hati dengan keluasan rumah, terpaksa cancel sebab mahal sangat. Dah la mahal, jauh plak tu nak gi opis baru. Aku ni dah la spesis bangun last minit. Confirm punchcard merah ntah sejak bila aku ade punch card

Selepas puas berdating, aku spend time dengan Dino plak. Dino bising2 sebab asyik date kat Sunway. Kebetulan plak Dino bermalam kat Nilai, jadi memang jauh la kalau die nak datang amek aku kat rumah. Maka, amik jalan tengah dengah berdating di Mid Valley Lembah Tengah. Semalam,lepas balik dating terus  layan tengok vanila Coklat sambil tersenyum sumbing dan menekup muka dengan bantal busuk. Awwwhhh, rase cam nak terbang gi Cameron Highland sekarang jugak. Amir Ashraf sangat adorable.

Untuk mengakhiri post yang agak mengarut ini, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dino yang sanggup merayap di Popular, MPH dan Borders semata-mata untuk mencari buku Carolina Moon. Terjengket2 beliau cari buku. Siap nak try buat book order lagi. Untuk mengurangkan kekechiwaan awek beliau ini, beliau telah menghadiahkan Bed of Roses (buku, bukan bunga!). Maka, dengan ini lengkaplah collection The Bride Quartet aku dalam masa kurang dari 2 tahun. Aku agak lemau nak beli buku omputeh sebab berapi mahal.Trimas babeh!

0 Fireback!:

Post a Comment