Followers

Tuesday, February 28, 2012

Stalking is BAD!

Morning rakyat jelata. This messy writer is  kinda busy arranging my stuff (liar!) before moving out from our beloved penthouse...sob...sob. Plus, I have to seat for MUET this weekend. Not to forget that my beloved sister is getting engaged in a few days. In a pea size, I'm freaking out!


Ada sesiapa yang x tahu langsung pasal stalker yang jadi fanboy doppelg√§nger si Diana Danielle? Boleh la google pasal lelaki itu sekarang. Aku malas nak copy-paste-credit ayat surat khabar. Apa yang penting, aku rasa hadiah ayam tu memang brilliant. Aku harap yang ayam tu dah disembelih dan bukan dikejangkan menggunakan tenaga elekrik. Haram!


(click gambar utuk tips menghalau stalker)




Hari ni aku nak cerita kisah stalker. Walaupon orang kata muka aku ni macam shopping centre yang belum di cat mahupon macam maid indon, aku pernah juga berhadapan dengan stalker. Kejadian tersebut berlaku lebih kurang 2 tahun yang lalu. Masa tu aku baru mula berkerja.


Sebagai seorang pembantu jurutera (ayat skema), aku adalah satu2nya ezekutip perempuan berada di kilang tersebut. Wajib la terpaksa mengurangkan sikap ramah mesra sebab nak elakkan fitnah. Malah, awal2 lagi aku dah dinasihatkan untuk low-profile sepanjang waktu berkerja.


Pada satu hari, aku dapat sms dari orang yang aku x save nombornya. Masa tu aku pakai henpon cap  ayam, xboleh nak block2 orang. Aku ingatkan sms tu datang dari kawan2 UiTM yang mungkin rindu pada aku sebab aku dah lama x melawat UiTM. Aku memang x layan.


Aku perasan yang penghantar sms tu adalah salah seorang pekerja kilang bila mamat tu hantar msg ni beberapa minit lepas aku start engine motor


"Lampu belakang x menyala"


Kompem orang kilang. 


Sebab:


1. Budak UiTM x tahu waktu kerja aku dan dorang jugak x tahu yang aku ni reti bawak motor
2. Masa tu aku busy buat report... Yang ada kat kilang ialah Pak Guard, Supervisor, dan jugak pekerja shift malam.
3. X mungkin Assistant lain yang hantar sebab selalunya dorang akan cakap direct je dengan aku


Mamat tu siap tahu lagi aku outstation pergi mana. Isi minyak kat petrol pump mana. Giler kentang betul.


Aku bagitahu assistant lain, dorang cakap ignore je sms (memang aku ignore pon). Lepas dah sms, lelaki tu mula main miscall pulak. Tapi bagus jugak mamat ni tukar taktik. Sebab lepas 2-3 hari aku dapat tahu siapa. Mamat ni akan buat misscall bila aku lalu satu area ni. Maknanya, vision die terhad. Akhirnya, aku dapat tahu mangkuk hayun mana yang dok kacau aku hari.


Lama2, die jadi bengang dan cakap aku ni berlagak da perasan bagus. Aku diam lagi. Lepas tu cakap plak yang ade ubi ada batas... Aku lagi la hangin. Aku terus sound direct. Aku cakap yang aku datang kat kilang tu nak cari rezeki. Kebetulan pulak aku dapat arahan nak pindah HQ.... Terus aku attack (guna telepon) kaw2. Aku cakap la yang aku ni x minat nak jadi teman tapi mesra mamat tu dan aku dah ade kayu balak.


Lepas aku duduk KL, dah tak dengar lagi pasal mamat tu. Kalau ade pon bile kawan2 kat kilang lama buat lawak pasal aku kena stalk.


Motif aku nak cerita hal ni bukan sebab aku nak perasan hot ataupon brag pasal aku ade stalker. Aku just nak berpesan pada mereka2 yang di-stalk, minta bantuan kawan2 anda terutamanya kalau anda ni perempuan yang lemau macam aku.

Pesanan buat stalker2 di luar sana: Cari la hobby lain....





0 Fireback!:

Post a Comment