Followers

Tuesday, December 10, 2013

M&D Wedding: 60 days Updates

60 hari lagi... dup..dap..dup..dap

Terima Kasih pada yg mendoakan kesihatan daku... Kaki dah semakin pulih dan telah kembali meroyan di ofis seperti biasa.

Started & In-Progress
1. Cincin - Mula2 ingat nak beli gelang tapi hati ni berkobar nak cincin. Aku x brape suka sangat solitaire diamond sebab aku ni ganas sangat. Bila dah tengok, berkenan plak. MIL tolong pilih skali. Kecik je, xsampai 1 carat.

2. Hantaran - Dah beli Bag (terlebih bajet), Kasut & Perfume. Beg beli mahal sket sbb aku ni jenis yg beli beg skali pastu pakai sampai koyak. Trimas la incik L kerana sanggup bayar. Mesti la sanggup sebab aku bawak MIL sbg back-up. Kasut beli pump heels Clark yg selesa tahap gaban dengan heel yg tebal. InsyaAllah x tergolek nanti. Telekung dah beli lama dah, kaler peach with black lace. Untuk lelaki, dah beli wallet, kasut & perfume. Sume beli kat OU, skrg ngah sale Xmas.

3. Kad Kahwin - Dah tempah, mak settlekan.

4. Baju Family - Done untuk yg perempuan.

Pending
1. Baju Family untuk lelaki
2. Baju Nikah - Xsiap lagi... bulan 1 gi fitting
3. Baju Sanding - Xbayar habis lagi. Fitting bulan 1
4. Hantaran Dindongie - Belt & Shirt
5. Makanan untuk goodies - Bulan 1 baru beli
6. Borang - Tunggu Dindongie siapkan

Fuhhh.... buat x tau je la 

Thursday, November 14, 2013

M&D Wedding: Ada Apa Dengan RM 1,000 dalam poket bakal pengantin

Salam awal muharam.

Aku memang cheapskate & semua orang tahu. Aku berkira bila nak beli barang sampaikan aku buat calculation for every ml bila aku decide nak beli sabun basuh. The only thing yg aku x berkira nak berbelanja ialah buku & makan.

Sejak akhir-akhir ni aku dilanda anxiety setiap kali aku tengok account aku. Sebenarnya belanja kawen ni cam iceberg. Banyak spending yang tersembunyi dari yang nyata.

Ahad lepas aku gi Ayer Hitam atas permintaan mummy. Murah katanya. Aku dalam otak memang dahh ready nak tengok penurunan memdadak baki account aku.

Barang yang aku beli

1 Carpet saiz besar + 1 Sederhana = 500
2 tikar buluh = 120
6 Bakul hantaran pelbagai saiz = 140
2 kotak bunga pahar quality sederhana = 120
Ribbon, polisterin , renda + bunga2 ciput nak letak kat hantaran = 60
Tin kecik untuk doorgift = 120

Lebih kurang seribu la jugak

dan satu pon barang2 kat atas aku ade dalam list budget aku.

Biasenye orang akan buat bajet lumsum untuk certain item, contohnya hantaran. Tapi x include barang2 sampingan yang kecik2.

Padan muka sendiri. Chet.

X sabar nak kawen... sebab nak kumpul duit balik T_T

Thursday, November 7, 2013

M&D Wedding: HIV Test

Bakal2 pengantin yang nak kawen hujung tahun ni mesti dah buat HIV test kan?

Aku baru je buat semalam. Disebabkan Kodin nak hantar borang beliau next week, maka aku pon kena la buat sekali. Bukan ape, sebab aku ni mabok darah. Kena la ade teman bila gi buat test.

Kami buat test kat Klinik Kesihatan Bestari Jaya. Kat sini xyah buat appointment, cuma perlu datang lepas pukul 2. Aku cadangkan pada sesapa yang nak buat kat sini datang la tepat2 pukul 2 sebab ramai orang datang waktu petang.

Dah sampai tu, ahkak kat counter suroh isi buku log, amek borang n Bayar seringgit. Lepas tu bawak borang yg dah siap untuk jumpe nurse.

masa nak ambik darah tu dorang benarkan partner masuk sekali. Pastu...

Nurse: Adik kena isi borang ni skali ye.. sebab nak buat pre-pregnancy test
Aku: Test ni bukan kena ambik darah kat lengan ke
Nurse: Ye la... nak test banyak ni
Aku: Xpakai rapid test ke?
Nurse: Pakai... tapi sini kena buat test thalassemia skali
Aku: *lap2 peloh
Dindong: Ala, skali je pon... xyah tengok

Nurse tu amek darah Dindong dulu. Aku pon pandang blakang je sebab x brani nak tengok. Ingatkan dah habis, bila aku toleh rupanya akak tu baru bak tutop tube darah DD. *pening sikit*

Sampai plak giliran aku. DD dah mundar-mandir cam bini nak branak. Aku pon halau die jauh2.. hehe..jahat sungguh.

Sampai kat giliran aku plak, akak tu sengih je. Tangan sejuk cam rendam dalam ice. Mase cucuk tu x sakit pon. Cuma bila nurse tu dah pack darah, die suroh hantar kat Lab... Terus pitam aku. Masa jalan gi lab tu pon aku terhoyong hayang... buat malu sungguh.

Pas dah dapat result lab, kena tunggu giliran jumpe doktor plak. Masa menunggu tu aku rase nak muntah. Hai... buat malu kuasa lapan sungguh.

Jumpe doctor x sampai 5 minit. Dapat la pengesahan saringan HIV test. Risau jugak sebab aku buat kat selangor, tapi nikah kat melaka. Hopefully xde masalah sebab borang tu tulis Kementerian kesihatan Malaysia. Payah la kalau nak kena buat skali lagi. Nanti pengsan lagi.

Sepanjang hari aku rase macam mabok semacam. Yg peliknye dalam mabok2 tu selera makan bertambah. Habis nuget MCD aku blasah. DD hanya tersengih *benci sungguh

Nasihat aku:

1. Call dulu klinik kesihatan yang korang nak gi. Ade tempat nak kena buat appointment dulu.

2. Jangan keraskan tangan masa nak ambik darah. (aku pernah ambik darah dulu, rase sakit sebab keraskan tangan)

3. datang awal...sebab biasenye ramai orang datang untuk appointment jumpa doktor.

4. Kalau korang mabok darah, please bawak teman sorang.

A/N: Alhamdulillah, xde masalah untuk mengandung & bukan carrier thalassemia. Sebenarnya risau jugak sebab ade sedara yang sakit cancer.

Monday, November 4, 2013

M&D Wedding: Bridal Shower

Masyarakat melayu urban wajiblah mengigihkan diri ber-bridal shower..

Yep, aku pon ade bridal shower. Bukan literally punya shower... ini kejadian yg benar.

Selama hampir 6 tahun aku hidup dikelilingi teman2 yang rajin berjimba-jimba. Sudah tiba masa aku meng-hiatus-kan diri ini dari bersuka ria tanpa hala tuju. Bulan lepas aku missed trip gi Korea, dengan alasan nak berjimat. Maka, teman2 yang baik hati telah menganjurkan short trip untuk meraikan trip terakhir aku bersama TTB.. cam nak nanges rasanya.

Itinerary majlis adalah makan-mandi-tido secara terus-menerus.

Seekor ayam katik tersesat disitu

Katil tempat 7 puteri beradu


Private Pool tempat berkubang

Line ternet selembap siput swine. Maka, lain kali la upload gambar berjimba2.


 

Friday, November 1, 2013

M&D Wedding: 100 days Updates

Fuh....100 hari lagi. Masa merisik haritu macam lama je lagi nak kawen.



So hari ni nak hupdate apa yang in-progress

Photographer: Booking done, Deposit done. Tinggal nak survey tempat nak ambik gambar post wedding. Disebabkan nak ambik gambar malam, rasanya kena recycle baju nikah or buat casual shoot. Ideas???

Catering: Done. Terharu sangat dapat princess treatment ^_^

Baju Nikah: Baju aku dah hantar kat taylor. Baju Dindong pending. Kalau xsempat siap, nasib dia la. Nak kena cari tudung pulak. Sampin dengan songkok pon belum survey lagi.

Reception attire: dah booking. Tinggal nak fitting ngan bayar full payment. Baju family pon dah beli.

Kad Kahwin: Still x buat lagi. Salah Dindong jugak. Sepatutnya kena siap by early dec sebab nak gi menjemput & ade nak hantar kad kat sedara mara jauh

Barang Hantaran: Dindong yg malas nak beli

Doorgift: Dah beli container. Brown bag x beli lagi. Bahulu tempah lagi seminggu nak kawen.

Decoration untuk bilik: kalau ade bajet baru buat. Nak kena start beli barang untuk rumah Kodin kat Bestari Jaya.

Cincin: X beli lagi. Maybe switch jadi gelang. (Musnah impian nak yellow/pink diamond)

Legal Procedures: baru nak buat HIV test. Surat pengesahan Bujang dah ade.

Khemah: X booking lagi. Mak yg handle.

Lain2 Hal

Diet: Berat berada pada tahap stabil (around 55 to 56). Kalau boleh nak around 51 or 52 kg masa kawen nanti

Skincare: Buat masa ni stop pakai facewash n ganti dengan cleansing lotion/oil. Nampaknya ade la kurang pertumbuhan jerawat. Whitening product pon dah x pakai, nanti suroh je akak MUA tu tepek bedak lebih2.

OVERALL: 40% dah siap. PENING PALE!



Thursday, October 17, 2013

M&D Wedding: Updated Theme

Back from Kampong. Beria sangat nak hapdet blog kat selangor, macam la kat melaka xde internet.

Okey, short update on my wedding. 114 hari lagi.

Sabtu lepas dah jumpa tailor, kawan lama masa kat sekolah. Memang dah awal2 bagitau nak baju yang super simple sebab nak recycle buat jalan2. Yes, cheapskate for a lifetime.

Masa discuss tu ade cakap nak buat kaler soft peach dengan pink details. Tapi bila beli lace untuk patch kat baju, tukar kaler gold pulak. Lantak la... Aku x pakai full lace sebab bajet xde. Tambah plak ngan kulit aku yg ultra sensitip T_T. Total duit terbang untuk kain RM 400. Untuk Dindong sekali tapi sampin x beli lagi. Kami x pakai bridal satin or crepe sebab nak kain yang berat n sejuk. Ntah hape ntah nama kain tu. Xkesah la mahal sikit, janji pakai best.

(Bukan aku punya)


Untuk reception plak, tukar base kaler je... Team peacock still on. Cuma less purpler, more Blue/Green. So, skarang dah kadi Teal pulak. Bukan hape, hari tu aku gi survey andaman yang akak aku pakai mase beliau kawen. Murah la jugak tapi x banyak option. Ok la tu sebab aku memang xberkenan dengan konsep bersanding bagai. Pelamin pon mak aku yg pilih.

(Bukan aku punya jugak)


Mesti orang cakap "pilih betul2, nanti menyesal"... Or "Apa salah, kawen sekali je pon"

Aku hanya tersenyum... Good job guys! You have successfully destroy my dream wedding.

Yes, it's over. My peaceful, laid-back wedding. Xpe la... senangkan hati orang tu kan ibadah (sob..sob) 

Thursday, October 10, 2013

Typical Lady Driver

Semalam petang aku que panjang kat petrol station. Maklumlah, petang2 kompem ramai orang.

Lepas orang depan aku blah, aku pon turunkan handbrake nak move forward.

N suddenly, datang sebuah kereta Myvi menyusup masuk depan aku...

Hangin sudah mari, maka aku pon turun kereta. Owh, minah hijabista rupanya. Tanpa segan silu perempuan itu mengangkat pump....

Aku pon sound (with 8-formation fingersnap) "Hello! I dah tunggu lama kat blakang"

Perempuan tu ngan muka toyanya berkata "Didn't see you there! Anyway, I isi sikit je"

Blehhhhh!

Aku memang dah buat muka bengis + Bitchface depan die. Nasib baik xbagi hadiah bitchslap seround. Anyway, aku ni malas nak gaduh2 depan orang. Maka, aku pon just cakap "Mind your manner" and masuk kereta.

Seriously, she's no bimboo sebab bukan cantik sangat pon dia. Tapi sekali fikir, ape guna muka cantik tapi otak letak kat lumbar??

Friday, October 4, 2013

M&D Wedding: Happy Anniversary Boo

All this we've been together
Everyday a new adventure
Times, enough to last forever and a day
Our love was sometimes all we had
Through good times and through bad
I loved you all the way

All our days weren't bright and sunny
There are times we have no money
You could always find some funny thing to say
And looking back on where we've been
I'd do it all again
I loved you all the way

I loved you all the way
Every night, every night, every day

Times I thought I couldn't take it
Wond'rin' if we'd ever make it
You could hold me close and make it go away
And though I've said it all before
I never meant it more
I loved you all the way

Happy Official Anniversary, Cherrypie!

Sorry sebab xboleh nak celebrate tahun ni sebab iouls busy di office...

A/N: Semalam discuss pasal baju nikah n shown him a few options. He was like "do whatever u want...". Tapi bila aku cakap nak pakai pink, buat muka x puas hati.


A/N2: 5th Oct is our OFFICIAL anniversary... Hahahha, sebab xtau bila semua ini bermula. 

Monday, September 30, 2013

M&D Wedding: Plastic Container for Goodie Bags

Salam Bonus.....

Siapa yang keje satu kompeni ngan aku kompem ngah tersenyum simpul sebab dapat bonus bulan ni. Alhamdulillah, dapat la tambah2 belanja kawen.

Sabtu lepas aku bawak mak aku gi Kampung Jawa. KJ ni tempat ibu beli barang bulk-style. Mission, membeli plastik container Apple Lady untuk goodies. Maybe agak awal (4bulan lagi majlis) tapi disebabkan aku ni jarang balik, kena la beli awal.

Mula2 ingat nak recycle idea goodies masa abang kawen (bahulu + Biskut dalan glass jar) but mommy thought that the glass jar idea was sooo 2012. Okey ma

So we opt for something more practical which is plastic container.

Aku survey online, banyak bride yang dapat bekas ni dalam harga between 70 cent to RM 1. Guess what? It only cost me 50 cent per container.... Hahhahahah



Bought 250 pieces only coz they are for VIPs only. Isi dalam xdecide nak letak ape lagi. Mommy suggested kurma but the idea was immediately rejected by my bro. Kalau aku, letak candy je.... easy peasy

Decoration? Ribbons... or sticker. Nah, xyah nak sticker bagai sebab orang xnak tengok nama kau atas goodies tu.Maybe i should just use some decoration tape yang murah. xyah nak guna glue.

Bulan depan nak gi suver butik andaman... sepatutnya gi sabtu lepas but my sis was a bit busy. Then, gi tempah baju nikah. Again, something that is simple so that i can wacchaaa people easily. Hohoho. Simple baju kurung with beads/pearls on shoulder.

Kredit to Innai Red
131 days more T_T

A/N: Ade orang tanye nape x guna Tupperware. OMG, duit x tumbuh sendiri.... Ini je yang mampu

A/N2: Charmy is now addicted to EXO's Wolf dance that he memorised the steps. Hafal dalam hati katanya.

A/N3: Praying for my elder sister....Yeah, xsabar nak tolak stroller.

Wednesday, September 18, 2013

DIY: cat kereta yang bercalar

Salam.

Lepas Coco eksiden minggu lepas , Keadaan kawasan yang cedera makin teruk. Infeksi mengakibatkan karat merebak di merata2 tempat.

Sebagai, ibu yang concern, daku gelabah ayam mencari penyelesaian. Kalau hantar cat mau beratus jugak kena sebab nak kena ketuk dulu. Dah la aku ni tengah ngumpul duit nak kawen.

Maka, semalam aku merayau-rayau kat kedai hardware sebab nak cari paint potol kecik untuk kereta. Gi kawasan hardware kat Aeon Big, ade satu boto kaler Granite tapi dah di buka. Apehal la shoppers ni. Kalau xnak beli, jangan bukak. Tak kan kete sendiri pon xtau kaler hape??

Pastu gi Mr. DIY.... Xde jugak. Pelik betol

Last skali masuk Giant. Nasib baik ade. Tapi last piece. Sebotol RM22. Tambah sepeket berus lukisan budak sekolah, RM4. Total damage RM 26.

Nampak hodoh sket sebab flash. In reality, xde la bercapok sangat kaler die. Boleh la tu. Kalau tengok betol2, ade kesan cat kat rim kete. Harap maaf, semalam mengecat dengan bantuan flashlight.



Tuesday, September 17, 2013

M&D Wedding: Wedding Checklist with Gantt Chart

Salam tengah bulan.... tengah mengira hari menuju pay day T_T

Okey, hari ni xnak citer panjang-panjang sebab tuesday blues melanda. Hari ni aku nak share skit wedding check list. Disebabkan aku ni cuai, maka checklist telah diupdate menjadi Gantt Chart supaya mudah skit nak track progress yang xseberapa

Warna pink cerah tu untuk initiation of process manakala yang warna gelap tu maknanya dah wajib di buat. So, aku tulis siap2 siapa yang kena buat.

Contoh: Photographer
Pink Cerah: Survey & Call
Pink Gelap: Book n bayar Deposit
PIC: HME (Nama sendiri)

Kalau bukak full document boleh nampak column untuk deposit, balance and remarks. So, xde alasan lagi nak lupa2 ape yang x bayar or beli lagi.

Checklist ni hasil gabungan beberapa checklist yang aku jumpe tru blog. Maka, dipersilakan ambik... ^_^


Semoga dapat membantu mempermudahkan kerja korang sume.

A/N: Survey andaman via FB. Hampir 80% owned by "Abang2" and make-up by MAN. Sorry kalau ade yang rase aku ni anti ke hape. Aku serius x anti dorang ni. Aku cuma xmahu disolek dan disiapkan oleh lelaki. Bukan berlagak alim, tapi ini hukum kot. Mengelak fitnah itu wajib.

Monday, September 9, 2013

M&D Wedding: Minyak Naik 20 Sen... Habis la weedding aku woi

Whoever yang suggest naik kan harga ron95 kepada RM 2.10 wajar disumpah bertalu2. Tahukah mereka bahawa 20 sen tu sangat berharga bagi belia kelas pertengahan yang menetap di kota metropolitan bertemankan hutang PTPTN yang tak habis bayar tapi kepingin nak kawen.

Mesti ade orang cakap: Ala, naik 20 sen je pon. Jangan la kedekut sangat. Kalau dulu full tank RM 60, Pasni RM60.20

Dude, ko dulu blajar math kat mana hah??? SPM dapat brapa.

Sebab kenapa aku meroyan adelah kerana effect 20 sen keatas hidup aku

Okey, saga aku full tank lebih kurang RM60 = lebih kurang 32 litre

bile minyak naik harga, seminggu akan jadi 67.20

Maknanya, seminggu variance RM 7

kalau balik kampung plak, sekali balik RM 60 jugak. Maknanya, RM 7 setiap kali balik

Maka, total penambahan belanja pertrol ialah RM35.

Itu belum lagi keluar outstation, keluar hantar jemputan, jumpa vendor, bla...bla.. bla...

kalau barang naik harga???

OMG....

Mesti ada yang cakap RM 35 ringgit tu berapa la sangat. Lemme tell you how frugal I am with my money.

RM 35 bersamaan dengan

1. Setengah tangki proton saga
2. 10 bijik doorgift berharga 3 ringgit
3. 50 keping kad berharga 70 sen
4. Beberapa balang gula2
5. harga katering untuk 4 orang (kalau charge RM4 la)
6. harga tudung nikah

Banyak lagi sebenarnya tapi aku malas plak nak story banyak2.

Anyway, ade sesiapa volunteer nak sekolahkan Dindong???

Semalam aku cakap dengan Dindong yang kami ni ade banyak benda nak buat

Boleh plak die cakap "Kite ni nak kawen je pon? Mane ade banyak benda nak buat...."

OK, FINE!

Monday, September 2, 2013

M&D Wedding: Dugaan Berdarah Manis

Selamat Hari Raya... Ade 3 hari lagi ni ^_^

Okeh, first thing first. Aku rase aku dah terjangkit syndrome "Darah Manis". Coco hari ni bercomolot dengan tiang. Camni kisahnye:

Aku ni memang x reti nak paiking menghala ke depan sebab dah biase sangat reverse parking. Nak dijadikan cerita, hari ni teringin sangat nak masuk parking kepala dulu T_T. Zreeeetttttt. Terlanggar sudah.

Nanges wooooo. Bonus pon belum tentu hado, ko kemik2 plak kan COCO.


Tapi lawak jugak sebab aku post gambar ni with description

"Dugaan Darah Manis? Nasib baik x langgar kete lain"

Pastu dapat sms from Dindong

"Apsal Darah Manis???"

OMG, is he playing with me or he's pure naive??

"Orang cakap la, bile dah rancang nak kawen ni mesti mcm2 jadi" Terpaksa la aku ni buat kelas bahasa melayu pagi2.

Card x tempah lagi, Peformance Scorecard ade la (i u noe what i mean ^_^)

Anyway, less than 160 days left and still negligent.

I'm sure is a lazy bride with a scratched car.


Author's Note 1: Manis x darah ini?????? (Sila baca menggunakan tone Jepp Sepah)

AN2: Sape tengok citer Green Scalpel? Hotness level tahap meletops... patutkah saya melatih anak jadi pediatrician??? 

AN3: Kpop fan's only... Heenim's is back. Drolling Time

Wednesday, August 28, 2013

M&D Wedding: I Choose......

Lain yang aku propose, lain yg selected.

Okeh, since mom shows no sign of interest in my previous proposal and I still want purple to be in my wedding theme, TADAAAA... New theme

Peacock wedding theme
PEACOCK THEME

Nasib baik ade supporter yang gigih meyakinkan daku untuk memilih kaler ni untuk sanding walaupon agak vibrant kalernye.

ROCKERS = BLACK + RED ONLY T_T

Musnah la impian suci nak buat wedding ala2 scene movie drakula or Kill Bill....

takpe

Aku kan harus menjadi comey pada hari tersebut *Lembik Lutut*

Skarang tengah trial buat origami cube untuk wedding. Kenapa x beli je???

1. Lebih economical
2. Origami ni satu treatment. Kalau aku tengah bengang ngan somebody, aku bayangkan aku lipat... lipat... lipat dorang.
3. Haruslah nak brag hasil tangan sendiri.

Aku sebenarnya xde la banyak sangat idea nak dicurahkan dalam blog ni, tapi disebabkan aku ni tension kat opis maka terpaksa la cari tempat lain nak lepaskan geram.

Bye T_T

Thursday, August 22, 2013

M&D Wedding: Jom Pilih Kaler

Bulan depan maka bermulalah aktiviti sibuk teramat yang boleh mengganggu gugat ketenteraman hidup daku.... Macam mana la nak mula T_T

Pening.

Rasenye bulan depan dah boleh start beli material baju nikah. X awal sangat kan? Tinggal 5 bulan je pon. Maka, daku pon dah shortlist kaler2 yang sesuai. Kalau aku, memang nak kaler2 yang gadis2. Baru lah terserlah ayu daku yang jelita ni *Blush*

Mak aku cakap hijau pastel pon cun juga. Sentap sebentar sebab xpernah pakai hijau *_*

Option seterusnya Blue... Sebab blue ni klaer yang paling safe. Agree?

Gempak tak aku sketch baju gune powerpoint?? Dasar engineer, xreti nak pakai tangan & tangan x bedung. hohoho

Option 1: Light Salmon

Option 2: Powder Blue

Option 3: Cantaloupe

Option 4: Light Champagne Pink

Last Option: Snowy Mint

Penin.....

Sila vote kaler faveret anda di Instag saya: azimiza1210

PS: Peah, jangan dok skodeng blog daku... buat keje!

Monday, August 19, 2013

Survey Brang Hantaran - Sunway Pyramid

173 days to go...

OMG, kemain kau ber-countdown bagai. Kemaruk sungguh... ngee

Sabtu lepas aku kluar ngedate bersama Dindongie, marathon Percy Jacson & The Conjuring sambil jalan2 cari makan. Makan banyak sangat sampai muka gatal. Kena la puasa balik...

Masa tengah melantak ayam kat popeye, Dindongie bersuara
DD: Babe, kite ni ape pon x prepare kan???
Me: Ade... Kursus kawen
DD: I mean barang2 la... dah boleh start rasenye
Me: I dah book khemah. Next month gi book baju sanding... u la, ape pon xprepare

Maka kemudian kami pon merayap keliling sunway, survey barang2 yang berkenan di hati. Disebabkan aku ni x suka nak membazir sangat, kami decide buat 7 dulang berbalas 5. Kedekut giler...Untuk memudahkan keadaan, aku decide nak pilih sendiri hantaran untuk aku. Dah siap beli nanti baru hantar kat Dindong untuk digubah menjadi hantaran.

Benda utama yang aku nak ialah: HANDBAG

Handbag yang ade sekarang memang multi purpose: Bawak gi opis, shopping, gi pasar & holiday. Dah koyak rabak pon. Niat di hati nak beli yang branded sikit sebab nak show off tahan lama. Jenama pilihan PEDRO (sebab nampak cam koperat2 sikit) & Charles& Keith (Terpengaruh dengan budak2 opis). Bajet maximum RM 300. X mampu la nak pakai MK, COACH, BONIA bagai.

Dindong cam takut nak masuk, kedai nampak cam penelan kad kredit platinum. akyu drag jugak masuk dalam. Terus beliau membelek2 beg yang hade. X la mahal sangat.... Berseri muka Dindong tengok pricetag below 1 K. X beli sebab kodin x berkenan beg yang aku suka, besar sangat gamaknye. Aku plak x ske ape yang Dindong pilih, beg kecik cam beg budak2 bawak gi kutip duit raya.

Pastu skodeng kedai jam plak. Lasy year's birthday present yang pending, Jam tangan. Aku ni lebih berminat pada jan Seiko/Casio sebab walaupon x berapa mahal, tahan lama wooo.. Jam Casio aku ni dah 3 tahun lebih beli, xpernah tukar bateri. Siap golek2 jatuh dalam air. Hebat betul. Dindong plak berkenan GUESS. Dah alang orang nak sponsor tu, amek je la. Ade jan box set yang memang PUUHHHHH cantik giler, aku ade post dalam IG. Jam + 2 additional strap kaler Putih & Leopard print. Aku memang berkenan barang2 animal print ni (Oink2 xmau!).

DD: Kalau nak beli Jam je boleh x?
Promoter: Ni memang limited edition ni.. memang datang sekali dengan strap
DD: Kalau xnak yang print rimau bintang ni boleh x?
Me: Alaaaa.... I suke yang tu. Cantik la
DD: Cantik ape nye...
Me: Sigh...
Promoter: Banyak orang beli ni bang. yang ni (tunjuk jam kat poster: Full leopard print, sampai ke jarum jam) ade 2 je kat kedai ni, tu pon dah pre-book. Ramai orang beli jam macam ni. Taste perempuan bang...
DD: Hmmm,... xpe la, TQ ye

X beli jugak....

Moral of the story: Jangan bawak tunang anda beli barang perempuan. 

Thursday, August 15, 2013

Rayaku Sebagai Insan Pre-Book a.k.a Tunang Orang

Selamat Hari Raya everyone.... (Sambil pusing2 bunga api).

Tak sangka dah seminggu kita beraya. Masa bergerak cam bullet train.... sekarang dah mood berkerja. Sila bersedia menyaksikan kerutan dahi lingkaran gelap keliling mata.

Raya kali ni tak dapat nak membedal mengalahkan shrek memandangkan batuk2 dan juga niat di hati nak kurus mengalahkan wife Bill Rancic. Berat masih di sempadan kemontelan, harap sempat la turun sebelum gi menempah baju kahwin nanti.

Cakap pasai kawin ni sedar tak sedar lagi 177 hari lagi menuju ke hari bahagia (#blush). Tapi memandangkan kesibukan berkerja maka masih x buat ape2 preparation nanti.Saham kefamousan aku mencanak naik disebabkan berita aku nak kawen ni. dalam family aku kalau ko x bertunang lebih kurang setahun sebelum nikah ni dah kire kawen ekpress ^_^.

Bile nak Bertunang?
Kami xde majlis tunang. dah merisik ni kire ON la. Jimat duit. Aku sangat against majlis bertunang yang bertema kaler2 bagai. Bukan jeles, tapi aku ni jenis yang penjimat orangnya. Kami ni ade banyak komitmen so x elok la membazir sangat.

Ape kaler tema?
Masa abang aku kawen last year, tema purple silver. Maka, seluruh rumah telah disimbah dengan kaler purple. Rase cam membazir plak kalau tukar kaler yang sangat contrast... betul x? Jadi aku rasa maybe African Violet or Monaco Blue. Dusk Blue pon cam cantik juga. Niat di hati nak pakai Coral or Poppy red, tapi mendapat gelengan mantap dari kakanda di rumah. Meriah sangat gamaknya.



Bersanding ke Idak???
Dak kome sume berkobar2 nak kami bersanding, kami bersanding je la. Masih dalam perdebatan nak berarak ke xnak. yang penting tiada renjis2 sebab iouls sangat xberkenan nak direnjis. Nak kompang ke x? Mak la yang decide.

Baju Jahait ke tempah
Pada asalnya nak tempah baju uang super liplap meriah sebab xnak bersanding. tapi kehendak bonda yang ingin menatap anakanda yang ayu (sentap) ini bersanding, terpaksa la gi sewa baju. Tapi rasenye baju Dindong kena tempah jugak sebab die ade skin allergy. 

Mana cik Abang? Xdatang beraya ke?
yes, Dindong merupakan seorang yang sangat pemalu dan tradisional. sampai nak gi beraya pon segan. Next year wajib la kena seret beliau beraya sakan. Bukan la nak riak sangat showoff yang kita ni dah bertunang tapi rasenye patut la beliau mula memperkenalkan dir beliau di khalayak ramai sebab hanya 4-5 orang pakcik/makcik yang pernah menatap wajah beliau. tu pon mase merisik dulu (chiss, aku ternampak gambar beliau nyorok kat belakang Ayahanda beliau... grrrr)

Rasenye bulan 10 baru nak start buat preparation memandangkan mase tu dah tinggal 4 bulan (bulan feb dah x kire sebab suntuk sangat)

Semoga dimurahkan rezeki masa preparation period. Amin....

Thursday, July 18, 2013

Persiapan Puasa & Raya 2013

Salam Ramadhan,

First of all nak ngucapkan tahniah kepada Cik Mah atas kelahiran putera sulung beliau. Mata sepet uuuu... mesti akibat terlebin tengok Running Man ( Patutkah aku tengok muka Lee Jong Suk mase preggy nanti??).

Dah seminggu lebih dah kita berpuase. Aku sempat balik rumah mak selama 3 hari minggu lepas. Memang best puasa kat rumah sebab boleh makan macam2. Mak iouls memang terbaik. Nak lagi best Along buat Lemon Cheese Cake, nomnomnom...

Aku x prepare ape2 lagi untuk raya sebab ioul sekarang busy dengan keje2 opis. Bulan 6 sampai 9 memang bulan2 keperitan... Cehhhh...

Baju raya, mak beli....
Duit Raya, Along tukarkan...
Kuih Raya, Along buatkan...

See, malas sungguh

204 hari lagi munuju hari menjadi MRS. dan aku x prepare hape pon T_T

Bonus, sila la beri saya lebih sikit....

Thursday, July 11, 2013

Bila Tuhan Menguji

Salam Ramadhan...

2 minggu yang penuh dengan drama ayer mata di office. Why?

1. 3 orang kena transfer to other units
2. Boss pon kena transfer

Wow... I never expected that this team will be mashed this way. I mean after all the hardwork and dedication we spent to maintain our team dynamics... sigh

Setiap hari aku berdoa supaya team kami ni kekal for at least 5 years coz sekarang ni team ni memang efficient. Tapi kena ingat yang tuhan akan sentiasa memberi jawapan pada manusia dengan tiga cara:

1. Yes - Makbul Terus
2. Insya Allah - Dapat Tapi Lambat (mungkin sebab ada yang silap)
3. Dapat Benda lain - Tuhan ade plan yg lagi baik untuk kita

As for our overly-loved boss, terpaksa la lepaskan dengan hati yang redha. And he promised us that he will try his best to be apart of our team, again in the future. Insya Allah

With Boss... ^_^

Wednesday, June 26, 2013

Selesai Sudah Majlis Merisik

Salam Jerebu... Berkabus sangat 2-3 hari ni tapi temperature bahang yang amat.

Tak kesah la. Ambo sedang bahagia bagai burung-burung berterbangan... chip.. chip..chip

Ahad lalu saya telah secara resmi padinya telah menjadi tunangan Dindong (Muka bangga). Tapi kami xde la bertunang, hanya dirisik. Tapi kire confirm la di booking.

Mula2 rancang nak buat majlis kecik je sebab ambo kan minimalis tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh bonda terchenta. jadi, buat jugak la kenduri kecil2an.

Keluarga aku masih mementingkan adat jadi banyak la benda yang nak dibincangkan. Termasukla duit hantaran yang dikatakan sendu (asal ikhlas dah la), hadiah pelangkah dan macam2 lagi. Typical traditional malay family.

Keluarga Dindong sampai agak awal walaupon pada asalnya janji nak datang pukul 12. Terkejut jugak ambo sebab Dindong join sekaki masa merisik sebab haritu kemain lagi kata nak dok dalam kete bagai.

Masa tengah bincang tu, aku menyorok kat dapor... nebes la jugak sebab dah lama x jumpa mak Dindong, tapi ai senyum je la. family aku poyo2 plak suruh aku berposing kat kerusi... menitik peluh jantan. Pastu FMIL hulur cincin, terkejut sekejap sebab malam tu Dindong call kate xsempat cari cincin baru (Cincin Wah Chan ringan sangat - rejected). Tersenyum kembali ambo.

Tarikh belah perempuan dah ditetapkan bulan 2, seminggu lepas CNY. Barang turun harga katanya. kalau ikutkan aku dengan Dindong nak everything settle by this year tapi ikutkan je la request pakcik2. Beza sebulan je katenye.

Maka lepas ni aku akan bercerita pasal preparation nak kawen plak kat blog ni. Maka, sapa yang dah kawen boleh la bace blog lain. Heheh..

Rasenye Dindong yang pilih sebab similar sangat dgn couple ring
Semoga semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Aku pin x start preparation lagi sebab nak tunggu musim darurat di opis (Jun - sept)

~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, June 20, 2013

Aku Nebes...

Wuaaaaa.. rase nak nanges sebab nerbes yang teramat2 sangat.

Ahad ni Insya Allah saya yang debob ini akan dirisik. And for the first time in my life I'm freakin nervous.

Camne kalo makcik2 die cakap aku gemok?

Camne kalau kantoi aku ni x terer masak gulai?

Camne kalau keganasan aku terserlah tanpa dipinta?

Camne kalau kodin lupe direction nak gi rumah?

Camne kalau makcik2 aku merajok sebab aku x jemput dorang...........

Arghhhh, ape cer?

Sila doakan aku ye teman2.

Friday, June 14, 2013

Seminggu lagi...

Nerves... 

Walaupon terpaksa delay wedding ke Jan 2014, saya yang tak seberapa ni tetap akan dipinang dengan bismillah oleh jejaka idaman hatiku minggu depan..

Cheesy mush...

Kodin is busy with his Steam Cert Exam (hopefully he'll pass this time) and Dipom. Insyaallah..

Ni pon dah pening pale sebab bonda cakap kena la jemput makcik2 dan pakcik2. Pengsan...

Pasti akan kena leteran bertubi sebab xbuat hantaran. Safe duit woi sebab time kawen nanti nak hantaran mahal melangit. Chehhh..

However, Kodin needs to find a new ring for moi since the one we bought earlier did not pass QC. Mama knows better, rite.

Sorry for not inviting you guys as it will be a private ceremony (Bajet Diva)

Sila tunggu card dari ambo...

Friday, May 31, 2013

M&D: Wedding Project Part 1

Haaa......

Saspen x? Hehe.. ini memang kes serious. Deadly serious....

Not yet officially engaged but I'm getting married by end of this year. Still discussing on our wedding date. Anyway, we only have 5 months to prepare everything from scratch.

Untung jugak la sebab last year kan abang aku baru kawen, so banyak lagi barang2 die yang boleh kitar semula.

Some argue that i'm being nonchalant or being too negligence about my big day due to the following:

1- Sebab xnak bersanding
2- Sebab xnak tukar2 baju
3- Sebab x berkompang

See, ni la orang kata biar mati anak, jangan mati adat. Biar anak sengkek, asalkan kawen meletop.

Lantak la....

My maximum budget is 13K (which is a lot for $$$-centric girl like moi), which includes everything from upah kadi to door gift.

Hopefully my family will chip-in a few bucks ^_^..haha

Last 2 weeks, aku hantar Dino gi ballot rumah. Alhamdulillah, semua dah settle. In the mean time, aku gi larian 10 km kat office. Confirm la balik dengan muka busuk. To make things more interesting, Dino terus bawak gi tengok wayang. yep, dengan baju yang super busuk.

Nak lagi best, kami masuk Poh Kong untuk cari cincin merisik. Serius aku tengok muka SA tu pandang aku macam xde duit. Tapi x beli pon sebab xde yang berkenan di hati.

Anyway, mak kata try beli kat kedai yg bukan francise sebab dorang amek upah mahal...

Blehhhh, kena la gi ring hunting lagi this week...

Need to confirm our wedding date before raya T_T

Chow!   

Thursday, May 2, 2013

Menjelang PRU, aku undi....

Malaysia Memilih...

Ini kalilah...

Tukar....

To be honest I am yet to register as voter. Padan muka aku... pasni jangan nak bising2 jalan berlopak2, rege keta mahal, PTPTN kaup untung lebey. Chet, ape punye orang.

Tapi aku paling pantang betol bila agama dipolitaik kan.. Yes, Tahi lembu.

Rezeki tetap datang dari tuhan. Kalau undi parti cap ayam yang berjanji akan bagi ko keje gaji 18 jota tapi tuhan x redha, tetap xde rezeki.

Yang paling xleh belah bila time2 ni la retis nak melobi project dengan pihak berkuasa. Owh, Kemon dude! Twit cam orang xde agama je. Sangat sekular punya pemikiran.

Dan aku x suka jugak dengan bendera-bendera yang dipacak kat tepi jalan sebab haritu aku nyaris kena hempap ngan bendera yang dipasang kat batang mop. Kalau kena la coco kesayangan aku, ade ke Bantuan Repair Kete Saga 1 Malaysia???

Another one, perlu ke buat sesi ramah mesra bersama pengundi depan rumah aku??? Tau tak yang aku ni spesis tdo awal. X pasal2 kacau 3 jam tido aku. 3 FREAKIN' HOURS!

Tapi aku yakin, Kalau pilih ISLAM pasti akan bahagia...

Jangan MARAH!

Monday, April 15, 2013

Pelamin Anganku???

Mengikut perancangan 12 bulan lagi... atau kurang. Sila blame Dindong yang suka2 buat plan tanpa berbincang.

To be honest, financially off budget. Bonus pon agak kurang, jadi???? OMG...

Luckily we both have the same idea when it comes to the arrangement. Let's just have a small wedding since we don't want to put all the pressure to ourselves.

Orang akan bercakap "hape la, assistant manager kawen kenduri cenggini??" or "Hantaran 7 ribu je??"

Let them be...Hukum buat kenduri kawen kan sunat. Xpayah nak melebih2 sangat.

Baju Nikah: Sekali ngan baju bersanding... kejam x?

Majlis Idaman: Kecil2an.. tanpa orang yang xdikenali. Majlis habis awal, leh lepak2 dengan kawan2. yehaa...

Pelamin: Untuk ambil gambar sahaja (ni pon kodin yang beriya2)


Bersanding: Hell no... Sila send seseorang untuk meyakinkan saya

Kompang: Pakai MP3 download kat ternet boleh x?

Kad kahwin: Sekeping kad yang comel yang akan dicampak oleh kawan2 ke dalam tong sampah selpas majlis tamat

Hiasan Rumah: Disebabkan abanh aku baru kahwin tahun lepas, wajib la nak recycle kan??? Puppy face *_*

Goodies: Box of Candy (adult), Mentos (Kids) and Cookies in jar (orang jauh)

Arghhh banyak benda nak fikir T_T

Thursday, April 4, 2013

My 60 Days Challenge

Sesemenjak balik dari training ni, ade semangat baru nak jadi Proactive... Semoga x hangat2 tahi ayam berguguran.

Jadi dalam masa 60 hari ini saya akan
1. Berusaha tidak marah2 ketika menjawab panggilan dari stakeholder (ayat sangat HR)
2. menulis perkara2 yang positif sahaja di facebook
3. membalas email tanpa mengeluh-kesah
4. menjawab panggilan telepon Dindong tanpa marah2 or bajet nak murka
5. bersenam pada setiap hari selasa dan khamis
6. baca quran paling kurang 50 ayat seminggu
7. Minum air masak sebanyak 2 liter sehari
9. Memasak paling kurang seminggu sekali
10. berhenti membeli novel yang akan diadaptasi menjadi drama/movie...vice-versa

Cabaran dijangka berakhir pada 30 may 2013. Payah rasenye nak mengurangkan temper yang selama ini mengusai minda. Tapi cube je la....



Monday, March 18, 2013

Warm Bodies: Badan Sejuk Beku, Hati Berbunga2

Salam Petang orang bumi...

Bosan. Perkataan paling best nak summarize kehidupan aku skarang. Dindong busy buat DIPOM. So, aku terpaksa la buat aktiviti sendirian berhad.

Anyway, sabtu lepas aku lepak2 ngan akak aku. Aku pon suggest ktorang gi tengok Warm Bodies sebab trailer cambest je. Along macam biasa. Agak sceptical bila aku cakap citer ni pasal zombie sebab beliau terbayang Zombie kampong pisang. Tapi bila aku cakap pasal citer ni romantic, die ingat cam Twilight. So, kami masuk ke hall dengan harapan untuk menonton citer ala2 genetically modified version of I am Legend and Twilight.

Oh no.... Citer ni teramat la best walaupon storyline die simple. Penceritaan best, set best, pelakon best.. yang paling best: Dialogue.

Sekarang ni aku tengah sibuk nak baca buku die plak.


Seriously, team Edward Cullen...Please pack your bag and join Team R. Why?


1. He's hot

2. He's pale but not shining like a diamond
3. Got a sexy voice
4. He doesn't have any intention to feast on his girlfriend
5. He's not a thousand years old
6. Has a good fashion sense
7. He does not talk like robot, although he got some trouble saying things fast

In a nut shell, he's a zombie version of L (L here means L from Death Note dan buakannya Infinite L)


Ade sesape nak teman tengok lagi skali?


P/s: Some twilight fans are butthurts with the fact that this movie is farrrr better than twilight. I mean, the first instalment was great but the following is drain-level quality.



Arghhhhh, he's a nosebleed T_T

Monday, March 11, 2013

Filem dan Sains

YoroshiQUEEN... Maafkan ambo, terlebih ngadap citer jepun gamaknya.

Xtau la ape ambo nak update arakian akhir2 ini ambi hanya busy meluahkan isi hati di twitter bagai.


Ambo pon x terlibat dalam mana2 aktiviti kemasyarakatan termasuk la majlis berkhatan, melawat expo ibu mengandung mahupon membayar cukai pendapatan. Mehhh.. Ambo ni anti sosialista.


Anyway, kemarin ambo melayan Dindong menghadap movie OZ... Citer Disney.. Ade la kait ngait sikit ngan the Wizard of OZ. Tapi ambo agak pelik kenapa la asyik2 nama Thomas Elva Edison dicanang2 sepanjang movie ni. X kenan to ambo...


Tahukah Anda??


Edison dengki dengan teori Tesla berkaitan dengan AC current dan mengorbankan banyak haiwan untuk mensabotaj teori Tesla. Kengkonon cam Tesla ni buat teori x mesra pelanggan.
Bayangkan hidup anda tanpa AC Current...


Tahukah anda yang beliau juga backbone of a few other mind-boggling invention termasuk radio, X-ray, Radar dan hydro-electric plant.


Heh...


Dunia sangat tidak adil...


Bila aku mati, ade kah akan ade orang yang ingat?? Ataupon ade mahluk lain yang mengambil kredit atas kerja aku?






Thursday, February 14, 2013

Idea Kenduri Kawen

Jumaat lepas, sorang lagi anak dara kat ofis aku menikah.

Congrats Ziha. Lawa giler you walaupon Iouls x tengok live.

Sekali gus meninggalkan Aku dan Jerrypah sebagai Gadis Limited Edition

Memandangkan Kak Pah sedang menghayati hari2 single beliau, aku pon menjadi mangsa provokasi dan kontroversi bila tiba bab2 kawen ni.

Boss slalu je ade idea baru yang menyebabkan kitorang ni cam lipas dalam kuali..kesana kemari.

Dan bila die nak surok oustation, aku mesti guna ayat

"Camne nak kawen ni"

"Cancel la kad kawen ni"

"Ala... xjadi la saya nak kawen"

dan lain2...

Tengah hari tadi boss menyerang balas..

"Ape ade hal... u bersanding je time kite buat roadshow (cam Jom Heboh untuk our dept). Makan free, ade khemah, ade VIP"

Untunglaaa.....

Tuesday, February 12, 2013

Sickness Does Not Have To Hold Us Back

Hi...

Lama benar tak mengarut kat sini.
 
Xde Mood...

Xde Inspirasi...

Yang ada hanya kemalasan tahap dewa...

Dan kesedihan... Kesedihan seorang fangirl.

Aku baru balik dari Bandung. Dah berhari dah pon...& I just realize that one of my fav singer is dead.

I wasn't surprise as he has been dealing with cancer for the past few year. It must be hard for her wife and his newborn daughter. RIP Yeon Taek.

Still remember watching a tribute documentary about his passion for life despite knowing how short it will be.  Living to the fullest, every single day. To have hope and never stop... To love and to be brave.

ADD and relationship does not belong in the same book and it will never be... for now. Some people thought that I have problem controlling my impulse behaviour. Some just being judgemental.

It hurts... having people telling you that you are different

As if you're an alien

for the past years...

And then, you reach that spot... the breaking point.

And that's where I am right now...

But I knew...

I can handle it.. I always did 

Life is more than just being alive....It's route towards survival