Followers

Tuesday, June 28, 2011

Driving Test, Wish Me Luck..

Eveniiiing muggles,

If you asked me what am i thinking rite now.. I would say i'm thinking about about a scary Mexican-looking(twisted moustache) JPJ Officer who might be assess my driving skill this thursday.

Gotta admit that i'm a chicken.. Yes, you can even call me fried chicken coz i am extremely scared rite now.

I'm too scared that i can't focus on my work (which is a great lame reason to starts tumblr-walking during broad daylight)..


Anyway, Wish me luck!!!!

ADIOSAMIGOS...

JJong's Breakup (Evil Laugh), JJung is Dating KARA's Hara

Ehem..ehem,

Well i guess it's not to late to show my evil laugh now coz

JJong is yet again available.

Yessss, finally. Since the very beginning, i have the instinct that this couple will never last. I mean, JJong is Mine too busy preparing for his Japanese début.

Mehh, i don't care who will be his next gilfriend but i just wish he waited till i get married firstso that i can stop having nosebleed when i saw his face.

Even if he got a new one, I still cam two-time-him with Taemin (seriously, dunno why i'm acting like a Pedo now)

Wuaaaaahhhhhhh...

I get JJong but i lost my Jjung..

Jung Hyung is now dating my sister enemy, Goo Hara.

Man, I know she's cute but why NOW.. I'm not ready for this.

Wait, since when did i like Junghyun????

Dem, i forgot I like Dongwoon..

Jungie, Sorry for being overly emo bout this..


Anyway, Haengbokkaseyo!!!!!!


Monday, June 27, 2011

Mari Balik Kampung Again...

Hi Mugs,

Another me-dun-wanna-go-to-work day sebab dah dua hari berguling2 ala2 memerang kat kampung. Alhamdulillah masih bernyawa lagi walaupon pachek bawak bas tu macam orang mabuk todi.

Sebenarnya hati berbunga2 nak balik kampung sebab mengharap Lappy ku BabyQ dah orait. Dem, aku tertipoo rupenye. Dah tak dapat di selamatkan lagi.

Kenyit2 mata kat mak, mengharap loan peribadi nak beli laptop baru. Bila mak bagi green light terus g jusco cari laptop.

Giler mahal lappy kat Melaka, next week kena la merayap kat LowYat..

Tapi hati gue dah tersangkut kat VAIO indah berwarna penk yang tersergam indah kat tempat display.. Apakan daya, poket x mengizinkan.

Terpakse la aku curik jap Laptop Cenonet adik aku ni. Buta mata beta nengok ini lappy..

Tukar topik lain, gua cuti Rabu dengan Khamis ni. Tercabar jap bila dengat yang orang sume x caye daku boleh lulus one shot. Korang tengok la nanti aku dapat ke x lesen kete yang aku idam2 kan... (positive spirit!)

Oh, lagi satu.. Kepada Kaoru's fan, Maid Maiden Thursday sudah mari... Sangat gumbira menatap wajah Master Bennet yang hansamu (idung dah berdarah ni...). Sila la beli sebagai tanda sokongan anda kepda industri komik Asia.


Slamt bekerja dengan tekun ye...ADIOSAMIGOS..

Tuesday, June 21, 2011

Dunia ku tanpa Website down-to-drain-load..


Hari ni aku terkejut beruk (walaupun aku dah tau awal2) bila x boleh access Megaupload. Musnah impian nak membina angan2 romantik bertemankan ebook dan drama2 pilihan.

Pihak yang bertanggung jawab.. Saya bantah, yang Arif !

Apesal dorang x block forum gay.. Yang sebok xtentu pasal nak block website kesayangan aku tu pe hal?

X pat la aku nak amek ilmu2 percuma yang ditawarkan..

Kerajaan kan menggalakan pengunaan jalur lebar bagi tujuan pendidikan??

sungguh kechiwa...

Saya mahukan kebebasan....

Xdapat la aku sekodeng muka abang Sanghee.. Nak tunggu keluar kat TV? Berjanggut..Lepas ni aku boleh la komplen berkepuk2 pasal ASTRO pulak..

Nasib baik ade twitter, youtube ngan fesbuk.. kalo x, sekarang gak aku kasi berhenti subscription broadband maxis aku yang cam sipot sedut ni.

Terima Kasih Pihak yang bertanggung jawab kerana berjaya menjadi platform mind-control..

You can control my internet usage but you can never win my heart..

Trimas from the pit of my heart...


Monday, June 20, 2011

Aku sangat Beci Buat Proposal...

Slamat Pagi muggles,

Hari Jumaat lepas nyaris2 aku terlepas tengok Drama Smile Donghae. Dah la kena balik naik bas. Terpaksa la blame proposal cam bodo yang aku kena buat.

Ape guna buat proposal kalau akhirnya kena buang kat longgokkan kertas yang menanati kena shred bila2 masa je. Giler tension.

Pagi2 dah kacau planning gua nak buat performance summary. Suruh buat proposal panjang2 tapi bagi maklumat sehelai je. Giler kering otak aku.

Balik rumah, mood sudah hilang. Dino plak jadi mangsa bebelan aku yang x sudah2..

Aku tau la aku makan gaji je, tapi jangan la bagi aku buat kerja sia2. Penat tau x?

Kalau project aku xpe la.. ni cover project orang lain.

Giler bengang (asap dah kua dari hidung...)

Pokoknya, sila la support aku sambung degree. Berkobar2 perasaan daku bila Fattah ngan Botek tengah prepare nak jadi student balik. Pas dah abes degree.. Bubye la ini company.



Thursday, June 16, 2011

Aku mandi ala-carte pergi ofis...

Assalamualaikum muggles..

Ade bau busuk x? Bukan aku.. aku mandi tau pagi tadi. Tapi ala-carte je la. Hilang terus kechumelan aku pagi ni.

Hari ni aku kena gi Rengam sebab ade training untuk estate. Disebabkan Cik Jjong kena melawat tapak kat bukit kerayong, aku kena la naik teksi. Giler awal aku bangun. Masuk je toilet, aku dah tension.

SIPOT TOlll.. AWAT XDAK AYAK NI!

Hhoh, ni mesti ade orang yang gi pusing valve kat meter tu. Aku pon pergi la pusing2 valve kat depan rumah dengan penuh harapan.

Hampeh... Memang xde air hari ni..

Aku pun gather sisa2 air dalam baldi.. dapat la setengah baldi. Pastu campur ngan air mineral aku amek kat Business school semalam. Tambah lagi dengan air mineral spritzer yang aku x abes minum. Total? x sampai sebaldi.

Cuci muka, gosok gigi, sabun... baru jirus one shot..

Kira mandi la tu..

Pastu ape lagi, setengah botol losyen aku sapu (nak cover la tuuu..)

Sembur sket minyak wangi.. Tepek bedak sikit..

Chow...

Bukak pintu..

AISEMEN... LAMPU LUAQ PON X NYALE!

Ni dah menguji separuh kesabaran aku..

Sampai kat lif..

"OMG.... AWAT DUA2 LIFT X JALAN NI!!!!

Ye, aku turun sebelas tingkat walaupun aku x mandi pagi. Pergh, aku ni dah cukup busuk dah.. tambah lagi bau peluh.

Sampai ofis, terus login website apartment.. Komplen2..

Reply webmaster: Management team is not responsible for this website.

malas aku nak layan. Baik aku sambung mandi kat opis...

Dah la, nak sambung wat keje. Waktu lunch kena gerak g johor.

Mintak2 sempat tengok Nora Elena...

ADIOS AMIGOS...

Tuesday, June 14, 2011

Setahun Mendulang Minyak. Kini Aku Bebas!

Assalamualaikum Muggles,

Kini bebas... (nyanyi dengan suara sumbang)

Yes, kini aku x payang fikir doploh juta kali kalau nak resign. Sebab contract aku dengan ini company sudah tamat. Rasa cam nak menari2 ala sailormoon ..

Ops, mari kita hentikan perkara merapu ini..

Hari ni hari yang baik untuk bermuhasabah diri dan mengenang perjalanan hidup aku sebagai anak ladang "oren" ini.

Trimas kepada my beloved mommy and siblings yang penat nak dengar aku melalak dalam telepon masa kat gudang minyak. Trimas~~~

Trimas juga kepada budak2 oren yang selalu membantu aku semenjak kami menjejakan kaki ke pulau buangan. kalo korang xde, mau aku mati kebosanan kat pulau tu..

Komawo!

The ORANGES

1) Acap - Chopstick 1, lil bro of oranges
2) Apeng - The cool one
3) Naim - Chopstick 2
4) Din - The dino
5) Faisal - Botek, Orange yang baik dan menyeru kearah kebaikan
6) Hafifi - Abang futsal
8) Shahril - Master nokia 5800
9) Tikam - Ketua ladang, nation's lil brother in law
10) keladi - The leonard, master of cynical gag
11) Anep - The blur, Master of coming late to class
12) Fattah - The walking "Discover Channel"
13) Amal - Food master
14) Azim - Home-made Telenovela Master
15) Zimah - The emcee
16) Atiqa - Akak Long of the clan
17) Aliya - The sports addict
18) Eli - The "kettle"

Teringat zaman2 main cop tiang kat Jusco Bukit Tinggi, pastu main baling seliper depan surau.. yang paling lawak, main galah panjang tengah2 malam... seriusly, malam kitorang main galah panjang tu aku seram giler.


zaman remaja ODCC


Jalan2 Putrajaya


Berdangdut di Genting


Oranges menawan banjaran Titiwangsa

Dah puas jadi Budak oren, kena la bayar hutang pulak. Excited giler masa dapat first paycheck. Lagi best sebab dapat gaji sebulan setengah.
Muka hyper dapat duit

8 bulan jadi Pemerah Minyak yang Tak berapa berjaya menyebabkan aku hampir putus asa. Dah siap draft surat resign tapi x bagi lagi. Nasib baik dapat transfer HQ, kalau x tentu aku dah jadi pemerah jus anggur berjaya pulak.

Berposing bersama orang kuat gudang minyak

Rase rindu kat motor aku yang berkaler biru. Adakah dia masih seperti dulu? Tiap2 minggu pancit.. Semoga kamu x buat hal bila bersama En.Husaini ye!

Lepas ni aku nak buat ape? Mungkin akan iku jejak langkah Botek, menjadi college student semula. Maybe buat study luar kampus je kot. Kalau aku berhenti, sape nak bayar hutang PTPTN?

Opsss, time's up. dah waktu lunch ni.

ADIOS AMIGOS!

p/s: cancel buat celebration jumaat ni. Kene join training kat CEP Renggam. Ish, engineer pon kene gi training harvesting & collection. Rimas gue..

Monday, June 13, 2011

Roadtrip ke Pantai Balok , QTI + 1 tahun makan gaji

Morning muggles,

Nampaknya jalan dah sesak balik sebab sekumpulan parents yang bangun lambat sebab semalam layan tengok AF berlumba menghantar anak mereka nke sekolah. Nasib baik sampai ofis on time. walaupon bos xde, tapi aku ni kan pekerja cemerlang.

Ok, stop dis nonsense. Hari ni aku nak cerita pasal roadtrip aku & Tiqa Jjjong, QTI lesen kereta & dah setahun aku keje kat company terbaik dari ladang ni.

Sabtu lepas aku ngan JJong gi ke Pantai Balok untuk tompang sekaki buat kecoh kat majlis kawin En.H. Kami gerak dalam pukul 8.30 pagi. Sperti biasa, pakai baju matching kaler purple. Disebabkan aku ni still lesen Menglembu, Maka Tiqa terpaksa la drive sorang.

Dlam perjalanan tu, kami layan dengar HOT FM. KRU in da house la pulak. Kelakar giler dengar KRU buat counterstrike sesama dorang dalam konti. Kesian plak aku dengar Cik Yush kene buli dengan abang besar dan raja nasik tambah. Yang lagi kesian adalah beberapa bas yang membawa penyokong Ganu Kite tersadai di tepi jalan. Dah la kipas-susah-mati dressing cun giler. Awal2 pagi dah conteng2 muka.ish..ish..ish..

Sebenarnye aku ngantuk sebab pemandangan di tepi highway pantai-timur terlalu tenang. Tersengguk2 aku tahan ngantok. Bila kau sedar, terus sambung nyanyi. Tiqa plak bagi laser sebijik..

"ko x payah le coverline.. tetibe je sambung nyanyi"

Mianhe la Tiqa, aku ngantuk sebab malam hari jumaat aku buat concert untuk Cik Dino. Tu yang mata cam kene gam UHU.

Sampai kat Pantai Balok dekat2 pukul 1. Jejeng..! Masalah muncul.. Ktorang terlepas simpang nak gi rumah Cik H. Ape lagi, Tiqa pon gunakan teknik "superlong Reverse" kat tepi jalan besar. Panjang doa aku time tiqa beraksi. Sampai je rumah En.H, aku, tiqa, kak Mai dan rakan2 nya (dorang datang naik kete lain) terus serbu meja makan.

Nak dijadikan cerita, ktorang ni orang selatan belaka. kalau kat selatan, tempat duduk pompuan dengan lelaki campur je. Kat Timur ni kene asing. Kami buat xtau je sighboard yang ade gambor pompuan ngan lelaki tu. Ish, pepandai je bawak ajaran selatan.. pas tu, ade pulak makcik2 dan pakcik2 join sekaki iku style ktorang..hehe.. Sori En.H.

Tengah makan, pengantin pon sampai. En.H buat wedding simple je. Xde kompang, mercun papan CNY mahupon joget lambak (bagus tol! I likeee). Pas dah melantak ayan dah kuah masak lemak keladi (ye, keladi! Siap gadoh ngan GM lagi sebab mula2 ingat pisang), kami pon dok kat dalam rumah.. sempat la posing2 seround..

Posing dah cun, tapi gambar gegarrrr (kak Mai yang Snap)


Yang ni cun sikit la...




Selca jap..

Pas dah puas jadi model x bertauliah, jadi kaki sekodeng jap. mangsa sekodeng ialah Boss Jjong. Sume excited tengok boss dokong anak die.. so sweeeet. Ayah terbaik dari ladang la. Dalam pukul 2 gerak balik KL sebab aku ngan JJong memang ngantok giler.

JJong balik Labu, so aku balik sunway je la. Samapi Sunway, Eli baru nak masak. Penat aku buat bising sebab nak suruh Eli masak cepat Malam tu pekena sup sayur ngan sosej goreng.

Hari ahad pulak ade QTI untuk lesen kete. Cikgu aku buat lawa "awak dah boleh drift kan?". Harap maap la cikgu, saya ni awek sipot, bawak pon slow. Giler garang pakcik yang tengok Pre-test aku.. siap gagi 10 kesalahan. penat aku nak dengar ceramah die. Masa dah masuk ke Driving academy. Baaang! ade eksiden pulak kat driving school tu. Kete seorang cikgu yang tengah kuar simpang dihentak bas sampai berguling2 masuk longkang (serius betul cerita ni..) perlu ke ade eksiden dihari aku buat QTI ni. Trauma kete Kak Long landing atas tiang batu gate rumah aku pon hilang lagi..Chettt, wat saspen betol.

Wah, panjangnye aku meroyan hari ni. Dah le keje berlambak...

Sebelum chow, aku just nak share kegembiraan aku menyambut anniversary pertama menjadi AE kat Company Aliff bata.. Trimas everyone yang banyak menyokong kerjaya daku ini..

ADIOASAMIGOSSSS!

Friday, June 10, 2011

Asal Usul Clan SDPA - The Legand of the Tribes

Gumoning muggles,

Another lame day, lazy-ing on my twist n turn office chair. Dah musim promote-transfer-resign ni, aku teringat pulak kat member2 aku kat SEDEPA dulu. Rindu betol nak main baling selipar kat court volleyball.

Hari ni aku nak cerita macam mana boleh ade nama pelik2 kat SEDEPA ni..

Mangsa 1 - Saipul the chief a.k.a KAMYOK (Nyiok Clan)

Saipul bertindak sebagai abang Long yang selalu menyalahgunakan kuasa veto sebagai ketua kelas. X padan dengan kecik, mulut bisa cam cili padi cap burung. Disebabkan mulut die menikam, maka die digelar TIKAM. Si TIKAM ni orang utara, sebut kelapa -->Nyiok. Jadi kami pon kombine TIKAM & NYIOK kepada KAMYOK. Tapi sesemenjak dah jadi Tuan Kecik ni, die sesedap je panggil diri sendiri Saipul.. Bajet nama TIKAM xbest ler tu. Disebabkan Cik Dino ni orang kuat TIKAM, maka Dino pun join sekaki letak "nyiok" kat belakang (DINYOK)

Mangsa 2 - Tiqa a.k.a Tiqa Jjong (Majong Clan)

Kesian Tiqa..huhu, jangan marah ye. Asal nama Jjong tu datang dari perkataan majong (permainan feberet dalam movie hongkong).Kan Pulau terbuang tu xde hiburan, so kami pon buat hiburan sendiri dengan menubuhkan clan2 yang ala2 cam gengster kampung carey. Clan Tiqa ni clan yang paling kuat kuasanya kat SEDEPA ni (kalo Tiqa cakap sume orang dengar). Sekarang, Tiqa dah jadi orang kuat company sebab sume kilang kat Malaysia ni bawah jajahan Tiqa (pergghhh, jeles aku).

Mangsa 3 - Eli-pen

Ni paling kelakar. Eli ni kira cam orang kanan Tiqa yang paling brutal. Pada suatu petang yang tenang dikala kami tengah training Taekwon, tetibe Eli yang tengah menfokuskan tenaga dia menghentakkan kakinya ke lantai SEDEPA. Krekkkk,retak. Master pon terkaget sebab x sangka Eli ade super power tahap Gajoh. Maka selepas hari itu, Eli di upgrade jadi Elipen.(mesti aku kene blasah balik ni..)

Mangsa 4 - Aliya a.k.a Jenabe' @ Jenab

Aliya ni ade multiple personality..kekadang glam cam datin, kekadang down-to-earth pulak. So bila time Aliya bertukar jadi baik semacam. Kami menggelar dia cik Jenab (nama cam makcik kat kampung yang baik hati). Cik Jenab ni kiut sangat. Tapi bila cik Jenab bergabung dengan Zemah, dah macam contestant Maharaja lawak jadinye. Giler kelakar tahap pecah usus bila aku tengok gambar dorang pakai tudung lipat cam makcik2 zaman dedulu. X jumpe pulak gambar tu.Nanti kalo aku rajin bongkar external, aku upload.

Mangsa 5 - Acap & Naim @ Chopstick Brothers

Bila dua orang jejaka tahap galah bergabung----> Maka jadilah copstick. Dorang ni kalau time Taekwondo selalu duduk dekat2 sampai master xtau camne bezakan dorang (master x ingat nama sebenarnye). So, bila salah sorang atau dua2 ponteng TKD, master akan cakap "Aik, mana itu chopstick?".

Banyak lagi nama pelik cam Keladi, Rotten, Botex n Merzuki . Nanti2 la aku cerita.


ADIOSAMIGOS!

Note for DME 2010: Oi korang, biler nak buat sukan tahunan. Boleh la main cop tiang kat Jusco Bukit tinggi


Thursday, June 9, 2011

Geek's Guide: Surviving Highschool as a nerd!


Assalamualaikum,

ehem..ehem..

Pernah x emosi korang dibuli masa sekolah?

Dianggap x normal sebab korang siapkan kerja sekolah lebih awal dari orang lain. Orang menyampah sebab korang lebih gemar dengar lagu ABBA berbanding kumpulan2 ala cool. Korang dikira x hot sebab x pakai kain senteng dan bertudung pendek..

Jika anda rasa statement di atas sangat sesuai dengan kehidupan anda di sekolah, daku ada solutionnya...

First sekali aku nak beri tepukan paling kuat kat diri sendiri sebab berjaya survive high school tanpa mengalami kecederaan tahap extreme. Aku pon sebenarnya x sangka aku boleh survive. Belive me, pembuli emosi di sekolah lebih dasyat dari kaki pukul.

Rule 1: Embrace yourself

Percayalah bahawa korang akan menuju puncak yang lebih tinggi dari awek2 dan mangkuk2 yang bajet cool. Anggap je dorang tu x cukup kasih sayang dirumah lalu memerlukan perhatian rapi dari insan2 yang mempunyai sifat penyayang seperti korang. Yang penting kena terima diri seadanya.lagipon, xde akta kat Malaysia ni yang menyekat rakyat dari menjadi skema.

Rule 2: Check-it-out

Sebelum pergi ke sekolah, pastikan korang bersiap dengan lengkap. Tengok kasut, takut2 tali kasut x ikat. Benda2 camni la yang memberi peluang kepada Bitdork (bitch & dork) mencari point untuk jadikan korang spesimen yang baik untuk buat lawak. Nak duduk pon kene check dulu seat. Karang x pasal2 jatuh kecepuk kat lantai.

Rule 3: It doesn't hurt to just watch.

Kalau ade orang buang sampah kat meja korang, buang je kat tong sampah. Kalau lawan balik, korang akan menjadi mangsa tetap Bitdork. Tapi kalau korang ade skill judo or kendo, aku nasihatkan korang blasah je Bitdork kat luar kawasan sekolah. Kalau belasah kat dalam, xpasal2 masuk harian Metro pulak.

Rule 4: Say No

Tiru, copy, plagiarism... perkara wajib yang menjadi hobi Bitdork. Sumenye sebab dorang tu x de kemampuan nak buat homework sendiri. Pokonya, jangan bagi dorang tiru or pinjam sebab kebarangkalian korang mendapat kredit atas hasil titik peluh korang adalah ZERO! Jangan la harapkan ucapan TQ sebab Bitdork x kenal perkataan tersebut (sebab vocab dorang limited)..

Rule 5: Avoid

Kalau dorang ajak keluar jalan2 ke, g parti besday ke.. xpayah la ikut. Bukan nak ajak korang jadi kura2 dalam pasu tapi baik elakan. Dari menjadi clown untuk entertain dorang tu, baik duduk rumah tengok CSI x pon buat maraton Detektif Conan.

Rule 6: Build a click

Kalau si Bitdork tu xnak kawan dengan korang, cari je la nerd2 yang lain kat sekolah tu. You'll never be alone. Mungkin klik korang xde awek cun or mamat football club's striker, tapi at least korang ade kawan2 yang boleh diharap.

To be honest, aku pernah rasa tension sampai aku rasa nak lari rumah, tapi aku tabahkan hati je la. Sampai satu tahap orang mula cop aku sebagai peniru time exam. It hurts like hell but it's worth it. Sekarang, aku dah x taku kalau terserempak dengan Bitdork sebab aku boleh jerit kuat2

"aku dah setahun keje, kau ade?"

Cis, berlagaknye aku! x baik tau..

Aku x payah takut sebab aku tahu yang hiudup aku sekarang berbilion kali lagi baik dari dorang.

So, sekarang aku nak gelak jahat.HAHAHAHAHHAHAHAH (emosi x stabil sebab x makan lagi)

Dah la, aku nak gi makan sebelum lunch hour abes.

ADIOSAMIGOS!


Wednesday, June 8, 2011

Kenapa perlu samakan isteri dengan Pelacur Kelas Atasan?

Assalamualaiukum,

Banyak betul isu2 hangat-tak-hingat akhir2 ni. Aku xnak la sentuh hal2 politik sebab aku x dafter mengundi lagi. Tapi lambakan newspaper kat meja aku ni menyebabkan aku panas hati.

Aku memang suka layan The Mlay Mail sebab banyak la isu-isu kepenggunaan. Yang menariknya, ade highlight pasal "Kelab Isteri Taat". Ape yang best sangat pasal kelab ni????

meh tengok sket statement ahli kelab ni:

"Better than a firts class prostitute"

kalau nak ditafsirkan dalam ayat yang lebih kijam

"more feisty than high-end-whore"..heheh (sejak bila la ko pandai guna perkataan yang tettt ni?)

Aku sebagai seorang future wifey sangat ngeri dengan statement ini. Sebab aku selalu ingat yang seorang isteri patut dihargai (isteri kan bidadari)and of course dilayan cam teman yang sejati. Xmau la laki aku treat aku cam stripper yang dok sibuk menari ala inul kat tiang rumah..eeeewww.

Mungkin ade yang anggap aku ni ada ciri2 isteri durhaka..wait! aku just x setuju dengan idea untuk menyamatrafkan seorang isteri dengan bitches yang layan mana2 lelaki. but i like the idea of having a wife as the queen of the family..hehehe..(boleh la dok umah pakai dress pastu letak crown kat kepala)

So cruel..

Yang peliknya, camne nak bezakan Whore@pelacur grade 1 dengan hooker@pelacur kelas bawahan? orang yang buat statement tu mesti pakar dalam bab grading2. Ape kata gunakan kebolehan mengrade dengan bekerja sampingan di ladang limau? boleh jugak buat side income...

Kalau isteri disamakan dengan pelacur, tunang nak jadi ape pulak. Pelayan kelas atasan?

Kepada kawan2 aku yang merancang nak kawen, ape kate balik ni korang pergi tanye pakwe korang:

"Kalau kita kawin, i ni grade ape? bidadari ke pelacur?"

Kalau pakwe anda cakap pelacur, bolehla buat apply untuk iklan cari jodoh. kalau susah sangat, cari je pakwe baru kat FB.

kalau dia cakap anda adalah bidadari yang sangat dicintai, boleh la gi tempah kek kawen 8 tingkat kerana dia memang lelaki yang cambest.

Kita tengok la nanti ape kelab tu nak buat. Dengar cerita nak buat Kelas Asmaradana. Mungkin die boleh ajak Maria Ozawa jadi cikgu Kelas tu.. (ops, terlebih sudah!).Gomenasai!

Pokonya, seorang isteri yang taat bagaikan bidadari di mata suaminya. Tidak sama sekali sama levelnya dengan playboy bunny.


P/S: Setahu aku, kalau Pelacur kelas atasan ni bayaran die WOW! Aku takut nanti ramai pulak husband2 yang kena serangan jantung bila wife hantar bil kat meja time breakfast. Huahuahua. Aku rase pasni ramai la blogger yang letak iklan barang2 ala hot kat blog dorang.. doublehahahaha



We are not Romeo X Juliet

Morning muggles,

Boleh sesape bagitahu kenapa hari ni masa bergerak seperti sipot sedut yang berguling2 dalam periuk? Dah la aku mengantok thap cipan. Lappy screen kecik, x boleh nak menyorok...

Lepas marathon jalan kaki dari Sunway Pyramid ke penthouse semalam, sekali lagi daku terlepas tengok Seth Tan. Xla terlepas sangat sebab dapat tengok 10 minit (Alhamdulillah!). Sesuatu yang x diingini berlaku dalam perjalanan balik menyebabkan Cik Dino marah tahap keluar api kat hidung...

Aku dan Cik Dino bukan Romeo & Juliet mahupun Brad Pitt & Jolie. Our Couple Principle:

Love is war,
Life is a battlefield,
Pain is nothing,
as we live to survive.

Meaning prinsip ni senang aje:

1- It's normal to have a couple fight
2- X semestinya kena gaduh dengan partner. Orang lain pon boleh cari gaduh dengan kita.
3- Whether we like it or not, we will someday or somehow hurt our partner
4- We just have to get over the pain and move on.

And the key for surviving a long-distance relationship is..

SMILE



Tuesday, June 7, 2011

Calling For Tiqa Jjong

To my ever beloved bestie,

Tolong la pulang secepat mungkin...daku dah bosan! huhuuhuh

Nanti ko balik, aku masak Meggi kari super special tempatan khas buat ko..

Monday, June 6, 2011

Erul or Gambit? i choose both...

Minggu lepas memang minggu spotlight 2 jejaka ini. Kalau suruh aku pilih sape lagi best.. tanpa ragu2 aku x undi dua-dua.

Gambit oh Gambit.. Apekehei nye la kamu buat video yang teraba2 tu. Kalau ye pon nak tunjuk nilai artistik, x payah la nak tunjuk aksi2 super rated. Daripada tunjuk aksi pre-rated, baik g tunjuk tarian makyong.. ade jugak paedahnya.

Dah buat video pre-rated (aku cakap pre.. bukan rated), marah pulak bila orang komen. Buat MV camtu sebab open minded la konon, tapi sebenarnya otak sempit. Boleh pulak Si Gambit ni mencaci-maki blogger. Konon blogger menyalak can hanjing.Hoho, aku rasa dia yang menyalak cam anak cipan tercekik bijik cempedak..

Sebenarnya, aku dulu (DULU) minat jugak dengan si Gambit ni sebab aku pernah tengok die blakon jadi Jantan Durjana dalam satu telemovie astro. Ala, citer yang dia mati pastu jadi hantu pocong tuu..

kalau sekali tengok macam Chansung 2PM, tapi sesejak dah bikin panas..aku tengok dah macam Shaggy Skubidoo dah..
Chansung terkaget sebab aku cakap muka gambit cam muka dia

Suka hati kau la Gambit. Lagi pon banyak lagi pelakon lelaki yang boleh menyeri kehidupan Makcik2 kaki drama kat Malaysia ni. Kepada Makcik2 yang dulu fan si Gambit, boleh la convert keahlian kepada Fan Seth Tan@ Aaron Ajis.

Ni nak cerita berita best.. Mulai minggu depan, aku dah boleh tengok AF or should i say Hazama. Producer AF, trimas banyak2 sebab mengurangkan airtime si Erul. Mesti ade nak cakap aku dengki sebab pakwe aku x ensem cam Erul (Dino: Ape kene mengena aku dalam kes ni pulak?). Oh no... daku memang rasa Erul x layak masuk akhir..

Kalau nak dibandingkan skill nyanyian si Erul ni dengan Hazama, perggg jauh sangat la bezanya. Mungkin ade yang cakap aku bias sebab Hazama dah kira artis separuh masak.. tapi ade aku kesah? Kalau dah x best tu, overcook pon xbest jugak..

Lepas ni, aku harap sangat Erul x yah la nyanyi lagu 2pm. Kalau nak nyanyi pon boleh la nyanyi kat Nolaebang..hohoh (kijamnye aku). Baru suruh nyanyi lagu I'll be back dah hancus, camne nak nganyi lagi Again& again sambil buat tarian mengayuh basikal??? silap2 jadi lagu kerere-kerere (mispronounced Again&again).Hahaha..

Single terbaru Erul diterbitkan Jom Undi Erul Entertainment (JUE Ent) Feat 24/7 and Gula2

Panjang pulak aku membebel tengah hari ni. Baru tadi review performance kat boss dapat rating good. Kang kantoi blog-ing, x pasal2 kene tukar Need Improvement pulak.

ADIOSAMIGOS!

PS: Kalau Erul x yakin nak buat album solo, boleh la join 24/7 pastu tukar nama jadi Selipar Junior..hahaha

Dilemma Manusia Tanpa Kereta...

Selamat pagi muggles,

Arggghhhh, aku tengah giler tension memikirkan ape yang akan terjadi pada diriku ini. Sabtu lepas aku sepatutnya buat QTI pastu test JPJ 16 hb. Tapi disebabkan ke-blur-an daku ini, aku terlupa nak bawak balance payment. Perghh, tension siot. X pasal2 kene buat test 23hb.

Nak dijadikan al-kisah buat serabut kepala otak beta..Aku ade training dari 17 sampai la 23/06/2011. Giler cantik planning department aku ni. Nak lagi best, bos aku suruh pergi jadi observer untuk salah satu dari 5 module yang ade..

1) 17-18 kat Johor
2)21 kat merlimau
3)21 kat Tali Ayer
4)21-22 kat Klang
5) 23 kat NS

Boleh x aku nak nanges sekarang?

Padan muka aku.. Yang aku boleh pergi mesti la kat merlimau sebab rumah aku kat melaka. Pastu tentu2 la aku kene laser jet abang aku. Macam la die xde koje lain selain dari ngantar aku sana sini.

Pokoknya, amik la lesen cepat2...Pastu amek kete sebijik.

ADIOSAMIGOS...

Friday, June 3, 2011

Guilty VS Pleasure = Not Guilty at ALL



Assalamualaikum

Dan selamat petang Muggles!!

Topik berleter daku pada petang yang indah damai ini ialah Keseronokan dan penyesalan. Yep, pleasure and guilty..

Semua orang termasuk aku sangat suka pada keseronokan. Ada yang suka keseronokan dunia, ada pulak yang sibuk mengutamakan akhirat (alhamdulillah..).

Ni nak sambung balik kisah gadis malang semalam. Ku ingatkan dah kena "sekolah" dengan penceramah2 bebas, adik yang clueless itu menyedari kesalahannya. Tapi ape yang aku tengok kat entry terbaru adik itu, nampak macam dah x ada perasaan regret mahupun guilty..

Mungkin ini adalah salah satu contoh "pleasure without guilt".

I don't want to be judgemental about this young lady and i respect her for removing that entry. Mungkin ini langah pertama adik tersebut ke arah penyesalan(think positive!). Cuma aku harap parents adik tu aware yang anak dia berleluasa kat dunia maya ni..

X logik pulak kalau parents dia xtau.. Anak glam, xkan parents @ family dia x de facebook,twitter,blog..Impossible.

Ni lagi satu cerita..

Tengah hari tadi aku dan geng2 TTB (termasuk 2 ahli baru: Cik Puan Peah & Dello) merancang nak g makan Kenny kat Bangsar. Sampai kat lobby ofis, baru tersedar yang sorang pon xtau mana kejadahnya kedai pakcik Kenny. Akhirnya kami pon bergerak ke OU .

Lepas belasah steamboat dan semangkuk kueyteow, kami pon bergerak balik ke damansara. Masa on da way nak pergi carpark, aku pon nampak sepasang couple. Dalam hati aku terdetik "solat jumaat dah habis ke?". Tapi memandangkan aku nak sangat fikir positif, aku pon mula la mereka2 theory "kenapa balak minah tu ade kat OU pada jam 1.40 ptg?"

Theory 1: Pakwe dia solat ikut waktu azan Sabah (aku x pasti pukul brape, tapi Dino slalu call aku pukul 12 lebih..sebelum gi solat jumaat)

Theory 2: Aku yang makan banyak sangat sampai x sedar orang dah habis solat dah

Theory 3: Mamat tu musafir di bulan rejab

Theory 4: Time mamat tu nak gerak g masjid, hujan turun dengan lebat. Lalu beliau pergi ke OU. Setiba di OU, hujan pon herhenti..

Theory 5: Mamat tu x baligh lagi ataupun sedang mengalami keuzuran..

X kesah la yang mana satu teori yang betul. Mamat tu pon bukan anak aku... Baik aku gi check adik aku kat umah tu gi solat jumaat ke x..

Aku bukan la nak tunjuk hebat@warak, tapi sekadar beringat..

Quote jap ayat Malik bagi ceramah pendek kat Eid (Drama Nora Elena)..

"Kita ni khalifah...." Yep, i agree with u Malik. Kita adalah kalifah.. tapi ingat, lelaki adalah imam. Kena la tunjukkan yang anda mempunyai ciri2 menantu idaman makcik2 di seluruh Malik. Jangan nanti bila dah beranak-pinak, ajak bini beli pampers anak waktu solat jumaat..Hancussss.

Wah, kenapa daku hari ni bergitu emo? mungkin steamboat tadi panas sangat menyebabkan hati aku jadi mendidih sekali...

In a pot, nak berongeng, berdisko,berdangdut, sume pon boleh je... tapi kalau dah sedar ada yang silap, x payah la say it out loud mahupon menunjuk2 sebab yang silap itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

K la, dah nak tamat waktu keje ni..perkara yang baik eloklah dipercepatkan..

Everyone, say it out loud: ADIOSAMIGOS!

A/N: Tapi kalau terbuat "bayi" tanpa ikatan perkahwinan, jangan la "disorok" (eh, bukan tadi aku cakap jangan menunjuk ke?..hehehe..ni kes lain) kat dalam beg plastik, tong sampah mahupun almari. Seeloknya, bagi je kat pasangan2 yang xde anak. Ade jugak paedahnya..

Thursday, June 2, 2011

Say Yes to Virgin!

Assalamualaikum..

Sila la teman2 menyekodeng OHBULAN sebelum anda membaca bebelan daku yang mungkin meleret2.. Sila..sila

Apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni????

Ehehmm..ehemm.. daku ni bukan la baik sesangat. Tudung pon singkat, seluar pon ketat. Tapi tu x bermakna aku kena go with the flow of this era.

"An era where VIRGINITY is something we should give away like free gift"

I'm not being mean, i'm just being bold and honest. Loosing virginity is something that we should keep to ourselves..

bayangkan seorang budak sekolah yang anda kenali buat entri camni:

"I'm not a virgin and it's OK"

OMG.. What a nightmare for future parents like me!

I know that it's all about personal preference. But when it comes to underage teens, it's a nationwide issue coz having *** with a girl under the age of 16 is considered rape.

Why on earth a highschooler eager to loose her virginity? Lack of S** education?

There's no S** Education programme during our parents' teenage years but they are doing just fine.

Of course there's no use to blame this clueless teenage. Maybe she's not in a good state of mind while posting that entry.

But I'm sure, these girls (i used "these" since there a whole lot of girls thinking that having S** is OK) will surely regret what they have done...

Bloggers out there, please don't post harsh comments in any blog about this young lady. Like what i said earlier, she's "CLUELESS". What she really needs is guidance.

OMG, kenapa tetiba aku meroyan cakap omputih ni????

Whatever...

Peaceout everyone.. Nak sambung buat report

Adiosamigos...

A/N: Silalah bapak2 polisi kasi tangkap siapa yang betangungjawab deflower ini budak... daku sangat benci pada jantan2 yang durjana sebergitu..mekacih

Jap2..nak quote sesuatu yang aku dengar tadi..

"think with your mind, not your brain!"


Gaban Jet Bertukar!!! Peong..peong..peong!


Afternoon muggles,

Hari ni aku nak berkongsi memori indah zaman dahulu kala..

Xsangka aku dah tua rupenye..(krisis pertengahan umur!)

ZAMAN TERSENGIH2


Masa kecik2 aku memang super famous dalam family. Biasa la, dalam kepala ada angin tornado...Sekarang pon angin jugak!heheh

ZAMAN BERTUDUNG BIRU


Masa sekolah dah gila kuasa..hoho. Jadi pengawas, tapi rasanya macam pengganas. Motto hidup masa tu ialah "breaking the rules while being innocent". Selalu seludup CD and comics.

Masa form 5, hidup memang penuh pancaroba. Rasa cam walk alone in ultimate darkness. Nasib baik ade keluarga tersayang yang menyokong. klau x..xtau ape nak jadi sekarang.

Zaman tu la jumpa First love, second love.. errr,third jugak kot..

ZAMAN BERGULING2


Zaman tanam anggur yang dipenuhi dengan tido, mimpi ngeri gagal SPM, main "Cik Kayo" dengan Charmy dan makan tanpa henti. Sangat riang menghabiskan duit family.

ZAMAN "KING OF DA WORLD"


Nothing better than being a college student! Gumbira x ingat dunia walaupon hari2 fikir $$$$.

Kat UitmPP jugak la aku kenal geng TTB. First time pergi holiday dengan kawan... First time keluar dating(zaman sekolah xpat kluar)..hoho, xlupe jugak first time tukar tayar kereta.

ZAMAN BUDAK OREN


TTB melangkah ke pulau terasing. Xde dah enjoy g shopping complex. Bau badan pon dah sama level dengan kebusukan air longkang. setitik minyak masak bagaikan bergelen2 peluh budak oren..

Trimas buat spesis dinasore kerana sanggup dengar bebelan tanpa henti.Dari stranger, straight flight jadi Oren Couple..Hebat x kami?

ZAMAN TUAN KECIK BERMOTOSIKAL BIRU TANPA LAMPU BELAKANG


Zaman belajar mengurus diri sendiri. Xsangaka pada umur 21 aku dah duduk rumah besar (time kasih Cik Puan Peah sebab sudi kongsi umah dengan saya!)

Pertama kali berpisah dengan TTB..Nasib baik masih mampu berdating dengan Tiqa JJong . Dino plak terpaksa merantau di tempat orang..Mula2 memang susah nak accept (maklumla time kat pulau selalu bermesyuarat bersama), tapi sekarang dah boleh adapt.

paling x boleh-belah, hari2 call mummy sambil nanges..hehe..Sian mummy kena dengar i membebel.






Dari geng study ke teman sekerja. dari seketul Hyundai Accent ke deretan Proton (one more to come)..TTB memang terbaik dari ladang.

Perkara yang paling best jadi Assistant manager ialah xpayah pakai cantik2 tiap2 hari..Hidup street style!

ZAMAN PARKING 9 HENGGET SEHARI



Ni la hidup aku sekarang, hari2 mendaki gunung Eberest. tapi trademark "Beg Sekolah" still bertakhta di hati. Whoever invented backpack should get Nobel Prize.

Sekian sahaja bebelan tengah hari ku.. Selamat makan!

ADIOASAMIGOS!

Bonus oh Bonus...

Morning Muggles!

Mulakan hari ini dengan senyuman ceria...hahahah

First of all, daku nak ucap ribuan trimas kepada ex-boss aku yang bagi rating agak tinggi. 3.4/5.. Wah terharu daku..

Satu scorecard dah siap (selepas penat calling sana-sini). Satu lagi? malas nak fikir.. kalau susah2 sangat, pakai scorecard kilang supaya daku dapat merasa bonus lebih banyak.

Haritu aku kemain risau lagi kot-kot boss lame bagi rating dua. Maklumla, mase kat kilang dulu aku memang rascal terlampau. Mungkin betol ape kakak2 kat kilang tu cakap "bos sayang cik Miza kot"

Yeah, Maybe...

Dah2, nak sambung buat-buat bekerja. Eh salah, buat keje dengan penug tanggung-jawab!

ADIOSAMIGOSSS!

Wednesday, June 1, 2011

The most epic Fan X antifan war ! Malaysian ex-Diva offended by SUJU


Selamat Petang muggles,

Kita mulakan petang yang penuh dilema ini dengan mengenang nasibku yang tidak dapat menyertai ELF yang lain pada hari sabtu lepas. Mianhaeyo, chinguya!

Sedang aku sibuk-menyibok seko'dang' blog orang, terperasan pulak pasal Tweet2 artist malaysia yang tanpa segan silu memaki hamun SUJU dan ELF.

OMG, tergamak kamu maki2 SUJU.. korang nak kene bash dengan ELF ke?

Isunya, artist Malaysia x dapat guna tandas.

Ye, itu sahaja... iye, seriously!

Yang daku xpaham, apesal la pulak mereka2 ni ingin melabel fangirl sebagai poppie anjing.

OMG, BE PATIENCE ELF-S!..There's no need to loose your coolness to a bunch of anti-fans...

Nak marah, boleh je... Marah management event tu... bukan artist. Kalau JLo x bagi korang guna tandas die, korang nak tweet jgk ke? Kalau Lady Gaga datang? Ko gak yang ter Ga-ga-p kat situ..

Guna je la tandas lain.. macam kalau ko event2 besar yang ade VVVVVIP, tandas diaorang pon ade bodyguard. xyah la emo sampai mencarut2.. Very bad OK!

Cuba rayau2 kat forum Allkpop, banyak fans yang tengah hangin. Aku bukan marah sangat sebab dorang beriya2 nak guna tandas tu.. (kalau u nak guna tandas rumah I pon boleh).

Aku just marah sebab dorang guna perkataan yang sangat kijammm.

Sudah2 la cari pasal dengan orang.. Kalau setakat kutuk kat tuwiterrrr, ape kelas. Apsal haritu x belasah je mamat2 jambu tersebut. Berani belakang screen x macho la..

Aku memang superfan KPOP, tapi aku layan jugak lagu melayu.. kalau g karok pon nyanyi lagu Wings! Daripada anda sume menunjukkan ketidakmatangan anda di laman sesawang kaler biru itu, baik g masuk studio buat album baru! Xpon g layan tengok citer brokeback mountain..heheh..

The main thing is, i dun want this matter to ruin our good fan-ship between their korean fans. Nasty words can never be tasty~~~~lalalal

Kalau ELF dikatakan menyalak, Cik Zewan tu ape plak??? Ngangkong? xpon mengiau..maeowwww (anjing menyalak lagi kuat la!). Ape la dosa anjing tu menjadi bahan hinaan mereka yang lebih hanya di lidah.. udah2 la perasan DIVA..(yeah, mari kita nyanyi lagu after school!)..Mereka2 yang nasty itu, ntah2 kat belakang dok layan citer Sorry,I love u sampai nanges2..hehe

Elakan kontroversi, tingkatkan productivity, majukan industri!.. tambah satu lagi, Maki2 tuhan benci!

To all ELF, Just let him say what he wanted to say coz talk is the only thing he can do..hahaha. ELF-M, we don't have to force those "artist" to apologise to SJ through facebook..

Udah2 le mengutuk Miza oiii...

ADIOSAMIGOSSSSS!


PS: Dulu, Mamat bajet Diva tersebut dah gelar Kak Dibah N *Oink*oink.. imam muda, apakah hukumnya menyamakan insan lain dengan Ba-tutttt? jawab imam muda--- renung2kan dan selamat beramal. Ya Allah, tolong la bagi insan tersebut peluang ke rumah mu lagi.. supaya sempat la dia bertaubat sebelum bye-bye.


Sebab2 Kenapa Saya Ketagih Tengok Nora Elena

Slamat berpagian di opis, muggles!

Kepada Mrs.Puad dan Cik Puan Fariha, sudah2 la makan nasik lemak Pakcik Goyang tu. Baik korang minum susu...

Ye, hari yang aku xkan sambut telah tiba..

World's Milk Day!

Jadi kepada mereka yang lactose intolerance seperti daku dan bondaku tersayang, selamat meneruskan hari seperti biasa.

Ok, mulakan cerita. Semalam aku sambung lagi buat prososal untuk training yang cost nyer mencecah jutaan ringgit. Ini bermakna, sekali lagi proposal aku mungkin akan ditolak. Grr, aku dah gak dah.. tapi kene jugak buat sebab dah arahan..

masa nak balik semalam, geng penthouse aku bagitau berita yang paling sedih untuk aku yang menantikan sinaran keriangan yang tiba tepat jam 7 malam.

"Malam ni xpat tgk Nora Elena..Makan luar"

What..ugottabekiddingme! Ok, that's mean i have to suffer this endless cough for another day..

Ish, harap2 la dorang belum berhoneymoon lagi.. Abang Seth, tunggu la esok2.. Nak join sekaki.

Ye, Trivia Hari Ni.."Ape yang Best Sangat Pasal Nora Elena"

1. Aaroon Aziz jadi mamat kacukan cina yang hebat memandu mercedez dengan wajah yang kacak dan berbaju kemaj putih ala2 HOT.. (fuh..fuh)

2. Tayangan diwaktu puncak - tayang tepat2 waktu sampai rumah

3. Dapat belajar fashion sense pompuan jahat dar Yvonne - lipstick merah makngah.


4. Belajar ayat laser sengal ayam dari Si Malek yang comel

5. Belajar fardhu ain bersama2 seth

6. Dapat melihat ciri2 pakwe yang memang minta penyepak (yeah, mari sepak Eid)




7. Kelas masak nasi goreng dengan Nora

8. Aksi2 romantis tahap tegak bulu hidung.. (kalau bace novel tahap hidung bedarah)

9. Cuci mata tengok Aaron Aziz buat melindungi niat jahat beliau dengan mempamerkan muka ala2 tweety.

10. Sebab citer ni je yang best jam 7.oo malam. Nak tgk TopChef pon siaran ulangan.. Layan je la..

Tapi hebat jugak penangan Aaron Ajis ni, first time aku x muntah tengok drama super jiwangga..

Ape2 pon, cepat la si Seth ngan Nora g honeymoon. Daku x sabar nak berkongsi kegembiraan bersama mereka..heheh (if u noe what i mean...)

A/N: Anda kechiwa dengan ending Mentera Anjasmoro? Sila tengok ending Asmara 2 untuk melonjakkan tahap emo anda.. #@$%@%^

ADioSaMigos!