Assalamualaikum
Dan selamat petang Muggles!!
Topik berleter daku pada petang yang indah damai ini ialah Keseronokan dan penyesalan. Yep, pleasure and guilty..
Semua orang termasuk aku sangat suka pada keseronokan. Ada yang suka keseronokan dunia, ada pulak yang sibuk mengutamakan akhirat (alhamdulillah..).
Ni nak sambung balik kisah gadis malang semalam. Ku ingatkan dah kena "sekolah" dengan penceramah2 bebas, adik yang clueless itu menyedari kesalahannya. Tapi ape yang aku tengok kat entry terbaru adik itu, nampak macam dah x ada perasaan regret mahupun guilty..
Mungkin ini adalah salah satu contoh "pleasure without guilt".
I don't want to be judgemental about this young lady and i respect her for removing that entry. Mungkin ini langah pertama adik tersebut ke arah penyesalan(think positive!). Cuma aku harap parents adik tu aware yang anak dia berleluasa kat dunia maya ni..
X logik pulak kalau parents dia xtau.. Anak glam, xkan parents @ family dia x de facebook,twitter,blog..Impossible.
Ni lagi satu cerita..
Tengah hari tadi aku dan geng2 TTB (termasuk 2 ahli baru: Cik Puan Peah & Dello) merancang nak g makan Kenny kat Bangsar. Sampai kat lobby ofis, baru tersedar yang sorang pon xtau mana kejadahnya kedai pakcik Kenny. Akhirnya kami pon bergerak ke OU .
Lepas belasah steamboat dan semangkuk kueyteow, kami pon bergerak balik ke damansara. Masa on da way nak pergi carpark, aku pon nampak sepasang couple. Dalam hati aku terdetik "solat jumaat dah habis ke?". Tapi memandangkan aku nak sangat fikir positif, aku pon mula la mereka2 theory "kenapa balak minah tu ade kat OU pada jam 1.40 ptg?"
Theory 1: Pakwe dia solat ikut waktu azan Sabah (aku x pasti pukul brape, tapi Dino slalu call aku pukul 12 lebih..sebelum gi solat jumaat)
Theory 2: Aku yang makan banyak sangat sampai x sedar orang dah habis solat dah
Theory 3: Mamat tu musafir di bulan rejab
Theory 4: Time mamat tu nak gerak g masjid, hujan turun dengan lebat. Lalu beliau pergi ke OU. Setiba di OU, hujan pon herhenti..
Theory 5: Mamat tu x baligh lagi ataupun sedang mengalami keuzuran..
X kesah la yang mana satu teori yang betul. Mamat tu pon bukan anak aku... Baik aku gi check adik aku kat umah tu gi solat jumaat ke x..
Aku bukan la nak tunjuk hebat@warak, tapi sekadar beringat..
Quote jap ayat Malik bagi ceramah pendek kat Eid (Drama Nora Elena)..
"Kita ni khalifah...." Yep, i agree with u Malik. Kita adalah kalifah.. tapi ingat, lelaki adalah imam. Kena la tunjukkan yang anda mempunyai ciri2 menantu idaman makcik2 di seluruh Malik. Jangan nanti bila dah beranak-pinak, ajak bini beli pampers anak waktu solat jumaat..Hancussss.
Wah, kenapa daku hari ni bergitu emo? mungkin steamboat tadi panas sangat menyebabkan hati aku jadi mendidih sekali...
In a pot, nak berongeng, berdisko,berdangdut, sume pon boleh je... tapi kalau dah sedar ada yang silap, x payah la say it out loud mahupon menunjuk2 sebab yang silap itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
K la, dah nak tamat waktu keje ni..perkara yang baik eloklah dipercepatkan..
Everyone, say it out loud: ADIOSAMIGOS!
A/N: Tapi kalau terbuat "bayi" tanpa ikatan perkahwinan, jangan la "disorok" (eh, bukan tadi aku cakap jangan menunjuk ke?..hehehe..ni kes lain) kat dalam beg plastik, tong sampah mahupun almari. Seeloknya, bagi je kat pasangan2 yang xde anak. Ade jugak paedahnya..
0 Fireback!:
Post a Comment