Followers

Friday, June 10, 2011

Asal Usul Clan SDPA - The Legand of the Tribes

Gumoning muggles,

Another lame day, lazy-ing on my twist n turn office chair. Dah musim promote-transfer-resign ni, aku teringat pulak kat member2 aku kat SEDEPA dulu. Rindu betol nak main baling selipar kat court volleyball.

Hari ni aku nak cerita macam mana boleh ade nama pelik2 kat SEDEPA ni..

Mangsa 1 - Saipul the chief a.k.a KAMYOK (Nyiok Clan)

Saipul bertindak sebagai abang Long yang selalu menyalahgunakan kuasa veto sebagai ketua kelas. X padan dengan kecik, mulut bisa cam cili padi cap burung. Disebabkan mulut die menikam, maka die digelar TIKAM. Si TIKAM ni orang utara, sebut kelapa -->Nyiok. Jadi kami pon kombine TIKAM & NYIOK kepada KAMYOK. Tapi sesemenjak dah jadi Tuan Kecik ni, die sesedap je panggil diri sendiri Saipul.. Bajet nama TIKAM xbest ler tu. Disebabkan Cik Dino ni orang kuat TIKAM, maka Dino pun join sekaki letak "nyiok" kat belakang (DINYOK)

Mangsa 2 - Tiqa a.k.a Tiqa Jjong (Majong Clan)

Kesian Tiqa..huhu, jangan marah ye. Asal nama Jjong tu datang dari perkataan majong (permainan feberet dalam movie hongkong).Kan Pulau terbuang tu xde hiburan, so kami pon buat hiburan sendiri dengan menubuhkan clan2 yang ala2 cam gengster kampung carey. Clan Tiqa ni clan yang paling kuat kuasanya kat SEDEPA ni (kalo Tiqa cakap sume orang dengar). Sekarang, Tiqa dah jadi orang kuat company sebab sume kilang kat Malaysia ni bawah jajahan Tiqa (pergghhh, jeles aku).

Mangsa 3 - Eli-pen

Ni paling kelakar. Eli ni kira cam orang kanan Tiqa yang paling brutal. Pada suatu petang yang tenang dikala kami tengah training Taekwon, tetibe Eli yang tengah menfokuskan tenaga dia menghentakkan kakinya ke lantai SEDEPA. Krekkkk,retak. Master pon terkaget sebab x sangka Eli ade super power tahap Gajoh. Maka selepas hari itu, Eli di upgrade jadi Elipen.(mesti aku kene blasah balik ni..)

Mangsa 4 - Aliya a.k.a Jenabe' @ Jenab

Aliya ni ade multiple personality..kekadang glam cam datin, kekadang down-to-earth pulak. So bila time Aliya bertukar jadi baik semacam. Kami menggelar dia cik Jenab (nama cam makcik kat kampung yang baik hati). Cik Jenab ni kiut sangat. Tapi bila cik Jenab bergabung dengan Zemah, dah macam contestant Maharaja lawak jadinye. Giler kelakar tahap pecah usus bila aku tengok gambar dorang pakai tudung lipat cam makcik2 zaman dedulu. X jumpe pulak gambar tu.Nanti kalo aku rajin bongkar external, aku upload.

Mangsa 5 - Acap & Naim @ Chopstick Brothers

Bila dua orang jejaka tahap galah bergabung----> Maka jadilah copstick. Dorang ni kalau time Taekwondo selalu duduk dekat2 sampai master xtau camne bezakan dorang (master x ingat nama sebenarnye). So, bila salah sorang atau dua2 ponteng TKD, master akan cakap "Aik, mana itu chopstick?".

Banyak lagi nama pelik cam Keladi, Rotten, Botex n Merzuki . Nanti2 la aku cerita.


ADIOSAMIGOS!

Note for DME 2010: Oi korang, biler nak buat sukan tahunan. Boleh la main cop tiang kat Jusco Bukit tinggi


0 Fireback!:

Post a Comment