Followers

Tuesday, March 20, 2012

Movie Review: White - The Melody of Curse

Hari ni x de idea nak bercerita tapi tangan ni menggedik nak post. Jadi, buat la movie review.

Movie Pilihan..... Jeng..jeng...jeng

WHITE: The Melody Of Curse 
(WARNING: SPOILER AHEAD)


Pelakon: Ham Eun-jeong as Eun-Joo (Ahli yang paling tua dan matang)
                 May Doni Kim as Shin-ji (Rapper yang sangat ganas dan rebellious)
                 Choi Ah-Ra as A-rang (Harap muka je cantik)
                 Jin Se-yeun as Jenny (Suara boleh tahan)
                 Hwang Woo Seul Hye as Soon-ye (Kawan Eun Joo, double untuk suara Jenny)
                *Yebin - Trainee  yang mati awal

Filem ni mengisahkan sekumpulan gadis yang baru debut sebagai idol group "Pink Doll" yang mendapat sambutan suam2 kuku kerana menggunakan konsep gadis comel. kehidupan mereka berubah bila mereka terjumpa satu tape lagu yang mengandungi Video lagu bertajuk WHITE.

Lagu White mendapat sambutan giler kentang bila mereka perform kat satu showcase. Agent mereka buat keputusan untuk jadikan WHITE sebagai lagu untuk album Pink Doll yang baru. Maka, bermula lah perang nak jadi center of attraction.

Pada mulanya, Jenny dipilih untuk jadi leader sebab suara boleh tahan. Disebabkan Jenny rasa x sihat, dia minum ubat tradisional yang selalu orang korea minum.

Arang rasa pelik dan mula syak Eunjo yang sabotaj Jenny


Malam tu, Eunjo ternampak Jenny berlatih menyanyi lagu white.Mula2 nampak cam normal. Pastu Jenny mula bertindak liar dengan menjerut leher sendiri macam orang kena rasuk. Eunjo mula menyiasat video persembahan. EJ perasan ade sesuatu yang x kena pada muka Jenny.



Bila Jenny dah koma, mereka mula bersaing nak jadi center lagi. Shinji tunjuk skill menari yang dasyat sebab nak mengampu management. Arang rasa tercabar. Dia mula sebarkan gambar Shinji sebagai benchwarmer.


Arang rasa gembira sebab dapat jadi center. Walaupon mata dah mula sakit dan berdarah, sempat lagi die meng-kerek dengan Eunjo dan Shinji. Waktu pengambaran, Arang rasa panas. EJ rasa x sedap hati bila Arang nampak x selesa waktu solo shot. Tetiba arang jadi paranoid dan rasa ade jari cucuk mata. Coma jugak budak muka plastik ni.Seram wooo...


 

 Bila dah tinggal EJ dan SJ, SJ ajak buat dance battle untuk tentukan center. SJ nampak bersemangat waja dan menari dengan penuh perasaan. Cerita hantu mesti la ade scene malam hari. Si SJ pon mula berlatih menari malam2 buta kat studio kosong. Gilo punye budak. Lepas tu, die mula la berhalusinasi yang pelik2.


Malam esoknya, SJ masuk rancangan survival ala seekers lari kena kejar hantu. SJ rasa cemas dan mula berpeluh2 macam gi sauna. Bila dah berjaya selesaikan mission, peminat kerumun. Tengah SJ busy menghalau peminat, rambut tersangkut kat crane camera. Pelik betol. Pastu jatuh terhempas. Join kawan2 kat wad coma.


EJ, SY ngan kawan dorang pergi mengkaji lagu WHITE. Dorang percaya ade sumpahan. Bila semak rekod syarikat, rupenye dulu ade bakal artis yang mati terbakar. EJ pulak mimpi ade sorang gadis berambut putih tulis lirik pastu kena buli dan dibakar. Disebabkan dalam video tu ade sebut PANAS, dorang yakin yang bakal artis tu punca sumpahan.


EJ dan SY amik keputusan gi mintak ampun dengan Yebin (Bakal artis), siap panggil Monk lagi. Konon2 nak mintak die bersemadi dengan aman. Bila dorang dah balik, gambar YB retak. Marah la tu. Dorang terjumpa lirik (yang EJ mimpi tu), rupenya ade suicide note kat blakang.


Bila kawan2 dah koma, EJ terpaksa buat projek album solo. Disebabkan yakin yang sumpahan dah xde, beliau dengan selamber nyanyi lagu WHITE. Bila terdengar yang EJ akan debut dengan lagu yang hampeh tu, kawan2 yang koma terus terjaga.


SY rasa macam senang sangat je misteri lagu tu selesai. SY korek lagi rahsia company, jumpe plak report pasal trainee yang mati minum racun sebelum Yebin mati terbakar.


Budak2 yang koma tu dijemput jadi pengacara jemputan. Muka memang wajib gelabah. Tengah SY sibuk jadi detektif x bertauliah, ade phone call. Pemanggil bagitahu yang 2 budak koma tu dah mati makan racun. SJ plak tengah minum racun live on TV. EJ berdegil jugak nak nyanyi walaupon SY dah bagi amaran. Masih degil nampaknya

   
Masa EJ tengah menyanyi, die mula kena rasuk. Nmapak macam backup dancer menari cam robot terlebih minum air. SY dah tahu punca masalah. Rupenye, YB buli backup dancer yang tulis lagu white. Backup dancer tu kena paksa tulis suicide note dan minum Bleach. Patut la rasa panas.


Hantu mula mengganas dan menyerang EJ kat atas pentas. Peminat sume lari. Agen Pink Girl cuba nak selamatkan EJ tapi mati sebab terpijak button bunga api. Sadis betul. EJ mati sebab kena serang dengan hantu berambut putih


Akhirnya, hanya SoonYee yang selamat. Beliau hapuskan sume barang yang berkaitan dengan tragedi WHITE sambil menages kat bilik karaoke. Tengah2 nanges, tetiba TV menyala. Nak lagi best Lagu White yang muncul. Baru terigat yang YB pernah jadi stand-in vocal untuk Jenny dulu (suara Jenny ala kadar) . Kirenya nak cakap sumpahan x berahir lagi. Cliché teramat.


AN: Filem hantu korea yang sangat standard. Xde apa yang menarik melainkan EunJung yang sangat comel. terigat masa beliau berlakon Death Bell 1 dulu. Tak lupa jugak dengan Maydoni yang boleh tahan kecomelannya. Hantu memang x berapa nak seram, biasa la... rambut wajib nak putih. Dari segi jalan cerita, agak predicatable. Rasanya, Dearh Bell lagi menarik. Selamat Menonton!

0 Fireback!:

Post a Comment