Aku perhatikan perangai remaja zaman sekarang ni semakin mengarut-tercarut-ko-memang the bomb compared tu zaman aku dulu. Masa zaman aku high school pon aku dah rasa tersiksa nak resist keseronokkan dunia, zaman sekarang lagik mencabar.
So, hari ni aku nak kongsi Resepi menjadi remaja cool lagi popular di abad ini.
1. Sila sediakan seorang lengchai atau chikaro untuk menjadi bahan anda tayang di sidebar blog walaupon lengchai/chikaro tu duit belanja sekolah pon mak tolong bayarkan. Aku ade jugak sekodeng2 wall kawan2 adik aku (aku stalker adik sendiri...he..hek). Terkaget aku sebab dulu kalau aku minat kat sorang mamat ni aku main tinggal note kat bawah meja. Sekarang terus tulis font 48 kaler merah siap bold "Awak cayunk caye x...". Ape diatas betul. Aku pon kekadang ade jugak buat ayat cintan-citon-mee-cintan.
Muka aku bila tengok statement super mushy
2. Sila tayang body anda dengan memakai pakaian yang boleh consider underware - Aku bukan la alim bebenor nak nasihatkan orang suroh tutup aurat betol2. Bebudak zaman sekarang ni minat benor makai baju dalam ngan hot pants walaopun ketiak itam. Ngeri betul.. Sila jangan tunjuk aset yang seberapa tu sebab aku dah puas tengok kat tv.
Bikini hanya acceptable kat pantai je.
3. Sila ambik gambar berposing mencurigakan bersama prop yang kontroversi. Nak lagi advance, letak caption yang serius LOL.
Aku translate caption gambar di atas supaya senang faham
Aku underage drunktard, tapi aku masih suci murni. Aku dok dalam bilik bersama jantan2 ni sebab dorang ni dah dikembirikan dan xde napesu dengan perempuan. Sila fikir positif.
4. Sila tunjukkan anda paling advance dengan barangan canggih macam lowyat - Aku memang dengki sangat dengan bebudak yang slalu menggantung DESELAR mereka di leher sambil amek gambar macam PATI kat tepi jalan. Teringin nak join tapi x de yang jemput. Aku kan dah tua.. dah nak basi pon.
5. Sila maki orang yang tegur anda...WAJIB ni. Xkira la mak ke...abah ke.. adik ke.. Beberapa purnama lepas aku ade sekodeng blog sorang remaja ni. Bercinta dengan pengkid pastu kantai ngan parents. Budak tu tulis "I x peduli ape yang orang lain cakap. Kalau boleh I nak gi oversea... Boleh la i jadi wifey"... Perghhhh, berfikiran universal sungguh.
Aku risau dengan perangai dorang sebab aku ade sorang adik yang sedang membesar dan mula terikut2 trend terkini. Aku faham sangat perasaan tension sebab x fit dalam golongan remaja cool. Ye la, zaman sekolah dulu aku ni xpopular... kalau popolar pon sebab pinjam buku library xreti nak pulang.
0 Fireback!:
Post a Comment