Khemah
Belum bayar lagi tapi dah booking. Weekend ni nak confirm balik brape nak bayar.
Baju Nikah - Soft Peach & Gold
In-progress. Shawl dah beli tapi inner xde. Aku ni muka bulat & kebarangkalian shawl kelihatan melekap amatlah tinggi. Susah sikit nak cari inner caler peach cair. Dah beli satu hari tu tapi x match plak. Buat rugi betol. Option lain, tudung bawal (Kedekut tahi hidung sungguh nak pakai bawal kangaroo hari nikah)
Update: Dah beli Tudung!!!! Siap ade backup lagi. Fitting baju nikah jumaat ni. Kalau ok boleh amek terus. Eksited nak tengok. Satu keraguaan aku dalah Makcik2 xsoka sama itu baju. Ini kerana ia tidak berlabuci bagai
Baju Reception
Settle. Dah gi fitting semalam & masih pilih baju yg sama walaupon ade baju baru. Din x agree nak pakai sampin pink, so tukar warna Mint Green. Yg jadi masalah skarang tudung.. lagi! Aku beli warna pink tapi rupenye pink tu gelap sangat. Dah la haritu beli yg mahal (Madison Shawal Sugarscarf). Xsanggup rasanya nak beli warna lain. Ingat nak cari half-moon shawl
Update: Tudung beli kat Anggun Zara. Terbaik ko... lembut je kain dia.
F&B
Family mak & Ayah yg settlekan. Kali ni buat kiosk buffet. Sebenarnya Arwah ayah dulu yg beria-ia nak buat concept camni. Alhamdulillah dapat jugak dilaksanakan. Ayah teringin nak ade counter roti canai, tapi xde orang nak tebar plak. So, sapa2 yg nak makan sate kena la datang awal sebab Sate ni TERBAEEEEK di melaka, Ngah Sate Bukit Baru. Limited time only.
Goodies
Haaaa... yg ni tragedy. barang sume dah beli (Kecuali bahulu... dan bahu-gua). Paper bag sume dah ade. Mmg plan nak buat last week tapi glue-gun x jumpa. Mak cakap ade dalam store, habis sume kena punggah. X jumpa jugak! Minggu ni berusaha cari glue-gun. Bahulu mak dah order.
Hantaran
Yesss! Dah hantar untuk gubah. Request buat yg simple sebab aku ni mmg banyak cekadak. Tema fuchsia & Peach. 9 dulang je. Alhamdulillah ade orang yg sudi sponsor cekelat, buah & cake. Murah la rezeki orang yg membantu kami mendirikan masjid Amin.
Decoration
Kena beli bunga2 sikit nak hias bilik pengantin. Mak aku cakap cadar aku cam cadar biasa sbb kaler sangat kusam maka haruslah diceriakan dengan bonga-bonga shenta.
Entertainment
Xde dj. Ade kumpolan zikir.
Ok...tu je hupdate yg ade. Itinerary majlis adelah sperti berikut:
10.00 - Ketibaan rombongan lelaki
1030 - Majlis Nikah & Tea break
1130 - Hiburan (Kumpulan Zikir)
1230 - Ketibaan rombongan Groom sekali lagi & Sesi bergambar
1300 - Makan beradap sopan...
1530 - Sesi
1600 - Majlis tamat
PS: Majlis makan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 4 petang
Kerisauan Daku
1. Baju nikah x muat - Aku x pernah tengok lagi baju nikah. so, wajib la takut
2. Orang telefon pasal keje - harus la tutop telepon
3. Kawan2 x jumpa rumah sbb rumah aku x de dalam google map - Buat banner besar2
4. Post-wed photography venue - Xsure lagi. Maybe kampung morten or Taman seribu bunga
5. Cuti x apply lagi & projek banyak tersangku - Akupedulihapaaku nak cuti
Keadaan di ofis tidak begitu meransang rasa eksited nak kawen. Semoga semua berjalan seperti yg diharapkan.
Shoutout untuk Sunbae-nim saya Siti Fariha Jumari yg telah selamat menjadi Cik Puan Solah. X sangka jodoh kuat di Teluk Intan. Berusaha!!!