Selamat Hari Raya everyone.... (Sambil pusing2 bunga api).
Tak sangka dah seminggu kita beraya. Masa bergerak cam bullet train.... sekarang dah mood berkerja. Sila bersedia menyaksikan kerutan dahi lingkaran gelap keliling mata.
Raya kali ni tak dapat nak membedal mengalahkan shrek memandangkan batuk2 dan juga niat di hati nak kurus mengalahkan wife Bill Rancic. Berat masih di sempadan kemontelan, harap sempat la turun sebelum gi menempah baju kahwin nanti.
Cakap pasai kawin ni sedar tak sedar lagi 177 hari lagi menuju ke hari bahagia (#blush). Tapi memandangkan kesibukan berkerja maka masih x buat ape2 preparation nanti.Saham kefamousan aku mencanak naik disebabkan berita aku nak kawen ni. dalam family aku kalau ko x bertunang lebih kurang setahun sebelum nikah ni dah kire kawen ekpress ^_^.
Bile nak Bertunang?
Kami xde majlis tunang. dah merisik ni kire ON la. Jimat duit. Aku sangat against majlis bertunang yang bertema kaler2 bagai. Bukan jeles, tapi aku ni jenis yang penjimat orangnya. Kami ni ade banyak komitmen so x elok la membazir sangat.
Ape kaler tema?
Masa abang aku kawen last year, tema purple silver. Maka, seluruh rumah telah disimbah dengan kaler purple. Rase cam membazir plak kalau tukar kaler yang sangat contrast... betul x? Jadi aku rasa maybe African Violet or Monaco Blue. Dusk Blue pon cam cantik juga. Niat di hati nak pakai Coral or Poppy red, tapi mendapat gelengan mantap dari kakanda di rumah. Meriah sangat gamaknya.
Bersanding ke Idak???
Dak kome sume berkobar2 nak kami bersanding, kami bersanding je la. Masih dalam perdebatan nak berarak ke xnak. yang penting tiada renjis2 sebab iouls sangat xberkenan nak direnjis. Nak kompang ke x? Mak la yang decide.
Baju Jahait ke tempah
Pada asalnya nak tempah baju uang super liplap meriah sebab xnak bersanding. tapi kehendak bonda yang ingin menatap anakanda yang ayu (sentap) ini bersanding, terpaksa la gi sewa baju. Tapi rasenye baju Dindong kena tempah jugak sebab die ade skin allergy.
Mana cik Abang? Xdatang beraya ke?
yes, Dindong merupakan seorang yang sangat pemalu dan tradisional. sampai nak gi beraya pon segan. Next year wajib la kena seret beliau beraya sakan. Bukan la nak riak sangat showoff yang kita ni dah bertunang tapi rasenye patut la beliau mula memperkenalkan dir beliau di khalayak ramai sebab hanya 4-5 orang pakcik/makcik yang pernah menatap wajah beliau. tu pon mase merisik dulu (chiss, aku ternampak gambar beliau nyorok kat belakang Ayahanda beliau... grrrr)
Rasenye bulan 10 baru nak start buat preparation memandangkan mase tu dah tinggal 4 bulan (bulan feb dah x kire sebab suntuk sangat)
Semoga dimurahkan rezeki masa preparation period. Amin....