Followers

Thursday, November 14, 2013

M&D Wedding: Ada Apa Dengan RM 1,000 dalam poket bakal pengantin

Salam awal muharam.

Aku memang cheapskate & semua orang tahu. Aku berkira bila nak beli barang sampaikan aku buat calculation for every ml bila aku decide nak beli sabun basuh. The only thing yg aku x berkira nak berbelanja ialah buku & makan.

Sejak akhir-akhir ni aku dilanda anxiety setiap kali aku tengok account aku. Sebenarnya belanja kawen ni cam iceberg. Banyak spending yang tersembunyi dari yang nyata.

Ahad lepas aku gi Ayer Hitam atas permintaan mummy. Murah katanya. Aku dalam otak memang dahh ready nak tengok penurunan memdadak baki account aku.

Barang yang aku beli

1 Carpet saiz besar + 1 Sederhana = 500
2 tikar buluh = 120
6 Bakul hantaran pelbagai saiz = 140
2 kotak bunga pahar quality sederhana = 120
Ribbon, polisterin , renda + bunga2 ciput nak letak kat hantaran = 60
Tin kecik untuk doorgift = 120

Lebih kurang seribu la jugak

dan satu pon barang2 kat atas aku ade dalam list budget aku.

Biasenye orang akan buat bajet lumsum untuk certain item, contohnya hantaran. Tapi x include barang2 sampingan yang kecik2.

Padan muka sendiri. Chet.

X sabar nak kawen... sebab nak kumpul duit balik T_T

Thursday, November 7, 2013

M&D Wedding: HIV Test

Bakal2 pengantin yang nak kawen hujung tahun ni mesti dah buat HIV test kan?

Aku baru je buat semalam. Disebabkan Kodin nak hantar borang beliau next week, maka aku pon kena la buat sekali. Bukan ape, sebab aku ni mabok darah. Kena la ade teman bila gi buat test.

Kami buat test kat Klinik Kesihatan Bestari Jaya. Kat sini xyah buat appointment, cuma perlu datang lepas pukul 2. Aku cadangkan pada sesapa yang nak buat kat sini datang la tepat2 pukul 2 sebab ramai orang datang waktu petang.

Dah sampai tu, ahkak kat counter suroh isi buku log, amek borang n Bayar seringgit. Lepas tu bawak borang yg dah siap untuk jumpe nurse.

masa nak ambik darah tu dorang benarkan partner masuk sekali. Pastu...

Nurse: Adik kena isi borang ni skali ye.. sebab nak buat pre-pregnancy test
Aku: Test ni bukan kena ambik darah kat lengan ke
Nurse: Ye la... nak test banyak ni
Aku: Xpakai rapid test ke?
Nurse: Pakai... tapi sini kena buat test thalassemia skali
Aku: *lap2 peloh
Dindong: Ala, skali je pon... xyah tengok

Nurse tu amek darah Dindong dulu. Aku pon pandang blakang je sebab x brani nak tengok. Ingatkan dah habis, bila aku toleh rupanya akak tu baru bak tutop tube darah DD. *pening sikit*

Sampai plak giliran aku. DD dah mundar-mandir cam bini nak branak. Aku pon halau die jauh2.. hehe..jahat sungguh.

Sampai kat giliran aku plak, akak tu sengih je. Tangan sejuk cam rendam dalam ice. Mase cucuk tu x sakit pon. Cuma bila nurse tu dah pack darah, die suroh hantar kat Lab... Terus pitam aku. Masa jalan gi lab tu pon aku terhoyong hayang... buat malu sungguh.

Pas dah dapat result lab, kena tunggu giliran jumpe doktor plak. Masa menunggu tu aku rase nak muntah. Hai... buat malu kuasa lapan sungguh.

Jumpe doctor x sampai 5 minit. Dapat la pengesahan saringan HIV test. Risau jugak sebab aku buat kat selangor, tapi nikah kat melaka. Hopefully xde masalah sebab borang tu tulis Kementerian kesihatan Malaysia. Payah la kalau nak kena buat skali lagi. Nanti pengsan lagi.

Sepanjang hari aku rase macam mabok semacam. Yg peliknye dalam mabok2 tu selera makan bertambah. Habis nuget MCD aku blasah. DD hanya tersengih *benci sungguh

Nasihat aku:

1. Call dulu klinik kesihatan yang korang nak gi. Ade tempat nak kena buat appointment dulu.

2. Jangan keraskan tangan masa nak ambik darah. (aku pernah ambik darah dulu, rase sakit sebab keraskan tangan)

3. datang awal...sebab biasenye ramai orang datang untuk appointment jumpa doktor.

4. Kalau korang mabok darah, please bawak teman sorang.

A/N: Alhamdulillah, xde masalah untuk mengandung & bukan carrier thalassemia. Sebenarnya risau jugak sebab ade sedara yang sakit cancer.

Monday, November 4, 2013

M&D Wedding: Bridal Shower

Masyarakat melayu urban wajiblah mengigihkan diri ber-bridal shower..

Yep, aku pon ade bridal shower. Bukan literally punya shower... ini kejadian yg benar.

Selama hampir 6 tahun aku hidup dikelilingi teman2 yang rajin berjimba-jimba. Sudah tiba masa aku meng-hiatus-kan diri ini dari bersuka ria tanpa hala tuju. Bulan lepas aku missed trip gi Korea, dengan alasan nak berjimat. Maka, teman2 yang baik hati telah menganjurkan short trip untuk meraikan trip terakhir aku bersama TTB.. cam nak nanges rasanya.

Itinerary majlis adalah makan-mandi-tido secara terus-menerus.

Seekor ayam katik tersesat disitu

Katil tempat 7 puteri beradu


Private Pool tempat berkubang

Line ternet selembap siput swine. Maka, lain kali la upload gambar berjimba2.


 

Friday, November 1, 2013

M&D Wedding: 100 days Updates

Fuh....100 hari lagi. Masa merisik haritu macam lama je lagi nak kawen.



So hari ni nak hupdate apa yang in-progress

Photographer: Booking done, Deposit done. Tinggal nak survey tempat nak ambik gambar post wedding. Disebabkan nak ambik gambar malam, rasanya kena recycle baju nikah or buat casual shoot. Ideas???

Catering: Done. Terharu sangat dapat princess treatment ^_^

Baju Nikah: Baju aku dah hantar kat taylor. Baju Dindong pending. Kalau xsempat siap, nasib dia la. Nak kena cari tudung pulak. Sampin dengan songkok pon belum survey lagi.

Reception attire: dah booking. Tinggal nak fitting ngan bayar full payment. Baju family pon dah beli.

Kad Kahwin: Still x buat lagi. Salah Dindong jugak. Sepatutnya kena siap by early dec sebab nak gi menjemput & ade nak hantar kad kat sedara mara jauh

Barang Hantaran: Dindong yg malas nak beli

Doorgift: Dah beli container. Brown bag x beli lagi. Bahulu tempah lagi seminggu nak kawen.

Decoration untuk bilik: kalau ade bajet baru buat. Nak kena start beli barang untuk rumah Kodin kat Bestari Jaya.

Cincin: X beli lagi. Maybe switch jadi gelang. (Musnah impian nak yellow/pink diamond)

Legal Procedures: baru nak buat HIV test. Surat pengesahan Bujang dah ade.

Khemah: X booking lagi. Mak yg handle.

Lain2 Hal

Diet: Berat berada pada tahap stabil (around 55 to 56). Kalau boleh nak around 51 or 52 kg masa kawen nanti

Skincare: Buat masa ni stop pakai facewash n ganti dengan cleansing lotion/oil. Nampaknya ade la kurang pertumbuhan jerawat. Whitening product pon dah x pakai, nanti suroh je akak MUA tu tepek bedak lebih2.

OVERALL: 40% dah siap. PENING PALE!