Ya ampun... dah bekulat dah blog ni. Maafkan ambo kerana mendiamkan diri. Ini kerena ambo telah selamat melahirkan anak perempuan december 2014 yg lepas. Ye, anak aku eksited nak kluar.. xdan nak tunggu tahun baru. tak kisah la, asalkan baby kluar dengan selamat.
Seperti yg aku pernak citer dulu, birthing plan aku ialah beranak di sepital kerajaan yg terdekat iaitu Hopsital Sg Buloh. Kebetulan pulak aku mmg ade periodical checkup kat sana. Memang aku dah siap2 barang ikut list bersalin kat hospital kerajaan la... beli loop maternity pad bagai.
Nak dijadikan citer, Christmas lepas aku dah mula bercuti walaupon due date aku 3rd January. Excited sgt nak tunggu mak datang dari melaka hari ahad. Hari jumaat (26/12/14) pada jam 3 pagi aku diserang sakit ibarat senggugut teruk yg amat sgt. Dalam hati ingat "ni Braxton hicks je ni". tidur2 ayam la aku dengan linangan air mata. Masa bangun solat subuh Dindong tanya kenapa aku menangis, aku ckp la yg sakit sgt2. Disebabkan air ketuban x pecah, sakit pon belum kerap maka aku pon melepak kat rumah saja.
Dalam masa yg sama, aku mula rekod kekerapan rasa sakit.. selang setengah jam, lepas tu 15 minit, lepas tu setengah jam balik. Pening kepala aku ni... dah nak bersalin ke belum.
Pukul 1, Dindong singgah mandi kat rumah sebelum solat jumaat. Aku rasa nak terkencing & lepas aku kencing, aku perasan ade lendir coklat kemerahan kluar. OMG, aku xnak kembar darah. Bila air ketuban nak pecah ni. Dindong call mak dia, aku call mak aku. Mak aku ckp dia sempat tukar tiket bas, hari sabtu tengah hari dia sampai. Dindong gi solat jumaat, sambil tu aku dok jalan2 keliling rumah sambil minum VCO. Choi, dah nak terberanak baru la sibuk nak minum VCO bagai.
Dalam pukul 3 camtu, ktorg smpai kat hospital sg buluh.. aku je masuk kat ruang bersalin. Dindong dok kat luar... kat borang dah tulis siap2 xde katil. Makanya, aku yg kesakitan ini duduk la kat kerusi bersama ibu2 lain yg muka merah padam menahan sakit.
Pukul 4 buat CTG. Punya la lama nak habis... sbb anak aku x gerak. Last2 kena la masuk air sebotol. sakit woo masuk akir ikut tangan. Xsure la samaada doktor yg cucuk tu baru ke hapa tapi kesan masuk air tu ade lagi. Akak sebelah aku tu smpai memancut darah dari tangan dia. OK, not a good scene for a nearly in labor mom.
pastu kena tunggu di seluk pulak. 2 kali kena seluk.. 1st dengan doktor lelaki (hmmmm....) lepas tu baru dokto perempuan. Selukan terakhir pada jam 6.30pm & masa tu doktor ckp baru 2-3 cm dilation. Maka, aku disarankan pulang ke rumah. Sebelum kluar, kena tunggu discharge note. Ko tahu pukul berapa aku dpt discharge note??? 10.30 malam. Nearly 4 jam menunggu sekeping surat... masa tu dah la aku x makan lagi.
Keluar dari dewan menunggu, nampak Dindong dgn muka susah hati & lapar. Kami pon telefon mak mertua aku. Rupanya dorang kat rumah BIL aku di Shah Alam. Disebabkan dah malam & takut ape2 jadi ODW bali estate, ktorg decide tido kat Shah Alam je la. Nasib baik la SIL aku baik hatinya orderkan makanan (aku makan dengan linangan air mata), siapkan sofa untuk aku tido, bagi pinjam baju... terharu sgt. Malam tu, satu family start berbincang ape nak buat dengan aku yg obviously kesakitan sepanjang malam. BIL & SIL aku suggest kitong gi Hospital Salam sbb dekat & Murah. Bermula la dilema aku nak bersalin kat mana....
BERSAMBUNG
kakak ipar sy sambut msa lahir kt hosp sg blh..tp thn 2006..lani dia dh bertukar..tp x suka kene seluk ngn doc laki:-(
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)