Ape itu gaji. Gaji ialah ganjaran yang diberikan oleh majikan sebagai tanda penghargaan setelah anda bertungkus lumus berkerja. Jika anda menutup mata waktu berkerja, gaji itu secara automatis menjadi gaji buta. Mehhhh....
Selepas membayar roadtax, insurance, sewa rumah, package holiday dan makan buffet sesuka hati, aku baru tersedar yang aku lansung x prepare untuk beraya. dan disebabkan aku tiada penaja, suami mahupon sugar daddy semua perbelanjaan beraya adalah tanggung jawab sendiri.
Baju Raya - Sehelai baju kurung bercorak english rose yang masih belum siap di jahit. Bila boleh siap agaknya, bondaku??? Aku tengah cari2 lagi sehelai baju. Mungkin kaler-kaler yang pastel. No yellow or green for sure. Baju kedua akan digunakan untuk berjalan ke rumah makcik2 dan menjadi baju uniform ke rumah Eli nanti. Bajet untuk baju ke-2, araound 120 je. Kedekut >o<
Duit Raya - Anak buah makin membiak ibarat lumut tumbuh di dinding usang. Hanya anak buah yang rajin bersalam dan memuji baju raya aku aje yang akan diberi duit raye. Yang datang dengan rambut berkaler, kuku hitam dan berseluar londeh tidak akan dilayan sama sekali. Kejam... heheh. Bajet: 400 untuk anak sedara dan 200 untuk makcik2.
Sampul Duit Raya - Sesemenjak x menjadi asst. boss ni, kurang dapat stock sampul duit raya. Mengharap akak aku poww banyak sikit kat maybank. Usaha meraih simpati Kodin untuk membekalkan sampul tidak berjaya.
Tudung Raya - Yang ni dah settle hari isnin haritu. Aku beli online je sebab malas nak bersesak2 kat Jalan Tar. Bajet : 100... banyak? Sebab tudung ni nak guna untuk kerja sekali.
Kasut Raye: Next week nak gi Payless sunway pyramid. Semoga kasut saiz 6/7 masih banyak pilihan. Kalau x terpaksa la aku pakai kasut Crocs yang makan tuan ni. Bajet: 100
Kuih Raya - Aku beli 2 je... yang lain buat, tapi x buat lagi. Pastinya akan buat kuih yang senang dan save cost. kalau rajin, boleh buat cookie ala2 Famous Amous untuk Dindong. Biasa la, beliau cerewet bab2 kuih raya ni.
Sevice kereta - Due for major service next month. Mintak2 sempat cover lagi 2500 KM sampai September. Coco, mummy needs to indulge in Raya celebration.. jadi, sila kawal pergerakkan meter anda. Bajet 400
Cuti Raya - Approved! Alhamdulillah....
Mase kecik2 seronok je kan nak raye. Bila dah besar ni asyik tengok Maybank2U je bulan pose ni. Mood nak beraya dah menyusup ke dalam otak. Office bukan lagi tempat yang seronok sebab hati dah sibuk bakar lemang. Disebabkan aku malas nak bergaya dan lebih berminat nak beraya, penampilan diri di tempat kerja menjadi keutamaan nombor 100 juta. Makin kerap aku muncul dengan muka yang pucat. Maafkan aku kawan2 kerana dengan x segan menunjukkan muka lempeng separuh masak sejak akhir2 ni.
Bubbye...
Eh, jap... Semalam aku mimpi Cik Mah buat kenduri meriah giler. Hmmm... pelik2.
ko rindu aku ekk..hehehe tp semalam pona aku ad mimpi yang aku akan dapat berita baik..mungkin kamu jgk akan join group saya ngn eli..hehe
ReplyDeletebtw major service tu kete2 ala2 kita nie around RM600 aku da 2 kali buat...mmg around 2...
Ye ke, nanti aku call kedai yang biasa aku gi,kedai member abang aku. Hopefully dapat kurang sikit. 500 ok la.
ReplyDeleteMengenai mimpi ko tu, rasenye lambat lagi sebab aku kena amek nombor dulu...