Followers

Monday, September 30, 2013

M&D Wedding: Plastic Container for Goodie Bags

Salam Bonus.....

Siapa yang keje satu kompeni ngan aku kompem ngah tersenyum simpul sebab dapat bonus bulan ni. Alhamdulillah, dapat la tambah2 belanja kawen.

Sabtu lepas aku bawak mak aku gi Kampung Jawa. KJ ni tempat ibu beli barang bulk-style. Mission, membeli plastik container Apple Lady untuk goodies. Maybe agak awal (4bulan lagi majlis) tapi disebabkan aku ni jarang balik, kena la beli awal.

Mula2 ingat nak recycle idea goodies masa abang kawen (bahulu + Biskut dalan glass jar) but mommy thought that the glass jar idea was sooo 2012. Okey ma

So we opt for something more practical which is plastic container.

Aku survey online, banyak bride yang dapat bekas ni dalam harga between 70 cent to RM 1. Guess what? It only cost me 50 cent per container.... Hahhahahah



Bought 250 pieces only coz they are for VIPs only. Isi dalam xdecide nak letak ape lagi. Mommy suggested kurma but the idea was immediately rejected by my bro. Kalau aku, letak candy je.... easy peasy

Decoration? Ribbons... or sticker. Nah, xyah nak sticker bagai sebab orang xnak tengok nama kau atas goodies tu.Maybe i should just use some decoration tape yang murah. xyah nak guna glue.

Bulan depan nak gi suver butik andaman... sepatutnya gi sabtu lepas but my sis was a bit busy. Then, gi tempah baju nikah. Again, something that is simple so that i can wacchaaa people easily. Hohoho. Simple baju kurung with beads/pearls on shoulder.

Kredit to Innai Red
131 days more T_T

A/N: Ade orang tanye nape x guna Tupperware. OMG, duit x tumbuh sendiri.... Ini je yang mampu

A/N2: Charmy is now addicted to EXO's Wolf dance that he memorised the steps. Hafal dalam hati katanya.

A/N3: Praying for my elder sister....Yeah, xsabar nak tolak stroller.

Wednesday, September 18, 2013

DIY: cat kereta yang bercalar

Salam.

Lepas Coco eksiden minggu lepas , Keadaan kawasan yang cedera makin teruk. Infeksi mengakibatkan karat merebak di merata2 tempat.

Sebagai, ibu yang concern, daku gelabah ayam mencari penyelesaian. Kalau hantar cat mau beratus jugak kena sebab nak kena ketuk dulu. Dah la aku ni tengah ngumpul duit nak kawen.

Maka, semalam aku merayau-rayau kat kedai hardware sebab nak cari paint potol kecik untuk kereta. Gi kawasan hardware kat Aeon Big, ade satu boto kaler Granite tapi dah di buka. Apehal la shoppers ni. Kalau xnak beli, jangan bukak. Tak kan kete sendiri pon xtau kaler hape??

Pastu gi Mr. DIY.... Xde jugak. Pelik betol

Last skali masuk Giant. Nasib baik ade. Tapi last piece. Sebotol RM22. Tambah sepeket berus lukisan budak sekolah, RM4. Total damage RM 26.

Nampak hodoh sket sebab flash. In reality, xde la bercapok sangat kaler die. Boleh la tu. Kalau tengok betol2, ade kesan cat kat rim kete. Harap maaf, semalam mengecat dengan bantuan flashlight.



Tuesday, September 17, 2013

M&D Wedding: Wedding Checklist with Gantt Chart

Salam tengah bulan.... tengah mengira hari menuju pay day T_T

Okey, hari ni xnak citer panjang-panjang sebab tuesday blues melanda. Hari ni aku nak share skit wedding check list. Disebabkan aku ni cuai, maka checklist telah diupdate menjadi Gantt Chart supaya mudah skit nak track progress yang xseberapa

Warna pink cerah tu untuk initiation of process manakala yang warna gelap tu maknanya dah wajib di buat. So, aku tulis siap2 siapa yang kena buat.

Contoh: Photographer
Pink Cerah: Survey & Call
Pink Gelap: Book n bayar Deposit
PIC: HME (Nama sendiri)

Kalau bukak full document boleh nampak column untuk deposit, balance and remarks. So, xde alasan lagi nak lupa2 ape yang x bayar or beli lagi.

Checklist ni hasil gabungan beberapa checklist yang aku jumpe tru blog. Maka, dipersilakan ambik... ^_^


Semoga dapat membantu mempermudahkan kerja korang sume.

A/N: Survey andaman via FB. Hampir 80% owned by "Abang2" and make-up by MAN. Sorry kalau ade yang rase aku ni anti ke hape. Aku serius x anti dorang ni. Aku cuma xmahu disolek dan disiapkan oleh lelaki. Bukan berlagak alim, tapi ini hukum kot. Mengelak fitnah itu wajib.

Monday, September 9, 2013

M&D Wedding: Minyak Naik 20 Sen... Habis la weedding aku woi

Whoever yang suggest naik kan harga ron95 kepada RM 2.10 wajar disumpah bertalu2. Tahukah mereka bahawa 20 sen tu sangat berharga bagi belia kelas pertengahan yang menetap di kota metropolitan bertemankan hutang PTPTN yang tak habis bayar tapi kepingin nak kawen.

Mesti ade orang cakap: Ala, naik 20 sen je pon. Jangan la kedekut sangat. Kalau dulu full tank RM 60, Pasni RM60.20

Dude, ko dulu blajar math kat mana hah??? SPM dapat brapa.

Sebab kenapa aku meroyan adelah kerana effect 20 sen keatas hidup aku

Okey, saga aku full tank lebih kurang RM60 = lebih kurang 32 litre

bile minyak naik harga, seminggu akan jadi 67.20

Maknanya, seminggu variance RM 7

kalau balik kampung plak, sekali balik RM 60 jugak. Maknanya, RM 7 setiap kali balik

Maka, total penambahan belanja pertrol ialah RM35.

Itu belum lagi keluar outstation, keluar hantar jemputan, jumpa vendor, bla...bla.. bla...

kalau barang naik harga???

OMG....

Mesti ada yang cakap RM 35 ringgit tu berapa la sangat. Lemme tell you how frugal I am with my money.

RM 35 bersamaan dengan

1. Setengah tangki proton saga
2. 10 bijik doorgift berharga 3 ringgit
3. 50 keping kad berharga 70 sen
4. Beberapa balang gula2
5. harga katering untuk 4 orang (kalau charge RM4 la)
6. harga tudung nikah

Banyak lagi sebenarnya tapi aku malas plak nak story banyak2.

Anyway, ade sesiapa volunteer nak sekolahkan Dindong???

Semalam aku cakap dengan Dindong yang kami ni ade banyak benda nak buat

Boleh plak die cakap "Kite ni nak kawen je pon? Mane ade banyak benda nak buat...."

OK, FINE!

Monday, September 2, 2013

M&D Wedding: Dugaan Berdarah Manis

Selamat Hari Raya... Ade 3 hari lagi ni ^_^

Okeh, first thing first. Aku rase aku dah terjangkit syndrome "Darah Manis". Coco hari ni bercomolot dengan tiang. Camni kisahnye:

Aku ni memang x reti nak paiking menghala ke depan sebab dah biase sangat reverse parking. Nak dijadikan cerita, hari ni teringin sangat nak masuk parking kepala dulu T_T. Zreeeetttttt. Terlanggar sudah.

Nanges wooooo. Bonus pon belum tentu hado, ko kemik2 plak kan COCO.


Tapi lawak jugak sebab aku post gambar ni with description

"Dugaan Darah Manis? Nasib baik x langgar kete lain"

Pastu dapat sms from Dindong

"Apsal Darah Manis???"

OMG, is he playing with me or he's pure naive??

"Orang cakap la, bile dah rancang nak kawen ni mesti mcm2 jadi" Terpaksa la aku ni buat kelas bahasa melayu pagi2.

Card x tempah lagi, Peformance Scorecard ade la (i u noe what i mean ^_^)

Anyway, less than 160 days left and still negligent.

I'm sure is a lazy bride with a scratched car.


Author's Note 1: Manis x darah ini?????? (Sila baca menggunakan tone Jepp Sepah)

AN2: Sape tengok citer Green Scalpel? Hotness level tahap meletops... patutkah saya melatih anak jadi pediatrician??? 

AN3: Kpop fan's only... Heenim's is back. Drolling Time