damdamdum... bunyik mercun, ambulance pon datang berduyun2. Okeh, over sangat lirik ini.
Slamat hari raya kawan2 sekalian.
Dah lepas raya baru la de mood nak membersihkan sarang2 yg bertimbun kat blog ni. Xde ape yg nak aku share pasal raya sebab semuanya biase saje despite perubahan status. Bersyukur sbb tahun ni beraya kat Melaka-Segamat-Nilai. Kubang Krian x masuk list lagi. Next year maybe.
Alhamdulillah, aku pon dah sembuh sepenuhnya dari chicken pox. Ade la kesan sikit2... tu pon salah aku sbb dok menggaru x tentu pasal. Setelah hampir 2 bulan sembuh, tiba la hari untuk buat detail scam kat hospital Sg. Buloh (HSB)
Kenapa HSB? sebab KK Bestari jaya xde OB/GYN specialist & xde alat untuk buat detail scan. Kalau ikut surat Doktor KK, appointment pukul 9. Maka, pukul 9 la aku terpacak kat klinik O&G. Tutp2 nurse ckp aku xde appointment. Apekah! mase doktor buatkan appointment ngan specialist, aku terpacak kat depan kot. Pastu aku pon bgtau nama specialist yg spatutnya check aku. Dia xde kat spital rupenye tapi mintak nurse settlekan jugak checkup aku sbb case critical.
Mengapa kena buat Detail Scan? Kerana demam campak ketika mengandung mungkin akan merencat pembesaran baby. Sebulan yg lepas mmg menggerunkan bagi aku sbb hari2 terfikir sama ada baby membesar dengan sihat atau x. Makin saspen bila ramai orang tegur perut aku x besar2. Seram tau.
Selepas menunggu hampir 6 jam, baru la aku berjaya di scan. Dindong dah hilang ketabahahan masa tu. mana xnye, orang yg datang pukul 1 petang pon dah settle. Rupanya ktorg kne tunggu specialist yg xde kat Hospital tu datang untuk check aku. OK, saspen betul... teruk sangat ke case aku ni.
Masuk jumpa dokter dan di interview seperti biasa
Doktor (Dr): Dah rasa baby gerak
Aku (H): tak... kot.
Dr: Xde langsung?
H: hmm... ade la rase pelik kat perut beberapa hari ni. Tapi sy ingatkan angin ^_^
Dr: Xpe, anak pertama mmg susah nak tau baby dah gerak ke belum. Nanti dah anak ramai cepat boleh rasa.
Pastu tiba la masa yg dinantikan... saat pertemuaan kali ke-4 dengan Baby-I. Mula2 ukur kepala, pastu panjang dari kepala ke kaki, pasti check kaki ade 2 ke x. Yg paling interesting boleh nampak mata, hidung ngan mulut walaupon xcler sangat. Aku rasa anak aku mesti spesis muka hamster cam aku jugak. kemudian doktor tengok chambers jantung dan jugak spine. Alhamdulillah, semuanya berkembang mengikut bulan. Cuma doktor bagtau yg ktorg masih kena berdoa banyak sbb ade risk yg xboleh di detect melalui ultrasound.
Sebaik sahaja baby-I dilahirkan,beliau akan diserahkan kepada pakar kanak2 untuk check samaada sistem pendengaran dan percakapan OK. Doktor bgtau 1 dalam 1000 kes chicken pox masa mengandung boleh menyebabkan defect pada tulang telinga & kawasan peti suara.
Aku x bimbang sangat sbb semua kelahiran ade risiko sendiri. Dalam 4-5 bulan ni aku akan berusaha meransang perkembangan deria baby. In sha Allah, baby-I akan dilahirkan normal.
Selesai check-up, aku & Dindongie berjalan2 di Ikea untuk menenangkan hati dan perut. Merasa la baby makan meatball. Somi aku beria cakap yg anak dia x teringin pon, mak baby yg over. LOL, xde komen untuk statement itu. Dindong masih berhutang ABC ngan kacang Pool dengan anakanda beliau.
Jantina baby masih menjadi misteri walaupon aku dah eksited nak start membeli-belah. maybe next appointment boleh confirm. X kesah la, yg pentingbaby keluar sihat. perkara yg lebih exciting sebenarnya ialah memilh nama baby. Aku & Dindongie sepakat nak kekalkan Huruf I.
Antara nama2 yg dah di analisis:
Lelaki
Izzulhaq - sebenar-benarnya kemuliaan (Kena reject sbb bapaknye kata susah nak sebut)
Izzul Addeen - variasi nama Izzuddin,Kemuliaan Agama (nope, terlalu rapat ngan nama Dindong)
Ihsanulhaq - Pemberian yg Maha Benar/Haq (ALLAH) (rasanya ada tanda2 nak kena reject juga)
Ikhwan - Persaudaraan
Ilyas - Nama Nabi yg bersungguh2 berzikir kepada Allah (calon fav dikalangan keluarga Dindong)
Perempuan (Disebabkan agak selecteion yg agak limited, aku cari jugak nama yg bukan huruf I)
Insyirah - kegembiraan
Inaayah - yang mengambil berat
Athiyyah - Pemberian
hahaha... nama yg sangat x caucasian kan. Kita ni orang islam, kena la cari nama yg sesuai dengan agama. lagipon aku x genar nama yg canggih2 sebab terfikir hari tua anak2 aku. Kalau nama canggih, let say Benjamin, xkan cicit aku nak panggil Tok Benjy. Ataupon anak perempuan aku nama Madeline, xkan nak panggil nenek Maddy pulok kan. Aku mmg gelimat kalau tengok nama stock2 macam omputeh ni.
Panjangnye entry ni... dah kelau rasanya. OK la, nanti aku cerita lagi ye.
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
Please visit my personal IG for Pics update - malas nak upload gambar kat sini.
0 Fireback!:
Post a Comment