Followers

Tuesday, July 17, 2012

Buat Passport di Hujung Minggu?

Percayakah anda yang prosess membuat passport kini boleh dilakukan pada hari sabtu?


Percaya x????


Betul???


Yeah, terima kasih kepada Jabatan Imigresen Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pada hujung minggu. Sekarang, aku dah ade passport. Yay!!!! *macam aku sorang je ade passportkan*


Hari sabtu lepas aku gi JIM kat PKNS Shah Alam. Disebabkan kehebatan mencari jalan yang tiada tandingan, kami sampai lambat dari yang dijangka. Sampai kat kaunter, akak kat situ bagitahu borang yang aku print tu x boleh guna. What??? Why?


Sebab aku print satu muka je (die nak depan-blakang). Aku pon kena la isi borang lagi sekali. Atas nasihat Dindong, aku bawak skali IC fotostet dengan surat branak. Akak tu cakap x payah. Ciss, buat penat je. Sampai pukul 8.30 am, dapat nombor 58. penat jugak nak tunggu.


Sementara menunggu tu, Dell gi ambik gambar passport yang baru sebab gambar yang die bawak kena reject. Bergaris2 kata akak tu. Nasihat aku, bawak gambar sendiri kalau xnak gambar dalam passport close-up 100% kat muka. Cam belon pulak nanti.


Dalam pukul 9.20 camtu, tiba la giliran aku. Adekah patut brader kat situ pandang aku macam aku ni photoshop kan gambar tu. Maybe sebab gambar lama nampak kurus dan xde parut. Aishh, tersentap mak tau...grrr.


Tak sampai 10 minit, dah siap! So, tunggu nama kena panggil untuk process pembayaran pulak. Lepas tu, kami pergi beli stock air mineral kat GIANT. Tunggu 2 jam dan passport anda sedia di gunakan.


Tips Buat Passport pada Hujung Minggu
1. Semak cawangan yang dibuka pada hujung minggu. Kalau takut, boleh call.
2. Bawak salinan surat beranak dan IC sebagai back-up. Mungkin ade cawangan perlukan benda2 ni.
3. Bawak 2 keping gambar passport berlatarbelakang kaler biru. Pastikan xde contengan pada gambar tu.
4. Bawak duit... 100 untuk 2 tahun, 300 untuk 5 tahun.
5. Bawak bersabar... tunggu 2 jam je pon.


Sekarang ni tunggu masa untuk buat visa, kumpul duit dan pilh pakej. Bajet dah lari.... Mungkin hanya mampu beli cenderahati kecik kat Hang Kong nanti. *sigh 

0 Fireback!:

Post a Comment