Sila maafkan kekerapan nama Dindong muncul di blog aku. Maklumlah, beliau dah kembali ke semenanjung. Alhamdulillah...
Sabtu lepas aku gi tengok wayang ngan Dindong kat OU. Dalam sibuk2 aku kemaruk nak masuk kedai itu dan ini, baru aku tersedar yang beg aku lebih ringan dari biasanya.
Ya Allah, purse tertinggal dalam bag laptop rupenye.
Aku: Awak, saye rasa saya tertinggal purse la
DD: Anda yakin anda tak membawa purse? mungkin anda tertinggal dalam kereta.
Aku: X, saya yakin saya tertinggal kat rumah sebab semalam saya campak purse dalam beg
DD: Habis tu kena la saya bayar semua?
Aku: Nanti saya ganti la balik
DD: Ha... ye la tu. Bayar 2 kali ganda. Dah banyak kali pesan check betul2 barang dalam beg.
Aku: Orite bos
Esoknya, kami gi Alamanda pulak sebab nak cari baju kerja. Bila nak beli barang....
Aku: Awak, saya tertinggal purse lagi la
DD: Kan dah cakap, check dulu sebelum keluar
AKu: Bukan kat rumah.... kat dalam kereta. Bawah seat
DD: hmmmmm... redha je la
Sorry babe, saya x sengaja.
Mungkin aku terlebih telan semut kebelakangan ini...T_T
0 Fireback!:
Post a Comment