Schools are officially open today! Yahoooo.... Padan muka pada adek aku yang dah sebulan berguling2 di rumah. Ternyata remaja zaman sekarang sangat tidak bijak me-utilize cuti mereka. Yang aku nampak hanyalah TV yang menyala dari pagi hingga ke malam.
Okeh, x nak la menyebarkan aura kedengkian. Hari ni nak cerita pasal kenangan masa sekolah. Sepanjang aku bersekolah, aku hanya pergi 5 sekolah
1. Taska PASTI (kecik2 dah sentimen politik)
2. Tadika Kemas (aku sekolah kejap je... biasa la, genius kan)
3. SK Bachang
4. SK Malim (sebab sekolah lama dah pack sangat2)
5. SMK Malim
APA YANG SEPESEL SANGAT PASAL SEKOLAH KO TU SAMPAI TERKENANG-KENANG?
Tadika PASTI
Aku gi sekolah ni dengan anak sedara aku, Iqa. Beliau tinggal dekat dengan rumah aku. Bapak aku jadi tukang hantar gi taska. Iqa balik naik bas sebab die balik rumah Nenek die (mak long aku). Pada suatu hari, aku terfikir "Apsal Iqa bleh naik bas?". Maka, aku pon sesuka hati aku naik bas yang sama. Masa Iqa sampai rumah Mak Long, Aku buat DEKK dan terus duduk dalam bas tu tanpa rasa bersalah. Nasib baik drebar bas tu tau aku ni makcik Iqa.. Kalau x, confirm jadi anak terbuang..huhu
Tadika Kemas
Nothing much sebab aku sekolah x lama kat sana. Yang aku ingat, tanam bawang dalam tin. Eco-friendly giler
SK Bachang
Masa ni aku budak jahat. Sampai mak aku kena panggil dengan cikgu. Malu sehhhh... malas nak buat homework punya pasal. My mom was totally pissed... Nasib baik tak kena libas.
SK Malim
This lazy girl manage to gain the position of vice Head Prefect? Seriously? Sapa la yang pintar sangat bagi budak macam aku ni jadi pengawas. Macam pengganas ade la. I spent my final primary school year with new friends and some old buddies. Aktiviti utama adalah menanti waktu rehat. Chetttt. Aku x ingat langsung bila masa aku amek UPSR.
SMK Malim
The place where i became mentally unstable teenagers....haha. The school was great but i'm not enjoying life the fullest. Asyik belajar je kojenye. Yang paling best, aku n Nanakun si-pemanjat-gunung-berbiola remain as BFF and we passed SPM with flying colour. She's now busy studying to become a doctor! Hebat kan? Aku plak sibuk jadi ex-Engineer yang baru terhegeh2 nak buat degree.
.................................................................
Bagi aku, tahap ke-femes-an sesebuah sekolah x menjamin ape2. Walaupon sekolah aku x semasyur Mozek, Jubin, tiles mahupon boiler Mechmar tapi aku masih boleh lulus SPM. Kalau setakat sekolah canggih tapi result hampeh, baik simpan je la angan2 nak berlagak coz it's not worthy at all.
Hari ni, Pikachu belaan di rumah mula bersekolah. Aku call mak tadi, nak tanya Pikachu nanges ke tidak. Rupenye, abah pikachu cuti hari ni. Beliau x datang ke rumah mak aku. Baru ingat nak mengejek si budak pemalu tu. Harap2 x menanges... kalau x, payah jugak mak aku nak layan.
Lastly...
Hint: Aku line tengah.......
Gambor masa photoshoot majalah sekolah. Masa ni aku tengah struggle nak mengekalkan berat badan yang kian meningkat akibat tension dengan result trial SPM.