Followers

Thursday, January 19, 2012

Running Man: Bila Artis Main Kejar2

Sape sini mengaku minat giler2 korea tapi haraooom x pernah tengok Running Man? Ish..Ish... Anda boleh kemas sume poster-poster Super Junior anda dapat dari Majalah Epop sebab korang memang slow tahap  slowpoke.


Apakah yang dimaksudkan dengan Running Man? Kenapa semua orang sibuk dengan Lelaki Berlari?




Running man ialah sebuah rancangan variety (aku xtao camne nak tulis dalam bahasa melayu) yang melibatkan sekumpulan artis berlari2 untuk menyelesaikan mission yang diberi oleh PD. Selalunya, dorang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian task yang diberi. Kadang2, dorang akan bertarung 1 VS All, dimana salah sorang dari artis yang terlibat terpaksa berlawan dengan cast yang lain. Ikut tahap kenakalan PD, kadang2 ade spy dikalangan Pelari tetap yang menjadi Spy kepada artis jemputan.


Fuhhh, panjang penjelasan aku.... Paham tak murid2.


Dalam rancangan ni, artis2 ni bukan je berlari... tapi kadang-kadang kena masak, nyanyi, jadi pengulas berita kaji cuaca dan macam2 lagi. Aku xboeh nak cerita detail sangat sebab nanti jadi spoiler pada korang yang x habes tengok lagi.


Meh, aku promo sket cast Running Man



Yoo Jae Suk.Muka familiar kalau korang biasa layan Family Outing dan jugak Happy Sunday. Beliau mempunyai skil meloloskan diri yang hebat sampai digelar Yooruce Willis (parody nama Bruce Willis). Beliau jugak merupakan Emcee rancangan ni. Trademark beliau ialah cermin mata 


Suk Jin seorang entertainer yang popular sebab bini beliau sangat hot. Korang boleh google gambar bini dia sendiri. Digelar Big Nose Hyung sebab hidung beliau besar. Terkenal dengan kebolehan Brag@cerita nak hebat sebab asyik2 cerita pasal anak ngan bini sendiri. Sukjin jugak suka buat muka malu2 bila ada artis wanita yang Hot. Biase la, lelaki!


Kim Jong Kook. Sarangsurowooo...Penyanyi yang dulu ade scandal dengan Yoon Eun Hye. Serius dulu aku syik kutuk cakap pompuan tu x de taste. Sebenarnya mamat ni gak comel jugak sebab die duka buat2 comel. Padahal badan cam hulk version kurus. Terkenal sebagai Sparta-kook sebab kebolehan ambush orang lain. Trademark die ialah bunyi Rawwwrr bila menyerang.


Haha. Pelakon dan penyanyi yang mengaku dia ni adik angkat pada Sparta-Kook. Disebabkan muka beliau x ubah macam kartun Pororo, maka beliau digelar Haroro. Kebolehan beliau menipu membuatkan beliau sering dipilih menjadi spy. Kalau x jadi spy pon, die memang suka menipu.



Song Joong Ki & Lee Kwangsoo a.k.a the same age friends. Song Joong Ki @ Flower Boy adalah seorang pelakon yang femes dengan watak Playboy dalam Sungkyukwan Scandal. Kalau x silap dia cuma ada sampai ep.41 sebab die sibuk berlakon. Kehebatan SJK terletak pada otak beliau yang agak smart.

Lee Kwang Soo @ Kwangvatar, pemenang anugerah Variety Rookie yang blur. Digelar Framer sebab suka buat kenyataan berunsur Fitnah (contohnya: Jihyo suka mencarut) yang buat orang gelak sampai berguling2. Suka bertindak melulu dan sering menjadi mangsa keadaan. Trademark beliau ialah Lagu sedih yang akan diputarkan bila KS ade masalah.



Song Ji Hyo & Gary = Monday Couple. Pasangan fake ala2 WGM yang hanya muncul pada hari Isnin. Gary ialah rapper dari kumpulan duo Leesang yang terkenal dengan lagu Pompuan xnak berpisah, lelaki tak nak blah (direct translation).Walaupon Galie2 jenis yang pendiam, beliau mempunyai Survival skill yang super hebat. Gary Merupakan pemenang 2 kali Game Pelari Tetap Terhebat.

Song Ji Hyo @ Miss Mong/Blank merupakan Ace dalam RM. Walaupon perempuan, die terkenal dengan perangai suka cari gaduh, selekeh dan suka buat muka blur. Kebolehan beliau ialah kehebatan cabut tag orang dan menghasut orang lain untuk jadi sekutu (if you know what I mean)

Panjang benor cerita aku hari ni. Lain kali aku cerita pasal Running Man lagi. Kalau rajin aku buat Episode review. 







0 Fireback!:

Post a Comment