Followers

Wednesday, January 25, 2012

Menunggu Oven Berasap???

Selamat Kembali ke office dengan muka yang bloated. Padan muka aku, gatal tangan makan ramen (huh?) sebelum tido. Good Job!

Hari ni aku just nak meluahkan rasa sedih sebab temu janji yang dirancang berminggu2 telah ter-cancel kerana ada masalah yang x dapat dielakkan. Jumaat lepas Dindong tanya bila aku balik KL, so that we can have a proper date. Aku cakap Monday. Aku pon dengan semangatt juang yang tinggi dan berbekalkan 2 keping duit 10 hengget, aku beli tiket bas ke putrajaya.

Nak lagi best, aku siap shopping sakan borong barang nak buat Brownies. Maklumlah, beliau sangat gemar mempersoalkan kemahiran aku memasak. Bertekad giler sampai 4-5 buku resepi aku selak. Bajet macam nak buat full-course dinner.

Petang Ahad, setibanya En. Dindong ke tanah air tercinta. Beliau bagitahu yang die on the way nak ke PD. Ade family reunion katanya.

WHAT????

Maka, kechiwalah hati seorang gadis ganas yang poyo2 nak buat bithday present untuk kekasih hati. Mungkin dah takdir aku memang x layak masuk dapur.

0 Fireback!:

Post a Comment