Followers

Friday, April 27, 2012

Lelaki, Misai dan Janggut

Aku tak berapa berminat dengan lelaki bermisai atau berjanggut ni. Paling dasyat aku boleh tolerate pon level 

MISAI CIPUT


Kalau Dindong ade misai sikit pon aku suroh cukur sebab... errrr.. Geli. Sebenarnya ramai lelaki nampak lebih segar+suci+murni tanpa misai...

Noh Hong Chul


Cha Seung Won


Lee Dong Wook

Dan semestinya jejaka hidung berdarah minggu ini...

 My Meizhou... hehehe



Tegar membuat post sampah dengan alasan nak tepek gambar jejaka kacak dalam blog. Huhu, aku sangat ketagihan tengok drama taiwan sebab drama korea dah mula membuat aku muntah hijau. Nasib baik Rooftop Prince ade Taemu yang kacak, kalau x aku lempar dalam longkang jugak..

Peace Out...




Thursday, April 26, 2012

Result MUET 2012

Beberapa bulan lepas, aku tersilap tarikh sitting exam MUET. Selepas berjaya membebel tanpa idea dan tidor dalam dewan, akhirnya keluar jugak result MUET harini.


Tiqa tolong aku check sebab connection kat level aku ibarat sipot mengesot. Saspen jugak sebab exam writing tu aku buat karangan 3 muak surat je (untuk semua soalan).


Jejengggg...




Seperti yang dijangka, aku cemerlang sikit dalam bab2 membaca dan membebel. Listening tu confirm la teruk sebab time tu sibuk tengok jam je. Writing pulak tulis macam nak tulis email kat manager, serius bebenor.

Alhamdulillah, the result is better than i ever imagine.

Lepas ni boleh dah nak sambung belajar... xyah sesibuk buat MUET lagi.



Monday, April 23, 2012

No More Foreveralone

Yep, tiada lagi perhubungan jarak melampau....

YAHOOOOOOOOO


Yep, It's confirmed. My beloved-super-duper-adorable (rainbow-puke) boy will be back in town.

Hopefully, semuanya akan berjalan lancar a.k.a kurang pergaduhan berskala letupan supermasive. Be ready for super-mushy posts in the future!








Wednesday, April 18, 2012

Bila Manusia Terlebih Diajar

Hari ini memang sucks...

Tengah hari tadi aku keluar ngan geng office sebab nak cari baju sukan untuk retreat minggu depan. Alhamdulillah, dapat jugak yang murah.

Lepas bayar, tetibe berbunyi pulak telepon aku.

Aku: Hello..
Tettt:  Cik saya nak tanya status loan saya... saya Tett dari Tuttt
Aku: Owh, awak... saya dah process dah. Tunggu bos verify
Tett: Saya dah bagi cik Jumaat lepas... Agaknya berapa jumaat lagi boleh siap.. 4 jumaat?
Aku: Encik kena la faham... benda tu kene verified by boss.. sy xboleh nak release terus
Tett: Ape ni cik... Brape bulan lagi sy nak tunggu (Suara ala2 boiler meletup)
Aku: Awak ni apehal.... dah la telefon line peribadi saya.. lepas tu nak marah2. Kang saya report kat manager
Tett: Buat la ape cik nak... sy ok je

Aku terus letak sebab tension sangat2. Arghhhhh...

Aku rasa cam nak gigit je tangan mamat tu...


Tuesday, April 17, 2012

Bila PM Masuk Ladang

Tiada post politik akan ditampal dalam blog ini. Biasa la, aku memang agak pasif dalam bab menyokong orang ni.

Anyway, hari ni produktiviti mencecah tahap beku lagi sebab semalam aku outstesen. X jauh pon, kat Bestari jaya je . Actually, aku & Tqa jadi ajk Majlis Pelancaran Kompleks Perumahan Ladang Tennamaram. Best wooo, pekerja estate dapat rumah baru!




Pm datang..So, Majlis memang gempak giler.Dan kaki aku memang gempak sakit....

Friday, April 13, 2012

Apa nak buat kalau meja bersepah???

Setiap hari, aku akan dengar ayat yang sama...

Ni ade surat untuk ko...

Kalau surat chenta, aku bahagia.

Hampas.... yang datang hanya lambakan permohonan loan, bil sepital yang bukan milik aku, dan surat mintak elaun.

Hari ni meja aku ibarat dilanda tsunami berganda. Berapa banyak pokok telah ditebang semata2 nak menyepahkan meja aku yang sekangkang arnab ini?

Solusi?

"Kita bako je!" kataku sambil memusingkan pergelangan tangan ibarat usup wilcha.

sampul surat-proposal-allowance-printed email-stickynote


Owh...xboleh

Company aku ade No Open Burning Policy. Nampaknya, aku terpaksa bertahan dengan mesin shredding yang bersaiz kecik.

Argggg....

Note: Semalam aku lepak ngan JJong kat SOGO. Service Secret Recipe kat situ berkelajuan larian siput. Noktah.

Going Crazehhh...

Morning everybody,

Hari jumaat yang sangat slow-poke telah tiba lagi. Maka, productivity telah mencecah di bawah tahap beku. Semua kertas2 yang menggunung boleh tunggu minggu depan, or bulan depan.

Wajib la nak menerjah blog goship dipagi hari..

Mat Haron.... Lame
Neelopa... Hmmm
 Rita Rudaini... Mamma drama
Tasya Shila... Shila Amzah..pokemon?

Ehh,  Jay park is coming to town. Yeah, mari beli tiket!

OMG, for DIGI customer only.

You gotta be kidding me!

Akhirnya, telan air liur je la.


oh perempuan, apesal ko sibuk sangat nak tengok jejaka ini. Napsu dunia!!!!


Tuesday, April 10, 2012

Sila Berhati-hati Bila Guna Tandas Awam

Sejujurnya, aku rasa semua orang ada masalah untuk menahan keinginan untuk membuang hajat samaada kecik, mahupon besar. Sama lah macam aku. Aku mempunyai cycle pelaburan yang agak constant setiap hari. Sebab tu la bila aku dah letak beg kat office, aku terus gi toilet..hehe


Malam ahad lepas, aku gi hantar senior aku balik rumah beliau kat area banting. Hari hujan, maka keinginan nak terkucil agak mendesak. Kebetulan, abang ipar senior aku tu tunggu ktorg kat station minyak. Aku pon lari2 gi toilet.






Toilet tu agak bersih, tapi tetiba je aku rasa macam xselesa. Mungkin sebab aku terbaca berita kat KoreaBANG. Meh aku translate berita ni dalam bahasa yang senang nak faham:


Pada 26 haribulan yang lepas, Balai polis Seoul Gangnam mengumumkan yang dorang berjaya tangkap sorang mamat bernama encik Lee atas tuduhan serangan seksual kerana merakam pelanggan yang menggunakan toilet cafe beliau.
Encik Lee yang pervert itu telah memasang kamera kecik (ibarat camera Johny English) kat toilet perempuan kafe beliau dan berjaya merakam lebih 900 gambar x-rated dalam tempoh setahun.
Video2 yang dirakam lelaki durjana itu dijumpai dalam sebuah folder dalam PC beliau. Bila polis semak record, rupenye mamat ni memang penyekodeng tegar.
Padan muka beliau sebab kantoi lepas pelanggan discover perbuatan tidak bekesedaran sivik dan report pada pihak berkuasa.
Polis mengesahkan yang Mr.Lee tu seorang yang waras, tak sakit mental tapi merupakan sorang yang bernafsu pelik.


Sodih den dengar....

Cadangan aku:

1. Kalau dah terdesak tu, lepaskan je la. Tapi jangan lupa baca doa masuk tandas. Insyaallah tuhan tolong coverkan
2. Pakai lampin pakai buang masa memandu
3. Buang dalam botol (lebih applicable untuk lelaki)
4. Tahan sepanjang jalan...


Nota lutut: Ntah hape2 ntah dorang ni.....

Friday, April 6, 2012

Bila Dah Debab Baru Nak Diet

Salam,


Rasanya x perlu aku nak suroh korang teka ape hobi terbaru aku... Ngee, wajib la makan. Aku sangat suka makan dan makan lagi. Maka, tidak mengejut-beruk-kan bila aku kata BMI aku dah normal.


Walaupon BMI aku normal, aku ada masalah lemak berkumpul di muka. Nak tengok cermin pon segan, apatah lagi nak camwhore. Terpaksa la tepek gambar bersila kat toilet bowl kat FB.


Drama di TGV


Aku: Kak, nak popcorn besar satu... pastu coke..pastu nak hotdog skali ye (buat muka innocent)
Dindong: Apesal order banyak sangat... tadi B dah makan burger MCD kan
Aku: Sape cakap B punya, ni beta punya la


10 minit kemudian


Dindong: Nak sket popcorn
Aku: Nah
Dindong: Kosong dah... biar betul????
Aku: Whatever....


Yep, aku makan mengikut nafsu beruang panda.... hari ni, buat kali ke lapan-belas-juta-trilion aku cakap nak Diet. Short term target.


sebelum diet... Kita kena makan



Triple Cheese burger berharga RM13.10


Sebotol Kerepek Mister Potato


Dan air mata palsu untuk mengelakkan 
rasa bersalah sebab makan


Xkesah la Dindong nak cakap aku gemuk sebab aku sangat enjoy makan. Lagipon, aku bayar sendiri... :P







Thursday, April 5, 2012

Mari ke Officeku!

Selamat siang ibu2 n bapak2. Hari ni penuh dengan kesayahduan kerana masih menanti ketibaan hari jumaat lambat betul la masa berlalu. Anyway, jom melawat office daku yang indah...

Waktu pagi dihabiskan dengan memproses loan motor
Kemudian curi2 online guna broadband
Then, time for more proposal

Evening posting exercise


And Yawnnnnn
Yep, aku adalah seorang perempuan yang agak2 rajin di office. Tapi aku lebih rajin tidor di rumah. Have fun with your job!

Tuesday, April 3, 2012

Antara Ahkak dan Adik

Penulis penuh emosi kembali lagi.. ehem..ehem. Walaupon keje xsiap2, hati ini tidak tegar meninggalkan blog ini sunyi sepi.


Oh ye, last week aku gi Carey menggantikan bos aku yang outstation. Tujuannya nak bagi taklimat untuk new joiner yang bakal berkerja sebgai assistant kat ladang. Dari awal sampai akhir aku dengar perkataan yang sama


"Ahkak, claim tu kene hantar kat mana?"


"Ahkak, kalao boss x approve cuti camne?"


"Ahkak, gaji masuk braepe aribulan"


"Ahkak"


"Ahkak"


"Ahkak"


Yang paling sentap, bila aku tengok details dorang semua berumur 24 keatas. Aku pulak baru 22. Bila aku tengok cermin, rasanya x la nampak cam tua sangat. Bila session dah habis, aku lepak2 minum teh ngan dorang.


"Ahkak ni umur brape ye?"


"22"


"Ehhhhh..."


"Knape? Nampak tua ke?"


"Xde la, sebab cik buat briefing.. slalunya yang buat briefing ni semua ahkak2"


"owh..."


Baru aku faham yang kerjaya seseorang boleh membuatkan orang itu dianngap tua. Contohnya, bila cakap pasal manager ladang... Semua orang ingat manager ladang tu semua tua2 padahal ade je yang below 40.


tapi bagus jugak bila dorang panggil ahkak. Kalau panggil cik adik rasa macam nak sepak je.


PS: Aku masih awet muda rupenye... wahaha

Monday, April 2, 2012

Us: The New Beginning

 OMG, I'm getting married...