Followers

Tuesday, April 26, 2011

Al-Fatihah for my Junior

Afternoon everyone!

Sabtu ahad lepas aku layan Mentor seround.. perg, best siot suara Pakcik Roy tu. Pas si Aiman nyanyi, cambiase aku pon call spesis dino aku. Tetibe je Tiqa Majong masuk bilik dan menyampaikan berita yang tergempak.. I mean tergempar.

"Miza, Atin meninggal!"

Atin? Atin yang mana. Aku memang kenal banyak Atin. Kat u pon mmg ramai yang nama Atin.

"Qa, Atin mane?"

"Atin Sedepa (SDPA) la!"

Ya Allah, biaq betoi! Aku pon cakap kat Dino..

"Atin meninggal!"

"Atin mane?"

"atin UPM la.."

Dino pon cam xpercaya. Tiqa pon ajak aku g ziarah. Eli yang drive. Sambil2 menunggu Eli sampai dari Tepen, aku pon sempat investigate sikit. Aku pon call Aliya (sebab die awek Apis)

"Aliya, Atin dah meninggal ke?"

"ye ar.. aku pon xtau nak wat ape ni. rasa cam nak balik"

"xyah la.. kau kan jauh. Biar kitorang g tengok. Ko g tanye Apis skarang dorg kat mane."

Aliya bagitau yang Apis bagitau dia ngan junior aku yang lain ada kat hospital klang. Pas Eli sampai, kitong pon gerak g hospital..

Pas parking, kami pon menuju ke unit forensik. Ramai betol yang ada kat sana. Kami disambut dengan pelukkan dari junior2 yang ternyata sedih dan terkejut dengan pemergian teman mereka. Budak2 lelaki dah balik, tinggal kawan2 baik atin dan jugak si Apis & si Izul. Dekno ngan imah yang dok kat area banting pon ada.

"Apa dah jadi" aku pon seret Nadia ke tepi

"Kitong g tengok wayang, pastu Atin blah dulu.. xtunggu kitorg pon. Sampai kat area West, Shida nampak Atin dah terbaring Motor hancur. Ade mamat mabuk yang langgar" lebih kurang camni la yang Nadiah cerita kat aku. Xyah la aku cerita details sangat kat korang.

Aku, Eli ngan Majong pon pergi jumpe mak Atin yang stengah baca Yasin. X dapat aku bayangkan kesedihan seorang ibu yang kehilangan satu2nya anak perempuan. Tamabahan pula keluarganya tengah excited nak tengok anak sulung dorang bekerja.

Tiada kesalahan yang Atin lakukan untuk aku maafkan. Tiada juga hutang yang perlu Atin bayar kepada aku. Yang aku harap, Atin akan tenang di sisi Tuhan yang Maha Esa. Insyaallah.

Aku xla rapat giler2 ngan Atin. Tapi setahun mengenali Arwah, aku sangat senang berdampingan dengan Junior ku yang sorang ni. Peramah dan mesra orangnya. Terbayang sewaktu aku, Tiqa, Atin, Qila, Izul dan Keladi sama2 round satu pulau carey masa ODCC.

Terbayang juga masa kami ramai2 jahit purdah sempena sambutan maulidurasul. Yang paling aku tak boleh lupa masa aku dan Atin showdown main congkak sempena hari Sukan SDPA.

Kali terakhir aku bertemu arwah adalah sewaktu Assistant Seminar. Tak sangka aku Atin tidak sempat menjadi teman sekerjaku.

Buat Junior2 ku, teruskan legasi Fatin Nadia. Hidup mesti diteruskan. Jadilah Assistant Manager terbaik.. Aku yakin, Arwah juga mahukan yang terbaik untuk Korang.

Tahun ini cukup menyentuh jiwa remaja riang aku. Kehilangan Nenek yang bertahun2 hidup bersamaku, kehilangan mak long sewaktu pernikahan cucunya dan kehilangan seorang junior di tempat aku menuntut ilmu. Tidak lupa Arwah Ayah, Perot dan Aidi.

Semoga tuhan memberkati insan2 yang pernah menyinari hidupku.

0 Fireback!:

Post a Comment