Selamat Petang wahai teman2yang mungkin sibuk mengunyah pisang goreng. Hari2 mendung ni kalau dapat pisang goreng pastu cecah ngan sambal kicap kaler hitam tu, memang syok.
Seperti biasa, tiada perktaan yang lebih sesuai menggambarkan hari aku di sini kecuali LEMAU.. pergh, cukup lemau. Lambakan kertas2 yang penuh dengan nota2 tidak terusik. Masih menggunung ibarat gunung Everest. Itu x termasuk draft paper yang masih belum di-hancuskan kerana mesin pengisar kertas tidak beroperasi.
Lupe pulak nak kabo kat anda semua, Minggu lepas birthday mummy aku. Mummy, Happy birthday. X dapat aku nak menyambut hari jadi beliau kerana aku berada di Penang. Aku balik hujung minggu lepas tapi mummy gi melawat cik Man di Sengapur.
Aku x banyak cerita nak dikongsikan. Terimalah komik 3 babak yang aku buat khas untuk Kak Dell yang sejak akhir2 ni gila nak makan kerang..
0 Fireback!:
Post a Comment