Sape tengok cerita In Time?? Pada yang dah tengok, korang prasan tak heroin yang bermata besar tanpa eye-bag tu pakai kasut tinggi sambil berlari2. Hebat kan?
Aku memang suka pakai selipar jepun 10 hengget dan juga snickers (ejaan tah hape2). Alasan? sangat senang nak bergerak. Disebabkan kemampuan otak aku x berapa stabil, maka badan aku pon x stabil.
3 minggu lepas masa aku sibuk ngan LSA, Qla tanya aku
"Babe, beli la heels..." fuh, soalan dasat. Dah berapa kali beliau menyarankan aku berhenti beli sandal cap buaya yang mahal itu dan beralih ke penutup kaki mencakar langit.
Aku beli, tapi tinggal kenangan la kasut tu.
Qla sangat gemar ber-high heels walaupon beliau dah cukup tinggi. Kalau disekodeng2, jenama pilihan beliau adalah Charles and Keith. Kemain lagi kan???
Design sangat cantik tapi aku masih belum dapat men-digest kepentingan ber-high heels ni. Kaki aku telah tercedera mase pakai kasut steel toe . X payah la aku nak mencedarakan lagi kaki aku yang macam kaki itik ni.
Kasut Kegemaran Qla (Pic from Google)
Harga kasut memainkan peranan penting terutamanya bila nak show-off kat kawan2. Tapi ni x bermakna kasut yang mahal tu best dipakai. Masa bulan march dulu, Dino bagi aku sepasang ballet-flat berjenama Crocs. Harganya sangat dasyat (Boleh makan 2-3 minggu). Tapi kasut tu berjaya mencederakan kaki aku. Kesannya masih ade lagi.
Setakat ni, jenama yang sedap untuk dipakai ialah
Kasut Keje: Bata, Crocodile
Kasut buat keje jahat: Converse, Everlast
Kasut gi tandas: Selipar Jepun (Tak tahu masuk kategori kasut ke tak)
Aku menyarankan korang beli kasut Everlast atau Converse sebab memang sangat selesa. Nak lari boleh, melompat boleh.. yang paling best, dapat elakkan kejadian terpelecok depan Lengchai hensem..hahaha
yang kasut hari tu ok pakai tak?hehe
ReplyDeleteokeh... tapi haritu berlari2 dalam kasut tu sangat sakit. Akhirnya pakai kasut sukan balik
ReplyDeleteCool and I have a dandy supply: Where To Start With Whole House Renovation split level home renovation
ReplyDelete