Followers

Monday, November 21, 2011

Tahniah Kerana Bersuara

Tambah satu lagi event dalam list aku bersuara. Rebel la konon, padahal kecut otak aku dibuatnya. Lepas makan tadi baru la dapat meluahkan ape yang terbuku dalam hati. Penat nak kumpul keberanian nak bercakap dengan orang besar.

Kali ni aku menggunakan pendekatan macam orang dewasa la konon. No drama air mata Nursalina today.

Keputusan? Masih dalam perbincangan memandangkan yang punya kuasa tiada di sini. Ade jugak suara yang memujuk supaya aku bertahan di tempat sekarang.

Dunia oh dunia... kenapa asyik aku yang tersepit?

Adakah aku ini penting atau sekadar insan lebihan yang ditolak ke sana sini? Kalau ikutkan hati nak berhenti jek tapi sape plak nak bayar COCO?

Ape yang penting, aku dah bersuara. Aku tetap aku yang dulu.

Seorang gadis yang suka bersuara walaupon hanya seorang insan kecil yang makan gaji.

Keadilan harus ditegakan. Dengan kuasa bulan, aku akan menghukummu! (ayat selermon)

Kalau ade kerje kosong kat area Melaka yang gaji seribu lebih, boleh contact aku. CV dah siap, tinggal nak print je.

To students out there, jangan ko ingat keje dapat duit ni best. Sangat x best okey... sila la enjoy selagi anda di kolej.

Adiosamigos!

0 Fireback!:

Post a Comment