Followers

Tuesday, November 8, 2011

Kebengangan Di Hari Raya

Salam Raya Korban semua,

Alhamdulillah, sampai juga aku ke KL dengan selamat. Jumaat lepas aku berjaya meloloskan diri balik awal. Sampai ke rumah mummy pukul 8. Masa tu Mummy sibuk buat kuih tart sebab Mak Cik Timah dari Singapore teringin nak makan.

Tahun ini raya biasa saja. Nenek pon dah xde, masak ala carte je. Tahun ini kami beraya di rumah Mak Kiah sebab anak beliau mengorbankan sekor lembu. Seperti biasa, aku yang takut duduk menyemak kat dapor ibarat ibu2.

Malam tu ade kenduri cukur jambul untuk 2 orang cucu Mak Kiah yang aku x tahu namanya. Don't blame me okeh.. Mummy ade berbelas adik-beradik lalu menjadikan aku hilang arah tuju nak menghafal nama anak sedara sendiri.

Semalam, aku terpaksa pulang ke KL sebab ade projek harus di settlekan. Project yang sangat super annoying iaitu KPI. Dari hari Jumaaat sampai la semalam HP aku x henti2 nak bunyi. Sape la yang Tettt sangat mendermakan no telefon peribadi aku kepada mereka. Pfftttt, sangat bengang.

Bila aku naik bas, ade seorang wanita endon or kemboja dok seat aku. Aku pon tunjuk tiket pastu boleh plak mangkok tu buat x tau. aku sangat bengang. Pak cik bas plak pakat2 buat x tau. Seat yang available hanyalah seat paling blakang. Sakit tulang belakang woooo.

Sampai ke Seremban, aku naik KTM ke labu. Ingatkan naik Coach wanita boleh la duduk, tapi sangkaan ku meleset tahap infinity. Ada lebih kurang 8 orang lelaki dewasa yang terang2 sudah mengalami mimpi kering berada di dalam coach tersebut. Yang paling hampir duduk di hadapan aku. AKu berdiri. Aku cuba buat muka bengang sambil tunjuk ke poster kaler pink kat pintu komuter. Lelaki itu terus buat muka dan tutup mata. Tido..

Siat giler kan????

Lelaki oh lelaki... Apehal la berlagak cam lelaki xde telur rebus ??

1 comment:

  1. http://sebabsayadamea.blogspot.com/2011/11/taggg.html

    miza, ni tag untuk kau. mel dengan eiya tak tag lagi kann. hiihihih.

    ReplyDelete