Followers

Monday, June 13, 2011

Roadtrip ke Pantai Balok , QTI + 1 tahun makan gaji

Morning muggles,

Nampaknya jalan dah sesak balik sebab sekumpulan parents yang bangun lambat sebab semalam layan tengok AF berlumba menghantar anak mereka nke sekolah. Nasib baik sampai ofis on time. walaupon bos xde, tapi aku ni kan pekerja cemerlang.

Ok, stop dis nonsense. Hari ni aku nak cerita pasal roadtrip aku & Tiqa Jjjong, QTI lesen kereta & dah setahun aku keje kat company terbaik dari ladang ni.

Sabtu lepas aku ngan JJong gi ke Pantai Balok untuk tompang sekaki buat kecoh kat majlis kawin En.H. Kami gerak dalam pukul 8.30 pagi. Sperti biasa, pakai baju matching kaler purple. Disebabkan aku ni still lesen Menglembu, Maka Tiqa terpaksa la drive sorang.

Dlam perjalanan tu, kami layan dengar HOT FM. KRU in da house la pulak. Kelakar giler dengar KRU buat counterstrike sesama dorang dalam konti. Kesian plak aku dengar Cik Yush kene buli dengan abang besar dan raja nasik tambah. Yang lagi kesian adalah beberapa bas yang membawa penyokong Ganu Kite tersadai di tepi jalan. Dah la kipas-susah-mati dressing cun giler. Awal2 pagi dah conteng2 muka.ish..ish..ish..

Sebenarnye aku ngantuk sebab pemandangan di tepi highway pantai-timur terlalu tenang. Tersengguk2 aku tahan ngantok. Bila kau sedar, terus sambung nyanyi. Tiqa plak bagi laser sebijik..

"ko x payah le coverline.. tetibe je sambung nyanyi"

Mianhe la Tiqa, aku ngantuk sebab malam hari jumaat aku buat concert untuk Cik Dino. Tu yang mata cam kene gam UHU.

Sampai kat Pantai Balok dekat2 pukul 1. Jejeng..! Masalah muncul.. Ktorang terlepas simpang nak gi rumah Cik H. Ape lagi, Tiqa pon gunakan teknik "superlong Reverse" kat tepi jalan besar. Panjang doa aku time tiqa beraksi. Sampai je rumah En.H, aku, tiqa, kak Mai dan rakan2 nya (dorang datang naik kete lain) terus serbu meja makan.

Nak dijadikan cerita, ktorang ni orang selatan belaka. kalau kat selatan, tempat duduk pompuan dengan lelaki campur je. Kat Timur ni kene asing. Kami buat xtau je sighboard yang ade gambor pompuan ngan lelaki tu. Ish, pepandai je bawak ajaran selatan.. pas tu, ade pulak makcik2 dan pakcik2 join sekaki iku style ktorang..hehe.. Sori En.H.

Tengah makan, pengantin pon sampai. En.H buat wedding simple je. Xde kompang, mercun papan CNY mahupon joget lambak (bagus tol! I likeee). Pas dah melantak ayan dah kuah masak lemak keladi (ye, keladi! Siap gadoh ngan GM lagi sebab mula2 ingat pisang), kami pon dok kat dalam rumah.. sempat la posing2 seround..

Posing dah cun, tapi gambar gegarrrr (kak Mai yang Snap)


Yang ni cun sikit la...




Selca jap..

Pas dah puas jadi model x bertauliah, jadi kaki sekodeng jap. mangsa sekodeng ialah Boss Jjong. Sume excited tengok boss dokong anak die.. so sweeeet. Ayah terbaik dari ladang la. Dalam pukul 2 gerak balik KL sebab aku ngan JJong memang ngantok giler.

JJong balik Labu, so aku balik sunway je la. Samapi Sunway, Eli baru nak masak. Penat aku buat bising sebab nak suruh Eli masak cepat Malam tu pekena sup sayur ngan sosej goreng.

Hari ahad pulak ade QTI untuk lesen kete. Cikgu aku buat lawa "awak dah boleh drift kan?". Harap maap la cikgu, saya ni awek sipot, bawak pon slow. Giler garang pakcik yang tengok Pre-test aku.. siap gagi 10 kesalahan. penat aku nak dengar ceramah die. Masa dah masuk ke Driving academy. Baaang! ade eksiden pulak kat driving school tu. Kete seorang cikgu yang tengah kuar simpang dihentak bas sampai berguling2 masuk longkang (serius betul cerita ni..) perlu ke ade eksiden dihari aku buat QTI ni. Trauma kete Kak Long landing atas tiang batu gate rumah aku pon hilang lagi..Chettt, wat saspen betol.

Wah, panjangnye aku meroyan hari ni. Dah le keje berlambak...

Sebelum chow, aku just nak share kegembiraan aku menyambut anniversary pertama menjadi AE kat Company Aliff bata.. Trimas everyone yang banyak menyokong kerjaya daku ini..

ADIOASAMIGOSSSS!

2 comments:

  1. ko skng dah btol2 nmpk more feminin drpd sblm nie..i like ^_^

    ReplyDelete
  2. @Ceria GurlzBiase la... bajet nak jadi ahli kumpulan feminin..hohoh

    ReplyDelete