Followers

Wednesday, December 28, 2011

Jerawat Berbisa

Hari ini aku kembali berkerja dengan tekak yang sakit. Semestinya mood sudah mencecah angka ZERO. Apatah lagi memikirkan ofis yang sunyi. Fuhhhhh..

Hari ni aku nak cerita pasal masalah jerawat yang membelenggu hidup remaja2 di dunia ni. Akhir-akhir ni jerawat tumbuh umpama kulat di musin tengkujuh. Jerawat kat muka aku ni bukan jenis yang besar2.... tapi jenis yang kecik2. Macam ruam....




Yang aku perasan, jerawat mula tumbuh dengan bahagianya bila aku start gain weight. Argggghhh... ni sume angakara McD, Ayam Penyet, Nandos dan rakan2nya. Salah aku jugak.... Tapi sebelum ni aku makan jugak makanan berminyak, xde pon jerawat.

Owhhh, mari kita shift the blame to something else... X lain dan tidak bukan:


Pencuci Muka 

Aku sangat malas nak cuci muka. Paling rajin pon 2 kali sehari, biasanya sekali sehari. Aku pon bukan rajin nak bermekap, jadi x kesah sangat kalau x cuci muka.

Empat bulan lepas, aku beli pencuci muka Safi Rania Gold bagi menggantikan pencuci muka Nivea yang aku guna bertahun2. Aku rasa kulit aku dah Kebal guna Nivea. Aku try pon sebab nampak Cik Mah guna pencuci SRG ni. Sekarang tinggal 10% lagi yang tinggal. Aku rasa kulit aku x serasi guna brand Safi kot...Asyik kegatalan je muka aku ni.

And, introducing my new best friend...

Baru 2-3 hari pakai. Jadi, x patut rasanya nak puji lebih2. Yang penting, brand ni memang terkenal sebab sesuai untuk mereka2 yang berkulit sensitif. Kalau sabun ni berjaya mengurangkan jerawat aku, aku akan tulis satu post panjang untuk promo sabun ni.

Akhir kata:

Majulah jerawat untuk remaja yang sudah mumayiz...

Monday, December 26, 2011

Year-End Review: Bubbye 2011

Tadaaaaa! Year end is approaching in a speed of light. Semestinya masa ni la nak ber-mood-swing (middle age crisis) mengenangkan diriku yang kian tua..heheh. Today, mari kita me-review my 2011 resolutions.


Last year beta upload kat FB

Review:

Target 1: Success.Berjaya dengan jayanya. Thanks to Secret Recipe for seducing me with their delicious cakes. Not to forget gerai ayam siber kegemaranku.

Target 2: Success. Semestinya.... 

Target 3: Errrrr... Boleh2 la.

Target 4: On-going. So, no comment.

Target 5: Success. Plus, i bought an oh-so-ohsome car for myself. He's so cute and i named it COCO.

I'm still thinking hard on my future new year resolution. Luckily I still have a few days to do so.

And now, let's review on UP&DOWN issues of the year

UP

1. New workplace
2. New house
3. Manage to get driving license & a car
4. Owhsome bonus.. $$$$$$
5. TTB Goes to Sabah after tonnes of crisis
SUPER UP: Cik Mah and my sis are engaged. of course, not to each other.

DOWN

1. Anniversary nightmare
2. Awe-fool birthday
3. Scratched COCO in less than 24 hours driving it
4. Baby Q R.I.P
5. Nenek & Mak Long meninggal

Tapi secara overall, it was a good year for myself. Alhamdulillah.

Rasanya dah banyak sangat membebel. So, masa untuk puteri tidor untuk beradu. Bubye...


Thursday, December 22, 2011

Dilemma...

dilemma (Greekδί-λημμα "double proposition") is a problem offering two possibilities, neither of which is practically acceptable. 

or



I love and I need you

Nelly, I love you, I do

Need you



Eve fellow mortals! This handful chick is back to office. Nothing much to say since I'm still in hibernation mood. Hey, it's winter... Biasa la kalau anak beruang nak tido.




Anyway, my spesis Dino a.ka DingDong is coming back! Yay.... Pororo I'm is extremely happy.




But wait.....

OMG, I HAVEN'T BROUGHT OUR ANNIVERSARY GIFT..



Grr, I'm dead. Seriously?



It's not the first time i'm buying gift for him. Yet, i have no idea since he has everything T_T

1st Anniversary: Casio's Couple Watch
21st Birthday: Wallet and Belt (Leather) + Sandal
22nd Birthday: BUM's Shirt and Jeans
Raya Gift: Travelling Kit (personally packed by me)

Argghhh, It's hard to buy present for men because they are soooo... complicatedly SIMPLE (ade ke perkataan ni?)

Any idea, guys?

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wed 211211

Me n my cousin... Before college

Tuesday, December 20, 2011

Drama Review: Soda & Iced Tea

Siapa kecik2 dulu suka tengok drama thailand?Sila angkat kaki! Ehmmm, ade la dua-tiga kerat.


Semenjak ade certa korea ni, x ramai yang nak layan cerita thailand. Koorang tau x yang hero thailand sebenarnya lagi hensem? Muka realistik sikit.. Nampak macam melayu.


Beta masih dalam mood bercuti. Jadi, masa yang terluang dihabiskan dengan menonton drama thailand yang lama x disiarkan kat TV. Bias betol la.


Drama Pilihan: Soda & Iced Tea.


Ceritanya berkisar mengenai hubungan Atom dan Pattaya (serius lawak, nama hebat!). Atom ni seorang chemist yang giler bijak. Muda2 dah dapat PHD. Pattaya plak dah macam Goo Junpyo version thailand yang suka enjoy memanjang.


Disebabkan tekanan keluarga yang melihat mereka2 yang senga ini tak kawen2, ATom dan Pattaya register kat Agensi carik jodoh (secara rahsia). Secara kebetulan, dorang dipasangkan. Disebabkan family Atom ni nak menantu yang terhebat, maka Pattaya terpaksa mencipta identity baru. Seorang mamat genius bernama Pattana. Atom pulak menjadi seorang awek jelita yang langsung x nampak macam nerd, bernama amy.


Mula2, dorang sangat annoyed sesama sendiri. Wajib la kan, sebab drama asia memang macam ni.Lama kelamaan, mereka jatuh cinta dekat personaliti yang asal. Apa akan jadik bila dorang kantoi?


Sila tengok sendiri kat SINI.. Ada english sub.


 The original Thai Prince

Nichkun is Mad????

Ape-apehal pon, MAJULAH DRAMA ASIA UNTUK DUNIA!!!

Buzz Off

Tadaaaa!


I'm back from family vacation which was incredibly awesome. Except for the part that my brother decided to stay at home because he thought that we went to a day-trip (pergi pagi balik malam). Semestinya beliau terpaksa berlapar selama 2 hari sebab xde orang nak bagi makan. Serve u rite dude...


Anyway, i'll not post my camwhoring session now sebab nak simpan sikit untuk esok. I'm still tired (wasted) after hours of soaking me old-woman body in sea water. Plus, my skin is back to it's original colour... Dark chocolate (100% cacao). Nampaknya, kena la start pakai whitening cream lagi.


Another thing, today is the first day i drove COCO to shopping mall. So proud of myself... terpaksa puji diri sendiri sebab xde orang nak puji. Aku pergi tengok wayang dengan kakak aku. The movie was so-so. It's about chipmunks. What more can I expect? Nak lagi best:

DURING THE OPENING ADS, SOMEONE STEP ON MY FOOT.. YUP, THE ONE THAT HAVE HAEMATOMA! THE HALF-BLACK TOENAIL!


STEP IT HARD!!!!




yang peliknya, bukan rasa sakit pon, tapi rasa geli (huhhhh?). Macam ade semut merayap kat bawah kuku. Sekarang ni pon terasa lagi kegelian... grrrrr.




I guess i'll be sleeping with a huge smile on my face...sebab tahan geli.


Till then.. chow!

Friday, December 16, 2011

Dell, asalkan ko bahagia...

Pantun untuk Dalila,

Kebahagiaan adalah hak milik setiap insan:

Kalau dah kaya beli la rumah,
Depan rumah letak buaian,
Dell dan J dah buat drama,
Sampai x larat aku nak layan

Orang kaya jual rambutan,
Pow rambutan di rumah jiran,
Dell single jadi rebutan,
cepat pilih mana berkenan.

Makan rambutan dengan durian,
Jangan sampai tercekik daun,
Kalau J jadi pilihan,
bercuti free setiap tahun.

Peah dan Eli lawan bergaduh,
Atiqa dan Miza tumpang bersorak,
Hak tuhan penentu jodoh,
Kalau dah takdir x dapat ditolak


Kawan2 jangan berlawan,
beargurau senda biar meriah,
Pantun diatas sekadar gurauan,
Tiada niat mengundang marah

Lautan sanggup direnangi?

Ko miliku??? terharu.....

Post ini sekadar gurauan. Kalau nak serius, boleh baca blog Serius.





The Zon - Part 2

Hari ni xbanyak benda nak cerita. Kebetulan plak Syafiq upload gambar LSA. That's it.


Layan je la gambar2 ni..


Going green

I look freakin old

That baby is actually 6 months old.. SHe's so tiny

Our corporate look

I'm bout to cry..mummyyyyy!

I'm sulking like a kid.. big nose!

I'm fat... am I?

I like this pic.. coz i look much slimmer. Konon la.

Cool guys from Sepahtu

Deadly happy face of kipas-susah-mati
I just love Jep

Sooo..happy

Grinning like an idiot

With the ever-so charming Hattan

hahah.. teruk betul muka aku.

Thursday, December 15, 2011

Mari Meneka DinDong!

Sila teka yang mana satu DinDong...


Hint 1: He's over-reacting...


Hint 2: He's not the tallest guy i ever met...


Hint 3: He was not aware of the camera.. SNAP


TADAA!!!!!!!!!!!!

He's is Sexy.......yup, my honeybun  is a model



Note to My Honeybun: Bro, saya amek gambar ni kat FB si Naim. Blame it on him for exposing your internal sexy-ness to public. I just want to promote u in my blog. Balik la cepat!

Celcom Oh Celcom

Selamat berpuasa sunat,


Pagi ini hati berkecamuk. Rase kebengangan menusuk arteri sehingga menyebabkan rasa senak perut yang teramat mendalam. Sila salahkan CELCOM kerana gagal memberi khidmat yang baik untuk pengguna2 di Sabah.


Semalam, berpuluh kali DingDong gagal menjawab call aku. Tanpa bunyi tettt..tettt..tettt, terus ke mailbox  voicemail. Aku sangat pasti yang CELCOM akan menjadi dalang pergaduhan seterusnya.


Akhirnya, dapat jugak DingDong call aku balik. Tapi masa tu dah pukul 4 pagi. Confirm la aku dah layan lentok atas katil.


Semenjak aku pakai henfon ni, aku hanya pernah pakai MAXIS dan CELCOM. Aku sangat menyampah dengan charge MAXIS. Tambah plak dengan sms iklan yang bertimbun2 saban hari. Lepas tu aku switch pakai CELCOM. Alhamdulillah, ade line CELCOM kat Carey Island.


Dah 2 tahun DinDong kerja kat Sabah, tapi line CELCOM x elok2 jugak. Kadang2, baru cakap 2-3 patah, connection takde. Arghhhh, ntah hape2 ntah.


Kalau aku kutuk secara marathon pon belum tentu line boleh jd elok. Sabar je la...


Sebelum aku chowsingsing, aku nak ingatkan pada mereka2 yang suka buat Open fire kat KL:


JAGA_JAGA LA BILE BAKAR SAMPAH. INCOMPLETE COMBUSTION AKAN MENGHASILKAN ASAP HITAM. KANG X PASAL2 KNE SAMAN DGN DOE



P/S: Xde cadangan nak teukar line lain...

Wednesday, December 14, 2011

From Sunway with Love

Hari ni jogging balik rumah sebab JJong xde. Saja tangan ni menggatal nak amek gambar samabil berlari.


Gilo? Haha.. memang






Haha, inilah kegunaaan ade blog.. boleh mengarut sesuka hati.


Peace out!

Mari Bercuti!

Salam,


Hari ini dimulakan dengan tersenyum melihat meja yang ibarat pulau kena serangan bom. Bila la aku nak start packing barang2 yang xperlu pastu hand over kat orang yang berkenaan.... Forget it!
Sebenarnya aku nak cerita perihal cuti. Bagi orang yang berkerjaya, pemilihan masa untuk menggunakan cuti tahun amat terlalu penting. Xnak la nanti bila anak bercuti, mak bapak kena kerja plak. X syok oooo.


Lain plak yang terjadi dengan aku yang sibuk menghabiskan cuti tahun yang masih bertimbun tatkala cuti oranag lain hanya di celah gigi. Kalau aku cuti straight sampai tahun baru pon, cuti aku ade lagi. Hebat x? Aku bukan la rajin benor bekerja, tapi bila aku nak cuti je ade kerja urgent. Annoying giler.


DinDong pon xbalik bulan ni. Cuti tahun di carry-forward. Cuti umrah katanya. Alhamdulillah.


Yang Kuning2 tu hari aku xde kat opis...






Nampak gayanya, terbakar (burn) jugak la cuti tahun ni...


Cuti kengkawan aku, si Eli ngan Cik Mah dah tinggal sejemput. Kesian, busy prepare nak kawen le tu. AKu, JJong ngan Dell boleh enjoy cuti2 Malaysia.


Apa2 pon, yang penting dapat balik mengular di rumah mummy. Yahoooo.. xpayah masak!

Tuesday, December 13, 2011

Dunia Dipenuhi Gadget

Salam,


Pagi ini diteruskan debgan memprocess loan pekerja dan menyemak invoice training yang masih terbengkalai selepas seminggu berjalan-jalan. Aku paling menci melihat lambakan kertas yang tidak berfail. Makin bersepah meja aku ni.


Sempat jugak melihat gambar kat The Zone kemarin. Gambar guna hp je la. 


Henpon je? DSLR xde ke?... Ye, aku masih menggunakan HP dan digital camera zaman tok kadok yang menunggu masa nak terbarai. Aku penggila henfon tapi x de la kerap sangat bertukar-ganti. Rasenye dah lima nam kali jugak bertukar. Sikit je kalau nak dibandingkan dengan budak2 zaman sekarang.


Gadget yang aku ade sekarang:


Samseng Galaxy S II yang dibeli sbg hadiah ulang tahun bekerja

Samsung ES60 yang dibeli masa jaga kilang
(dah rosak dan dah direpair semalam)

Asus43S, replacement for BabyQ

And

Nokia 5800

Sekarang, kiri-kanan orang pakai DSLRla, Handycam HD la... AKu ni seorang pekerja swasta yang menyewa sebuah apartment, masih perlu membayar hutang kereta dan PTPTN serta gemar splurge on makanan mahal. Xmampu nak nak beli gadget mahal2. Yang ada pon dah kira OK.

Tau x korang yang korang boleh mencantekkkk kan lagi gambar yang korang amek guna kamera cap samseng (seperti aku) dengan menggunakan perisian percuma. Anda boleh, kalau rajin...

Before

TADAA!!!!!

After..

AMACAM? ADA GAYA X?

Sungguh Perasan....

Monday, December 12, 2011

AMIRA AFIQAH: Kpop Fan VS Kpop Anti

Salah ke kalau aku cakap aku suka tapi aku benci pada KPOP.

My blogwalking routine starts by visiting my fav KPOP site:


I really enjoy asian-oriended pop culture and KPOP is one of my biggest obsession.

 I don't see why KP fans feel offended whenever they saw negative comments on the KPOP stars... Why...oh why...Aku rasa sangat normal kalau ade yang xsuka artis. Like how I hate Lindsay Lohan... but I have to admit that she have lots of talent.

Bukti yang aku ni Jekyl N Hyde:

1. I really love HYUNA in WG but I hate Bubble Pop's Hyuna


2. I love SUPER JUNIOR but I think they are better without Ki Bum


3. I love Park Bom's voice but not her surgery-went-wrong face


4. I loveeee SHINee but their LUCIFER concept is obviously freaky


5. Hara and Sohee's voice are awwwwwful but cute for aegyo ad-libs


6. TVXQ's Yunho dresses like GAY, occasionally.


7. Nickun make a good Thai Prince but he will only and always be the FACE of 2PM. Not the voice


8. 2PM Chansung do look like shaggy...or sometime horse


9. I rather smash the radio than listening to T-ARA's live Rolly Polly

10. SNSD's shorts are getting shorter by day..



BTW, ade sesiapa yang baca pasal Amira Afiqah. Rupanya, beliau adalah sedara kepada Hazry. Aku sangat tidak faham dengan tindakkan fan KPOP yang menyerang beliau kerana satu salah faham. Seorang mahluk telah mempergunakan identiti Amira dan telah menulis mengenai KPOP, in a negative way.


Yang lagi aku x faham, peminat KPOP ni dah macam orang giler mencarut2 kat ruangan komen. Kalau ye pon marah, x payah la nak middle-finger, F-word bagai. Cakap elok2 sudah la.. Hebat jugak budak2 zaman sekarang ni mencarut. Terkesima aku melihat komen2 dorang..Tapi grammar hancusss.. lagi teruk dari aku yg memang teruk giler.




You don't right???? hmmmm, F.A.I.L....

Aku menulis bukan sebab nak ramai follower or ramai pengomen. Aku just x suka dengan teenages yang sangat suka buat cyber bully. Sangat x matang lagi bergaya.

BTW, aku baru je gi amik tiket FT Island Play Concert kat KL bulan depan. X sabar nak pergi! Thanks to Dell sbb sanggup teman aku tengok concert kali ni.





ADIOSAMIGOS!!!