Followers

Monday, May 23, 2011

Aku Gemuk????

Beberapa malam yang lepas, seseorang bergelar Aliya Nabila terlah mengeluarkan kenyataan pedas berbunyi:

KO DAH GEMUK!!!!

yep, ko diatas ditujukan kepada saya yang masih mampu memakai jeans saiz 27 (kalau tarik nafas, 26 pon muat lagi). Sungguh terkesima daku dibuatnya...

Mungkin Doa spesis Dino terkesan..perghhh, masin giler mulut pakwe aku ni..

setelah berkira2, baru aku perasan yang 1 hari aku boleh consume up to 2500 kcal (tidak termasuk mentos, ceklat dan jajan2 opis yang lain). Sila note yang ideal calorie untuk perempuan is around 1940.

Tapi kalau aku dah gemuk... knape aku still boleh pakai baju saiz xs lagi?

Theory 1: semua lemak naik ke atas dan berkumpul di pipi aku yang dah macam pau ayam ni..

Theory 2: Lemak2 pakat ramai2 bermastautin kat mata aku dan menjadi penyebab pembentukan eye-dumpling

theory ke 3: kengkawan aku jeles tengok aku makan tanpa rasa bersalah.

Hmmm, penat nak fikir...

Bercakap pasal fikir, mulai hari ini saya berjanji untuk membuat latihan minda secara intensive. Mungkin korang susah nak percaya tapi suatu ketika dulu, aku boleh tau content buku yang setebal kamus dewan tanpa perlu menghafal.. Tapi disebabkan aku ni terleka jap ngan hiburan duniawi, super power aku dah hilang.. mungkin Sylar yang tapow kot.

Penyakit pelupa aku telah menyebabkan Spesis Dino selalu naik api (sebab die xleh naik angin). .. mana xnye, sampai aku kene buat journal untuk tulis semua benda.. kira tahap dasyat la ni.

Bukan setakat tu je, aku ni ade perangai berfikir outside the room which means overly beyond the box.Kira dah sampai tahap boleh geng dengan Pakcik Sheldon Bazinga (kalau x tau, sila google..).. Xpasal2 kene fire ngan spesis Dino.. terbakar dah rambut aku.

Aktiviti warm-up otak hari ni ialah cubaan menghafal nama sume exec upstream company aku. Bayangkan sebuah bilik besar dikelilingi file berwarna putih. Mungkin experimen ni cam mengarut tapi x rugi pon cube..hehe.. Spirit went wild!

Dah la, file putih dah memangil.. baik aku utilize hari boss xde dengan membuat kerja2 remeh kat opis ni!

Adios Amigos..

A/N: taubat jap dengar ceramah ustazah pasal amalan anak yang soleh time kelas tahfiz tadi.. giler sentap!

0 Fireback!:

Post a Comment