Followers

Wednesday, May 18, 2011

Aku, Sunway dan TTB

Selamat kembali ke tempat kerje Muggles!

pagi ni mesti korang pon macam aku. Rasa macam nak seret badan bangun pagi. Tepat pukul 5.50 pagi, aku menjalankan tugas harian sebagai Jam loceng kepada Spesis Dinasor. Ish, susah pulak pak cik ni nak bangun. 5 kali call pon x bangun. Letih sangat kot? Semalam pukul 11 baru balik dari kerja.

Memandangkan sekarang aku dah bermaharajalela kat HQ, boleh la amik public holiday. Cuti umum mestilah digunakan sebaik-baiknya untuk menggalakan pertumbuhan otot2 badan. Cara yang paling praktikal adalah dengan berguling2 sehingga xlarat nak tutup mata lagi. Hehe, anak dara ape la ko ni..

Tengah hari, aku keluar melawat tapak kat Sunway Pyramid. Rasa macam dah xde ape yang best kat sunway ni. Aku ngan Tiqa pon dok melepak kat food court Jusco. Kuey Teow kat situ serious x sedap. Sangat Kechiwa... nak bagi sedap, aku pon beli la ayam kat Jusco.

Ni nak pesan sikit:

Express Counter at Jusco is available for customers with 8 items to be purchased only.. Not 9.. not 10..

Memang terbakar aku tengok uncle tu. Siap nak gaduh2 ngan cashier sebab barang die 10. Sampai kat meja, Tiqa dah habis belasah nasik goreng die. lepas dah makan, aku pon sambung berguling2 lagi.

Tetibe aku ternampak si Tiqa berchit-chat ngan Aliya

"Aliya nak jumpe" kabo si Tiqa.

"Kol 7 confirm la x bleh.."

"weh, kol 7 kami nak g dating" Tiqa cakap kat Aliya.

"ko nak dating ngan sape?" Aliya wat muke terkejut (aku x nampak...)

"Aaron aziz"

"Chesss.." Aliya bengang.

Sorry la Aliya, ktorang x bleh nak skip tengok citer pak cik ensem tu. Pukul 8 baru la ktorg g jumpe Aliya.Semestinye kat Sunway Pyramid. Kitorang main game "Sape Jumpe Aliya Dulu Die Menang".. Sekodeng punye sekodeng..

Aliya yang jumpe ktong dulu. Cam biase, Aliya bawak sekali adik ipar ktorg Si Apis. Cemburu siot tengok Aliya dah kurus sikit. Dah x berlemak sangat. Memandangkan petang aku dah makan makaroni, aku just order Fries kat MCD.

Dah lama x jumpe, banyak la yang dikarutkan. Topic terhangat mesti la pasal KPI and bonus. X sabar nak bonus. Dulu kalau jumpe mesti cerita pasal nak enjoy. Sekarang, citer hal keje. Aku memang bangga giler at Aliya yang sekarang dah jadi AE yang hebat. Dah pandai hayun senduk pukul bola pulak tu..hebat..hebat

Time ni aku still kurus lagi..heheh

Aku x tahu ape akan jadi 4-5 tahun lagi. Bulan 7 ni genap 4 tahun aku kenal geng-geng TTB. Aku plak x pernah berenggang dengan Tiqa. Mesti boring giler kalau dorang xde.

Prediction aku untuk geng TTB (dalam 7-8 tahun lagi)

Aliya: Mungkin dah jadi manager perempuan pertama kat Mill. mesti steam cert dah bersusun kat rumah die. Mungkin jugak die keje ngan abah die sebagai manager restoran. Boleh la aku makan free. Petang2 mesti sibuk ajar anak main golf.

Eli: Mesti anak die dah bersusun. Anak die plak mesti gangster cam mak die. Time tu, mesti anak die ngan anak Aliya bergaduh kat sekolah tadika. (Battle sape lagi pandai..)

Atiqa: Tiqa akan stay cool menjaga tanah jajahan die. Aku plak akan jadi sidekick yang setia. Tiqa, sila berusaha untuk menakluki alam semesta! Silap hari bulan, Tiqa dah jadi Vice President, siap bawak backhoe masuk kilang (aku plak tolong bentang red carpet)

Zemah: Anak die mesti dah masuk sekolah rendah. Confirm budak tu jaguh pidato or syarahan kat sekolah. Like mother like son la... Zemah plak mesti time tu sibuk mengaudit kilang2 diseluruh negara sambil mengaudit keje sekolah nak die.

Farah: Mungkin dah jadi wartawan Kpop separuh masa. Siang hari plak sibuk jaga Heavy machine.

Aku: Ntah... mungkin baru habis degree time tu. Insyaallah kalau ade rezeki, boleh jadi Osh Officer. dapat la kumpul duit untuk bukak tadika sendiri. Mesti best jadi Sensei sekolah tadika.

Semoga masa depan aku secerah lampu LED kat I-city. Amin




0 Fireback!:

Post a Comment