Followers

Monday, August 15, 2011

Kerana Aku COCO Cedera


Salam,


Mood: Depressed tahap Gaban.


Kini, daku dah berkereta..Yabedabedu (Ayat orang kemaruk dapat barang baru). Sabtu lepas aku dah menjemput ahli baru kelaurga kami, Si Saga berwarna kelabu (kekadang nampak cam cekelat) di kedai kereta.

Ku namakan si Saga itu COCO sebab kaler die cam cekelat sikit. Dengan adenye si COCO, terubat rindu aku pada Baby Q (lappy aku yang tersadai di bawah katil) dan Baby Blue (yang kini menjadi tunggangan En.Husaini). Sob..Sob


Trimas kepada BOB yang sudi mendahulukan duit bonus 500 beliau untuk memasang Tinted dan juga safety lock untuk adik beliau yang tengah sesak ni.


Disebabkan skill memandu aku ni baru tahap beginner, BOB la yang bawak COCO balik. Mase sampai rumah, Mummy ngan adik2 semangat nak tengok sebab mase aku buat order dorang x ikut. Kesian pulak kat pikachu sebab xde mase hari sabtu tu sebab Baba Ijam die bawak pergi shopping raye.

Sabtu malam tu, BOB dengan kijamnya membuli aku. Aku dah la x biase bawak kereta, apatah lagi bawak kereta yang besar gaban ni. Siap suroh aku ronda2 kat Ayer Keroh yang ramai orang sebab sume sibuk membeli-belah kat Mydin. Mesti ramai yang menyumapah aku malam tu.

Esoknya, berlatih lagi, kali ni kami gi Stadium Hang Jebat. Banyak jugak orang berlatih bawak kereta (tak terkecuali abang2 yang makan dalam kereta). Banyak jugak si BOB membebel. Aku rasa cam dilatih untuk menjadi pemandu F1 sebab x abes2 suroh aku bawak lelaju.


Sampai kat depan rumah, BOB suroh aku parking kat dalam. Aku dah KETAQ tahap cipan sebab entrance sangat narrow. Die suroh aku tekan break, aku terlajak tekan minyak..




Kreekkkk, Selamat sudah...


COCO telah cedera. Telinga kanan COCO nyaris tercabut...





Bayang orang kat cermin tu bukan aku..hohoh


Buat masa ni COCO diletakkan dibawah penjagaan family aku di Melaka. Nanti bile aku dah OK, baru bawak balik KL.



ADIOSAMIGOS...


2 comments:

  1. seronoknyaaaaa ! kak, letak laa di bawah penjagaan kite. confirm dye sehat sentiasa. hehe, kat rumah ni asyek berebut dgn papa je. tension, haha. ;p

    ReplyDelete
  2. @rena.Haha, jangan merayap.. dok umah pastu buat kuih banyak2. Nanti sedekah sikit kat penthouse bujang akak nih..

    ReplyDelete