Hari ni, aku berseorangan ke opis kerana Cik JJong demam. Kesian die. Lepas belasah Pizza Meat Mania semalam, aku sebagai housemate yang baik gi meneman JJong ke klinik jang x jauh dari penthouse. Nak dijadikan cerita, tunggu doktor sejam (walaupon klinik kosong...) pastu jumpe doktor 5 minit. Nak kate doktor gi sembahyang terawih..HARAM. Die hindu... Sangat bengong.
Hari ni, Nyaris2 aku terbatal puasa walaupon baru pukul 11 pagi. Weh, ape kejadah banyak sangat keje ni. Aku ingat dah x jadi assistant manager x payah la buat keje banyak2, ni dah tahap gunung Kinabalu dah ni. Dah cascade kat orang lain pon jadi banyak lagi.
Otak dah la kekurangan glukosa semenjak x mengunyah candy dalam ofis. Tenaga pon dah sampai tahap slowpoke, camne la beta nak menyelesaikan amanah boss ni....
Sume file dalam office nampak cam kek...
Ya Allah, kurangkan la beban keje aku ni...
Next two week aku ade seminar lagi. Yang paling kurang ajor, sampai pukul 5.30. Tunggu bas kat venue 10 minit, Naik bas gi bangsar 20 minit, tunggu bas kat Bangsar 10 minit, Naik bas balik rumah 20 minit, jalan kaki 20 minit... pukul brape aku nak berbuka. Mentang2 trainer die bukan islam, kemain lambat habis seminar.
Perasaan nak marah kian membuak....
Memandangkan internet bagaikan sipot sedut kurang oksigen, aku stop kat sini. Jumpe lagi malam karang.
ADIOSAMIGOS.....
0 Fireback!:
Post a Comment