Followers

Wednesday, November 19, 2014

32 Weeks: Menyiapkan Beg Kecemasan (kot2 baby nak keluar awal)

Ade lagi lebih kurang 8 minggu nak bersalin, lambat lagi tu... tapi kalau tengok tahap memboyak perut aku dah mengalahkan nak bersalin esok. Sedar x sedar dah nak hujung bulan sebelas. Busy dengan orang kawen masa cuti sekolah, laki aku nak exam lagi so daku rasa elok gamaknya kalau aku menyiapkan beg sepital. Ye la, aku kan travel dari Kuala Selangor ke Subang tiap2 hari. Buatnya tiba2 ODW nak gi keje nak terberanak, xde la gelabah laki aku nak pack barang. Lagipon aku takut, lain yg aku pesan lain pulak yg sampai.

Malas nak snap gambar sebab bag nye huduh benor. Boleh x aku nak utilize wovenbag FabulousMom jadi emergency bag. Cheapskate sangat.

Untuk Diri Sendiri
1. Tuala Kecik - Nak lap2 muka or buat gigit masa nak meneran
2. T-Shirt & Kaian Batik - Dah la bawak t-shirt company sebab t-shirt lain sume dah x muat. Kain batik bawak sehelai je sebab ni bag nak masuk LR. Bag warding aku buat asing.
3. Stokin - Beli yg tebal sikit kat Tesco. Ade corak riben bunga. RM12 dapat 3 pasang.
4. Nursing Bra - No underwire. Beli masa expo haritu.
5. Disposable Panty - Beli 2 pack tapi yg masuk dalam bag ni 2 helai je
6. Maternity pad - Untuk menadah gerimis..LOL. Letak 2 keping dalam ziplock bag. Pack besar masuk dalam beg satu lagi
7. Sweater - Orang baru bersalin kan senang masuk angin
8. Tudung Express
Extra: Buku Merah, IC kerakyatan, buku yaasin, air minum

Untuk Baby
1. Blanket
2. Newborn diaper - sample saiz S huggies ade 4 keping/pack
3. Onesie lengan panjang cover kaki bercorak dinosaur + Bonnet + Mittens

Baju baby x masuk dalam beg lagi sebab masa tengah sibuk konon-konon nak basuh tu PIL datang rumah. So, weekend ni baru nak basuh baju baby.

Kalau tengok barang2 yg aku beli, mesti korang xdapat nak agak aku dapat baby ape sbb semua kaler neutral gituh. Ntah la, aku one of those mums yg x berkenan dengan peraturan Biru/Pink untuk babies. But at least No Yellow. Orang kate nanti senang kene jaundice. 

Okey, dah habis pasal beg beranak. Sekarang nak update progress baby

FM: Teramat aktif dan semakin aktif bila mommy berkerja di opis. Bergelora perut mommy ibarat ombak rindu

Physical Changes: Stretch mark makin mengganas dengan kaler merah mengelilingi perutku. dah macam belang rimau k. Padahal aku rajin je tonyoh  cocoa butter & VCO. Dah la gatal pulak tu. Sekarang aku bantai tenyeh calamine lotion nak kurangkan rasa gatal. Less muscle cramps, more back ache, more sleepless night. X lupa juga kadar pertumbuhan rambut yg tinggi.

Berat: X naik banyak for the past 2 weeks which is great. Xpayah la aku nak berdiet bagai

Cravings: Cheesecake and anything extra greesy (Pizza, onion rings) & sambal telur

Rate of urination : Moderate & toleratable. Except for tingling at my lower part. MIL kate mungkin sebab kepala baby dah kat bawah & rambut baby yg buat rase geli-geleman tu muncul

Okeh, that's it. Nanti aku cerita2 lagi...

Wednesday, November 5, 2014

Mom & Baby Expo @ IDCC

At last, tertunai juga harapan nak menjelajah baby expo.

Mula2 silap date sbb ingatkan expo tu masa cuti awal muharram. Rupanya dari 31st Oct to 2nd Nov. Malas nak paksa2 Dindong pergi sbb sbg istori nan solehah, harus lah memahami kesibukan suami kan...hoho. Masa dok kemas barang nak balik Nilai, Dindongie bersuara "Nak gi expo tu x?". Harus la mak berguling 360 darjah atas lantai.

Sila jgn guna waze bila nak gi IDCC sbb ntah mana jalan si waze ni bawak. Better route leh save 2 minit konon. Padahal boleh je lalu federal highway kot. Xpasal2 macam-macam tol kena bayar. IDCC ni bangunan baru. So, eskelator pon x function lagi hokey.

Masyarakat yg berkunjung punye la ramai. Gigih dorg tolak stroller kat lane yg sempit, harus la mak buyong hembus nafas nak bagi perut kempis. Kalau nak cerita every booth payah, so aku citer booth yg aku terjah la ye

1. Registration (hall 1) & Redemption (hall 8)
Daftar nama pakai IC, like page pastu dapat kupon goodie bag. Dalam goodie bag tu ade Enfagrow (3 kotak kecik), mee sedap cup, ngan mug. Dapat sample huggies newborn 4 keping ngan size s 2 keping.

2. Peekaboo
Dindong mengushar stroller halford. Akhirnya dapat tengok live display unit s* yg menjadi idaman hati. Memula tu DD confuse samaada nak ambik S8 or combi sbb beliau sangat berkenan dengan combi yg ringan & senang nak lipat. Tapi harus la wifey yg kedek menghasut beli yg murah. Nak bayar pakai debit card, line xde plak. Kehulu-kehilir la adik cashier tu bawak mesin card credit tu. Risau jugak kot2 harga kat Fabulous Mom lagi murah, rupanya lebih kurang je. But at least dapat la ktorg pegang2, tolak2 stroller tu sebelum beli. PR promoter kat sini baik giler.. layan je Dindongie bukak tutup stroller tu doploh juta kali.

3. Drypers
Ramai betul yg serbu. Lepas disogok-sogok promoter akhirnya beli jugak 2 pack newborn ngan 1 pack s. Pakej RM 78 dapat free tuala sehelai. Bila balik nyesal plak beli newborn sampai 2 pack. Xpe, nanti leh derma kat si Mai ke hape.

4. Bornda
Tinjau2 set Spa & Ma, skali dorg ade jual loose items. Melonjak ke langit tujuh la mak buyung. Ingatkan nak beli tungku tanamera, tapi rase cam ringan sangat. Skali ade tungku batu sungai + Herbs brand Bornda. Harus la masuk cepat2 dalam bakul. Disamping tu beli Pilis Spa & Ma, Jamu Spa & Ma, Feminine Wash Tanamera ngan Krim Telon Tropika. Harga barang pon murah sikit dari beli online plus jimat kos penghantaran. Total terbang RM 182 tapi bayar RM180 je. Murah hati brader tauke tu. Ke husband tauke??

5. Autumnz
Harus la aku bersesak2 jugak kat sini. Murah kot.... comfy nursing bra unwired baru RM 20 sepasang. Kalau beli 3, dorang jual RM 57. Memang nak beli 3 je pon sebab dah beli 2 keping kat FM bulan lepas.

6. Carrie Junior
Sebab teringat kat haruman anak sedara yg mak tolong jaga dulu. Beli Top to Toe wash botol besar dalam RM 16 ringgit. Malas nak beli body wash & shampoo asing2 untuk baby. Nanti penuh bakul. Dapat free body lotion botol kecik. Pastu beli baby powder 2 botol. Knape 2 botol? sebab bapak budak pon nak pakai baby powder.

7. Kedai jual baju tah hape brand
banyak sangat kedai jual baju murah2. Boleh naik giler tau harga dia. Tapi qualiti xleh nak jamin la. AKu beli 5-in-1 newborn set untuk anak sendiri ngan Kak Ruby. Untuk anak sendiri harus la corak Dinosour kaler cream. Beli satu RM 50, kalau beli 2 RM 90. Dalam set tu ade onsie + romper xde kaki + selimut + topi + Mittens. Kira set ni bleh bawak terus gi sepital la.

Apsal nampak sikit pulak barang??? padahal penuh satu bonnet. Ye la, bonnet Myvi je pon. Harus la penuh. Maka dengan pembelian kali ini, 90% persiapan baby dah siap. Alhamdulillah.. tinggal nak beli bakul pastu kemas barang2 nak bawak balik kampung nanti.

Mahaap la ye... entry xde gambar sbb mak buyung xkemas barang lagi. Adios!

Friday, October 31, 2014

Shopping kat Manjaku Baby Mall

Sabtu lepas giliran balik Melaka, kebetulan pulak Dindong cuti awal muharram. Dapat la balik awal sikit pastu gi kenduri kat kampung ayah. Ngah sibuk2 nak balik tu, Kak Long cakap "Jom gi Manjaku Mall tu... ktorg nak bagi hadiah kat baby. Bajet RM***"

Yes, mummy mmg sukaaaaaa sgt hadiah free. Murah rejeki ko anak!

Tinggallah laki aku berguling di rumah mak. Sian dia, penat keje shify malam. Aku pon gi la Manjaku Mall kat Taman Satu Lagenda kat belakang tesco melaka. Berpinar2 mata mak melihat banyak benor brand terkemuka kat dalam kedai tu. Dr. Brown, Graco, Tommee Tippee suma ade woo.

Aku decide nak cari car seat. Dah berkurun survey carseat. DD lagi suka child booster sebab boleh pakai smpai besar, tapi kekurangan child booster ialah xsesuia untuk newborn. Recline angle pon mengikut seat. Kalau guna seat depan, boleh la kasi baring terus, kalau seat blakang tegak 90 degree gamaknya. 

Gini la yg diberkenankan oleh laki daku. Sebijik Camni
Aku plak suka yg combination sbb senang nak guna untuk infant sampai la anak aku 20kg. Bad side? bila anak dah besar, kena la beli booster seat sebab sempit. Tapi ok la, boleh guna lebih kurang 3 tahun sebelum beli baru.

Combination pon ade macam2 jenis. Murah ade, mahal semahal mahalnya pon ade. Ade satu style tu aku berkenan giler. Kaler cekelat ade leather finishing sikit. Tapi regenya 600 kot. Naluri cheapskate aku x mengizinkan. Nononono...

Pastu jumpa yg rege masih dalam bajet, RM 339. Sikit lagi nak burst bajet. Godek sana, godek sini. Terus ambik. Mekasih la kat Makyong & Pak Ngah sbb seponser carseat untuk baby Izzu.

Sweet Cherry Cleo namanya. Boleg recline 3 position, tapi xleh baring terus la... at least padding tebal. Xde la aku risau anak aku bergoyang2 dalam kereta. Penat kot kalau nak berdukung dari sepital sampai melaka. Comel pulak tu.. ade pokko dots.

Dah alang2 datang tu, aku rembat sebijik botol Pigeon PPSU PPlus untuk Newborn. Botol ni mmg mahal dan tidak bergaya compared tu MAM, NUK dan Tommie Tippie. Aku baca review ramai yg puji teat botol ni lembut. RM55 regenya. Tengok kat display area tu ade discount 20%. Okeh, harus beli sekarang.

Tapi kalau nak beli breatpump, lagi elok kalau gi Fabulous Mom terus sebab rege kat Manjaku sangat mahal keh. Harga yg sama boleh dapat full set dengan cooler bag, icepack dan macam2 harta karun kat FM.

Bila bayar tu aku terkejut sebab kena bayar RM316 saje. Car seat tu jadi RM 270 (disc 20%). Murahnya. Botol mahal tu pon ade extra 5% discount lagi. OMG, xrugi pakai maternity card. Boleh la datang lagi sebelum bersalin.

Esok rasa cam nak gi Mon & Baby expo kat IDCC Shah Alam. Rasenye bangunan baru... xpernah dengar plak sebelum ni. Mission utama nak beli barangan berpantang. Xlarat nak beli set2 bersalin sbb ade barang yg Mak dah DIY sendiri e.g bengkung. Semangat giler nak berpantang sbb nak kurus balik.

Eh jap, lupa nak pesan. Jangan la promote set bersalin Shaklee ngan Premium Beautiful kat aku sbb aku mmg PANTANG betul dengan produk2 tersebut. Mak aku pon sangat tradisional, so aku pon akan berpantang secara tradisional. Lagipon banyak je dealer PB yg bandanya xsesuai dengan produk yg dijual. No Offence but please ensure that you represent the product that you want to sell. Xkan nak beli ubat hilangkan jerawat dengan orang yg muka berjerawat. Common Sense. Kbai.

Monday, October 20, 2014

Hunting for Baby Travel System & Babywearing

Dah masuk ke minggu 29, persiapan menyambut anakanda dah 70% siap. Giler kentang shopping barang dalam masa 2 minggu. Aku saja je beli awal sbb sedar keadaan diri yg ibarat treler terlebih muatan. Jalan sikit dah sakit kaki la, sakit pinggang la...

Benda yg belum dibeli termasuk la stroller dan car seat. Pening tau survey stroller ni. Terutamanya bila suami ko seorang engineer T_T. Teori static, dynamics semua keluar...

Spec stroller yg dicari oleh Mummy
1. Ringan - Daddy slalu xde, mummy xgigih nak angkat stoller yg berat seperti seguni beras
2. Range rege bawah 600
3. suitable for Infant up to 20Kg
4. Adequate padding sbb boleh beli infant padding yg xsampai RM100
5. Umbrella fold - xnak yg rangka dengan tempat duduk lipat asing2. Lagipon daddy pakai myvi, bonet cenonet je.
Calon: Combi, Capella, Harfold

Spec Stroller daddy
1. Gaya mutu keunggulan
2. Structure yg kukuh - Habis semua stoller kat kedai digoyang2 Dindongie
3. Asal boleh lipat
4. Rege bawah RM1000. Tapi kalau nak quinny boleh je....
5. Padding tebal - Takut baby xselesa katanya
6. Berat 20 Kg pon xpe asalkan 5 syarat diatas dipenuhi
Calon: Apa2 brand yg nampak lawa dimata... kebanyakkan nya yg berat2

Maka, sampai sekarang la xbeli2 lagi stroller. Baby seat pon sama... Tapi pada aku baby seat lagi penting sebab aku & Dindongie mmg jenis yg banyak travel. Lagipon, lepas bersalin nanti aku nak berpantang kat melaka. So baby kena travel dari Sg Buloh ke Melaka.. xkan la nak dukung sepanjang jalan. Sangat x selamat.

Maka, mahu x mahu kena la beli carseat sebelum bersalin nanti. Kalau baby keluar awal, DD kena la pandai2 cari.

Bercerita bab stroller ni, aku x desperate sangat sbb aku secara rasminya nak ber-babywearing. Jangan salah anggap ye, aku bukan la stock mummy2 yg menyokong tegar Babywearing/Cloth Diaper/Organic food bagai. Aku just seorang ibu yg practical. Maklumlah, sebagai seorang isteri PJJ aku akan banyak habiskan masa berseorangan dengan baby. Shopping sorang2, isi minyak sorang2, gi clinic sorang.

Xkan la aku nak kena bawak kluar stroller semata2 nak gi is minyak, or nak beli sayur kat kedai runcit. So, solution yg paling senang ialah mengendong baby. Aku tahu ramai BW mothers yg prefer ringsling or kain untuk baby yg baru lahir. Tapi aku dah beli Soft-Structured Carrier siap2. Lantak la nak kena hencap ke hapa. 

Sebab utama kenapa aku beli SCC
1. Aku xreti nak wrap2 bagai. Pakai kain batik pon xreti.. lagipon leceh
2. Rasa lebih selamat.. ade buckle bagai
3. Sbb aku tahu ape yg aku lebih selesa nak pakai... (OK sila hencap...)

Mahal berapi rupanya SSC ni, range harga dalam RM300 keatas. Tapi xpe la, yg penting berguna nanti. Semalam pon aku dah kerah Dindongie menjadi model kat kedai masa beli. Nanti bila baby dah kluar, aku buat review pasal SCC pulok ye.

Next in the list is to prepare hospital bag... fuh, terasa gementar pulok.

Monday, October 13, 2014

First Baby Haul....

First of all, aku nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kekanda Dell dan suaminya yg telah selamat dinikahkan pada hari jumaat lepas. Tahniah Dell, Dah kawen ni jangan la dok menghadap Lee Hongki semata.

Anyway, balik dari kenduri rumah Dell sabtu lepas, Dindongie (DD) ajak gi cari barang baby. Itu pon setelah di provok pasal sale kat Fabulous Mom. Niat asal tengok demo unit Spectra M1, Halford Cosmo DX ngan car seat untuk anakanda.

Senang je nak cari Fabulous Mom Branch TTDI, kat sebelah CIMB bank... tingkat satu. Sampai kat kedai, OMG rambang mata keh... Yang bagusnya kedai ni, promoter dia diri jauh dari kita, so boleh la nak membelek dengan tenang

Barangan yg di terjah

1. Breastpump (Fabulous Mom) - Asalnya nak beli Unimom Mezzo sebab takut susu xnak kluar (membazir pulok kalau beli yg letrik awal2) tapi DD cakap beli je la yg letrik terus. Xla penat nak pump guna jari jemari. Tanya Kakak DD, dia pakai Spectra M1. Kebetulan pulak xde stock kat branch TTDI. DD pulak suroh beli MEDELA FREESTYLE! OMG, laki aku offer BP mahal... tapi sebagai isteri yg cheapskate harus la menolak. Pastu dia offer Lacte Duet, mahal sikit dari Spectra M1. DD siap bacakan testimoni pengguna dengan nada peserta pertandingan bercerita. Surrender jugak akhirnya.. kami be Lacte Duet package Kasih yg berharga RM599 (ade discount - harga yg dibayar lagi rendah rasanya. resit kat rumah, xleh nak check)

Dalam set tu ade: 
Lacte Duet Electric Breastpump with powerbank USB cable/adapter

Jingle Jungle Ardent Mom Breastfeeding Bag (complete with hygiene pad and heat resistant cum rain cover + Cooler Bag
6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
3 pieces of Mom's Love ice packs
1 unit of Jingle Jungle air dry pouch
Free gift: Lacte - Deluxe Disposable Breast Pad, Jingle Jungle Storage Milk Bag (xde stock, kena datang ambik kemudian),  Treenie Bottle & Nipple Drying Rack

2. Baby Love - SwaddleMe Adjustable Infant Wrap (Fabulous Mom) - a.k.a bedung instant yg ade pelekat velcro. Ni mak yg pesan. Senang nak bedung baby katenye, xyah nak lipat+selit napkin bagai. Harganya RM 32 ringgit.

3. Ecotex - Topper Baby Mattress (Fabulous Mom). Ini DD punye angkara. Tilam lembut boleh lipat2 & sumbat dalam bag yg disediakan. Senang nak angkut balik kampung katanya. Harga dalam RM130. Laki aku mmg obses bab barang2 yg organic, bamboo, egronomic, bla..bla.. bla.. layan je la. Nanti nak mintak tolong ibunda jahitkan sarung comel2 sbb nak guna as mattress dalam playpen.




4. Baju Baby (AEON One Utama) - ade promotion. Sepasang dalam lingkungan RM 10 to RM15. Kira murah la jugak sebab brand Anakku, Tollyjoy, Pureen. Aku beli 6 pasang je. 2 Newborn, selebihnya 3 months.

5. Sweet Cherry Autumn Playpen (AEON One Utama) - RM199. Xde dalam budget tapi DD insist nak beli sbb beliau xnak tido atas lantai. Baby patut tidor dalam babycot katanye.

6. Anakku diaper changing rubber mat RM 14 - Lapik getah yg ade bubble untuk tukat diaper anak nanti. Xyah la beli mahal2.

7. Wet wipes Pureen with refill - Dalam bekas plastik yg besar. pasni boleh beli refill je.

X banyak pon yg kami beli sbb ni baru first shopping trip. Okeh, nak story sikit pasal first time dad yg comel

Scene 1 di FM
DD: Darling, knape pulak kat breastpad ni pelekat. Xkan nak lekat kat kulit pulak
Me: Helo kanda, pelekat tu nak kasik stick kat bra la... xde la pad tu bergerak2

Scene 2 di FM
Me: I nak beli maternity loop sbb spital kerajaan mmg prefer maternity loop
DD: Ni ha... siap ade pelekat lagi 
Me: ni mmg la matenity pad... tapi dorang nak LOOP style. Ade tali. So nanti pakai cam cawat. xyah spentot
DD: WHAT???? (Blur..blur..)

Scene 3 di FM
DD: Kenapa harga MEDELA tu beza banyak sangat ngan BP lain
Me: Sebab branding la sayang.. ala cam IPHONE ngan SAMSUNG. Jual telepon, tapi harga beza gabak. Sebab branding je
DD: Henfon i boleh faham... tapi ni nak perah susu je pon
Me: hurmmmmm....

Scene 4 di FM & 1 Utama
DD: Jom beli Quinny
DD: Mahalnya Quinny ni... 
DD: Camna la orang beli stroller rege ribu2
DD: Stroller ni xde front bumper.. nanti anak jatuh
DD: Stroller ni padding die x tebal. Sian baby nanti
DD: Xpe la stoller berat, bukan nak pikul pon
ME: xyah la beli troller...

Krikk...krik....Rasanya lepas maternity leave baru boleh beli stroller.

Scene 4 dalam kereta
Me: Lepas krismas i nak cuti terus sementara nak bersalin
DD: Kat rumah kita ke, xnak balik melaka
Me: nanti sapa nak hantar i gi spital. Mak kan xde lesen
DD: Tapi B kan keje kat tempat bising, takut time emergency xdengar phone bunyi
Me: Xyah la risau... jiran kita kan ade
DD: Nak B mintak mama teman x (Mama = DD's mom)
Me: Segan la... xpe, nanti I tanye Mak
DD: Owhhhh... kalau mak u nak pulak kan.
Me: Dengan mak sendiri lagi selesa.. lagipun time tu i dah sarat, taku x mampu nak layan mama. Xkan mama pulak nak siapkan makan minum i
DD: So, ape bezanya kalau kita panggil mak u

Krikkk...krikkk

panjang pulak cerita hari ni. Kita stop kat sini dulu la ye... nanti aku sambung cerita lagi. Bye

Thursday, October 9, 2014

27 Week Update: Ma Belly's Dancing

27 weeks, 87 days to go....

Tolak gi wedding, mengular & lain2 tinggal brapa kerat je yg tinggal untuk aku menyiapkan diri secara mental & fizikal untuk menyambut baby-I.

Let's talk about the changes I felt on week 27.

First of, my belly is stretching and tensing every damn seconds. Sekarang ni pon aku ngah berperang dengan rase keras kejung di perut & belakang (insert crying.gif here) tapi ku gagahkan jugak bertapa di kerusi ofis yg xbest ni. Nak kata angin, rasanya bukan sbb baby mmg bergerak lebih banyak berbanding minggu lepas. Dah makin bersemangat dia sejak akhir2 ni.

Fetal Movement lebih banyak pada waktu tengah hari (lepas makan) dan masa aku nak tido. Kadang2 dia buat Zidane's head-butt sampai aku rasa nak terkencing. Dindong still xberjaya merasa/tengok baby movement sbb bila DD dekat dgn perut Baby-I x bergerak. Tapi kalau dengar suara ayah dia time balik kerja, kemain lagi loncat2 buat wave.

Waktu malam banyak dihabiskan berguling2 untuk ease sakit belakang & kadang kala melaung di tengah malam akibat simpul biawak, literally. Aku pulak jenis yg xlekat dengan selimut, lagi la sedap cramp menyerang. Giler sakit wa cakap..... terpaksa la menghadap belas ikhsan DD untuk mengurut. Semalam aku try letak kaki atas bantal masa tidur, xde plak rasa kejang. Bagus la....

Selera dah berubah ke arah makanan manis especially cekelat & buah-buahan. Makanan yg pedas nampak cam x menyelerakan. Yg paling pelik, aku boleh makan KFC (pada sesiapa yg xtau, aku allergic ngan rempah rahsia KFC. Boleh muntah2 kalau makan). Nampak benor anak ni ikut perangai Dindong. Owh anak, janganlah dikau menjadi penyumbang utama keuntungan KFC. Cukuplah ayah melabur sorang-sorang.

Feces are still as hard as rock walaupun bergelen2 air ditelan. Sayur jangan cakap la, setiap kali makan pon ade. Mungkin Baby-I menggunakan penyedut nutrien berkuasa turbo. Habis kering najis ibunda (TMI benar).

Stretchmarks mula muncul di bahagian bawah perut. Mula2 xnampak sbb perut aku ke depan sangat. Bila belek2 kat cermin, ade rupanya. aku still guna Palmer Skin Therapy Oil yg aku beli masa lepas demam campak dulu. Start 30 weeks nanti nak try guna VCO untuk unrut perut & bahagian tettttttt. Xtau la berkesan ke tidak tapi usaha je la.

Shopping, kita tunggu next week....

Tuesday, September 30, 2014

26 Weeks Update: Ujian Air Gula untuk Ibu Mengandung

Last week aku dah bercerita pasal kenapa aku kena buat test air gula kan? Takpe, kita recap balik. Berat aku naik 2 kilo bulan lepas, which is absolutely normal untuk expecting mom yg dah masuk 2nd trimester. Tapi disebabkan dokter tu paranoid sangat, maka aku kena la buat test air gula.

Balik dari klinik minggu lepas, aku google la pasal test minum air gula ni. Rata2 komplen air gula ni manisssss sangattttt sampai rasa nak muntah bagai. Aku pon terpengaruh. Aku bayangkan yg nurse akan bagi air gula bermolariti tinggi ala2 boleh nampak gula tak larut kat dasar gelas. Over benor imaginasi aku.

Malam ahad lepas aku start puasa dari pukul 10 malam, sebelum tu sempat lagi melantak Nandos, eskrim BR31 pastu siap singgah makan mee raja kat Murni Discovery. Macam x makan setahun selera aku ni. DD cakap boleh minum air, tapi aku mmg ikut arahan yg nurse bagi which is puasa betul2. Pukul 8 pagi aku dah terpacak ambik nombor kat KK.

Akak nurse suruh tunggu depan bilik 7, bilik untuk ambil sample darah. Sebelah aku ade sorang perempuan india baya2 aku. Katenye dah 2 kali minum air gula, mmg xsedap. Seperti biasanye, aku gelisah bab ambik darah sbb aku ade mabuk darah yg kronik. Takut punye pasal, aku tengok sikit je tiub darah tu. Mak aihhh, pekat benor darah aku ni. Dah kaler cam merah hitam gituh.

Then, tibalah masa yg dinantikan iaitu menhirup air gula yg segar dan nyaman. Menachi tu minum dulu.. siap terbelahak2 lagi. Okeh, masa untuk buat mental blok... bayangkan air tu sedap nak mampus. Mase kecik2 dulu aku mmg gemar meratah gula kan... Air tu nanpak cam air masak. Rasanya cam minum air glukose dalam tin yg sejuk. Xde la teruk sangat.

Sekali teguk, HABIS! Maka terkaget la akak nurse tadi. Disebabkan aku xleh balik rumah, maka aku pon cari port nak tido. Duduk kat lane paling belakang kat ruang menunggu. Tiba2 muncul rasa mabuk/nak pitam/pening yg amat. Tutup mata rapat2 dengan harapan hilang rasa mabuk tu. 

Lepas 2 jam, aku dipanggil untuk ambik sample darah kali ke-2. Kali ni makin mabuk pulak. Bila nurse tu suroh hantar tiub sample kat lab, aku jalan macam drunkard. Nurse cakap boleh balik terus sbb result akan keluar dalam masa 3 hari. Kalau aku xde kencing manis, kandungan gula dalam darah lepas 2 jam akan kembali normal.

X risau sangat sebab family aku mmg xde history kencing manis, apatah lagi kencing manis masa mengandung. nasib baik kereta aku ade kat rumah KD.Maka, DD kena la hantar aku gi ambik kereta sebelum masuk ofis. Dalam perjalanan tu mmg aku tido lena. Thanks to maternity pillow sumbangan suami tersayang.

Perkembangan yg lain, aku mmg dah x muat nak pakai baju biasa. Rase cam nak nages bila xde baju nak pakai untuk gi keje. Sempat jugak la aku rembat 2 skirt + 1 sluar kat scarlet maternity. Pastu beli pulok mama panty (TMI sangat) scarlet bersaiz L. 6 Helai RM 25. Ok sangat la... janji selesa dipakai.

Ikutkan hati rasa teruja nak beli baju baby tapi aku tabahkan hati nak tunggu lagi 2 minggu untuk pastikan gender anak. Instinct kuat yg baby ni gegirl. Rase cam nak letak nama Irdina... Sedap x? Gigih belek buku sebab nak dekat2 ngan nama daddy. Daddy pon buat dunno je bila ajak shopping barang keperluan bersalin sbb yakin yg baby sangat punctual & tak akan lahir premature...hehe.. kalau kluar awal, confirm gelabah la DD mencari barang. Mintak tolong beli pad pon x reti, inikan pulak nak beli maternity loop. Nak tak nak, masuk 30 weeks nanti aku nak beli jugak barang2 bersalin.

Panjangt pulak cerita hari ni. For details on the MGTT/OGTT test, boleh baca kat sini 

Monday, September 22, 2014

25 weeks Update: Tetanus Shots

Menaip dengan sebelah tanganku... sob..sob. Saat ini tangan kiri aku rasa cam dihempap lori FFB terlebih muatan. Pagi tadi aku ke KK Bestari Jaya untuk checkup. Ingatkan next month baru kne inject, rupenye nurse kata hari ni je la.

Dengar citer yg tetanus shots ni optional sbb dah x practical lagi. Zaman skarang hospital dah canggih, so x banyak kes kancing gigi. Seeloknya ambik je la sebab kita pon belum tentu bersalin kat mana. Ntah dalam kereta ke, dalam ambulance ke...

Buat muka cool, borak2 ngan ahkak nurse.. dah siap. Masa inject tu xsakit (iye la tu.. padahal dok hissing panjang), lepas dah smpai ofis baru rasa kebas. Xpe la, demi anak rela segalanya.

Lepas tu jumpe dokter. Bulan ni naik 1.8 kg/month. Katanye, normal untuk orang yg dah masuk second trimester. Tapi untuk mengelakkan sebarang masalah, tetap kena buat appointment untuk minum air gula. Takat ni family aku xde history diabetic, so aku yakin yg aku ni sihat sahaja. Alang2 dah dokter nak check, buat je la. Better safe than sorry gituh.

Masa nurse nak ambik heartbeat, payah teramat. Sampai give up la akak nurse tu. Baby dok tonjol2 Doppler. Sejuk sangat agaknya gel yg nurse letak atas perut. Yang lain semua ok. Next checkup di Hospital Sg Buloh. Settle kat HSB, kne datang KK pulak petangnya. Aku dah x larat nak kira brapa banyak kali aku gi sepital/clinic sejak mengandung ni. Semoga menjaga anakanda tak seberat dugaan mengandung aku ni.

Lupa pulak nak cerita. Last week aku x kerja dari hari selasa sampai la jumaat. Selasa tu Public Holiday, rancang nak berdating dengan DD. Tapi akhirnya DD jadi cleaner of the week. Aku muntah x henti2 sampai hampir pitam. Rupenya kena gastrik. Hari Khamis masuk kerja tapi lepas lunch dah balik. Gastrik x hilang lagi.

Sengsara yg amat.......

Last skali mak aku belikan So Hup Pills khas untuk orang mengandung dari kedai sengsei. Walaupon sepatah haroomm bahasa cina aku pandai, tapi family aku still bawak lagi amalan orang cina dari family belah ayah. Orang kate So Hup ni elok untuk buang angin. Masa nak beli kena la bagi tahu yg kita preggy, kalau x dia akan bagi So Hup biasa yg mungkin x sesuai dgn org mengandung. Aku mmg dari kecik x reti nak makan So Hup sbb rasanya mmg xsedap. Tapi aku telan je la sbb dah x tahan sakit perut. Sejam lepas makan aku dah mula kentut2. Lega gila. Gastrik pon dah hilang.

Nak snap rupa pill So Hup pon aku malas. Next time je la...

Next update aku story pasal Air Gula Nyumnyum pulak ye. Bye

Thursday, September 11, 2014

Bila Nak Beli Baju Mengandung????

Minggu ni dah masuk minggu ke-23 dan pada sesiapa yg follow IG akan perasan yg dah lama jugak aku x update gambor kat social media. Punca utama, sekarang aku ibarat nangka berbalut.

DD memang dah lama bising pasal baju aku yg makin lama makin ketat especially seluar tapi aku tetap bertegas nak continue pakai normal attire kehulu kehilir. Sebabnya:

1. Konon perut belum besar
2. Nak jimat duit untuk beli barang baby
3. malas nak beli sbb nanti lepas bersalin aku akan kurus semula gamaknya

Tapi semalam aku sedar... mmg confirm lagi seminggu-dua aku kena hunting cari baju mengandung. Giler la, boleh sesak nafas aku pakai baju kurung biasa kat opis. Sian anak mama, mesti x selesa kan...

Tambah pening lagi, ahad ni aku ade wedding nak attend. Wedding bestman Dindongie pulak tu. Harus la nampak santek sikit. Xkan nak recycle jubah yg mak jahitkan masa raya sebab aku baru je pakai gi wedding Kak Pah last week.

Pastu hujung bulan ni pulak ade dinner assistant seminar. Theme denim dah syok dah.. tapi baru teringat yg aku dah lama gilerrrr xpakai jeans. Kemeja jeans ade, ingat nak cari dress hitam yg xpanas untuk pakai kat dalam sebab kemeja tu dah xleh butang.

Bulan ni banyak betul baby fair tapi aku belum merancang nak pergi lagi. Maklumlah, duit pusingan dari claim pon belum masuk... beribu juga sebab claim beli hengpong. Bulan ni pulak COCO dah telan 500 duit aku untuk tukar breakpad la, beraing la... tapi aku yakin, setiap anak ade rezeki. Tunggu duit bonus walid, boleh la kita sopink2 sakan. Kena la spare banyak jugak sbb nak beli barang basic cam stroller, breastpump, carseat. Anak pertama, nak tak nak kena la beli juga.

Sekian saja celoteh aku hari ni.. sambung lagi minggu depan. 

Thursday, September 4, 2014

Pregnancy Brain. Adekah kemampuan otak aku dah berkurangan??

Lucy jadi pendrive bila mencapai 100% penggunaan otak. Menyebabkan aku tertanya, berapa percent capacity otak yg telah aku gunakan sepanjang mengandung. Aku ni bukan la ahli MENSA tapi kemampuan otak aku above average (Perasan betul). Thanks to my ADHD I guess ^_^

Semenjak mengandung ni, aku semakin menjadi pelupa. Semalam masa ODW balik, Dindongie mintak belikan KFC. Sampai depan KFC aku pon seluk2 handbag... Purse x kelihatan. Aku pon pulang ke rumah dengan tangan kosong dan wajah yg hampagas. Dindongie pulak bagi ceramah pasal kepentingan menjaga harta persendirian dan dokumen peribadi. Last2, pukul 9 malam aku terpacak cari purse kat ofis. Nasib baik jumpa...

Bukan setakat tu, aku jugak dah 3 kali hangitkan nugget kat rumah tanpa sedar. Lupa flush toilet rumah malam2... TOOMUCHINFO. Aku ade terbaca yg sindrom ni digelar Pregnancy Brain/Baby Brain. Bagus la, at least aku tahu yg ramai perempuan kat luar sana yg ade masalah yg sama.

Gigih la buat crossword dengan harapan IQ anakanda dijana denga baik. Aku pon dah berhenti baca novel2 thriller sepanjang mengandung ni. Satu benda yg menggusarkan aku ialah kalau anak aku inherit ADHD, lagi menakutkan kalau dia mmg type yg susah nak concentrate blajar. Terpaksa la aku guna teknik belajar sambil tengok anime nanti. Aku tahu Dindongie pon risau kalau anak dia jenis yg aggressive cam aku dulu.

Semoga anakanda dapat membesar dengan normal seperti ayahandanya. Amin  

Friday, August 29, 2014

21 Weeks Update

Happy Merdeka Day kawan2...

Best betul dapat cuti panjang ni. Boleh la balik kampung & gosssip2 bersama keluarga tercinta. Bosan jugak dok rumah berdua. Maklumlah, rumah ktorg xde TV or playstation... or Wii. Bagus jugak xde or else I have to deal with another CHILD at home.

Back to business, sekarang dah masuk ke minggu 21. Maknanya, ade lebih kurang 4 bulan lagi sebelum hari yg dinanti-nantikan. Belum apa2 lagi aku dah rasa seriau. Mungkin sebab banyak sangat tengok video orang bersalin kat youtube. So, hari ni nak share pasal perubahan2 yg berlaku sepanjang 2 minggu aku x update pasal pregnancy ni.

Kuku/Rambut
Strangely tumbuh panjang dengan pantas, terutamanya kuku tangan. Aku pakai inai mekah, so boleh la tengok bertapa pantas inai tu hilang. Rambut pon cepat panjang & nampak lebat. Tapi yg xbestnye kuku cam rapuh sikit dan rambut pulak banyak gugur. Xsabar nak mintak mak tolong potongkan rambut.

Sembelit
Yess, masih dengan masalah yg sama walaupon aku memang suka sangat makan sayur dan buah-buahan. Doktor ade bagi ubat untuk lembutkan najis tapi aku megelak nak makan. Aku try jugak minum vitagen banyak2 sampai penuh peti sejuk dengan botol kaler. Nasib baik Dindong x berkira sangat bab beli air vitagen ni sebab dia takut aku mengungkit pasal hobi mejajan dia tu.

Berat
Baru 56 kilo which is great memandangkan berat asal aku masa sebelum mengandung 58 kilo. Aku target untuk x capai berat 65kg sepanjang mengandung ni. Xde la payah sangat nak menguruskan badan lepas bersalin. Xnak la nampak macam pikachu bila jalan sebelah suami kesayangan.

Fetal Movement
Masih jarang2 tapi pada waktu yg tetap. Biasanya waktu subuh (sebab bladder penuh, anak tolong tendangkan), lepas makan tengah hari, waktu drive balik dan waktu nak tidur. Dindong still x puas hati sbb masa dia pegang perut, baby xgerak pon. Gelojoh betul daddy ni.

Selera Makan
Lebih ke arah western food... Nampak nasik goreng macam xsedap memanjang. Waktu dinner mmg xde selera langsung tapi kalau Dindongie belikan burger Ramli super special habis jugak ditelan.

Backpain/Kaki bengkak
Waktu malam mmg aku slalu mengerang sakit terutamanya bila nak alih posisi tidur. Sekarang mmg tidur mengiring ke kiri tapi bila dah lama sangat badan jadi sakit. Kaki pulak selalu kebas dan bengkak. So, malam2 kena la pakai compression socks untuk kurangkan kesakitan. Aku x beli sleeping socks sebab mahal gaban. Beli je stokin yg untuk flight punye. Murah sikit, xsampai pon RM50.

Perut
Membesar dengan jayanya tapi agak meleper. Orang kata kalau leper ni anak perempuan. Dindongie mmg suka kalau dapat anak perempuan. Boleh pakai baju comel2 katenye. Biasanya anak perempuan mmg akan jadi anak kesayangan ayah. Takat ni masih boleh sarung baju biasa dan x perlu makan baju maternity. Rasanya bulan depan dah x muat lagi. Sekarang pon nampak cam pembalut buah jambu... terik semacam.

Bercakap pasal jantina ni, aku still x sure jantina anak aku ni... segan gamaknye. Tapi ade la orang ajar beberapa petua termasuk la tengok kalender cina. Kalau ikut kalender cina tu aku mengandung anak lelaki, tapi accuracy belum sampai tahap 100% lagi. Kena la tunggu next scan.

Next week pulak aku akan menyertai kelas senaman ibuk2 mengandung. Xsabar rasanya nak bergelek dengan perut ni. Mudah2 senang la nak bersalin nanti...

Bye.....

Wednesday, August 20, 2014

Akhirnya Sempurna

Finally.. after all the hassle, dapat jugak aku menatap gambar kawen secara full. Perut aku pon dah memboyot and got to admit that it took a lot of patience when it involve both business and personal attachment. Xpe la, yg penting dah sampai, kan??? Aku pon malas nak fikir lebih2... sendiri mau tahu.



Wednesday, August 13, 2014

18 weeks check-up: Terlebih Makan???

Semenjak bertapak kat department baru ni, terasa kurang kerja pulak. Bukan xde kerja, tapi x tahu mana nak mula. Maklumla, dah dekat 4 tahun x menghadap kilang, tiba2 nak kena recall semua... Blergghhhh.

Hari Isnin lepas aku gi KK Bestari Jaya untuk monthly check-up. last check-up masa bulam puasa haritu. Nasib baik la kena pergi sebulan sekali sekarang ni. Malas aku nak kencing dalam botol tiap2 dua minggu.

Cam biasa pukul 9 dah terpacak kat KK dan seperti ibu2 yg lain dah ready untuk kencing dalam cawan kertas. Masa nak ambik result urine test, akak lab tu suroh hulur jari. Baru la aku tau yg lepas 3 bulan dah kena start ambik darah setiap bulan. Result semua ok... xde lagi kencing kotor (brapa banyak kali nak sebut kencing ni???"

Pastu tunggu giliran nak timbang berat pulak. Terkejut Misi tu tengok berat aku naik 2 kilo. Tapi kalau ikukan pengiraan engineer xde la sampai 2kg/month. Bulan sebelum tu aku turun 1.2kg sbb xsihat, bulan ni tambah 2 kg. so total gain hanyalah 800g. xtau plak aku yg penambahan ni agak extreme bagi dorang. Aku pon bagi je la alasan raya, banyak open house. 

Jumpa dokter kena la dengar ceramah permakan sihat. Dia nak monitor berat aku lagi 2 minggu. Kalau masih naik mendadak, kena la minum air gula. Aku malas pulak nak explain kat dokter yg aku ni sebenarnya sebelum kawen lagi dah bambam. Disebabkan mengandung baru nak nampak slim sikit. Karang cakap lebih2 dikatanya tunjuk pandai. X kisah la, janji anakanda sihat sejahtera.

Talking about anakanda yg baru je pass 18 minggu, beliau dah mula bersenam sekarang ni. Tapi Daddy Dindong masih x percaya yg aku dah rase baby bergerak2. Too early katanya. Beria2 la aku ouch2 bila babi gerak, tetap beliau buat muka selebet.

Nak dijadikan cerita, malam yg lepas aku gi KK tu terjadi satu kejadian yg ganjil. Dindong dok menghadap drama jepang seperti biasanya, sambil jari dok mencucuk perut daku. Aku pon layan je la bapak budak ni... makin bertubi2 pulak si daddy mencucuk. Tiba-tibe..... aku meraung. Sakit giler wooo... xtau la samaada baby naik angin ke hape. Air mata mmg dah banjir smpai basah bantal. Dindong dah gelabah, tanye sakit kat mana, ade darah x... sampai sekarang aku tertanya2 ape la yg baby buat dalam perut time tu??

Baby oh baby... sebenarnya mummy dah excited nak start beli barang sikit2. Maklumlah, daddy ni x berminat sangat bab membeli belah. Tapi apakan daya, baby masih x reveal jantina. Patutkan mummy beli baju kaler neutral saja. Kelabu asap mau kah??? kuning pon ok jugak... ala2 anak Becham gituh.

Disebabkan aku baru je scan masa gi HSB, maka next scan telah ditunda ke 28 minggu. masa tu dah 7 bulan T_T. Jom ajak daddy gi klinik swasta, boleh tengok ade "adik" ke tidak...hehhehe. Gelojoh betol

OK la, nanti aku sambung lagi.. Balik ni nak menimba ilmu breastfeeding pulak. 

Thursday, August 7, 2014

WEEK 18: Pengalaman Details Scan

damdamdum... bunyik mercun, ambulance pon datang berduyun2. Okeh, over sangat lirik ini. Slamat hari raya kawan2 sekalian.

Dah lepas raya baru la de mood nak membersihkan sarang2 yg bertimbun kat blog ni. Xde ape yg nak aku share pasal raya sebab semuanya biase saje despite perubahan status. Bersyukur sbb tahun ni beraya kat Melaka-Segamat-Nilai. Kubang Krian x masuk list lagi. Next year maybe. 

Alhamdulillah, aku pon dah sembuh sepenuhnya dari chicken pox. Ade la kesan sikit2... tu pon salah aku sbb dok menggaru x tentu pasal. Setelah hampir 2 bulan sembuh, tiba la hari untuk buat detail scam kat hospital Sg. Buloh (HSB) 

Kenapa HSB? sebab KK Bestari jaya xde OB/GYN specialist & xde alat untuk buat detail scan. Kalau ikut surat Doktor KK, appointment pukul 9. Maka, pukul 9 la aku terpacak kat klinik O&G. Tutp2 nurse ckp aku xde appointment. Apekah! mase doktor buatkan appointment ngan specialist, aku terpacak kat depan kot. Pastu aku pon bgtau nama specialist yg spatutnya check aku. Dia xde kat spital rupenye tapi mintak nurse settlekan jugak checkup aku sbb case critical. 

Mengapa kena buat Detail Scan? Kerana demam campak ketika mengandung mungkin akan merencat pembesaran baby. Sebulan yg lepas mmg menggerunkan bagi aku sbb hari2 terfikir sama ada baby membesar dengan sihat atau x. Makin saspen bila ramai orang tegur perut aku x besar2. Seram tau. Selepas menunggu hampir 6 jam, baru la aku berjaya di scan. Dindong dah hilang ketabahahan masa tu. mana xnye, orang yg datang pukul 1 petang pon dah settle. Rupanya ktorg kne tunggu specialist yg xde kat Hospital tu datang untuk check aku. OK, saspen betul... teruk sangat ke case aku ni. 

Masuk jumpa dokter dan di interview seperti biasa 
Doktor (Dr): Dah rasa baby gerak 
Aku (H): tak... kot. Dr: Xde langsung? 
H: hmm... ade la rase pelik kat perut beberapa hari ni. Tapi sy ingatkan angin ^_^ 
Dr: Xpe, anak pertama mmg susah nak tau baby dah gerak ke belum. Nanti dah anak ramai cepat boleh rasa. 

Pastu tiba la masa yg dinantikan... saat pertemuaan kali ke-4 dengan Baby-I. Mula2 ukur kepala, pastu panjang dari kepala ke kaki, pasti check kaki ade 2 ke x. Yg paling interesting boleh nampak mata, hidung ngan mulut walaupon xcler sangat. Aku rasa anak aku mesti spesis muka hamster cam aku jugak. kemudian doktor tengok chambers jantung dan jugak spine. Alhamdulillah, semuanya berkembang mengikut bulan. Cuma doktor bagtau yg ktorg masih kena berdoa banyak sbb ade risk yg xboleh di detect melalui ultrasound. 

Sebaik sahaja baby-I dilahirkan,beliau akan diserahkan kepada pakar kanak2 untuk check samaada sistem pendengaran dan percakapan OK. Doktor bgtau 1 dalam 1000 kes chicken pox masa mengandung boleh menyebabkan defect pada tulang telinga & kawasan peti suara. Aku x bimbang sangat sbb semua kelahiran ade risiko sendiri. Dalam 4-5 bulan ni aku akan berusaha meransang perkembangan deria baby. In sha Allah, baby-I akan dilahirkan normal. 

Selesai check-up, aku & Dindongie berjalan2 di Ikea untuk menenangkan hati dan perut. Merasa la baby makan meatball. Somi aku beria cakap yg anak dia x teringin pon, mak baby yg over. LOL, xde komen untuk statement itu. Dindong masih berhutang ABC ngan kacang Pool dengan anakanda beliau. 

Jantina baby masih menjadi misteri walaupon aku dah eksited nak start membeli-belah. maybe next appointment boleh confirm. X kesah la, yg pentingbaby keluar sihat. perkara yg lebih exciting sebenarnya ialah memilh nama baby. Aku & Dindongie sepakat nak kekalkan Huruf I. 
Antara nama2 yg dah di analisis:

Lelaki 
Izzulhaq - sebenar-benarnya kemuliaan (Kena reject sbb bapaknye kata susah nak sebut) 
Izzul Addeen - variasi nama Izzuddin,Kemuliaan Agama (nope, terlalu rapat ngan nama Dindong) 
Ihsanulhaq - Pemberian yg Maha Benar/Haq (ALLAH) (rasanya ada tanda2 nak kena reject juga) 
Ikhwan - Persaudaraan 
Ilyas - Nama Nabi yg bersungguh2 berzikir kepada Allah (calon fav dikalangan keluarga Dindong)

Perempuan (Disebabkan agak selecteion yg agak limited, aku cari jugak nama yg bukan huruf I) Insyirah - kegembiraan 
Inaayah - yang mengambil berat 
Athiyyah - Pemberian 

hahaha... nama yg sangat x caucasian kan. Kita ni orang islam, kena la cari nama yg sesuai dengan agama. lagipon aku x genar nama yg canggih2 sebab terfikir hari tua anak2 aku. Kalau nama canggih, let say Benjamin, xkan cicit aku nak panggil Tok Benjy. Ataupon anak perempuan aku nama Madeline, xkan nak panggil nenek Maddy pulok kan. Aku mmg gelimat kalau tengok nama stock2 macam omputeh ni.

Panjangnye entry ni... dah kelau rasanya. OK la, nanti aku cerita lagi ye. 

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN Please visit my personal IG for Pics update - malas nak upload gambar kat sini.

Thursday, July 3, 2014

Twice the Fun, Triple the Joy

Rasenye semua pon dah boleh agak ape yg aku nak sampaikan kat sini.

Yes, there's a bun in this flabby oven ^_^. I just past my first trimester. Honestly, all those glowing puking rainbow thingy are tahi lembu. Blehhhh. aku x announce pon kat any social media tapi akak tersayang yg mengkantoikan diriku. So, aku buat summary je la ye..

Feb to Early March - hormon cam roller coaster. Seriusly, X berdaya aku nak menghadap pendarahan yg x kira masa. Done checkup kat clinik, everything is normal. Padahal aku period siap bermuntah terguling bagai.

End of April - 2 hari sebelum due period, aku start penin2 lalat. Tekad beli UPT yg dua line tu (dip n tell ke hape). Stick Pertama, xde second line. Rase down jugak la. Ingat nak campak terus dalam tong sampah. Skali muncul pilak thin line kaler pink. Consult Eli sebab gelabah sangat. Eli suggest try first urine esok pagi. nampak faint line lagi. Tengah hari tu tekad beli Clear Blue yg 99.99% accurate.

Dalam tanda ofis, berbekalkan kekuatan yg diberi oleh Kak Pah, aku buat jugak urine test guna Clear Blue Digital Itulah kencing yg paling mahal dalam hidup aku. RM 27.90 kot. tengok kat stick tu xde plak on/off button. So, kencing terus la. Nampak icon sandclock punye la lama. OMG, aku salah teknik kencing ke ni.

3 minit kemudian, baru la kluar "Pregnant 3-4 weeks". Kalau ikut kotak, dah nak masuk 4-5 minggu. Bungkus stick tu dalam kotak. Konon2 nak buat drama ngan Dindong. Dindong balik keje lambat plak tu, nerbes aku. Hulur kotak kat DD cakap ade org bagi. Cam biasa la kena leter sebab x ambik tau sape yg bagi. Pastu die tengok stick tu dengan muka blur.

"Boleh caye ke ni?" DD tanya. Okey darl, I was expecting a canon shot / fireworks.... aku pon citer la pasal testimony pengguna clear blue. Esoknya, Ktorg buat blood test kat Az-Zahra Serdang. Aku bgtau dokter yg aku muntah2 tapi belum due period. Blood test tunjuk ade Urine Tract Infection. No pregnancy... WHAT???

KECHIWA....

The next two week, still vomiting... pening2.. rase nak demam. Aku pon decide pergi klinik panel depan ofis. Sampai2 terus citer al-kisah UTI ngan UPT aku tu. Terus dokter suroh buat urine test lagi. Brape banyak kencing daaaa.. and that's it. I'm pregnant (at that time around 5 weeks)

A week later, aku eksiden kereta. Alhamdulillah, kereta ok. Tapi aku tiba2 rasa sakit kat abdomen and being a first time mom aku mmg xtau ape2. Terus kawan2 ofis bawak gi ER ADMC. Tunggu punya lama (xde org pon), bila tau aku preggy terus dorang suroh pergi SJMC. Ingatkan boleh la dapat jumpe gynae terus, rupanya kena jugak menunggu kat ER. Dalam pukul 12 baru dapat gi clinic gynae. Punye la ramai orang. Seb baik eli datang bawak sandwitch Subway. DD pon datang jugak. Masuk bilik dokter tu kena la scan. For the first time, I was..... the sack. Baby time tu size peppercorn. mana la nak nampak. Dokter cakap no bleeding, so xde pape. Dapat la MC 2 hari.

Lepas tu aku register KK pulak sebab konon nak beranak hospital kerajaan. Kat KK mesti la dorang check semua parameter. Xpasal2 dapat stiker Hijau which means check-up 2 minggu sekali. Xbest langsung. Dorang detect albumin count dalam air kencing tinggi.

Minggu ke 8, buat Dating Scan. Baby membesar dengan sihat but no heartbeat detected. Okay, mummy heartbreak seketika tapi paksa diri senyum2. Mungkin baby malu ^_^. 2 Weeks later, baru la nampak heartbeat.

Masuk minggu ke-13, i notice a few rashes spots around my waist and torso. Ingatkan gatal2 biasa, so pergi klinik biase je la. Rupanya kena second outbreak chicken pox. Dalam banyak2 masa, time pregnant jugak aku kena chicken pon. Kena rush gi ER lagi... dokter ER confirmkan Chicken Pox tapi xleh nak bagi ubat oral sbb mengandung. Aku time tu mesti la risau pasal baby. Ingat nak mintak jumpe gynae. Dokter tu xbagi sebab takut mak2 kat clinic O&G tu terjangkit CP. Tapi Gynae call bgtau yg boasenye kalau dah pass first trimester, xde issue.

Gi KK pulak, KK decide suroh aku gi Hospital Sungai Buloh lepas raya untuk detailed scan. Ye la, takut ade effect kat baby. Tambahan pulak, lepas CP ni aku tutun 4 kilo. Berat asal aku 58, mase morning sickness jadi 54, kena CP tinggal 51. So, aku xdapat la nak puasa penuh tahun ni.

Panjang betul karangan aku. Sekarang ni still recovering from Chicken Pox , 2 weeks MC beb. Praying hard that the baby is doing great. Insyaallah.

Thursday, April 10, 2014

Gatalku Bukan Gatal Biasa

Minggu lepas aku ade tulis pasal rase gatal aku yg berleluasa selama 2 bulan. Dokter2 sebelum ni prescribe flu medicine biasa dengan harapan keadaan jadi lebih baik.

Semalam aku gi clinic Panel untuk dapatkan last opinion sebelum aku book check-up dgn dermatologist. Geleng kepala dokter tu bila aku ckp previous dokter assume alergik seafood aku yg makin teruk.

Hives ni bukan rashes biasa sbb dokter kate die xsure what type of allergen yg kacau antibody aku sbb aku kena tiap2 hari tanpa missed walaupon aku langsung x pegang seafood. So, buat masa ni aku kena take oral medication selama 30 hari berturut2 untuk tengok recovery progress. Ubat malam die giler mengantuk, nak bangun pagi tadi rasa cam ade tow-truck kat kepala.

Dia pon suggest aku kurangkan tension2 sebab bila tension kita akan berpeluh. Mungkin jugak body aku ni anggap peluh tu satu ancaman... tu yg tunjuk perasaan.

Pendek kate skrg ni body aku dah macam battlefield. Antibody react badly to any changes in my surrounding termasuklah heat, food, air & sabun. OMG, dah macam Elsa citer Frozen rasenye... Do you wanna build a snowman..lalalalal

Ape je yg aku boleh pegang skrg???


So, for now kita tengok dulu ok ke x ubat ni. Kalau x kurang2 jugak mmg aku kena la gi Hospital Kompeni terchenta. 

Wednesday, April 9, 2014

Buah Zuriat??

Baru2 ni ade kawan di opis gi umrah. Mula-mula segan nak cakap, tapi ku gagahkan juga. Sebenarnya nak mintak tolong belikan buah zuriat. Kalau bagi abang, belum tentu dia minum. So, aku ingat nak try sendiri buah ni dulu.

Aku pesan ala2 je la, sebab org ke tanah suci bukan untuk bershopping. tapi akak tu baik hati sgt belikan. Terharu iouls.


Kulit buah zuriat ni keras giler. Balik ni kena la cari kapak nak belah buah ni. ade macam2 cara penyediaan buah ni:

1. Rendam sabut + Kernel selama 5-6 jam dalam air suam pastu minum
2. Rebus kernel sahaja selama 1/2 jam dalam 3 gelas air. Tunggu sampai tinggal 1 gelas
3. Ikut cara 2, tapi masuk skali sabut
4. Parut buah pastu masukkan dalam susu kambing
5. Rebus 2 bijik, pastu laki bini kena minum
6. Telan terus (just kidding)

Balik ni aku nak try rase air rebusan buah zuriat dulu. org kate elok untuk rawat penyakit wanita juga. Mmg la xde jaminan mengandong kalau makan buah zuriat tapi xsalah berusaha. Lagipon bukannye buat benda kurafat pon.

Selain tu skrg ni aku dah start makan acid folic & dindongie makan habatus sauda. Next step usaha nak kurangkan stress kat office. Year-end performace exercise nak start, kompem aku stress. Tapi kalau ikukan, every year mesti ade org yg jaga KPI pregnant... moga giliran aku smpai cepat.

Mesti org pelik knape la aku ni gigih sgt padahal baru 2 bulan kawen. Sebenarnya aku kesian kat mak aku. Anak dah 3 kawen tapi x bercucu lagi. Akak aku ngah mengandung tapi dia kan di-adopt oleh makcik aku, so mak aku xdapat la nak belek anak beliau lama2. Kesian plak aku tengok die menumpang kaseh cucu org lain. Sob..sob. Dindongie plak mmg suka sgt pada baby, bertambah la keazaman aku skrg ni.

Banyak lagi petua yg belom aku try i.e rebus taugeh, telan susu kambing campur kurma.. bla..bla.. bla.. next month punye KPI.

USAHA TANGGA KEJAYAAN!


Tuesday, April 1, 2014

Dokter oh Dokter

Bulan lepas berkali-kali menghadap dokter... Oh no, no... Iouls belum berisi lagi. Cuma alergik yg kian berleluasa. Bayangkan, sehari mesti diserang 2 -3 kali dan biasanya kena kat office. Yg ajadi persoaalannye, gatal2 corak polka dots & tangan rasa panas. Dah macam2 ubat telan, tapi x jalan.

Dokter plak bila tau aku mmg ade alergic, terus prescribe ubat yg biasa. Padahal, aku mmg dah ckp yg ubat tu xberkesan. Balik2 bagi ubat flu. Kebencian sungguh... pastu pandang aku macam la aku ni merayu nak MC.

Melihat keadaan aku, ramai yg buat teori macam2

Heat Rashes - Mungkin cuaca panas
Hormonal issues - Maybe sbb baru kawen. Ade kena mengena ke?
Thyroid issues - Ni yg paling takut. Tapi kalau betul thyroid yg ade masalah, mmg ade kena mengena dengan hormone.

Ade jugak ckp ngan Dindongie nak buat health screening, tapi die yg takut... Haish, camne?

Sabar je la

Monday, March 24, 2014

M&D Wedding Review - Bridal & Make-Up

Dah sebulan kawen baru bergigih nak update. Keje berlambak, meningkatkan lagi keazaman nak bersara awal. Awal pebenda? 60 nanti baru boleh dok rumah.

OK, dah2 la meroyan pasal keje. Meh daku story sket pasal wedding aku yg gilang-gemilang mengalahkan Kate-Will (perasan  diva noks).

Sejujurnya aku pelik. Mekap nikah & sanding aku sama sebab aku request mekap lepas solat, tapi serius aku nampak lain macam. Maybe sebab time nikah tu aku ngantok. Maka, jelas la mekembangan muka aku. Aku xkisah sgt bab mekap sbb kompem eye-bag aku nampak.

Bridal yg aku pakai ni sama dengan akak aku punye.Yg bezanya MUA di lelaki, aku punye wanita. Gigih je akak tu tunjal2 muka aku degil gerak kiri kanan. X biasa la katekan.

Baju nikah aku tempah kat kawan sekolah. Baju sanding je guna Bridal punye. Mase fitting kecik kan sikit sbb dah turun berat. Tapi masa reception sempit plak sbb pengantin giat makan tanpa henti sebelom kawen.

Masa nikah

Masa reception

Pelamin 1 panel


Yg Best
  • Baju Sanding
  • MUA pandai cover burnt mark kat pipi
  • Murah - Overall bayar 1200 hengget je
Yg Xbest
  • Bunga kat pelamin nan hado - Kotor & x kemas gubahan. Terpakse sub-con kat makcik2 untu rearrange bunga.
  • bulu mata che Tah - berat yg amat
  • Blusher oren yg bright giler
  • MUA xpandai nak menudungkan org - Seb baik ade bridesmaid
Maka tamatlah sudah review Bridal. kalau suroh aku rate, aku bagi 3/5 sebab aku still tension lagi mengenangkan bunga2 pelamin yg berkerak. Grrrrr. Sebelum berpisah, saksikan pose over pengantin dan kroninya.






Monday, March 10, 2014

Dealing with Pregnancy Qs

Adat orang baru kawen, gi mana-mana semua tanya "Dah Berisi ke?"

Dan bila jawab belum berisi, ramai yg ingat daku menipu. Hoit, soal hidup-mati-jodoh ni bukan benda yg sesuai nak buat joke or teka-teki.

Yes, I'm not yet pregnant...Maybe I did put on a few extra pounds. Sebab tu nampak chubby sket.

Sebenarnya I was on medication a few week before Nikah sampai la masa honeymoon which contribute to hormonal changes. The medication's side effects are similar to morning sickness sampaikan Dindongie tanya benda yg pelik2 which indicate that I might be pregnant. We did see the doctor a few days after that, just to ensure that I'm ready and healthy to carry hot buns in my tummy. Dokter cakap aku sihat sejahtera. Sempat lagi bagitau yg 25 to 30 adalah waktu terbaik untuk beranak-pinak.

Aku ni kira nasib baik sebab both family dah ade cucu. So, xde la kami ni didesak untuk conceive secepat mungkin. But at the same time memang look forward on starting a family together. Lagi baik kalau dapat kembar... syok giler. ^_^. Family aku mmg menanti2 siapa la yg dapat anak kembar sebab nenek aku kembar seiras tapi anak2 xde yg kembar. Sesiapa yg ade petua nak beranak kembar, sila la share.

Akhir kata, Allah knows BEST.


Monday, February 24, 2014

M&D Wedding: Call Me Madame

Alhamdulillah, sudah 2 minggu daku secara sah bergelar Puan. Pelik rasanya sebab dah biasa digelar MISS.
Majlis berjalam lancar, cuma drag sampai pukul 4.30ptg. Cancel plan nak posing kat taman bunga.


Anyway, we felt honoured to have wonderful family and friends who have been supporting our PJJ relationship... Terharu sangat uouls. Nikmatilah longokkan gambar2 cheesy dibawah. OMG, muka cam disepuh tepung naik sendiri.



Gangster x pakai kasut T_T
Bersama Adinda2 tersayang.. kanda Kawen dulu!!!
Perasan Princess sangat ^_^

Keluarga yg semakin membiak... cam Smurf village
Untuk menambah keloyaan post ini, ku hadiahkan sajak beberapa kerat buat Dindongie tersayang.

Suami,
Cinta duniaku,
Imam hidupku,
Penjaga hatiku,
Itu kamu.....